Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Wednesday, December 26, 2012

Pertikaian Banjir Besar Nabi Nuh a.s.

Majoriti manusia yang hidup hari ini begitu juga dengan manusia yang hidup beribu-ribu tahun sebelum ini juga mengetahui akan berlakunya peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh a.s. Peristiwa ini bukan sahaja diakui oleh penganut agama Islam malah ia juga turut diakui oleh penganut agama lain seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain agama lagi yang wujud di muka bumi. Mereka ini percaya bahawa pernah berlaku kejadian banjir besar yang menenggelamkan satu dunia. Yang berbeza mungkin pada sebutan nama nakhoda (captain) kapal yang selamat dalam peristiwa banjir besar tersebut. Ada yang memanggilnya Nuh, ada yang memanggilnya Noah dan berbagai panggilan lagi. Berikut merupakan beberapa versi berkaitan Banjir Besar Nabi Nuh a.s. mengikut kitab agama lain.



Versi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru
Tuhan memerintahkan kepada Nuh bahwa semua orang, kecuali para pengikutnya, akan dihancurkan karena bumi telah oenuh dengan berbagai macam tindak kekerasan. Tuhan memerintahkan mereka untuk membuat sebuah perahu dan menyebutkan secara detail bagaimana cara mengerjakannya. Tuhan juga mengatakan kepadanya untuk membawa serta keluarganya, tiga anaknya, istri-istri anaknya, dua dari setiap mahkluk hidup (sepasang), dan berbagai persediaan bahan pangan.
Tujuh hari kemudian, terjadilah banjir besar yang berlangsung selama 40 hari 40 malam. Setelah air surut, perahu itu berlabuh di puncak gunung Ararat (Agri)


Babilonia
Ut-Napishtim adalah persamaan tokoh bangsa Babilonia terhadap pahlawan dalam peristiwa banjir dalam kisah bangsa Sumeria, yaitu Ziusudra. Tokoh penting yang lain adalah Gilgamesh.
Menurut legenda, Gilgamesh memutuskan untuk mencari dan menemukan para leluhurnya agar mengungkapkan rahasia kehidupan yang abadi. Ia melakukan sebuah perjalanan yang menentang bahaya. Ia diperintahkan supaya melakukan perjalanan melewati “Gunung Mashu dan Air Kematian”, dan sebuah perjalanan yang hanya dapat diselesaikan oleh seorang anak tuhan bernama Shamash.
Gilgamesh bertanya kepada Ut-Napishtim bagaimana ia dapat memperoleh keabadian. Lalu, Ut-Napishtim menceritakan kepadanya kisah tentang banjir sebagai jawaban atas pertanyaannya. Banjir juga diceritakan dalam kisah Duabelas Meja (twelve tables) yang terkenal dalam epik tentang Gilgamesh


India
Dalam epik India yang berjudul Shatapa Brahmana dan Mahabharata, seseorang yang disebut dengan Manu diselamatkan dari banjir bersama dengan Rishiz.
Menurut legenda, seekor ikan yang ditangkap dan diselamatkan oleh Manu, tiba-tiba berubah menjad besar dan mengatakan kepadanya untuk membuat sebuah perahu dan mengikatkan perahu tersebut ke tanduknya. Ikan ini dilambangkan sebagai penjelmaan dari Dewa Wisnu. Lalu, ikan tersebut menuntun kapal mengarungi ombak yang besar dan membawanya ke utara ke Gunung Hismavat.


Wales
Menurut legenda Welsh dikatakan, Dwynwen dan Dwfach selamat dari bencana yang besar dengan sebuah perahu. Ketika banjir yang amat mengerikan terjadi setelah meluapnya Llynllion, yang disebut dengan Danau Gelombang. Setelah selamat, keduanya kemudian kembali dan menghuni daratan Inggris.


Cina
Sumber di bangsa Cina menghubungkan cerita ini dengan seseorang yang dipanggil dengan nama Yao bersama dengan tujuh orang lain, atau Fa Li bersama dengan istri dan anak-anaknya. Mereka diselamatkan dari bencana banjir dan gempa bumi dalam sebuah perahu layar. Disni dikatakan, “Dunia semuanya berada dalam kehancuran. Air menyembur dan menutupi semua tempat”. Akhirnya, air surut.


