Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Wednesday, December 31, 2008

Nak jual daun pandan dengan serai keee...

Pagi tadi lepas aku rilek-rilek, aku tebas hutan mini belakang rumah aku. Huhuhu... Padahal cuma pokok serai, pandan, kunyit je. Lain-lain tu keluarga rumput dan lalang. Tapi dah merimbun. Takde masa nak tebas. Lama-lama merimbun la, apa lagi. Tapi pagi tadi aku gagahkan diri juga. Nak kata sempena tahun baru pun boleh juga la. Kebetulan dalam minggu ni kita sambut tahun baru hijrah dan juga tahun baru masihi.

Abis semua aku tebas pagi tadi. Letih gak la. Ni pun rasa otot macam bengkak. Nak buat macam mana. Dah tak biasa berkebun. Padan muka. Huahaha... Bini aku kata tiba-tiba dapur jadi terang. Mana taknye. Dah takde lagi hutan mini kat belakang rumah. Hehe... Tu pun belum siap lagi aku kemaskan. Aku bungkus daun-daun ngan ranting-ranting dalam beg plastik pastu buang kat tempat sampah. Kalo bakar je memang senang keje. Tapi kesian pulak kat jiran-jiran. Kang tak pasal-pasal yang ampai baju tu free-free je buat kain salai. Huahaha...

Aku rasa dekat 7 pokok pandan aku tebas. Pokok serai lak akarnya dah macam busut. Aku tebas gak. Tinggalkan sikit je biar hidup. Simpan untuk masa depan. Cewah... Tapi aku tak buang la daun pandan ngan serai yang aku tebas tu. Aku bungkus, bagi kat jiran-jiran. Ada la 10 rumah aku bagi. Stok untuk berapa lama la agaknye tu. Bini aku malas nak bungkus banyak-banyak la tu. Aku minta tolong bini aku yang bungkus untuk nak bagi kat jiran-jiran. Dia bungkus banyak-banyak. Aku rasa sebenarnya boleh bagi untuk 20 ke 25 rumah kot. Hehehe... Apa-apa je la ye.



Sebenarnye seluruh kawasan ni dah ditumbuhi rumput dan pokok yang lebih tinggi dari aku. Abis dah aku tebas. Apa pun belakang rumah aku dah terang. Apa nak buat lepas ni, kita tengok je la nanti. Yang pasti kalau rumput naik lagi, kene la aku tebas lagi. Hehehehe...



Berbekalkan pisau dapur bini aku, aku menebas hutan mini ni. Huhuhu... Ada aku pinjam cangkuk jiran, tapi tak gunakan pun. Pakai pisau dapur pun dah cukup.



Taufiq nak posing pulak depan hasil tebas abah ni ;-)

Tuesday, December 30, 2008

Kuda Laut

Kuda laut aku ni pemalas. Selalu lepak je. Tak macam ikan, aktif berenang-renang. Nak tengok dia bergerak pun susah. Huhuhu... Sekali dia bergerak, aku cepat-cepat rakam. Hehehe...

Monday, December 29, 2008

Tengok nemo berenang

Hehe...saje je aku rakam video ni. Tengok Nemo dengan kawan-kawan dia berenang. Kadang-kadang nemo ni suka gesel-gesel kat coral. Dia akan pilih coral yang dia minat la untuk nak bergesel-gesel. Mula-mula aku tengok risau gak kot nanti coral aku ni makan ke. Ye la, kengkadang coral ni nanti keluar sesungut cari makanan. Mana tau kot dia baham nemo kang. Huhuhu...

Friday, December 26, 2008

Metal Halide 20000 K

Hari ni aku punya mentol metal halide 150watt 20000 K dah sampai. Beli kat eBay. RM55. Aku survey kat kedai area sini, harga dia RM180. Tu yang aku beli kat eBay tu. Hehehe...mentol ni baru la aku punya. Sebelum ni aku pinjam member aku punya.



Aku baru buka dari bungkusan. Aku risau gak kalau-kalau pecah. Ye la. Mentol niii.... Dari Hong Kong pulak tu. Huhuhu...


Amacam? Tak tau la boleh nampak ke tak beza kalau tengok dalam gambar. Tapi tengok depan mata memang beza. Sebelah atas tu 20000K. Sebelah bawah lak 5500K.

