Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Sunday, November 30, 2008

Koleksi akuarium dari pasar

Macam hari minggu yang biasa, aku dengan bini aku dan anak aku jalan-jalan kat Pasar Takada. Kitorang pegi pasar ni bukan mesti ada nak beli apa-apa. Biasanya sekadar nak bawa bini dan anak aku jalan-jalan. Kesian gak diorang duduk rumah je.

Lepas puas kitorang pusing-pusing kat pasar, baru la pikir nak beli apa. Hehe..dengan kata lain, kitorang pusing-pusing kat pasar tu sambil cari idea nak beli apa ;-) Kitorang beli buah mangga ngan petai. Hehe...bini aku suka makan petai bakar. Aku ler yang ngajor bini aku makan petai bakar ni ;-)

Yang bestnya, aku beli gak makanan laut. Beli sikit je. Setengah kilo. Tujuan sebenar adalah untuk nak letak dalam akuarium ;-) Tapi letak sekor dua je untuk setiap jenis. Tapi takkan nak beil satu je kan. Takpe la. Bakinya buat makan la. Hehehe...



Bukan aku yang benamkan eh. Benda tu yang benamkan diri dia dalam pasir tu. Cari makanan agaknya. Baru la aku tau macamana benda alah ni semua hidup, makan. Huhuhu...

Saturday, November 29, 2008

Blues anak aku

Macam yang aku cakap aritu. Nak buat apa-apa memang kene tengok mood. Bukan apa. Anak aku ni kan baby perantau. Hehehe... Lebih-lebih lagi bila dia teringat atuk dia, nenek dia, pakcik-pakcik dan makcik-makcik dia. Huhu..pakcik makcik kepada anak aku ni muda-muda lagi. Majoritinya masih bersekolah. Huahaha... Muda-muda lagi dah jadi pakcik makcik. Kesian.....

Dengan kata lain, anak aku ni jiwang la. Huahaha... Apa la Taufiq ni. Tak rock la anak abah ;-) Bila dia tengah jiwang ke, tengah nak layan blues ke, aku la biasanya yang menemankan anak aku ni. Biasanya kitorang duduk depan akuarium ;-) Tak pun kengkadang tengok Naruto ke. Huahaha... Dan yang satu lagi benda adalah anak aku minat tengok rancangan masakan. Aritu aku dah ada cerita sikit ek tentang ni. Khusyuk betul dia tengok orang memasak. Kalau tengok orang makan, nanti lidah dia mula la gerak-gerak. Terliur la tu...

Pastu anak aku ni selalu nak berteman. Dia lagi suka kalau mak bapa dia ada kat sebelah. Tak payah pegang dia pun takpe. Asalkan dia nampak ada depan mata dia. Nanti dia pandai la main sorang-sorang. Manja betul anak bujang aku ni.

Tengok la tu. Eksennya dia dapat tiarap. Sejak aku beli tikar hijau ni makin suka pulak dia meniarap.

Ewah-ewah... Posing pulak dia eh.


Hehe...Kengkadang dia meniarap sampai tertidur. Penat sangat la tu. Huhuhu...

Tuesday, November 25, 2008

Malas lak anak aku ni...

Umur anak aku ni dah 4 bulan lebih dah. Awal bulan depan genap la 5 bulan. Tapi malas benar nak meniarap. Yang lain-lain langsung la. Cuma dah pandai main mainan dia la.

Aritu aku balik dari mana entah. Aku tak ingat. Tapi aku outstation la. 3 minggu berturut-turut aku keluar. Ujung minggu je ada kat rumah. Bila dah lama outstation, rindu la kat anak. Main-main la dengan anak aku. Tau-tau tengok anak aku meniarap.

Tapi yang aku bengang, kali tu je la dia nak meniarap. Pastu dah tak nak dah. Huhu.. Nape entah. Malas betul. Berat punggung ke apa entah. Huhuhu... Lepas tu sekali sekala aku pun guling-gulingkan la anak aku ni atas tilam ke atas tikar lembut ke. Kengkadang nak le dia meniarap. Tengok mood.
Tengok la tu. Malas betul

Menangis pulak dia kene paksa meniarap. Takde mood la tu. Hehe... Sekali-sekala ragging anak aku ni.

Sunday, November 23, 2008

Penuhnya akuarium aku

Kelmarin member aku tanya, nak tak dia punya elegance dan bubble. Dia kata dia nak letak coral lain pulak. Dia nak sikit je bubble dia. Apa lagi. Aku pun potong la. Hehe... Minta-minta hidup la. Ikutkan boleh hidup rasanya.

