Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Wednesday, December 31, 2008

Nak jual daun pandan dengan serai keee...

Pagi tadi lepas aku rilek-rilek, aku tebas hutan mini belakang rumah aku. Huhuhu... Padahal cuma pokok serai, pandan, kunyit je. Lain-lain tu keluarga rumput dan lalang. Tapi dah merimbun. Takde masa nak tebas. Lama-lama merimbun la, apa lagi. Tapi pagi tadi aku gagahkan diri juga. Nak kata sempena tahun baru pun boleh juga la. Kebetulan dalam minggu ni kita sambut tahun baru hijrah dan juga tahun baru masihi.Abis semua aku tebas pagi tadi. Letih gak la. Ni pun rasa otot macam bengkak. Nak buat macam mana. Dah tak biasa berkebun. Padan muka. Huahaha......

Tuesday, December 30, 2008

Kuda Laut

Kuda laut aku ni pemalas. Selalu lepak je. Tak macam ikan, aktif berenang-renang. Nak tengok dia bergerak pun susah. Huhuhu... Sekali dia bergerak, aku cepat-cepat rakam. Hehehe...

Monday, December 29, 2008

Tengok nemo berenang

Hehe...saje je aku rakam video ni. Tengok Nemo dengan kawan-kawan dia berenang. Kadang-kadang nemo ni suka gesel-gesel kat coral. Dia akan pilih coral yang dia minat la untuk nak bergesel-gesel. Mula-mula aku tengok risau gak kot nanti coral aku ni makan ke. Ye la, kengkadang coral ni nanti keluar sesungut cari makanan. Mana tau kot dia baham nemo kang. Huhuhu...

Friday, December 26, 2008

Metal Halide 20000 K

Hari ni aku punya mentol metal halide 150watt 20000 K dah sampai. Beli kat eBay. RM55. Aku survey kat kedai area sini, harga dia RM180. Tu yang aku beli kat eBay tu. Hehehe...mentol ni baru la aku punya. Sebelum ni aku pinjam member aku punya. Aku baru buka dari bungkusan. Aku risau gak kalau-kalau pecah. Ye la. Mentol niii.... Dari Hong Kong pulak tu. Huhuhu...Amacam? Tak tau la boleh nampak ke tak beza kalau tengok dalam gambar. Tapi tengok depan mata memang beza. Sebelah atas tu 20000K. Sebelah bawah lak 550...

No more Terlupa Tutup Air lagi...

Walaupun rumah sewa aku ni dah ada dah perabot dan perkakas asas, tapi aku rasa elok aku beli juga barang-barang aku sendiri. Lagipun macam kosong je rumah ni. Kalau duduk bujang takpe la. Tapi takde feel rasa rumah orang dah berkeluarga la. Tu yang last-last aku buat keputusan nak memenuhkan rumah ni sedikit demi sedikit ;-) hehehe....Hari ni aku beli satu lagi benda iaitu mesin basuh fully auto. 8.5kg punya. Brand apa? Aiseh... Samsung lagi... Huhuhu...Tengok tu. Suka la bini aku tu. Lepas ni takde la asik kene marah sebab selalu bazir air. Apa...

Wednesday, December 24, 2008

Anak Aku Kemaruk Nak Duduk

Umur dah 5 bulan lebih. Dah nak dekat 6 bulan dah. Dah makin rajin meniarap dah anak aku ni. Kalau letak atas katil, biar je beberapa minit, tau-tau dah kat hujung katil dah. Kali pertama anak aku guling-guling macam tu kat katil, aku betul-betul terkejut. Ye la... Biasa takde la dia gerak-gerak sampai macam tu. Biasanya cuma pusing macam jarum jam je. Ni dah guling-guling dah. Masa aku perasan tu betul-betul dah kat hujung katil. Bahaya betul. Sekarang anak aku lebih kerap main kat lantai je (ada la alas, sejuk la lantai tu). Biar dia lagi aktif...

Saturday, December 20, 2008

Gabungan Dua Akuarium

Aku setup balik akuarium besar aku. Kebetulan aku ubah susun atur semua perabot kat rumah aku, setiap sudut semua dah berubah ;-) hehehe... Ubah sekali la akuarium aku ni. Tapi kali ni aku gabungkan akuarium marin besar dengan akuarium marin kecil. Masih menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air akuarium. Boleh la. Paling panas pun 28 darjah celcius lebih. Tak sampai la 29 darjah.Sebenarnya boleh lebih sejuk. Tapi sebab sistem linghting yang aku guna sekarang memang betul-betul memanaskan air akuarium ni. Akuarium kecil guna downlight (2 x 23...

