Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Thursday, April 30, 2009

Botol susu pun jadi mainan...

Tafiq ni sejak kecik lagi tak nak minum susu botol. Kalau tak gunakan botol susu dia ni, rugi lak beli. Nasib baik kalau isi air kosong ke atau air jus buah ke dia nak minum guna botol. Tak la aku rasa membazir je beli botol dia. Hehehe...

Tapi budak-budak ni kreatif. Tambah lagi kalau budak kecik. Semua benda dia jadikan mainan. Sudu, cawan, gelas pun tak terkecuali. Apa lagi kalau botol susu dia tu. Habis je minum, atau kalau dah kenyang ke, mula la dia buat main.

Tengok la tu......

Seronok betul dia main-mainkan botol dia tu. Sambil mainkan botol sambil jeling-jeling ke tv. Budak ni suka tengok tv. Kalau keluar iklan ke atau rancangan yang dia suka tengok, memang khusyuk la dia tengok tv tu. Orang tegur pun buat tak tau je.

Wednesday, April 29, 2009

Ingat aku rajin ke nak bersihkan semua akuarium aku ni...

Ramai gak member-member aku kata aku ni rajin nak bersihkan akuarium-akuarium aku. Dah la akuarium aku banyak. Huhuhu... Diorang ingat aku selalu bersihkan kot. Tu yang nampak air bersih je.

Haaa..... Sebenarnya ada trick dia. Bagi yang dah tau takpe la. Bagi yang tak tau, biar la kita sama-sama berkongsi maklumat ni. Benda pertama yang kita perlu ingat bila kita bela apa-apa haiwan ke ikan ke pokok ke, kita perlu cuba buat makhluk peliharaan kita tu rasa seolah-olah masih berada pada habitat dia. Kalau ikan sungai, biar la ikan tu rasa macam masih kat sungai. Hehehe... Tu dia punya falsafah la.

Tapi dari segi sainsnya pulak, kita kene pastikan yang ekosistem haiwan yang kita nak pelihara tu dalam keadaan yang lengkap. Susah nak buat supaya betul-betul lengkap. Tapi cuba la sedaya upaya jadikan selengkap yang mungkin.

Untuk kes akuarium ni, kita tau yang ikan ni akan makan. Bila dia dah makan, lama-lama mesti akan keluarkan hasil buangan. Biasanya hasil buangan ni la yang akan membuatkan air akuarium jadi kotor. Ye tak. Tu yang nanti macam malas nak kene cuci, nak bersihkan. Biasanya orang akan pakai filter untuk nak tapis kotoran. Dan untuk tempoh masa tertentu, filter tu perlu dibersihkan.

Tapi sebenarnya ada cara lain yang boleh dikatakan agak semulajadi la (natural). Kita kan tau yang sekeliling kita ada bakteria yang mempunyai fungsinya. Kalau dalam tanah, ada bakteria yang akan memproses hasil buangan untuk jadi sesuatu yang berguna. Sama juga dalam air. Ada bakteria yang akan memproses hasil buangan ikan tadi.

Walaubagaimanapun, proses yang dilakukan oleh bakteria tadi ada peringkat-peringkatnya. Kita tahu hasil buangan ikan lazimnya adalah ammonia. Ada bakteria tertentu yang akan mencerna ammonia tadi kepada nitrite. Kemudian ada lagi bakteria yang akan mencerna daripada nitrite kepada nitrate. Kemudiannya nitrate ini tadi lazimnya digunakan untuk membuat makanan oleh tumbuh-tumbuhan atau mana-mana makhluk yang berupaya membuat makanan sendiri.

Maka dengan itu, apa yang perlu kita lakukan adalah menjaga populasi bakteria-bakteria berguna yang disebutkan tadi. Bakteria-bakteria ini akan membantu dalam memastikan air akuarium kita menjadi bersih. Tak perlu la nak kene cuci, bersihkan selalu.

Semasa peringkat awal sewaktu memulakan penjagaan akuarium, bakteria ini tidak wujud. Kerana lazimnya kita akan menggunakan air paip, bukan air sungai atau air laut. Akan tetapi lama-kelamaan bakteria ini akan wujud dengan sendirinya setelah akuarium mempunyai 'penghuni'. Walaubagaimanapun bakteria ini bukan wujud dengan bilangan besar yang mendadak. Ia wujud sedikit demi sedikit. Ia merupakan permulaan yang baik.