Lithuania
Diceritakan bahwa beberapa pasang manusia dan binatang, diselamatkan dengan berlindung di puncak permukaan gunung yang tinggi. Ketika angin dan banjir yang berlangsung selama 12 hari 12 malam tersebut mulai mencapai ketinggian gunung, dan hampir akan menenggelamkan yang ada di atas puncak gunung tersebut, Sang Pencipta melemparkan sebuah kulit kacang raksasa kepada mereka. Sehingga, mereka yang berada di atas gunung tersebut diselamatkan dari bencana dengan berlayar di dalam kulit kacang raksasa ini.


Yunani
Dewa Zeus memutuskan untuk menghancurkan orang-orang yang semakian berbuat kesesatan setiap saat memlalui sebuah banjir. Hanya Deucalion dan istrinya, Pyrrha, yang diselamatkan dari banjir karena ayah Deucalion sebelumnya telah menyarankan anaknya untuk membuat sebuah bahtera. Pasangan ini turun ke Gunung Parnassis pada hari kesembilan setelah turun dari bahtera.


Skandinavia
Legenda Nordic Edda menyebutkan tentang Bergalmir dan istrinya, yang selamat dari banjir dengan sebuah kapal besar.





Seperti biasa, peristiwa besar yang memperlihatkan kekuatan dan kekuasaan Allah akan sentiasa dipertikaikan oleh golongan yang tidak percayakan agama atau tuhan. Mereka dikenali sebagai Atheist. Mereka akan menggunakan logik akal mereka sepenuhnya dengan pengetahuan sains yang ada pada mereka sepenuhnya untuk mempertikaikan mana-mana perkara yang di luar pengetahuan logik akal dan sains mereka. Sedangkan ilmu Allah itu sangat luas. Segala yang berlaku biarpun dengan kehendak Allah, in-shaa-Allah tetap akan mempunyai penjelasan saintifik. Hanya akal manusia pada satu-satu masa itu agak terhad sehingga belum mampu memjelaskannya. Sebagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Baitul Maqdis yang hanya sekelip mata sahaja. Dunia sains hari ini sudah ada penjelasannya yang mana ianya dipanggil teleport. Sungguhpun belum ada lagi alat atau penggunaannya hari ini tetapi dunia dapat menerimanya berdasarkan penerangan sains hari ini. 

Walaubagaimanapun akhir-akhir ini bukan sahaja golongan atheist sahaja yang mempertikaikannya tetapi juga sebilangan umat Islam. Bukan sekadar entri-entri atau tulisan-tulisan di internet seperti di facebook atau di blog atau di YouTube malah ada juga buku yang terbitkan yang mengulas mengenai polemik ini. Bukanlah kerana tidak mempercayai kekuasaan Allah tetapi bukti-bukti sains yang mereka temukan seolahnya ada pendapat yang menyatakan bahawa ia hanya berlaku pada kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan Nabi Nuh a.s. berdakwah. Sedangkan sebelum-sebelum ini kita sedia maklum bahawa banjir tersebut berlaku secara keseluruhannya ke atas semua muka bumi. Kerana itu juga ianya dipanggil Banjir Besar.


Maksud ayat al-Quran

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
(al-Qasas : ayat 59)



Allah tidak akan memusnahkan satu-satu kaum itu melainkan setelah diutuskan Rasul untuk disampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka dan menyeru mereka kepada Allah. Berdasarkan ayat ini maka ada pendapat mengatakan bahawa tidak adil sekiranya Allah membinasakan seluruh umat manusia sedangkan hanya umat Nabi Nuh a.s. sahaja yang diutuskan Rasul dan kemudian mereka menentangnya.



Maksud ayat al-Quran

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan bah taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberi pertolongan). Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
(Nuh : ayat 25-27)


Nabi Nuh a.s. memohon kepada Allah supaya dilenyapkan semua orang kafir di muka bumi ini pada ketika itu. Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Nuh a.s. hanya bermaksud 'semua orang kafir' itu adalah kaumnya sahaja yang mana menentang baginda pada ketika itu.