Tuesday, December 16, 2008

Testing guna downlight

Aku upgrade lighting akuarium air laut yang baru aku setup. Sekarang guna downlight. Hehe... Ala...aku guna lampu compact-fluorescent.Spec dia lebih kurang macam ni la:-Cooldaylight-23 wattAku pasang dua biji. Huhu... Tambah lagi dengan 2 biji lampu biru (blue-marine) supaya ada cahaya biru. Memang best. Tapi tak lawan la kalau guna lampu metal halide. Bahagian atas tu silau la. Pulak tu aku letak kat ruang tamu. Kalau baring-baring, tambah-tambah lagi la silau sebab nampak lampu dari bawah. Buat masa ni aku letak kadbod je tutup bahagian atas...

Sunday, December 14, 2008

My new marine tank

Aku ada akuarium saiz 2 x 1 x 1 kaki. Sebelum ni aku bela ikan ikan koi dan lain-lain dalam akuarium ni.Masa ni kura-kura kecik lagi. Baik lagi, tak kacau-kacau sangat. Huhuhu..... Tapi sejak makin besar, makin banyak ikan yang jadi mangsa kalau aku terlupa nak bagi makan. Makin kuat makan kura-kura ni.Pokok betul tu. Ikan makan gak daun-daun pokok tu kalau aku lupa bagi makan.Pastu aku biarkan kosong je akuarium ni. Aku letak batu lebih dalam ni. Live rock. Pastu aku modify sikit akuarium ni. Aku buat overflow kat tepi dia. Pastu aku set jadi...

Akuarium kat luar...

Aku sebenarnya nak buat kolam ikan kat luar rumah aku. Tapi sebab ni rumah sewa, tak berbaloi lak rasanya. Lain la kalau aku beli rumah ni nanti ;-) huahaha...Last-last aku letak satu akuarium aku yang bukan kaca, letak kat luar. Letak ikan koi je. Hehehe... Pastu aku salurkan la air dari akuarium tu ke pasu kecik. Konon-konon nak siram la. Hehehe..... Kaya dengan baja tuuuuu...... Tak baik membazir.Sejak aku letak akuarium kat luar ni, lagi kerap pulak budak yang datang rumah aku. Nak tengok-tengok akuarium la tu. Lepas tu terjeling akuarium dalam...

Tuesday, December 9, 2008

Masa untuk makan...

Sejak umur 3 bulan aku dah suruh bini aku ajar anak aku makan nestum ke bubur blended ke, minum air kanji ke. Kesian kat bini aku, Taufiq ni makin kuat makan. Ye la, dah makin besar. Kalau nak harap susu mak dia memang tak cukup la. Bini aku ni lak saiz cute je. Hehehe...Kalau pergi uat check-up kat klinik, diam-diam je la. Tak bagitau yang anak aku ni dah makan nestum. Tapi Taufiq ni kengkadang nak eksen macam orang besar. Mak dia selalu kata "budak kecik nak jadi besar" kat anak aku ni. Kalau bagi pegang gelas (gelas plastik la) nanti dia uat...

Monday, December 8, 2008

Raya Haji pertama di Tawau

Biasanya kalau cuti, lebih-lebih lagi kalau raya, memang aku akan balik kampung punye. Balik semenanjung la, mana lagi. Tapi disebabkan cuti Raya Haji kali ni bukan masa cuti semester, cuti cuma sehari je. Mana sempat nak beraya kat kampung. Takpe la. Sekali sekala nak jugak rasa beraya di perantauan. Baru la nanti kalau nyanyi lagu Dengdang Perantau tu ada feel lebih sikit ;-)Aku suruh bini aku minta resepi masakan raya dari mak aku. Jadi, bini aku pun contact la mak aku tanya resepi. Entah dia cakap direct ke atau melalui adik perempuan aku ke...