No more Terlupa Tutup Air lagi...

Walaupun rumah sewa aku ni dah ada dah perabot dan perkakas asas, tapi aku rasa elok aku beli juga barang-barang aku sendiri. Lagipun macam kosong je rumah ni. Kalau duduk bujang takpe la. Tapi takde feel rasa rumah orang dah berkeluarga la. Tu yang last-last aku buat keputusan nak memenuhkan rumah ni sedikit demi sedikit ;-) hehehe....

Hari ni aku beli satu lagi benda iaitu mesin basuh fully auto. 8.5kg punya. Brand apa? Aiseh... Samsung lagi... Huhuhu...




Tengok tu. Suka la bini aku tu. Lepas ni takde la asik kene marah sebab selalu bazir air. Apa taknye. Selalu lupa yang dia tengah basuh baju. Isi air lepas tu tinggal. Tau-tau dah setengah jam air melimpah-limpah. Huhuhu... Apa laaa... Sibuk sangat la tu :-P huhuhu...




Ewah-ewah Taufiq... Suka-suka dia je nak duduk atas tu eh.




Samsung lagi.... 8.5kg punye ni. Lepas ni boleh basuh toto la. Hehehe...

Wednesday, December 24, 2008

Anak Aku Kemaruk Nak Duduk

Umur dah 5 bulan lebih. Dah nak dekat 6 bulan dah. Dah makin rajin meniarap dah anak aku ni. Kalau letak atas katil, biar je beberapa minit, tau-tau dah kat hujung katil dah. Kali pertama anak aku guling-guling macam tu kat katil, aku betul-betul terkejut. Ye la... Biasa takde la dia gerak-gerak sampai macam tu. Biasanya cuma pusing macam jarum jam je. Ni dah guling-guling dah. Masa aku perasan tu betul-betul dah kat hujung katil. Bahaya betul. Sekarang anak aku lebih kerap main kat lantai je (ada la alas, sejuk la lantai tu). Biar dia lagi aktif bermain. Hehehe...


Nampak tak kerusi biru anak aku tu. Yang anak aku buat main tu. Kalau aku letak atas tu, dia dah pandai turun sendiri. Tapi dalam keadaan yang agak bahaya la. Dalam erti kata lain, guling-guling sampai jatuh dari kerusi tu la :-P huhuhu... Kalau aku tegakkan sikit, dia mula angkat badan dia, macam nak duduk. Tapi masalahnya dia belum boleh duduk tegap lagi. Jadi, bila dia cuba angkat badan dia, nanti dia akan jatuh ke depan pulak. Bahaya betul anak aku ni. Nakal betul.

Kebetulan sekarang ni aku tengah cuti. Jadi anak aku lebih banyak luangkan masa dengan aku. Kalau dah kebulur ke, buang air ke, baru la dia melalak panggil mak dia. Mmmmmmmaaaaak..... Macam tu la dia menangis panggil mak dia. Huhuhu...



Suka dia kalau dapat duduk macam ni sambil tengok tv. Huhuhu... Tak padan kecik. Belum boleh duduk tapi dah sibuk nak duduk. Berangan nak jadi macam orang besar.



Bukan setakat tengok tv. Nak juga dia main komputer. Apa boleh buat. Dah mak bapak dia pun selalu duduk depan komputer. Huhu..serabut sikit bilik tu. Tengah kemas, ubah susun atur perabot ;-)



Ewah ewah... Dia pun nak minum jugak ke... Ye la... Mak buat air ni untuk abah. Dia pulak nak menyibuk.


Eh...dah dah dah... Ada ais ni. Tak boleh minum banyak sangat. Awak tu kecik lagi. Huhuhu...



Jom sambung main komputer lagi. Taufiq nak surf internet lagi ke... Ke nak update blog ;-)

Saturday, December 20, 2008

Gabungan Dua Akuarium

Aku setup balik akuarium besar aku. Kebetulan aku ubah susun atur semua perabot kat rumah aku, setiap sudut semua dah berubah ;-) hehehe... Ubah sekali la akuarium aku ni. Tapi kali ni aku gabungkan akuarium marin besar dengan akuarium marin kecil. Masih menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air akuarium. Boleh la. Paling panas pun 28 darjah celcius lebih. Tak sampai la 29 darjah.

