Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Friday, September 10, 2010

Motion blur di pagi raya

Hari ni merupakan hari pertama Aidilfitri tahun ni. Kami sembahyang raya di masjid Kampung Parit Kuari. Lepas sembahyang raya, kami menziarah kubur. Walaupun hari biasa pun kami ziarah kubur, tapi menziarah kubur di pagi raya bagaikan satu amalan bagi orang melayu. Tapi kami tak dapat lama di kubur sebab tak lama lepas tu hujan lebat. Hujan pulak di pagi raya ni. Lama juga hujannya.

Bila hujan dah reda, ramai la yang mulakan aktiviti menziarah rumah ke rumah. Beraya laaa..... Apa lagi... Sementara menunggu diorang bersiap, aku belek-belek kamera. Terpandang adik aku sedang bermain basikal.



Mencabar juga nak stay focus dengan objek yang bergerak. Pulak tu nak buat background nampak blur. Biar nampak macam bergerak laju betul. Hehehe..... Untuk gambar ni, aku guna Shutter-Priority Mode. Aku set shutter kepada 1/10 saat. Cuba fokus dan ikut pergerakan subjek. Bila dah dapat rentak pergerakan, teruskan ikut pergerakan subjek walaupun setelah snap gambar. Ikut je subjuk sehingga shutter selesai buka-katup.

Lepas zohor kami mula beraya rumah nenek dan saudara serta kenalan. Kami bergerak dengan sebuah kereta dan sebuah van. Masa dalam perjalanan, van yang lead. Aku naik kereta. Apa lagi..... Try la ambil gambar van.




Stay jarak dengan subjek. Fokus je kat subjek. Dengan menggunakan Shutter-Priority Mode dan set shutter kepada 1/10 saat.



0 comments