Setakat ni alhamdulillah, hidup lagi sampai arini. Lampu akuarium aku pun dah ok dah. Aku tak pakai dah choke elektronik. Pakai yang biasa punya. Aku pun dah tak ON air bubble dah. Pakai kalkwasser je pun dah ok. Jimat lektrik sikit ;-)

Tambah dengan coral yang member aku bagi, penuh dah akuarium aku. Cuba la korang tengok.


Aku ingat nak set lagi satu akuarium marin la. Sebab akuarium yang ada ni dah penuh dah. Nak buang sayang pulak. Huhu...


Tapak sulaiman ni dah lama menyorok. Baru ni la nampak. Tapi tak lama lagi hilang lagi la. Bukan hilang. Menyorok je. Suka benor dia menyorok kat celah-celah batu. Ye la. Dah habitat dia. Tu yang Patrick dalam cerita Spongebob tu duduk bawah batu.

Anak abah main bubble pulak

Anak aku ni kadang-kadang boleh diam khusyuk tengok tv. Antara rancangan yang dia suka tengok adalah rancangan masakan. Hehehe... Diam, khusyuk dia tengok. Pastu mula la nampak mulut dia ternganga-nganga. Kadang-kadang dia mula main air liur la. Kalau sebelum ni dia main tiup-tiup air liur dia. Tapi sekarang dia dah rajin buat bubble pulak. Huhuhu... Selekeh betul.

Friday, November 21, 2008

Clearing another cheque

Jumaat lepas aku clearkan lagi satu cek. Semalam pun lagi satu cek. Setiap cek bernilai RM500. Tapi sebab tu cek outstation, KL lak tu. Aku ni kat Sabah. Maka lama la aku nak menunggu cek tu clear. Biasa kene tunggu 14 hari. Tak pe la. Asalkan cek tu clear. Huahaha... Alhamdulillah...

Kalau ada sesiapa yang nak join venture, aku sangat mengalu-alukan. Boleh la aku boost sikit modal yang ada untuk boost lagi keuntungan. Untungnya takde la besar. Biasa dalam 11% je. Tapi kalau dapat boost modal, aku target boleh la boost keuntungan sampai 20%. Tak la banyak. Tapi jadi la. Ada la hasilnya juga. Tapi kalau main strategi sikit, rasanya boleh tinggi lagi tu. Hehehe... Aku buat ni pun saja-saja je. Mengisi masa lapang.

Cuaca akuarium aku mendung

Pagi tadi sebelum aku pergi keje, aku tengok kenapa la gelap je akuarium aku. Ikutkan timing yang dah aku adjust, patutnya dah terang dah. Aku pun cek la. Rupa-rupanya lampu memang takleh hidup. Choke dia problem rasanya. Aku pakai yang elektronik. Mungkin tak tahan kot. Apa taknye, aku ON lampu 12 jam sehari. Aku kene tukar la. Pakai choke yang biasa je. Kesian akuarium aku. Anggap la cuaca mendung. Huahaha...

Tengahari tadi aku test jap air akuarium.

pH = 8.2
dkH = 9

Lepas balik sembahyang jumaat tadi, aku ON air bubble. Ikut review yang aku baca, kalau guna kalkwasser, jangan guna air bubble. Aku nak try tengok apa yang berlaku.

Wednesday, November 19, 2008

Cubaan air bubble berjaya...

Selepas hampir satu hari aku try guna air bubble kt akuarium aku, aku pun test la pH. Keputusannya agak memberangsangkan. Alang-alang test pH, aku test gak la dkH ngan Ca sekali. Keputusannya adalah :

Ca = 520 ppm
pH = 8.0
dkH = 11

Apa yang aku harapkan telah pun berhasil. Nilai pH dah meningkat. Hehehe...

Sekarang aku nak try guna Kalkwasser pulak. Air bubble aku stop dulu. Maka dengan itu bermulalah eksperimen Kalkwasser aku ni. Hehehe... Kalkwasser ni pH dia tinggi. Apa taknye. Kan ke Kalkwasser tu air batu kapur. Hehehe... Jadi aku kene monitor la pH aku. Kene alert sikit. Kang tak pasal-pasal pH melambung naik, mati lak semua hidupan marin aku ni. Huhuhu...