Sebenarnya boleh lebih sejuk. Tapi sebab sistem linghting yang aku guna sekarang memang betul-betul memanaskan air akuarium ni. Akuarium kecil guna downlight (2 x 23 watt). Akuarium besar lak guna spotlight. Huhuhu... Guna mentol metal halide, bukan guna mentol halogen. Sekarang ni aku guna mentol member aku. 5500 kelvin (150 watt) je. Aku tunggu aku punya mentol belum sampai lagi. 20000 kelvin (150 watt). Aku beli kat eBay, dari USA. Kat sini mahal. Beza harga dengan aku beli kat eBay, ada la lebih 3 kali. Siap harga pos tu. Huhu..tu yang aku beli dari eBay. Kalau lebih mahal baik tak payah.



Ni la dia gabungan dua akuarium. Mudah sikit. Sistem dia sama, jadi lebih kurang macam aku cuma jaga satu akuarium je. Kalau tak, aku kene jaga parameter air dua-dua akuarium secara berasingan. Leceh, kos lagi.





Akuarium besar ni kosong lagi. Ada seekor je damsel dengan beberapa coral. Nanti mentol aku dah sampai, baru la aku tambah lagi isi dalam akuarium besar ni kot. Huhuhu... Tu pun kalau bajet ada.

Ni parameter asas untuk akuarium aku masa aku baru setup.

pH = 8.8
dkH = 6
Calcium = 460 ppm

Lepas tu aku modify sikit.

pH = 8.8
dkH = 8
Calcium = 480 ppm

pH tu berubah la ikut waktu. Kalau petang tu pH = 8.8. Kalau awal pagi tu 8.2. Lebih kurang macam tu la.

Tuesday, December 16, 2008

Testing guna downlight

Aku upgrade lighting akuarium air laut yang baru aku setup. Sekarang guna downlight. Hehe... Ala...aku guna lampu compact-fluorescent.

Spec dia lebih kurang macam ni la:
-Cooldaylight
-23 watt


Aku pasang dua biji. Huhu... Tambah lagi dengan 2 biji lampu biru (blue-marine) supaya ada cahaya biru. Memang best. Tapi tak lawan la kalau guna lampu metal halide.


Bahagian atas tu silau la. Pulak tu aku letak kat ruang tamu. Kalau baring-baring, tambah-tambah lagi la silau sebab nampak lampu dari bawah.


Buat masa ni aku letak kadbod je tutup bahagian atas tu. Nak elak silau. Kesian anak aku kalau dia nak baring-baring kat ruang tamu.

Sunday, December 14, 2008

My new marine tank

Aku ada akuarium saiz 2 x 1 x 1 kaki. Sebelum ni aku bela ikan ikan koi dan lain-lain dalam akuarium ni.


Masa ni kura-kura kecik lagi. Baik lagi, tak kacau-kacau sangat. Huhuhu..... Tapi sejak makin besar, makin banyak ikan yang jadi mangsa kalau aku terlupa nak bagi makan. Makin kuat makan kura-kura ni.



Pokok betul tu. Ikan makan gak daun-daun pokok tu kalau aku lupa bagi makan.

Pastu aku biarkan kosong je akuarium ni. Aku letak batu lebih dalam ni. Live rock. Pastu aku modify sikit akuarium ni. Aku buat overflow kat tepi dia. Pastu aku set jadi akuarium air laut pulak. Semalam baru aku letak coral dalam tu. Arini aku tengok ok la coral-coral yang aku letak dalam tu. Aku ingat nanti nak guna downlight untuk lighting akuarium ni.






Mungkin dah lama aku tak guna akuarium ni, cermin dia macam kotor sikit. Aritu aku tak bersihkan pulak sebelum setup. Huhuhu.....

Akuarium kat luar...

Aku sebenarnya nak buat kolam ikan kat luar rumah aku. Tapi sebab ni rumah sewa, tak berbaloi lak rasanya. Lain la kalau aku beli rumah ni nanti ;-) huahaha...