Akan tetapi apabila melihat air akuarium mula kotor, biasanya orang akan membuang sebilangan besar air dalam akuarium tersebut. Dan kadang kala keseluruhannya. Kemudian digantikan dengan air yang baru. Apa yang berlaku sebenarnya kita telahpun membuang sama bakteria berguna yang diperlukan. Ini menyebabkan proses kitaran perlu dilakukan dari awal semula. Keadaan ini kita katakan sebagai 'Sindrom Akuarium Baru'.

Apa yang sepatutnya dilakukan adalah, tidak perlu gantikan keseluruhan air akuarium tersebut. Hanya 20%-50% sahaja. Dengan ini, kita dapat sedikit sebanyak cuba mengekalkan bakteria berguna yang sudah mula wujud. Kita namakan proses ini sebagai 'Proses Penggantian Air 20%'. Proses ini kita lakukan sekiranya kita lihat air akuarium mula kotor. Lakukan terus proses ini selama sebulan atau 2 bulan. Sampai satu tahap, jumlah populasi bakteria berguna akan mencukupi bergantung pada jumlah hasil buangan ikan-ikan peliharaan kita. Setelah populasi bakteria berguna ini mencukupi, InsyaAllah kita tidak lagi nampak hasil buangan ikan bersepah-sepah didasar akuarium. Kalau ada pun, sampai masa ia akan hilang kerana habis dicerna oleh bakteria-bakteria berguna.

Walaubagaimanapun, ada lagi perkara lain yang perlu diambil kira iaitu berapa banyak makanan yang kita beri kepada ikan atau pun berapa kerap kita beri makanan kepada ikan. Jangan terlalu banyak. Pastikan setiap kali beri makan, semua makanan yang dituang itu dapat dihabiskan oleh ikan-ikan. Sekiranya ada makanan yang terapung-apung atau tenggelam kerana tidak dimakan ikan, tandanya kita terlebih beri makan.

Satu lagi tips adalah sekiranya kita hendak menambah ikan atau apa-apa hidupan dalam akuarium kita, jangan tambah dalam bilangan yang banyak dalam satu masa. Contohnya dalam seminggu mungkin tambah dalam 2 atau 3 ekor ikan sahaja. Ini untuk memberikan tempoh bakteria berguna membiak dalam populasi yang sepatutnya berkadar dengan jumlah hidupan yang ada dalam akuarium.

Hehe..dulu aku buat je macam ni tapi tak tau teori sainsnya. Tapi ada member aku yang bagi aku hint tentang teori sainsnya yang tersirat. Memang berguna. Sambil-sambil belajar gak la sains ke kimia ke. Hehehe...

Monday, April 27, 2009

Barulah nampak smart...

Weekend aritu aku terasa nak buat sesuatu perubahan pada akuarium aku ni. Bukan lama. Dah sekian lama kalau orang tengok akuarium marin aku ni memanjang yang Beta Version punya je. Kan ke elok kalau aku molekkan lagi. Takkan nak terus dengan Beta Version ye tak. Kene la upgrade sikit.

Maka aku pun modify la sikit sesuatu benda yang dah sememangnya aku ada benda ni. Fixing lampu pendaflour untuk letak kat akuarium. Cuma tak tau napa saiz dia macam kurang sikit. Jadi kalau letak bulb 2 kaki memang tak boleh. Tak muat 3cm. Pelik gak. Maka sedikit pengubahsuaian perlu dibuat.

Dan hasilnya adalah seperti yang dapat dilihat pada rajah berikut. Hehehe...


Takde la lagi nampak kertas tergantung. Macam tengah menjemur kertas pulak. Tapi lampu metal halide terpaksa lebih rapat ke permukaan air. Sebab aku tak nak cahaya silau terkeluar.


Rasa macam nampak lebih cerah la sebab lampu metal halide lebih rapat dengan permukaan air. Tapi risikonya adalah air lebih panas la. Setakat ni suhu maksimum hampir mencecah 29.1 darjah celcius. Aku kene modify sikit sistem penyejuk untuk nak maintain suhu. Mungkin weekend ni aku buat kot. Sementara cuti hari buruh Jumaat ni. Jadi weekend aku panjang la sikit.

