Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Thursday, September 16, 2010

Light Trail dari tempat parking Look Out Point

Lebih kurang pukul 8 malam, kami turun dari Look Out Point, nak balik. Tapi sebelum balik, ambil gambar kereta yang lalu sepanjang jalan ni. Jalan ni menghubungkan Hulu Langat dengan Ampang. Dan kawasan bukit ini yang memisahkan Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Di sini lah terletaknya Look Out Point, tempat yang paling sesuai untuk meninjau Kuala Lumpur dari tempat tinggi.






Pemandangan matahari terbenam di Look Out Point

Memang sengaja aku datang ke Look Out Point hari ni pada pukul 6.30 petang untuk menunggu waktu matahari terbenam di Kuala Lumpur.



Bini aku dan anak aku yang sedang makan kek sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Kuala Lumpur.












Mungkin hasil fotografi aku ni kurang memuaskan. Maklum saja la aku belum mahir lagi menggunakan DSLR.

Pemandangan di Look Out Point

Hari ni merupakan Hari Malaysia sempena penubuhan Malaysia. Bermula tahun ni, hari ini diumumkan sebagai cuti umum. Tapi aku sememangnya cuti kerana masih lagi cuti beraya. Dan kebetulan aku berada di Hulu Langat, lepak kat rumah aku di Hulu Langat. Sekejap je kat sini.
Alang-alang dah berada kat sini, aku ke Look Out Point. Saje nak tengok Kuala Lumpur dari situ. Sememangnya tempat ni adalah tempat yang best untuk melihat Kuala Lumpur samada siang atau pun malam. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi bawa bini aku ke sini. Dan rasanya dia pun tak pernah ke tempat ni.
Aku ajak adik-adik aku juga. Sebab tujuan asal aku ke sini adalah untuk berfotografi. Hehehe... Dan adik aku pun memang pengguna DSLR. Jadi bila aku ajak tu memang dia takkan tolak la pelawaan aku.



Kat Look Out Point ni ada banyak tempat makan. Sambil makan boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur. Memang best. Ramai orang datang. Tempat parking yang paling atas memang penuh. Susah nak cari parking. Aku parking kat separuh perjalanan menuju ke Look Out Point. Tempat makan kat sini pun aku tengok ramai orang. Sedap ke tak aku tak tau. Sebab aku tak pernah makan kat sini.
Tapi aku datang bukan nak makan. Jadi kami memang tak order apa-apa. Hehehe... Ni belum paling atas lagi. Ada lagi tempat paling atas. Dan semestinya itulah tempat yang aku tuju.




Menapak la kami naik tangga ni. Kalau berlari, mengah juga la. Hehehe...

Kat atas ni pun ada tempat makan juga. Tapi aku tengok takde la seramai macam tempat yang tadi.



Sementara kami berfotografi, bini aku dan anak aku menjamu selera dengan beberapa potong kek. Boleh tahan la harganya. Sepotong harganya dekat RM10. Sedap la kot. Tanya bini aku. Hehehe...



Jam di menara Maxis menunjukkan pukul 6.50 petang. Di kala ini kamera aku diattachkan dengan lensa 55-200mm. Standby untuk zoom apa-apa yang patut.



Hari semakin senja.



Haaa.....lampu-lampu bangunan di Kuala Lumpur mula menyala. Baru la dapat cam bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Ada la nampak bangunan Time Square, Menara Maybank dan lain-lain lagi.



Dah pukul 7.31 malam. Tak lama lagi hari semakin gelap dan lebih banyak lampu bangunan yang akan menyala.



Beberapa minit kemudian, inilah antara pemandangan Kuala Lumpur dari Look Out Point. Kena guna tripod sebab aku set shutter speed dalam 10 saat. Kalau tak pakai tripod memang gambar akan blur sebab kamera bergoyang.

Tuesday, September 14, 2010

Light trail depan Taman Manis

Taman Manis di Parit Raja berada di belakang Taman Sri Indah. Dan Taman Sri Indah yang berada berdekatan dengan jalan besar, bukan Taman Manis. Hehehe...






Dan gambar-gambar ini aku ambil di tepi jalan besar di Parit Raja. Menggunakan Shutter-Priority Mode dan set shutter speed kepada 20 atau 30 saat. Jangan lupa untuk menggunakan tripod atau apa-apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan kamera dan memastikan kamera tidak bergerak atau bergegar. Boleh juga letakkan kamera di atas kereta atau apa-apa objek yang dirasakan sesuai bagi mengelakkan kamera bergegar.

Saturday, September 11, 2010

Ni gambar betul, bukan edit ok

Sambil jalan-jalan beraya, tak lupa juga dengan kamera aku. Beraya pun beraya juga. Disebabkan kami bergerak beramai-ramai, termasuk dari yang kanak-kanak sehingga ke veteran. Jadi setiap kali singgah menziarah tu memang la lama. Yang buat lagi lama sebab lama sangat berbual. Ye la...... biasanya sebab lama sangat tak jumpa. Tak pe la... Ini la gunanya hari raya.