Last-last aku letak satu akuarium aku yang bukan kaca, letak kat luar. Letak ikan koi je. Hehehe... Pastu aku salurkan la air dari akuarium tu ke pasu kecik. Konon-konon nak siram la. Hehehe..... Kaya dengan baja tuuuuu...... Tak baik membazir.

Sejak aku letak akuarium kat luar ni, lagi kerap pulak budak yang datang rumah aku. Nak tengok-tengok akuarium la tu. Lepas tu terjeling akuarium dalam rumah aku, mula la nak tengok gak. Huhuhu...


Dulu ada pokok brokoli kat pasu kecik tu tapi aku balik kampung, kering sebab takde sape nak siram. Huhuhu...kesiannya.....


Ada kura-kura kat bekas bulat tu. Dulu aku campur dengan ikan sekali. Tapi sejak kura-kura tu besar, makin kuat makan, kalau aku terlupa bagi makan kang tak pasal-pasal kura-kura tu makan ikan. Ikan yang lagi besar dari kura-kura tu pun dia bedal gak. Ganas betul kura-kura ni. Last-last aku kuarantin kura-kura tu dalam bekas bulat tu. Padan muka. Ganas sangat.

Tuesday, December 9, 2008

Masa untuk makan...

Sejak umur 3 bulan aku dah suruh bini aku ajar anak aku makan nestum ke bubur blended ke, minum air kanji ke. Kesian kat bini aku, Taufiq ni makin kuat makan. Ye la, dah makin besar. Kalau nak harap susu mak dia memang tak cukup la. Bini aku ni lak saiz cute je. Hehehe...

Kalau pergi uat check-up kat klinik, diam-diam je la. Tak bagitau yang anak aku ni dah makan nestum. Tapi Taufiq ni kengkadang nak eksen macam orang besar. Mak dia selalu kata "budak kecik nak jadi besar" kat anak aku ni. Kalau bagi pegang gelas (gelas plastik la) nanti dia uat la macam orang minum air. Dia teguk air walaupun gelas tu gelas kosong je. Hehe...

Pastu kalau mak abah dia makan, dia pun nak makan sama. Tak nak ketinggalan. Sejak puasa aritu la. Tiap kali buka, dia nak join sekali. Hehe... Konon macam orang dah besar la tu :-P

Sekarang ni dia dah eksen nak suap sendiri. Makin nak eksen jadi macam orang besar. Huhuhu... Mak dia la ni... Asyik kata kat anak aku "budak kecik nak jadi besar".


Baru abis makan. Kalau mangkuk tu ada isi nestum, jawabnya memang berkecah la. Comot abis la si Taufiq ni kang.


Nyam nyam nyam... Jilat-jilat apa yang patut. Tak baik membazir. Hehehe...


Aaaaa....Nyam..... Tadi jilat belakang sudu. Ni jilat depan sudu lak.

Monday, December 8, 2008

Raya Haji pertama di Tawau

Biasanya kalau cuti, lebih-lebih lagi kalau raya, memang aku akan balik kampung punye. Balik semenanjung la, mana lagi. Tapi disebabkan cuti Raya Haji kali ni bukan masa cuti semester, cuti cuma sehari je. Mana sempat nak beraya kat kampung. Takpe la. Sekali sekala nak jugak rasa beraya di perantauan. Baru la nanti kalau nyanyi lagu Dengdang Perantau tu ada feel lebih sikit ;-)

Aku suruh bini aku minta resepi masakan raya dari mak aku. Jadi, bini aku pun contact la mak aku tanya resepi. Entah dia cakap direct ke atau melalui adik perempuan aku ke tak kisah la. Yang penting dia dapat resepi tu. Hehehe... Lepas tu kitorang pegi la pasar cari bahan. Beli banyak sikit. Nak raya kaaaan..... Bini aku tak biasa sebab biasanya kalau kitorang pegi belanja barang dapur, takde la beli banyak-banyak. Apa nak risaunye. Kan ada peti sejuk baru ;-) Hehehe...

Kebetulan kat pasar tu aku nampak daun ketupat. Ketupat yang siap anyam pun ada jual gak. Tapi aku nak anyam sendiri. Baru ada feel sikit. Hehehe... Raya bukan selalu. Pulak tu ni raya first time aku kat Sabah.