Tuesday, November 18, 2008

Bubble in da house

Aku hold dulu untuk guna Kalkwasser. Petang tadi lepas balik keje, aku try test amik segelas air dari akuarium aku. Pastu letak air bubbleguna pam angin. Aku biarkan sejam. Lepas sejam aku test pH dan hasilnya pH meningkat kepada 8.8. Pergh...

Apa lagi... Aku pun terus applied la kat akuarium aku. Cuma aku kene buat supaya bubble-bubble takkan ada pada permukaan air akuarium. Apa yang aku buat, adalah macam kat bawah ni.


Tapi kalau nak bandingkan akuarium dengan gelas tadi (eksperimen untuk nak naikkan pH guna bubble air), takkan la sejam je dah boleh ada kesan ek. Hehehe... Lepas 2 jam aku test ada la pH dia jadi 7.8. Huhu...teruskan usaha.

Aku dah dapat dah Kalkwasser. Dah bancuh dah. Tunggu esok kot baru start dripping.

Ni gambar yang paling latest

Monday, November 17, 2008

Performing 10% Water Change

Just now I performed 10% water change of my aquarium.

At 10.00 p.m.

The temperature is 27.5 celcius. After half an hour, I test a sample of the aquarium water. The result :

Calcium = 560 ppm
pH = 7.6
dkH = 10

My concern is the pH level. I'm about to raise the pH level to 8.4. But it should be slowly. Sudden raise will kill 'em all. Huahaha...

Maybe I'll try with the Kalkwasser. Tomorrow I'll make a dripper to drip the Kalkwasser into the aquarium. From the forum I read, it should raise the pH. The only problem is that very difficult to get the Kalkwasser powder in this area. I mean Tawau. Luckly I have a friend who got a bottle of it. I should ask him for it tomorrow ;-) Hope this gonna work. Wish me luck.

Aku beli coral lagi

Petang-petang aku jalan gi kedai akuarium yang biasa aku pegi. Tengok-tengok apa yang boleh aku beli. Semalam hari minggu, aku susun balik aku punye coral-coral dalam akuarium. Banyak pulak lagi ruang-ruang yang kosong. Tu yang aku geram nak penuhkannya.
Kat kedai tu takde la coral yang baru. Cuma aku je yang tak beli lagi. Aku pun beli la 2 coral. Dan aku pun dah letak dalam akuarium aku.

Harga dia RM15

Yang ni harga dia RM13


Coral ni pulak aku beli minggu lepas.


Harganya RM10


Ni harganya RM15


Ni pulak aku beli 2 minggu lalu. Hehehe...



Ni kalau tak silap aku harganya RM15

Yang ni aku beli dah lama dah.

Ni harganya RM18

Ni pun harganya RM18

Ni harganya RM5

Ada lagi yang lain. Tapi lain kali la aku upload. Aku punya mushroom dan soft coral.

Sunday, November 16, 2008

Yo Wassap

Hey dude...

Hehe...kitorang nak gi giant ni. Nak shopping. Stocking barang dapur. Sejuk kat giant tu. Cian taufiq kang ;-) hehehe...

Hahaha...keluar tanduk dah ni..... Baru balik dari shopping.

Huahaha...sape yang tak bagi apa yang aku nak, aku ketuk je dengan tukul besar ni kang.

Macam dah makin ok je

Dah ada test kit baru la boleh tau macam mana kualiti air akuarium ni. Huhu... Dah macam Jabatan Alam Sekitar pulak. Leh kata tiap hari aku amik sampel air akuarium untuk diuji. Hasilnya alhamdulillah. Memuaskan... Daripada pemerhatian aku, kelihatan coral-coral aku dah makin kurang segan untuk mengembang.

Dan tak kurang penting juga, aku bagi coral-coral ni makan. Ikutkan dia boleh buat makanan sendiri. Macam pokok la, ala-ala fotosintesis. Tu yang kene letak lampu terang-terang. Memandangkan air dalam akuarium aku ni ada la lebih kurang 20 gelen (dah tolak isipadu batu besar, batu halus dan pasir), maka aku kene pastikan cahaya yang menerangi akuarium aku ni adalah tidak kurang dari 80 watt. Buat masa ni aku guna lampu pendaflour je. Huhu... Spesifikasi pencahayaan yang aku guna setakat ni adalah :

2 batang lampu blue-marine bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt)
2 batang lampu putih bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt) - T10
1 batang lampu putih (lampu akuarium) bersaiz 2.5 kaki (25 watt)

So... total semua ada la 105 watt. Takde la aku ON 24 jam. Kang bengong pulak ikan tu. Kene la buat seolah-0lah ada siang dan malam. Konon macam real la. Ikan tu pun nak gak tido. Hehehe... Aku pakai timer. Urutan lampu aku lebih kurang macam ni la :

6 pagi - Lampu biru dihidupkan
7 pagi - Lampu putih dihidupkan
6 petang - Lampu putih dimatikan
7 malam - Lampu biru dimatikan

* keadaan ini adalah mengikut waktu di sabah. huhuhu...

elegance coral nampak kembang. tapi belum berapa kembang tu

Saturday, November 15, 2008

Test Kit Please...

