Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Saturday, May 30, 2009

Keuntungan Minggu Ke-14

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0.81%

Tuesday, May 26, 2009

Mainan baru Taufiq

Hari ni kitorang sekeluarga pergi Giant. Macam biasa la. At least sebulan sekali pergi Giant untuk restock barang runcit kat rumah ni ;-) hehehe... Kebetulan pulak kelmarin ada risalah Giant tentang barang apa yang tengah offer. Nampak pulak ada mainan budak-budak dapat harga murah. Tadi kitorang pun cari la mainan tu. Belikan untuk Taufiq. Tapi ikutkan belum sesuai lagi la untuk Taufiq. Tapi beli je la. Mana tau dapat meransang perkembangan minda Taufiq ke. Hehehe...

Balik je rumah, terus aku buka mainan tu. Cewah...macam aku lak yang excited dengan mainan baru ni. Hehehe...


Taufiq tengok je mainan baru ni. Tak kenal lagi.


Mula la tu. Dah nak mula kenal-kenal dengan mainan baru dia. Tengok la tu dia menyibuk masa aku tengah assemble.

Dah siap satu. Buat lagi yang lain selagi ada.


Hehe...akhirnya Taufiq tertarik juga dengan mainan baru dia ni.

Main-main dengan maknya pulak.

Sunday, May 24, 2009

Budak kecik nak jadi besar

Aku paling tak tahan kalau tengok Taufiq tengok tv. Khusyuk semacam. Memang fokus abis. Kalau kita halang pemandangan dia dari tv, memang berusaha la dia biar dapat tengok juga. Pulak tu kalau tengok, macam paham je dia.

Tapi aku rasa dia paham. Lagi-lagi kalau rancangan tu kene dengan yang dia suka. Kalau benda lawak tu kadang-kadang dia pun ikut gelak. Taufiq ni memilih gak rancangan tv dia tu. Mula-mula aku ingatkan asal tv ON je kira dia tengok la. Tapi tak. Dia buat tak tau je kalau bukan rancangan yang dia minat. Tapi nasib baik dia minat tengok rancangan yang ok. Dibuatnya budak ni suka tengok wrestling ke apa ke, tal ke susah. Huhuhu...


Hehe...memang best tengok budak ni tengah khusyuk menonton tv. Pulak tu duduk macam orang besar. Tak padan kecik.



Saturday, May 23, 2009

Keuntungan Minggu Ke-13

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 2.02%

Thursday, May 21, 2009

Dosing Sugar

Setelah beberapa tempoh member aku menjalankan satu eksperimen ke atas makhluk marin yang dia pelihara, aku pun mula buat benda yang sama. Sebab nak tengok macam mana. Biar dia test dulu ;-) hehehe... Bukan apa. Support system untuk akuarium member aku ni jauh lebih canggih daripada aku punya. Aku punya DIY je. Hehehe... Yang paling kesian sebab aku punya ni DIY yang main hentam je. Huahaha... Member aku kata, air jadi makin clear. Pasir pun jadi makin bersih. Menarik ni. Jadi aku pun nak try gak la.


Tapi salah satu sebab aku tak buat sebelum ni sebab bulan lepas selalu sangat takde letrik. Untuk nak buat eksperimen ni memerlukan skimmer beroperasi sepanjang masa. Kalau tak memang tak tau la apa jadi dengan penghuni akuarium aku ni. Kene kencing manis agaknya. Hehehe...


Eksperimen ni mudah je. Letak gula dalam air akuarium ni. Hehehe... Aku mula dengan satu camca teh gula yang telah dilarutkan, dituang ke dalam akuarium (macam nak memasak lak). Setiap hari aku buat. Skimmer aku memang jadi gila la. Buih kotor memang membuak-buak. Sampai macam tak muat skimmer-cup ni. Masa hari pertama, melimpah-limpah buih kotor terkeluar dari skimmer-cup. Warna air akuarium pun nampak keputih-putihan, tanda overdose. Hari ni adalah hari ke-5 aku menjalankan eksperimen ni.


Ikutkan nak best lagi guna vodka. Teorinya adalah bakteria perlukan karbon. Dengan membekalkan gula atau vodka, kita akan boost bekalan karbon. Seterusnya kita akan boost pembiakan bakteria. Maka populasi bakteria akan meningkat mendadak sampai satu tahap. Tu yang skimmer jadi gila sikit tu. Tapi bila bakteria banyak, lagi la bersih air akuarium sebab bakteria dan cerna kotoran dalam akuarium. Disamping membekalkan mineral yang berguna untuk hidupan dalam akuarium.