Bukti arkeologi pula menunjukkan bahawa kawasan sekitar Mesopotamia sahaja yang dikatakan pernah mengalami satu banjir besar yang mana ianya dikatakan kawasan Nabi Nuh a.s. dan juga kaumnya hidup ketika itu.



Sumber internet

Dapat dilihat gambaran yang cuba dijelaskan hasil arkeologi yang mereka temukan yang mana terdapat satu lapisan lumpur yang menutupi bukti peninggalan tamadun sebelum berlaku banjir besar tersebut.

Berdasarkan keadaan geografi pula yang mana Mesopotamia ini terletak di antara sungai Euphrates dan Tigris. Banjir besar dikatakan berpunca air melimpah daripada kedua-dua sungai ini.



Sumber internet


Boleh dilihat pada atlas atau GoogleMap atau apa-apa rujukan yang boleh menunjukkan bentuk muka bumi untuk dijadikan rujukan. Sungai ini akan terus menuju ke Teluk Parsi jika dilihat di peta dunia. Di bahagian utara sungai ini pula terdapat laut yang berdekatan iaitu Laut Hitam dan juga Caspian. Sekiranya berlaku ombak besar atau tsunami di kedua-dua laut ini, tidak mustahil juga sekiranya air laut ini boleh melimpah dan membanjiri kedua-dua sungai Euphrates dan Tigris sehingga menyebabkan banjir besar di Mesopotamia.


Berikutan kajian yang dilakukan ini, terdapat satu versi baru yang mana ianya dari pentaakulan hasil kajian saintifik yang telah dilakukan. Versi ini merupakan versi sains barat. Berdasarkan pentaakulan mereka setelah meneliti kesemua bukti yang diperolehi, Noah dikatakan bukan seorang miskin tetapi seorang bangsawan atau seorang pedagang. Adalah perkara biasa bagi seorang bangsawan atau pedagang untuk memiliki kapal. Bagi melancarkan proses pengangkutan barang-barang dagangan, menggunakan jalan air adalah lebih murah berbanding menggunakan jalan darat. Maka bukan suatu perkara yang asing sekiranya Noah ini memuatkan kesemua barang-barang dagangannya seperti makanan, minumam, haiwan ternakan dan lain-lain lagi berkaitan dengan tujuan keluar berdagang ke dalam kapal. Tidak hairan juga sekiranya Noah membawa keluarganya turut serta dalam kapalnya.

Satu hari hujan turun dengan lebatnya maka kelam kabut mereka sekeluarga memuatkan kapalnya dengan segala barang dagangan termasuk ternakan. Hujan yang terlampau lebat sehingga menyebabkan air sungai melimpah sehingga keesokan harinya setelah hujan berhenti, mereka dapati bahawa keliling mereka hanyalah air. Tiada daratan. Banjir besar. Kebetulan pada ketika itu kemungkinan Noah menghadapi krisis kewangan. Pada zaman itu, sesiapa sahaja yang berhutang dan tidak mampu melunaskannya, secara automatik akan menjadi hamba kepada orang yang memberinya hutang. Muflis atau bankrap bermakna menjadi hamba. Dengan itu Noah sekeluarga memanfaatkan keadaan ini untuk melarikan diri dengan kapalnya. Setelah jauh berlayar maka akhirnya banjir mula surut dan mendaratlah mereka di satu tempat yang sangat jauh daripada tempat asal mereka. Mereka pun memulakan hidup baru.

Begitulah kononnya kisah yang berlaku berkenaan dengan kisah banjir besar Noah. Itulah juga versi yang terkini yang terhasil dari kajian sains yang telah mereka lakukan.


Akan tetapi umat Islam tidak seharusnya percaya seratus peratus dengan cerita mengikut versi mereka kerana kita mempunyai al-Quran dan Hadith untuk dijadikan sebagai rujukan. Walaubagaimanapun kemungkinan fenomena banjir itu yang diterima oleh sebilangan muslim, iaitu Banjir Besar Nabi Nuh a.s. adalah banjir besar domestik sahaja iaitu melibatkan satu kawasan kerajaan dan bukanlah banjir global yang melibatkan satu dunia.