Tapi bagi yang veteran ni kalau berbual, memang terlampau lama. Sementara tu, boleh la bermain-main dengan kamera. Ni la gunanya aku bawa kamera. Pulak tu kat kampung-kampung ni senang nak dapat pemandangan yang natural. Ye laaa.... Kat kampung la yang banyak lagi mengekalkan ciri-ciri semulajadi. Tempat-tempat yang masih natural ni biasanya gambar lagi lawa. Mungkin sebab environment yang natural menyebabkan lighting yang lebih natural dan menarik.


Ya betul... Lelaki berbaju hitam itu adalah aku. Ini adalah gambar betul ya. Bukan main edit-edit ok. Gambar live punya.



Yang ni pulak adik aku. Kenapa pulak la dia jerit macam tu. Huhuhu...

Gambar-gamabr ni memang bukan edit punya. Cuma menggunakan sedikit teknik dan juga DSLR. Apa yang perlu adalah menggunakan Shutter-Priority Mode. Kemudian set shutter speed kepada 1/2 saat. Pastikan kamera attach dengan lensa yang boleh zoom-in dan zoom-out. Masa ni aku guna lensa 18-55mm. Tentukan dulu pusat atau center yang hendak dibuat effect. Jadikannya sebagai center image dalam gambar tersebut. Pastikan lensa dalam keadaan zoom-out. Kemudian snap gambar. Beberapa detik selepas snap, cepat-cepat putarkan lensa untuk zoom-in sebelum mendengar bunyi shutter terkatup.

Semasa memutarkan lensa, pastikan kamera tidak bergerak untuk mengelakkan objek blur. Aku mula-mula test pada objek yang tak bergerak. Bila dah ok baru aku try pada objek yang boleh bergerak macam orang ke...







Friday, September 10, 2010

Motion blur di pagi raya

Hari ni merupakan hari pertama Aidilfitri tahun ni. Kami sembahyang raya di masjid Kampung Parit Kuari. Lepas sembahyang raya, kami menziarah kubur. Walaupun hari biasa pun kami ziarah kubur, tapi menziarah kubur di pagi raya bagaikan satu amalan bagi orang melayu. Tapi kami tak dapat lama di kubur sebab tak lama lepas tu hujan lebat. Hujan pulak di pagi raya ni. Lama juga hujannya.

Bila hujan dah reda, ramai la yang mulakan aktiviti menziarah rumah ke rumah. Beraya laaa..... Apa lagi... Sementara menunggu diorang bersiap, aku belek-belek kamera. Terpandang adik aku sedang bermain basikal.



Mencabar juga nak stay focus dengan objek yang bergerak. Pulak tu nak buat background nampak blur. Biar nampak macam bergerak laju betul. Hehehe..... Untuk gambar ni, aku guna Shutter-Priority Mode. Aku set shutter kepada 1/10 saat. Cuba fokus dan ikut pergerakan subjek. Bila dah dapat rentak pergerakan, teruskan ikut pergerakan subjek walaupun setelah snap gambar. Ikut je subjuk sehingga shutter selesai buka-katup.

Lepas zohor kami mula beraya rumah nenek dan saudara serta kenalan. Kami bergerak dengan sebuah kereta dan sebuah van. Masa dalam perjalanan, van yang lead. Aku naik kereta. Apa lagi..... Try la ambil gambar van.




Stay jarak dengan subjek. Fokus je kat subjek. Dengan menggunakan Shutter-Priority Mode dan set shutter kepada 1/10 saat.



Saturday, September 4, 2010

Tangkapan paling besar hari ni

Hari ni seawal jam 8 pagi lagi Wilson datang rumah aku. Semalam lagi dah bagitau nak datang. Katanya nak join ambil gambar burung kat area taman aku. Aku ok je. Selepas setup kamera kitorang dengan apa yang patut, aktiviti memburu burung pun dimulakan. Aku bersama dengan D5000 aku yang dilengkapi dengan lensa 55-200mm VR manakala Wilson pula dengan D90 yang dilengkapi dengan lensa 18-105mm VR.

Untuk aktiviti memburu burung pagi ni, sudah tentu la kelengkapan aku memberikan kelebihan. Walaupun aku hanya menggunakan D5000 berbanding Wilson dengan D90, tetapi lensa aku memberikan kelebihan kerana dapat zoom lebih jauh. Sudah tentulah nikmat zoom itu lebih bermakna ketika memburu burung ni. Seolah-olah melihat burung depan mata walaupun burung tu sebenarnya terbang tinggi di udara. Hehehe.....



Mulakan dulu dengan objek yang dekat. Susah juga nak kejar kupu-kupu ni.



Menu untuk sarapan hari ini. Menu burung ni, bukan aku. Sesungguhnya aku berpuasa hari ni. Hehehe.....



Tiang elektrik yang menjadi tempat persinggahan sementara.




Inilah sasaran yang aku tunggu-tunggu.




Yaaa..... Dapat juga aku tangkap gambar burung ni dengan lebih dekat.