Aku suruh bini aku minta resepi masakan raya dari mak aku. Jadi, bini aku pun contact la mak aku tanya resepi. Entah dia cakap direct ke atau melalui adik perempuan aku ke tak kisah la. Yang penting dia dapat resepi tu. Hehehe... Lepas tu kitorang pegi la pasar cari bahan. Beli banyak sikit. Nak raya kaaaan..... Bini aku tak biasa sebab biasanya kalau kitorang pegi belanja barang dapur, takde la beli banyak-banyak. Apa nak risaunye. Kan ada peti sejuk baru ;-) Hehehe...
Kebetulan kat pasar tu aku nampak daun ketupat. Ketupat yang siap anyam pun ada jual gak. Tapi aku nak anyam sendiri. Baru ada feel sikit. Hehehe... Raya bukan selalu. Pulak tu ni raya first time aku kat Sabah.
Taufiq tengok abah anyam. Nanti dah besar sikit boleh tolong abah anyam.
Ni ketupat bawang. Konon-konon yang atas tu daun bawang, bawah lak akar bawang. Hehehe...
Ni pulak ketupat jantung. Nampak tak arteri dengan vena ;-) Hehehe...
Ni pulak aku buat ketupat bantal. Nampak tak panjang sisi dia tak sama. Memanjang sikit. Macam bantal. Tu aku panggil ketupat bantal. Selalu aku buat ketupat bantal ni kalau daun tu pendek. Tapi kengkadang daun ok pun aku buat gak. Saje memvariasikan rupa bentuk ketupat. Huahaha...
Dah nak isyak, aku masak la ketupat. 4 jam. Tapi yang sedihnya, baru 2 jam lebih masak ketupat, gas abis. Huhuhu...tak teringat pulak yang tong gas tu dah lama pakai. Aiseh... Dah la dah tengah malam. Aku pun round la tengok-tengok kot ada rezeki. Aku pusing-pusing jumpa satu kedai. Tapi bila aku tanya, gas dah abis gak. Tong kosong je yang ada. Huhu...aku pun terus round lagi. Sampai ke bandar aku pusing. Kinabutan pun aku pegi gak. Area Kuhara pun aku pegi gak. Tapi kedai dah tutup. Ye la, dah malam. Malam raya pulak tu. Kalau kat kampung aku, kedai masih buka lagi time camni.
Terpaksa la tunggu esok beli gas. Huhuhu... Pagi raya, aku suruh bini aku masak guna rice-cooker. Masak kuah lodeh. Yang goreng-goreng terpaksa ditangguhkan. Hehehe... Macam biasa aku pegi la sembayang raya kat masjid. Kalau Taufiq dah besar nenti baru la boleh ikut ye Taufiq.
Balik dari sembahyang raya, jiran-jiran ajak datang rumah. Makaaaan.... Hehehe... Kitorang tak sempat lagi nak makan masakan sendiri, pegi la makan kat rumah orang. Orang jemput, pegi je la ;-) Hehehe... Lama gak gi makan kat rumah jiran-jiran. Sampai dekat tengahari kot. Pastu aku kuar jap cari gas. Alhamdulillah, dapat. Hehehe..... Bini aku pun masak la sambal lodeh dengan sambal goreng. Makanan ni mesti ada. Orang Johor ke, orang Jawa ke mesti makan lauk ni masa raya. Makan dengan ketupat.
Tapi tak sempat nak makan, ada member pulak ajak datang rumah dia. Hehe... Kitorang pun pegi la. Entah berapa rumah kitorang pegi. Kenyang memang kenyang la. Rumah yang last-last kitorang pegi, aku dah tak larat nak makan dah. Asar kot, baru kitorang balik rumah. Penat gak. Hehehe...tapi seronok. Ada la baru duduk berapa minit, ada budak-budak datang beraya. Ramai gak. Bergilir-gilir kumpulan budak-budak datang beraya. Aku tak makan lagi ketupat yang kitorang masak, budak-budak ni makan. Takpe la... Ada banyak. Budak-budak tu pulak sambil makan sambil tengok akuarium aku. Hehehe...
Pergh...penatnye..... Tapi belum buat sambal udang dengan sambal kacang lagi. Kuah kari pun belum sempat lagi. Aku minta bini aku buat sambal petai ;-) Kitorang rehat kejap dari makan udang. Alergi :-P
Tapi malam pulak ada member sorang lagi jemput datang rumah. Tapi tak boleh jadi. Dari pagi sampai malam belum makan masakan sendiri. Sebelum pegi rumah member, kitorang makan dulu. Pergh....sedapnye..... Ye la... Resepi kampung kita. Terasa la lagi nikmat. Lagi la terasa raya. Hehehe... Lepas makan tu baru pegi rumah member. Ikutkan kalau nak pegi makan kat rumah orang, nak buat apa makan ye tak. Tapi kat rumah member pun makan lagi.
Banyak betul makan hari ni. Macam-macam makanan. Ada nasi lemak, nasi kerabu, ketupat, rendang. Banyak lagi la. Makanan tradisi Sabah untuk raya pun aku rasa. Tapi aku terlupa nama dia. Macam ketupat gak. Hehehe...
Memang penat la hari ni. Penat makan pun ye jugak ;-)
Ni la raya haji pertama yang aku tak terlibat dalam aktiviti melapah lembu, memotong daging-daging lembu dan kapak-mengapak tulang-tulang lembu. Hehehe...
Selamat Hari Raya Aidil Adha
2 comments
perh,ade ketupat!
besh!
ktorg raya kat taman manis je.
Slm Bro. Saya mmg dah lama nak ingat balik macam mana nak buat ketupat bantal. Dulu masa kecik2 pernah buat. Tapi sekarang yang ingat cuma yang biasa2 jek. Tapi ketupat bantal dah lupa. Tuh yang dok mencarik. Kalau tak keberatan boleh tak email kat saya cara-cara dia. komengsky@gmail.com
Post a Comment