Taufiq tengok abah anyam. Nanti dah besar sikit boleh tolong abah anyam.


Ni ketupat bawang. Konon-konon yang atas tu daun bawang, bawah lak akar bawang. Hehehe...


Ni pulak ketupat jantung. Nampak tak arteri dengan vena ;-) Hehehe...


Ni pulak aku buat ketupat bantal. Nampak tak panjang sisi dia tak sama. Memanjang sikit. Macam bantal. Tu aku panggil ketupat bantal. Selalu aku buat ketupat bantal ni kalau daun tu pendek. Tapi kengkadang daun ok pun aku buat gak. Saje memvariasikan rupa bentuk ketupat. Huahaha...

Dah nak isyak, aku masak la ketupat. 4 jam. Tapi yang sedihnya, baru 2 jam lebih masak ketupat, gas abis. Huhuhu...tak teringat pulak yang tong gas tu dah lama pakai. Aiseh... Dah la dah tengah malam. Aku pun round la tengok-tengok kot ada rezeki. Aku pusing-pusing jumpa satu kedai. Tapi bila aku tanya, gas dah abis gak. Tong kosong je yang ada. Huhu...aku pun terus round lagi. Sampai ke bandar aku pusing. Kinabutan pun aku pegi gak. Area Kuhara pun aku pegi gak. Tapi kedai dah tutup. Ye la, dah malam. Malam raya pulak tu. Kalau kat kampung aku, kedai masih buka lagi time camni.

Terpaksa la tunggu esok beli gas. Huhuhu... Pagi raya, aku suruh bini aku masak guna rice-cooker. Masak kuah lodeh. Yang goreng-goreng terpaksa ditangguhkan. Hehehe... Macam biasa aku pegi la sembayang raya kat masjid. Kalau Taufiq dah besar nenti baru la boleh ikut ye Taufiq.


Balik dari sembahyang raya, jiran-jiran ajak datang rumah. Makaaaan.... Hehehe... Kitorang tak sempat lagi nak makan masakan sendiri, pegi la makan kat rumah orang. Orang jemput, pegi je la ;-) Hehehe... Lama gak gi makan kat rumah jiran-jiran. Sampai dekat tengahari kot. Pastu aku kuar jap cari gas. Alhamdulillah, dapat. Hehehe..... Bini aku pun masak la sambal lodeh dengan sambal goreng. Makanan ni mesti ada. Orang Johor ke, orang Jawa ke mesti makan lauk ni masa raya. Makan dengan ketupat.

Tapi tak sempat nak makan, ada member pulak ajak datang rumah dia. Hehe... Kitorang pun pegi la. Entah berapa rumah kitorang pegi. Kenyang memang kenyang la. Rumah yang last-last kitorang pegi, aku dah tak larat nak makan dah. Asar kot, baru kitorang balik rumah. Penat gak. Hehehe...tapi seronok. Ada la baru duduk berapa minit, ada budak-budak datang beraya. Ramai gak. Bergilir-gilir kumpulan budak-budak datang beraya. Aku tak makan lagi ketupat yang kitorang masak, budak-budak ni makan. Takpe la... Ada banyak. Budak-budak tu pulak sambil makan sambil tengok akuarium aku. Hehehe...

Pergh...penatnye..... Tapi belum buat sambal udang dengan sambal kacang lagi. Kuah kari pun belum sempat lagi. Aku minta bini aku buat sambal petai ;-) Kitorang rehat kejap dari makan udang. Alergi :-P

Tapi malam pulak ada member sorang lagi jemput datang rumah. Tapi tak boleh jadi. Dari pagi sampai malam belum makan masakan sendiri. Sebelum pegi rumah member, kitorang makan dulu. Pergh....sedapnye..... Ye la... Resepi kampung kita. Terasa la lagi nikmat. Lagi la terasa raya. Hehehe... Lepas makan tu baru pegi rumah member. Ikutkan kalau nak pegi makan kat rumah orang, nak buat apa makan ye tak. Tapi kat rumah member pun makan lagi.