Wednesday, December 3, 2008

DanaForex - Setiap Minggu Dapat Untung

Di sini aku nak kongsi satu lagi peluang menjana pendapatan dengan FOREX. Pendapatan antara 40% hingga 50% sebulan. Hanya parking lot dan tunggu keuntungan. Trading 100% guna sistem yang dibuat khas.Setiap Minggu Duit Masyukkkkkkk...Boleh withdraw setiap minggu. Tak payah susah-susah cari downline. Duduk diam pun duit masyuk. Standard la kalau main forex. Cuma ni stail agak lain sikit. Kalau rajin menaja lagi banyak $$$$$ masyuk.Join hari ni, minggu depan terus duit masyuk. Modal satu lot cuma RM35 je ( 1 lot ). Kalau ada lebih modal boleh tambah...

Bye bye to "Mrs. Defrost Each Two Days"

Rumah sewa yang aku duduk ni lengkap, full-furnished. Masuk cuma bawa baju je. Tapi adat la kalau dah hidup berkeluarga. Nak juga merasa ada barang-barang keperluan, perabot sendiri. Tahun lepas aku beli la rak kecik je. Untuk dapur, bilik dan ruang tamu. Best gak la bila tengok ada barang sendiri. Kalau tak, rasa pakai barang orang je. Huhu...Recently my wife said something about the fridge. The fridge is functioning. My wife luv to stock the fridge with her stuff and her cakes she made (ummm.....I love that part). But she's keep complaining that...

Yahooo... Cek aku dah clear...

Hehehe... Tiap-tiap bulan, ni la antara benda yang aku tunggu. Macam tunggu hari gaji pun ada. Dengan kata lain, tiap bulan ada tiga hari yang aku nanti-nantikan dengan perasaan yang sama. Hari gaji aku sebagai pensyarah dan 2 hari lagi adalah hari cek aku sebagai Saudagar Ceramic diclearkan ;-) Dia bayar ansur-ansur. Bayar 2 kali. Itu yang setiap bulan, 2 kali aku tunggu cek aku clear. Takde la banyak aku dapat. 2 kali RM500 setiap bulan. Bersamaan RM1000 setiap bulan. Hehehe... Tapi modal pusingan dia setiap bulan RM900. Huhuhu...Bukan senang...

Sunday, November 30, 2008

Koleksi akuarium dari pasar

Macam hari minggu yang biasa, aku dengan bini aku dan anak aku jalan-jalan kat Pasar Takada. Kitorang pegi pasar ni bukan mesti ada nak beli apa-apa. Biasanya sekadar nak bawa bini dan anak aku jalan-jalan. Kesian gak diorang duduk rumah je.Lepas puas kitorang pusing-pusing kat pasar, baru la pikir nak beli apa. Hehe..dengan kata lain, kitorang pusing-pusing kat pasar tu sambil cari idea nak beli apa ;-) Kitorang beli buah mangga ngan petai. Hehe...bini aku suka makan petai bakar. Aku ler yang ngajor bini aku makan petai bakar ni ;-)Yang bestnya,...

Saturday, November 29, 2008

Blues anak aku

Macam yang aku cakap aritu. Nak buat apa-apa memang kene tengok mood. Bukan apa. Anak aku ni kan baby perantau. Hehehe... Lebih-lebih lagi bila dia teringat atuk dia, nenek dia, pakcik-pakcik dan makcik-makcik dia. Huhu..pakcik makcik kepada anak aku ni muda-muda lagi. Majoritinya masih bersekolah. Huahaha... Muda-muda lagi dah jadi pakcik makcik. Kesian.....Dengan kata lain, anak aku ni jiwang la. Huahaha... Apa la Taufiq ni. Tak rock la anak abah ;-) Bila dia tengah jiwang ke, tengah nak layan blues ke, aku la biasanya yang menemankan anak aku...

Tuesday, November 25, 2008

Malas lak anak aku ni...

Umur anak aku ni dah 4 bulan lebih dah. Awal bulan depan genap la 5 bulan. Tapi malas benar nak meniarap. Yang lain-lain langsung la. Cuma dah pandai main mainan dia la.Aritu aku balik dari mana entah. Aku tak ingat. Tapi aku outstation la. 3 minggu berturut-turut aku keluar. Ujung minggu je ada kat rumah. Bila dah lama outstation, rindu la kat anak. Main-main la dengan anak aku. Tau-tau tengok anak aku meniarap.Tapi yang aku bengang, kali tu je la dia nak meniarap. Pastu dah tak nak dah. Huhu.. Nape entah. Malas betul. Berat punggung ke apa entah....