Sungguhpun begitu, terdapat sebilangan ahli sains yang masih ingin terus mempercayai bahawa banjir besar itu melibatkan seluruh muka bumi. Mereka masih meneruskan kajian bagi membuktikannya. Sekiranya rajin mencari menggunakan teknologi internet yang mana segala maklumat berada di hujung jari, mungkin boleh ditemukan pembentangan-pembentangan yang dibuat bagi membuktikan kebenaran kejadian Banjir Besar Nabi Nuh a.s. dari sudut sains.

Sekiranya anda merupakan seorang yang mempunyai banyak masa yang terluang melihat peta dunia samada melalui atlas atau GoogleMap atau mana-mana sumber yang membolehkan anda melihat bentuk muka bumi secara terperinci, anda mungkin dapat mengesan sesuatu padanya. Kita dapat lihat mana bahagian yang paling tinggi, bahagian paling rendah di permukaan tanah. Begitu juga dengan permukaan laut, bahagian mana yang lurah, berbukit-bukit, yang dalam, yang cetek dan sebagainya.

Anda mungkin akan perasan sesuatu bahawa di beberapa bahagian di bahagian laut dalam, terdapat seolah-olah bukit dalam laut yang membentuk seperti satu luka besar atau terkoyak kemudian dijahit. Dengan kata lain, seolah-olah kulit kita koyak besar kemudian dijahit 24 ke 50 ke..... Seakan-akan permukaan laut itu pernah terkoyak dan sudah tentu mengakibatkan sesuatu dan juga mengeluarkan sesuatu. Antara kesan yang tidak dinafikan akan berlaku adalah tsunami. Dengan skala kesan koyak yang dapat dilihat di peta, saiz koyakan tersebut agak besar dan panjang. Sedangkan gempa atau letusan satu gunung berapi dalam laut yang kecil sahaja sudah cukup untuk menyebabkan tsunami seperti yang kita ketahui pernah melanda Acheh dan juga Fukushima Daiichi. Contoh mudah kerana banyak video yang boleh dilihat bagaimana ombak tersebut menelan bumi. Bagaimana besar agaknya tsunami yang berlaku hasil dari koyakan yang dapat lihat di peta itu. Koyakan itu bukan kecil kerana ia jelas kelihatan. Di Lautan Atlantik sahaja dapat diperhatikan terdapat koyakan dari Greenland sehingga Amerika Selatan. Dapat dikesan juga kesan koyakan ini di bahagian lain.

Impak dari letusan itu sekiranya digambarkan bukan sahaja menyebabkan tsunami malah mungkin boleh digambarkan seperti letupan air berlaku di bumi. Tidak hairan sekiranya berlaku hujan yang sangat dahsyat dan ombak menelan bumi.





Animasi tersebut menggambarkan bagaimana proses tersebut berlaku menyebabkan air di permukaan bumi dan juga air yang berada di bawah lapisan permukaan bumi keluar membanjiri bumi. Ada sebahagiannya yang terkeluar dari atmosfera bumi berikutan terlalu kuat letusan yang berlaku. Sebahagiannya menjadi komet dan membasahi asteroid berdekatan. Kita boleh dapati bahawa komet terdiri daripada bongkah ais yang mengeliling bumi dengan satu orbit yang sangat besar sehingga menjangkau beberapa planet dan sebahagiannya jatuh kembali ke bumi. Ada juga batu-batu yang dilitupi ais yang jatuh ke bumi. Ianya masih lagi dapat kita lihat sehingga hari ini. Batu-batu meteor dan komet yang jatuh menghujani bumi biarpun sehingga hari ini. Tercampak jauh semasa kejadian tersebut.

Sebahagian ketulan ini membawa hidupan kecil seperti serangga dan bakteria yang mana terperangkap dan terbeku. Dengan kata lain mereka sebenarnya pulang semula ke bumi. Boleh jadi juga beberapa haiwan lain dengan tanah batu yang dipijak ketika itu turut tercampak bersama air kemudian membeku pada aras atmosfera tertentu dan kemudian jatuh kembali ke bumi. Kemudiannya perlahan-lahan cair kembali dan menyambung kehidupan seperti sediakala.


Maksud ayat al-Quran

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu selain daripada orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang yang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
(Hud : ayat 40)


Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mataair-mataair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
(al-Qamar : ayat 11 -&12)


Ayat ini menggambarkan air yang datang dari langit dan bumi untuk menenggelamkan permukaan bumi.

Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa maksud lain dari ayat 40 surah Hud bermaksud air terpancar dari dapur. Ada pendapat menyatakan dapur itu merupakan bumi kerana kita sedia maklum bahawa teras bumi ini merupakan satu bahagian yang sangat panas. Seolah-olah dapur yang memasak lapisan atasnya. Ini dapat dilihat pada terjemahan ayat tersebut dalam Bahasa Inggeris :

(So it was) till then came Our Command and the oven gushed forth (water like fountains from the earth). We said: "Embark therein, of each kind two (male and female), and your family, except him against whom the Word has already gone forth, and who believe. And none believed with him, except a few."
(Hud : 40)



Kemudian banjir mula surut.


Maksud ayat al-Quran

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
(Hud : ayat 44)


Ayat ini menggambarkan bagaimana Allah memerintahkan bumi untuk menelan kembali air yang banyak itu dan langit untuk berhenti menurunkan hujan bagi mengakhiri banjir besar satu dunia.

Ahli sains juga mendapati bahawa bentuk muka bumi di Grand Canyon di Amerika juga adalah antara yang terbentuk hasil dalam peristiwa ini. Ia seolah-olah satu laluan yang sangat besar dan dilihat dari jarak jauh, juga didapati bentuk koyakan yang dijahit. Ia merupakan satu bentuk untuk melalukan air yang terlampau banyak ini menuju ke satu bahagian bumi. Dengan kata lain ia merupakan satu terusan untuk melalukan air supaya kembali surut diserap bumi.





Animasi ini mungkin dapat membantu dalam memberi gambaran bagaimana proses penyurutan selepas banjir besar berlaku. Sebahagian air kembali masuk ke bawah lapisan permukaan bumi. Sebahagiannya masih kekal.

Banyak perubahan besar pada bentuk muka bumi yang berlaku selepas kejadian itu. Wujud bukit, gunung, lembah, lurah dan sebagainya akibat pergerakan muka bumi selepas berlaku 'koyakan' besar.

Adakah peristiwa ini juga yang memusnahkan tamadun-tamadun yang terkenal seperti Atlantik? Kota Atlantik dikatakan lenyap kerana satu letupan gunung berapi yang sangat kuat berlaku sehingga memusnahkan pulau yang mereka diami hinggakan tidak ditemui secara sahihnya pada hari ini. Begitu juga dengan Mohenjo-Daro yang dikatakan musnah dalam satu letupan nuklear yang mana kemungkinan loji nuklear mereka musnah akibat malapetaka ini. Tak kurang juga dengan beberapa Lost City yang lain yang digambarkan hebat tamadun dan teknologi mereka.


Peristiwa banjir besar ini berlaku dalam bulan Rejab dan bahtera Nabi Nuh a.s. selamat berlabuh pada 10 Muharram. 6 bulan lamanya berada di atas kapal, sepanjang berlakunya azab Allah dalam membersihkan muka bumi daripada manusia yang kufur terhadapNya. Berikutan peristiwa itu, dengan bahan yang ada seperti kacang-kacang dan gandum-gadum dimasak seperti yang kita kenali sebagai Bubur Asyura. Nabi Nuh a.s. juga berpuasa pada hari tersebut. Pada tarikh 10 Muharram itu juga dikatakan Nabi Musa a.s. bersama Bani Israel berjaya melepaskan diri dari dikejar Firaun di Laut Merah. Maka ia turut menjadi amalan orang Yahudi di mana mereka berpuasa pada 10 Muharram. Pernah Rasulullah s.a.w. bertanya kepada orang Yahudi, kenapa mereka berpuasa pada hari tersebut.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)

Maka dengan itu terbit amalan sunnah untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Bilangan harinya ditambah atas alasan untuk membezakan dengan amalan orang Yahudi dan juga alasan tambahan seandainya berlaku kesilapan dari segi perhitungan takwim.

