Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Monday, April 27, 2009

Barulah nampak smart...

Weekend aritu aku terasa nak buat sesuatu perubahan pada akuarium aku ni. Bukan lama. Dah sekian lama kalau orang tengok akuarium marin aku ni memanjang yang Beta Version punya je. Kan ke elok kalau aku molekkan lagi. Takkan nak terus dengan Beta Version ye tak. Kene la upgrade sikit.

Maka aku pun modify la sikit sesuatu benda yang dah sememangnya aku ada benda ni. Fixing lampu pendaflour untuk letak kat akuarium. Cuma tak tau napa saiz dia macam kurang sikit. Jadi kalau letak bulb 2 kaki memang tak boleh. Tak muat 3cm. Pelik gak. Maka sedikit pengubahsuaian perlu dibuat.

Dan hasilnya adalah seperti yang dapat dilihat pada rajah berikut. Hehehe...


Takde la lagi nampak kertas tergantung. Macam tengah menjemur kertas pulak. Tapi lampu metal halide terpaksa lebih rapat ke permukaan air. Sebab aku tak nak cahaya silau terkeluar.


Rasa macam nampak lebih cerah la sebab lampu metal halide lebih rapat dengan permukaan air. Tapi risikonya adalah air lebih panas la. Setakat ni suhu maksimum hampir mencecah 29.1 darjah celcius. Aku kene modify sikit sistem penyejuk untuk nak maintain suhu. Mungkin weekend ni aku buat kot. Sementara cuti hari buruh Jumaat ni. Jadi weekend aku panjang la sikit.

0 comments