Sunday, November 23, 2008

Penuhnya akuarium aku

Kelmarin member aku tanya, nak tak dia punya elegance dan bubble. Dia kata dia nak letak coral lain pulak. Dia nak sikit je bubble dia. Apa lagi. Aku pun potong la. Hehe... Minta-minta hidup la. Ikutkan boleh hidup rasanya.Setakat ni alhamdulillah, hidup lagi sampai arini. Lampu akuarium aku pun dah ok dah. Aku tak pakai dah choke elektronik. Pakai yang biasa punya. Aku pun dah tak ON air bubble dah. Pakai kalkwasser je pun dah ok. Jimat lektrik sikit ;-)Tambah dengan coral yang member aku bagi, penuh dah akuarium aku. Cuba la korang tengok.Aku...

Anak abah main bubble pulak

Anak aku ni kadang-kadang boleh diam khusyuk tengok tv. Antara rancangan yang dia suka tengok adalah rancangan masakan. Hehehe... Diam, khusyuk dia tengok. Pastu mula la nampak mulut dia ternganga-nganga. Kadang-kadang dia mula main air liur la. Kalau sebelum ni dia main tiup-tiup air liur dia. Tapi sekarang dia dah rajin buat bubble pulak. Huhuhu... Selekeh bet...

Friday, November 21, 2008

Clearing another cheque

Jumaat lepas aku clearkan lagi satu cek. Semalam pun lagi satu cek. Setiap cek bernilai RM500. Tapi sebab tu cek outstation, KL lak tu. Aku ni kat Sabah. Maka lama la aku nak menunggu cek tu clear. Biasa kene tunggu 14 hari. Tak pe la. Asalkan cek tu clear. Huahaha... Alhamdulillah...Kalau ada sesiapa yang nak join venture, aku sangat mengalu-alukan. Boleh la aku boost sikit modal yang ada untuk boost lagi keuntungan. Untungnya takde la besar. Biasa dalam 11% je. Tapi kalau dapat boost modal, aku target boleh la boost keuntungan sampai 20%. Tak...

Cuaca akuarium aku mendung

Pagi tadi sebelum aku pergi keje, aku tengok kenapa la gelap je akuarium aku. Ikutkan timing yang dah aku adjust, patutnya dah terang dah. Aku pun cek la. Rupa-rupanya lampu memang takleh hidup. Choke dia problem rasanya. Aku pakai yang elektronik. Mungkin tak tahan kot. Apa taknye, aku ON lampu 12 jam sehari. Aku kene tukar la. Pakai choke yang biasa je. Kesian akuarium aku. Anggap la cuaca mendung. Huahaha...Tengahari tadi aku test jap air akuarium.pH = 8.2dkH = 9Lepas balik sembahyang jumaat tadi, aku ON air bubble. Ikut review yang aku baca,...

Wednesday, November 19, 2008

Cubaan air bubble berjaya...

Selepas hampir satu hari aku try guna air bubble kt akuarium aku, aku pun test la pH. Keputusannya agak memberangsangkan. Alang-alang test pH, aku test gak la dkH ngan Ca sekali. Keputusannya adalah :Ca = 520 ppmpH = 8.0dkH = 11Apa yang aku harapkan telah pun berhasil. Nilai pH dah meningkat. Hehehe...Sekarang aku nak try guna Kalkwasser pulak. Air bubble aku stop dulu. Maka dengan itu bermulalah eksperimen Kalkwasser aku ni. Hehehe... Kalkwasser ni pH dia tinggi. Apa taknye. Kan ke Kalkwasser tu air batu kapur. Hehehe... Jadi aku kene monitor...

Tuesday, November 18, 2008

Bubble in da house

Aku hold dulu untuk guna Kalkwasser. Petang tadi lepas balik keje, aku try test amik segelas air dari akuarium aku. Pastu letak air bubbleguna pam angin. Aku biarkan sejam. Lepas sejam aku test pH dan hasilnya pH meningkat kepada 8.8. Pergh...Apa lagi... Aku pun terus applied la kat akuarium aku. Cuma aku kene buat supaya bubble-bubble takkan ada pada permukaan air akuarium. Apa yang aku buat, adalah macam kat bawah ni. Tapi kalau nak bandingkan akuarium dengan gelas tadi (eksperimen untuk nak naikkan pH guna bubble air), takkan la sejam je dah...