Saturday, April 25, 2009

Keuntungan Minggu Ke-9

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 4.86%

Saturday, April 18, 2009

Keuntungan Minggu Ke-8

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 3.11%

Monday, April 13, 2009

Susun balik...

Jumaat aritu Good Friday. Sabah cuti. Tapi kat sini hujan je manjang. Tak tau nak buat apa. Kemas-kemas uma je la. Bini aku lak, bila aku cuti je biasanya mesti dia amik kesempatan nak masak ke buat kek ke.. Hobi dia la. Ye la... Biasanya kalau cuti, anak aku suka 'mengacau' aku. Hehehe... Tak pe la. Bila lagi nak luangkan masa dengan anak aku ek.

Sambil-sambil tu aku rasa macam nak ubah susun atur coral la pulak. Hehehe...





Susunan baru akuarium marin aku.








Best lak tengok bila nampak penuh, warna warni.




Kalau dapat tengok live lagi best.

Saturday, April 11, 2009

Keuntungan Minggu Ke-7

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 7.16%

Thursday, April 9, 2009

Taufiq membaca???

Sejak kecik sampai sekarang, Taufiq ni suka sangat tengok rancangan memasak kat tv. Kalau Astro tu, favourite channel dia afc la, apa lagi. Tapi sejak makin besar ni, mula gak dia minat tengok channel Astro Ceria. Biasa la... Budak-budak...

Tapi ada benda best yang sempat la dirakamkan. Nak tau?

Hehe.. Tengok la ni...





Ewah-ewah... Konon-konon tengok-tengok resepi la tu... Ke tengok gambar makanan ;-)


Penat lak membaca sambil tiarap.


Penat membaca la tu agaknya. Sampai tertidur pulak dia.

Monday, April 6, 2009

Eksplorasi Taufiq

Satu permulaan untuk perjalanan eksplorasi. Perjalanan yang sukar sehinggakan sebelah stokin tercabut di tengah jalan.


Hari seterusnya... Terjumpa satu bilik yang aku tak pernah masuk sendiri. Biasanya mak ke abah teman. Rasa macam nak explore sendiri la...


Semacam je permukaan lantai ni. Apa pun kalau nak tau lebih lanjut, kene teruskan eksplorasi ni...

Eksplorasi seterusnya...

Apa benda yang ada kat bawah ni ek. Apa aku leh buat kat tempat macam ni ek...

Rupanya boleh berteduh bawah ni..... Selesanya ada tempat berteduh. Sekarang aku nak jadikan tempat ni sebagai pondok aku. Biar la lena kejap kat pondok aku ni.

Explore pun explore jugak. Perut kene isi jugak. Nanti takde tenaga nak teruskan eksplorasi. Apa tengok-tengok? Nak cakap la nak. Aku leh bagi sikit. Sikit je tau!

Oooooo..... Abah sorok mainan Taufiq kat atas kerusi ni eh... Dah nampak dah. Dah berdiri baru boleh nampak. Hehehe...

Saturday, April 4, 2009

Performance of My duokinoForex

Setelah beberapa minggu aku berkecimpung dengan forex secara agak serius, dengan bermodalkan yang tak berapa banyak ;-) aku rasa agak puas hati la dengan performance aku setakat ni.

Aku ada dua akaun forex dimana setiap akaun menggunakan platform yang berbeza. Setiap platform, berbeza modalnya. Untuk memudahkan untuk aku membahagikan keuntungan, aku bahagikan dalam bentuk lot.

Platform Lama, modal untuk 1 lot RM35

Platform Baru, modal untuk 1 lot RM37

Dan setakat ni, untuk Platform Lama dah 12 minggu dan Platform Baru baru je 6 minggu.


Graf menunjukkan performance Forex aku. Kalau berminat nak mengikuti perkembangannya, aku update tiap minggu kat duokinoForex. Keuntungan dikira setiap minggu. InsyaAllah aku akan umum keuntungan setiap Sabtu dan pada hari tu juga keuntungan akan dibayar.

Keuntungan Minggu Ke-6

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 11.62%