Banyak betul makan hari ni. Macam-macam makanan. Ada nasi lemak, nasi kerabu, ketupat, rendang. Banyak lagi la. Makanan tradisi Sabah untuk raya pun aku rasa. Tapi aku terlupa nama dia. Macam ketupat gak. Hehehe...

Memang penat la hari ni. Penat makan pun ye jugak ;-)

Ni la raya haji pertama yang aku tak terlibat dalam aktiviti melapah lembu, memotong daging-daging lembu dan kapak-mengapak tulang-tulang lembu. Hehehe...

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Wednesday, December 3, 2008

DanaForex - Setiap Minggu Dapat Untung

Di sini aku nak kongsi satu lagi peluang menjana pendapatan dengan FOREX. Pendapatan antara 40% hingga 50% sebulan. Hanya parking lot dan tunggu keuntungan. Trading 100% guna sistem yang dibuat khas.

Setiap Minggu Duit Masyukkkkkkk...

Boleh withdraw setiap minggu. Tak payah susah-susah cari downline. Duduk diam pun duit masyuk. Standard la kalau main forex. Cuma ni stail agak lain sikit. Kalau rajin menaja lagi banyak $$$$$ masyuk.

Join hari ni, minggu depan terus duit masyuk. Modal satu lot cuma RM35 je ( 1 lot ). Kalau ada lebih modal boleh tambah lot kemudian. Jumlah Belian Lot tanpa Had. Semua urusan jual beli broker yg uruskan. Korang hanya labur je. Lagi banyak lot dibeli lagi besar keuntunggan korang dapat. Jadi kalau berminat, nak tahu cerita dia, klik link dibawah

DanaForex

KALAU KORANG RASA KORANG SALAH SEORANG YANG MEMERLUKAN WANG TAMBAHAN, BERTINDAKLAH SEKARANG! JANGAN BERLENGAH LAGI.

Bye bye to "Mrs. Defrost Each Two Days"

Rumah sewa yang aku duduk ni lengkap, full-furnished. Masuk cuma bawa baju je. Tapi adat la kalau dah hidup berkeluarga. Nak juga merasa ada barang-barang keperluan, perabot sendiri. Tahun lepas aku beli la rak kecik je. Untuk dapur, bilik dan ruang tamu. Best gak la bila tengok ada barang sendiri. Kalau tak, rasa pakai barang orang je. Huhu...

Recently my wife said something about the fridge. The fridge is functioning. My wife luv to stock the fridge with her stuff and her cakes she made (ummm.....I love that part). But she's keep complaining that she have to defrost the fridge each two days. Huhuhu... Because the freezer get too much ice. Wow...is it too cold?

Hehe... Aku pun buat la lawak kat bini aku. Aku kata nak guna peti sejuk tu untuk akuarium aku. Sejuk kan? Jadi, boleh la jadikan chiller untuk akuarium aku. Hehehe... Dah la aku ada masalah nak kekalkan suhu akuarium di bawah 28 darjah sebab guna lampu 105 watt (sebelum ni 130 watt tapi aku kira balik, 105 watt dah cukup). Bini aku suruh aku amik je tapi dia nak peti sejuk lain. Hehehe... Aku pun apa lagi..... Guna la untuk akuarium aku. Pergh...siang-siang pun dapat suhu 26 darjah. Tu belum lagi buat betul-betul. Rasanya boleh lagi sejuk kot. Kene susun hos dalam freezer tu elok-elok sikit. Untuk pemindahan haba yang optimum.

Tapi kesian bini aku takde peti sejuk. Dah 4 hari bini aku takde peti sejuk. Pening bini aku nak simpan daging, ayam dan lain-lain benda yang perlu dibekukan. Sebenarnya dah lama aku usha-usha peti sejuk. Semalam aku usha lagi. Arini pun aku usha lagi dan akhirnya jumpa yang berkenan. Harga kira ok, murah la. Pulak tu ruang dia besar. Jenis Samsung. Ok la ek. Aku pun beli la.

Hehehe...seronok bini aku. Dah lama bini aku nakkan peti sejuk yang lebih besar. Peti sejuk tuan rumah ni sesuai untuk orang bujang. Kecik je. Bini aku pulak rajin masak. Macam-macam dia nak simpan. Peti sejuk tu mana la muat. Memang seronok betul la bini aku dapat peti sejuk baru. Tapi aku tak beli la yang besar gila. Nak buat apa... Anak aku pun baru sorang. Hehehe...