Setelah sekian lama aku bela akuarium air laut, baru ni la aku beli test kit. Tu pun aku cuma beli test kit Calsium, pH dengan kH (carbonate hardness). Sebelum ni main agak-agak je.

Apa pun test kit ni penting, untuk nak maintain kualiti air. Hidupan marin ni sensitif sikit. Bini aku kata nak bela akuarium marin ni dah macam bela anak. Banyak benda nak kene monitor. Hehe..aapa taknye. Kalau aku outstation, bini aku la yang kene maintain akuarium aku ni. Tapi takde lak bini aku merungut sebab kene jaga. Dia kata seronok gak jaga. Lagi nikmat rasanye bila tengok ikan-ikan tu berenang hepi, coral pun kembang.

Tapi aritu masa aku outstation, bini aku kata ada malam bila entah blackout lama. Pergh...aku rasa mesti ikan-ikan dan coral-coral aku mula lemas. Ada gak la beberapa ekor ikan aku yang menjadi korban. Ingatkan ikan aku je. Ikan member aku pun sama, ada gak yang mati. Dia pun ada akuarium marin gak.

Sekarang aku rasa, tibalah masanya untuk aku nak ke tahap yang seterusnya. Maintain kualiti air. Sebelum ni main belasah je. Main tuang je apa yang patut. Agak-agak je. Guna gerak hati dan pemerhatian je. Huhu... Tapi tak boleh rupanya. Aku pun mula berjinak-jinak menggunakan test kit yang aku baru beli.

Hasil ujian dari sampel air akuarium aku adalah :

Ca = 420
pH = 7.6
kH = 11
sg = 1.023
Temp = 26-29 C

Hasil dari ujian tu, aku dapat kesimpulan bahawa tahap pH aku rendah. Sepatutnya kandungan sampel adalah :

Ca = 420 ke atas
pH = 8.1 - 8.4
kH = 8 - 12
Mg = 1200
sg = 1.022 - 1.025
Temp = 22 - 26 C

Magnesium aku tak dapat nak test sebab aku takde test kit untuk magnesium. Mahal test kit ni. Lebih kurang RM80 kot. Pulak tu aku cari kat Tawau ni tak jumpa. Suhu dia pulak kira tahap kritikal la. Aku masih belum guna chiller lagi. Masih lagi dengan kipas sahaja. Huhuhu.....

Friday, November 14, 2008

ISO : In other word... Ikut Suka Orang

Aku baru je balik dari Regency Tanjung Tuan kat Port Dickson semalam. Attend kursus JuruAudit Dalaman. Ai...berjalan je la aku ni. Dah 3 minggu straight. Aritu seminggu kat Langkawi. Minggu lepas keluar gi observe budak kolej aku buat Latihan Industri. Minggu ni keluar ke PD lak. Ikutkan arini baru aku balik tapi banyak keje lagi nak kene buat. Sesekali outstation memang ler best. Tapi kalau kerap sangat, kang bertimbun-timbun keje aku yang tak siap.

Sebelum ni aku nah pegi kursus untuk Pembangunan Dokumentasi. Kiranya macam nak kene buat prosedur untuk kualiti la. Kali ni pulak untuk buat audit. Mampus nak menghafal klausa-klausa tu. Dah macam amik subjek undang-undang lak. Macam peguam pun ada rasanye. Hehehe...

Tu baru nak menghafal klausa, belum lagi nak kene paham prosedur. Kalau tak paham prosedur, macam mana nak mengaudit. Hehehe... Tapi bila dah faham, takde la susah mana. Apa pun, ISO tu maknanye Ikut Suka Orang. Huahaha... Eh? Betul apa... Prosedur yang ada sebenarnya terpulang macam mana yang kita nak. Yang penting dia merangkumi semua keperluan yang perlu ada. Bila semua keperluan yang patut tu ada, InsyaAllah, confirm sistem tu akan jadi smooth. Hehehe...