Tengok la tu, sampai terkeluar-keluar buihnya.


Saturday, May 16, 2009

Keuntungan Minggu Ke-12

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 3.24%

Monday, May 11, 2009

Grip or Drift

Apabila memandu, apa yang kita mahukan adalah pemanduan yang selamat tidak kira sama ada memandu perlahan, laju, di jalan lurus, di selekoh atau sebagainya. Rata-rata pemandu sudah semestinya akan memandu dengan gaya grip driving. Malah sekiranya anda memandu dengan gaya drift driving, akan mungkin akan dianggap sebagai pemandu yang reckless atau gila-gila atau pun hilang kawalan.

Grip driving merupakan gaya pemanduan yang dianggap paling selamat kerana memandu di dalam keupayaan cengkaman tayar. Oleh itu anda akan mampu menyusuri jalan-jalan, lorong-lorong atau selekoh-selekoh dengan yakin tanpa tergelincir. Walaubagaimanapun tahap cengkaman tayar sesebuah kereta tidak sama antara satu kereta dengan kereta yang lain. Ini mungkin disebabkan faktor jenis tayar, keadaan tayar, bentuk kereta, layout kereta dan juga teknik pemanduan. Adalah penting untuk kita ketahui had keupayaan cengkaman tayar kereta yang kita gunakan bagi mengelakkan terbabas di selekoh. Kebanyakan pelumba professional termasuk pemandu F1 menggunakan grip driving.

Drift driving pula merupakan gaya pemanduan yang dianggap bahaya dan anda juga mungkin dianggap pemandu reckless. Ini kerana anda memandu kereta anda dalam keadaan melampaui keupayaan cengkaman tayar kereta anda. Oleh itu kereta anda akan kelihatan seolah-olah terbabas. DAN ANDA MUNGKIN SEMEMANGNYA TERBABAS. Walaubagaimanapun sekiranya anda mampu mengatasinya dengan mengawalnya, anda akan mampu menyusuri selekoh dengan selamat. Amat jarang kita dapati pemandu yang mengamalkan drift driving kerana faktor keselamatan dan juga faktor lain. Anda mungkin kelihatan sengaja merosakkan kereta anda apabila anda berdrift. Walaubagaimanapun pada hari ini, aktiviti drift kereta telah dianggap sebagai sukan bermotor. Sebagai contoh D1 Grand Prix.

Ada persoalan di kalangan pelumba-pelumba iaitu yang mana lebih baik. Grip driving atau drift driving. Secara realiti, sememangnya kita tahu bahawa tiada satu teknik yang sempurna di mana ia sesuai untuk semua keadaan. Sama juga dalam persoalan ini. Ada ketika itu adalah lebih baik menggunakan grip driving dan ada ketika lebih baik menggunakan drift driving. Semuanya terpulang kepada kebijaksanaan pemandu untuk memilih teknik apa yang sesuai untuk sesuatu keadaan itu. Kombinasi antara grip driving dan drift driving membuatkan seseorang pemandu itu lebih kreatif dan cekap kerana keupayaan berfikir dan menilai sesuatu keadaan dalam sekelip mata.

Bagi saya yang merupakan pemandu biasa, grip driving merupakan gaya pemanduan yang biasa saya amalkan, begitu juga dengan pemandu-pemandu lain. Walaubagaimanapun drift driving merupakan salah satu cara untuk berseronok ketika memandu. Dengan berdrift, saya menjadi lebih mengenali dan lebih percaya dengan keupayaan kereta yang saya pandu. Drift juga banyak membantu saya untuk memandu lebih yakin di dalam situasi-situasi yang kritikal seperti hujan lebat, menyusuri jalan turun bukit yang penuh dengan selekoh dan sebagainya.

Untuk memandu lebih pantas, seseorang pemandu itu tidak seharusnya terlalu tegas pada grip driving sahaja atau drift driving sahaja (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).

Saturday, May 9, 2009

Keuntungan Minggu Ke-11

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 7.02%

Saturday, May 2, 2009

Keuntungan Minggu Ke-10

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 3.11%