Suka la tu dapat peti sejuk baru. Confirm bini aku tak sabar nak penuhkan peti sejuk ni. Hehehe...


Huhu...dah macam nak buat iklan pulak. Promo ke tu.....


Ni la peti sejuk bujang yang tuan rumah punya. Aku pakai untuk akuarium ;-) Hehe...Taufiq tengok apa tu taufiq... Tak caye ke abah guna peti sejuk untuk akuarium? Huahaha...

Yahooo... Cek aku dah clear...

Hehehe... Tiap-tiap bulan, ni la antara benda yang aku tunggu. Macam tunggu hari gaji pun ada. Dengan kata lain, tiap bulan ada tiga hari yang aku nanti-nantikan dengan perasaan yang sama. Hari gaji aku sebagai pensyarah dan 2 hari lagi adalah hari cek aku sebagai Saudagar Ceramic diclearkan ;-) Dia bayar ansur-ansur. Bayar 2 kali. Itu yang setiap bulan, 2 kali aku tunggu cek aku clear. Takde la banyak aku dapat. 2 kali RM500 setiap bulan. Bersamaan RM1000 setiap bulan. Hehehe... Tapi modal pusingan dia setiap bulan RM900. Huhuhu...

Bukan senang nak cari duit. Tapi takpe la. Nak bisnes yang lagi kencang, aku takde masa pulak. Dah tu modalnya mungkin lagi besar. Kira bisnes yang aku buat ni sesuai la dengan keadaan aku buat masa ni. Hehehe... Kang agak-agak duit dah banyak, modal pun dah besar, baru la try buka kedai ke apa. Macam member yang keje sama-sama dengan aku kat kolej ni. Ada yang buka kedai makan, ada yang buat katering, ada yang keje kontrak dan macam-macam lagi la untuk nak cari side income.

Aku pun teringin gak nak buat macam diorang tu. Dulu pernah gak aku jual kuih masa puasa. Masa tu aku belajar lagi la. Tengah buat praktikal. Masyuk gak. Sehari kalau nak dapat RM100 tu senang-senang je. Modal pun tak besar. Tapi banyak gak masa nak kene spend. Sebab kuih-kuih tu buat sendiri (kitorang adik-beradik dengan mak abah sekali gotong-royong buat kuih). Tapi kat sini aku nak buat macam tu tak boleh la. Sebab aku keje. Pulak tu aku merempat sensorang je kat Tawau ni. Jauh dari krew aku (adik beradik aku la, hehehe...). Jadi aku kene cari alternatif lain la. Aku pulak baru setahun lebih kahwin. Bini aku ada gak berangan nak buat macam tu. Buat kuih pastu jual. Tapi bini aku buat sensorang la. Anak aku lak lom pandai tolong lagi. Hehehe...

Aku cadang awal tahun depan nak tambah modal lagi. Biar besar sikit untung. Keadaan kat Tawau ni buat kreativiti aku agak terbantut. Kalau dulu banyak benda aku buat untuk nak cari side income. Kat sini susah sikit nak dapat stok spare-part ke apa ke. Mula-mula dulu aku terpinga-pinga gak la. Mati kutu pun ada. Macam takde benda boleh buat. Hehehe...

Apa pun sekarang aku tengah usha-usha satu benda lain pulak ni. Untuk menambah side income aku lagi ;-) Apa bendanya...... Nanti-nanti la baru cerita. Benda dah confirm baru la seronok nak cerita ;-) Hehehe...

Buat masa ni, kalau ada sape-sape yang minat nak join Saudagar Ceramic ni, bagitau je aku. Kalau nak jual topup pun boleh gak. Aku pun jual topup gak. Tapi aku jual topup untuk suka-suka je. Tak la jadikan sebagai side income aku. Main-main je. Purata jualan sebulan cuma lebih kurang RM500 je. Sikit je tu. Takde nak serius sangat. Tapi kalau ada yang berminat nak join, bagitau je aku. Tak kisah la samada Saudagar Ceramic ke atau jual topup ke.