Aku tunggu sijil JuruAudit. Pastu baru la boleh mengaudit. Kalau boleh pun aku tak nak buat kalau takde sijil. Huhuhu... Lagi pun ada exam. Katanya kalau tak dapat-dapat lagi sijil, anggap je tak lulus. Lulus ke tak, aku tak kisah. Yang penting banyak ilmu baru yang aku dapat. Ilmu yang aku dapat tu mampu memantapkan lagi keje aku supaya lebih sistematik dan berkualiti.

Pssssst.....cuba korang tanya orang jawa, "iso" tu apa maknenye. Hehehe...

Tuesday, November 11, 2008

Grip Driving

Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mahir dalam grip driving. Pelumba-pelumba banyak berlatih berkaitan perkara-perkara ini bagi memastikan mereka pantas di litar atau di jalanraya.



Smooth driving

Dalam drifting dan perlumbaan, agresif tidak semestinya anda akan menjadi pantas. Sekiranya anda hanya ingin meningkatkan teknik memandu anda, smooth driving adalah yang terbaik. Di litar perlumbaan, smooth driving membolehkan anda mengurangkan pemindahan beban (weight transfer) supaya anda dapat menggunakan cengkaman tayar secara maksimum dan seterusnya dapat mengekalkan kawalan pada kelajuan yang tinggi. Di jalan awam pula, ia boleh membuatkan pemanduan anda menjadi lebih selesa malah meningkatkan penjimatan penggunaan minyak.




Grip

Grip ataupun cengkaman merupakan sesuatu yang menarik. Dengan adanya grip, kereta anda boleh terus bergerak di jalan, memecut, membelok malah berhenti. Grip ini berada pada tayar kereta anda. Walaubagaimanapun grip ini mempunyai had yang tertentu. Jenis tayar dan jenis kereta yang digunakan juga menjadi penentu had cengkaman. Adalah penting untuk mengetahui had tayar atau grip limit bagi tayar itu sekiranya anda mahu memandu pada tahap optimum.



Weight transfer

Semasa memandu, pemindahan beban (weight transfer) boleh berlaku samada secara longitudinal (depan-belakang) atau lateral (kanan-kiri). Bergantung kepada bagaimana weight transfer ini terjadi, ia merupakan kunci samada ianya membantu atau sebaliknya akan mengganggu pemanduan anda.



Steering

Teknik mengawal steering yang baik adalah penting untuk pemanduan yang lancar. Ia dapat mencegah pemindahan berat secara mengejut bagi membolehkan anda mengambil selekoh pada sudut yang lebih baik.


Apabila anda sedia untuk memandu, anda seharusnya memastikan kedudukan tempat duduk anda pada posisi yang selesa dan pergelangan tangan anda dalam keadaan yang rileks. Cara memegang steering semasa keadaan biasa atau memutar steering juga mestilah dalam keadaan yang rileks tetapi betul-betul memegang steering dengan kemas. Ini bagi memberikan anda kawalan yang optimal kepada steering yang anda pegang.



Braking

Membrek pada detik yang betul dengan daya yang betul menjadi titik penting bagi mendapatkan masa terbaik dalam perlumbaan. Sekiranya anda membrek terlalu kuat, tayar depan anda boleh terkunci sehingga menyebabkan hilang kawalan steering. Titik brek yang paling baik adalah titik sebelum tayar terkunci. Latihan yang kerap membolehkan anda memastikan titik ini.



Left foot braking

Ini merupakan teknik yang biasa digunakan oleh pelumba rally. Teknik ini dapat mengurangkan understeer semasa membelok, mengurangkan drive loss semasa tayar spin dan juga boleh mengurangkan selang masa antara menekan pedal brek dan pedal throttle.




Gear shifting & rev matching

Setiap gear mempunyai julat operasi efektifnya yang tersendiri. Ia turut bergantung pada kelajuan putaran enjin kereta anda. Lebih laju putaran enjin, lebih laju kereta anda akan bergerak. Walaubagaimanapun ia ada hadnya sehingga anda terpaksa menukar gear yang seterusnya.


Akan tetapi dalam julat operasi efektifnya, ada satu julat yang dipanggil sebagai power band. Pada julat power band inilah enjin kereta anda berada pada kuasa maksimumnya. Pada julat ini juga kereta anda mampu memecut dengan kekuatan maksimum.



Heel and toe shifting

Teknik ini merupakan seni menukar gear kepada gear yang lebih rendah seterusnya melakukan rev matching semasa membrek. Dengan gabungan brek dan menukar gear semasa memasuki selekoh, anda akan menjadi lebih pantas semasa membelok.

Ia dapat mengurangkan stress pada driveline, mengelakkan beban terpindah ke hadapan semasa menukar gear kepada gear yang lebih rendah dan dapat mengurangkan kebarangkalian roda kereta terkunci dalam keadaan yang ekstrem.



Understeer

Apabila anda sudah melampaui had cengkaman semasa membelok, dua fenomena mungkin berlaku iaitu understeer atau oversteer. Understeer berlaku apabila tayar depan mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman menyebabkan kereta anda terpaksa mengambil sudut yang lebih luas untuk melalui selekoh. Dengan kata lain, kereta akan terkeluar ke arah luar selekoh semasa membelok.



Oversteer

Oversteer berlaku seperti understeer juga dimana tayar mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman tetapi ianya berlaku pada tayar belakang. Ini menyebabkan kereta anda seolah-olah mahu berputar ke arah dari mana anda datang. Dengan kata lain, kereta akan termasuk ke arah dalam selekoh semasa membelok atau mungkin kereta akan berputar 180 darjah.



Ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam asas grip driving seterusnya drift driving. Ada kaedah dan teknik bagi mengatasi atau mencapai perkara-perkara tersebut.

Grip driving sememangnya agak membosankan. Tetapi sebelum anda berdrift, adalah perlu untuk anda mahir dalam grip driving (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).

Sunday, November 2, 2008

Kerang Oh Kerang

Pagi tadi aku gi pasar dengan bini aku dan anak aku. Saje je jalan-jalan. Takde niat pun nak gi pasar. Nak bawa bini ngan anak aku jalan-jalan. Aritu aku outstation 5 hari. Tengah pusing-pusing kat pasar tu, tiba-tiba bini aku tergerak nak beli kerang memandangkan kebetulan masa tu ada kerang depan mata. Aku pun beli la sekilo dan bayar la RM2. Alang-alang dah kat pasar, beli je la apa yang patut ek.


Pastu bila balik uma, aku terpandang kerang yang aku beli tadi tengah terbuka. Nampak la isi dia yang merah tu. Hidup lagi ni. Tetiba aku terpikir nak letak dua, tiga ekor kerang ni dalam akuarium aku. Apa lagi... Tanpa melengahkan masa, aku pun pilih kerang yang sesuai dan aku pun terus je letak dalam akuarium aku.


Huahaha... Terus buih-buih keluar dari kerang bila kerang tu gerak-gerak. Dia bernafas kot. Aku biarkan seketika. Selang dua, tiga minit aku perhatikan kerang tu mula terbuka. Siap dia kuarkan isi dia, macam lidah terjelir pun ada. Seolah-olah macam nak cari makanan.



Susah sikit nak amik gambar kerang ni sebab dia kecik. Padahal kat pasar tu ada gak kerang yang besar. Ada la saiz genggaman aku. Tapi ni kerang yang bini aku beli kat pasar tadi. Hantam sajalah... Bini aku kata aku sengal. Tapi dia kata best gak sebab dapat tengok macam mana kerang hidup. Selalu tengok kerang yang dah masak je. Tiba-tiba bini aku keluar idea sengal dia pulak. Dia kata lain kali nak beli kepah untuk makan. Tapi nak letak la sekor dua dalam akuarium aku ni. Huhuhu... Macam-macam la bini aku ni.

Laut, udara, darat, semua ku redah

Aku baru je balik dari Langkawi. Ada kerja sikit. Yang lawak tu entah macam mana orang kat pejabat aku boleh tersilap tempah tiket flight untuk aku. Patut aku boleh naik flight dari Tawau sampai la ke Langkawi. Tapi bila aku tengok tiket aku, rupanya perjalanan flight aku cuma sampai Alor Setar je. Huhu.. Selebihnya terpaksa aku pandai-pandai sendiri untuk sampai ke destinasi yang diarahkan.

Nak tak nak terpaksa la aku naik feri untuk menyeberang laut menuju ke Langkawi. Hehe..dalam satu hari tu aku ikut jalan darat, udara dan laut. Bila balik lak, sama la macam tu. Penat memang penat. Terkejar-kejar. Takpe la. Asalkan objektif tercapai. Ni dah balik. Benda pertama yang aku kene buat adalah CLAIM. Huahaha... Claim jangan tak claim.