"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


Selepas peristiwa banjir besar tersebut, dikatakan Nabi Nuh a.s. sembahyang, sujud bertaubat kepada Allah. Tidak lama selepas mendarat dan kehidupan baru dimulakan, Nabi Nuh a.s. diperintahkan Allah untuk membuat pasu dari tanah dalam bilangan yang sangat banyak, mencecah ratusan atau ribuan. Kemudian diarahkannya untuk disusun secara bertingkat dan setelah itu Allah memerintahkan baginda menarik salah satu pasu paling bawah di tengah-tengah susunan pasu-pasu tersebut menyebabkan kesemua pasu yang lain hancur berkecai, tinggallah sebuah pasu yang ditarik Nabi Nuh a.s. Baginda mengeluh kerana diperintahkan membuat perkara yang dilihatnya sia-sia itu. Kemudian Allah menjelaskan begitulah yang baru sahaja diperlakukan terhadap ciptaanNya. Allah telah menjadikan manusia memenuhi muka bumi kemudian Nabi Nuh a.s. memohon kehancuran mereka termasuk hidupan lain di muka bumi. Setelah itu baginda sedar akan kesalahannya lalu bertaubat sehingga akhir hayatnya. Semenjak itu Allah melarang mana-mana nabi untuk memohon kemusnahan secara menyeluruh. Hanya satu-satu kaum sahaja yang dimusnahkan.



Video penuh bagaimana Banjir Besar Nabi Nuh a.s. berlaku


Friday, December 7, 2012

Siapa Yang Setuju Dengan Teori Evolusi Darwin

Kalau tak silap saya, sewaktu masih sekolah rendah dulu biasa juga mendengar tentang Teori Darwin yang mana ia mengatakan bahawa kita manusia adalah evolusi daripada beruk. Cuma disebabkan kita sebagai umat Islam percaya bahawa kita merupakan cucu cicit nabi Adam A.S. yang mana Allah jadikan kemudian diturunkan ke muka bumi ini untuk dijadikan khalifah. Mungkin disebabkan itu Teori Evolusi dari Darwin ini sememangnya tidak diterima oleh masyarakat Islam. Kita mempunyai Al-Quran dan Hadith sebagai panduan dan rujukan sekiranya berlaku sebarang kemusykilan sepanjang kehidupan di dunia. Dalam Al-Quran dan Hadith juga tidak terdapat mana-mana ayat yang menyokong Teori Evolusi dari Darwin itu.

Alhamdulillah.....biarpun orang yang tidak bersekolah pun selagi masih berpegang dengan ajaran Islam, mereka tidak menerima dakwaan Charles Darwin itu. Bahkan ada yang mengatakan biarpun Charles Darwin itu bijak kerana mampu mengemukakan teori dalam dunia sains, tetapi malangnya kerana mengaku bahawa dia berasal dari beruk. Kesian..... Kesian juga kepada beruk-beruk yang tidak ikut berevolusi untuk menjadi manusia. Kerana yang jelas kita masih lagi dapat melihat beruk, monyet, gorila, orang utan dan lain-lain sama spesisnya dengannya. Sekurang-kurangnya boleh dilihat di zoo. Adakah mereka ini merupakan antara yang tertinggal untuk berevolusi... Kesian.........

Kesian juga si Charles Darwin itu.....

Kesian sebab mengaku berasal dari beruk.

Satu hal lagi yang kesian adalah tiada pun yang berhujah dengannya bahawa dia itu sebenarnya berasal dari darah daging Nabi Adam A.S., bukan dari beruk. Mungkin ada yang cuba tetapi tidak cukup hujah untuk melawan segala bukti saintifik yang telah susah payah beliau temukan.

Kita juga perlu sedar bahawa sains merupakan satu penemuan. Segala-segalanya sudah Allah sedia adakan di alam semesta ini dan juga di muka bumi. Sebab itu sebarang penemuan, produk atau teknologi hasil manusia, kita sebut sebagai penemuan atau rekaan.

Lebih mudah mungkin jika dilihat pada perkataan yang digunakan dalam Bahasa Inggeris.

".....this theory has been found by......"

".....this technology was invented by......."

Kebiasaannya mereka di kalangan saintis akan menggunakan ayat seperti di atas. Ini kerana jauh di sudut hati kecil mereka bahawa ada Yang Lebih Berkuasa dan Yang Lebih Bijaksana telah memberikan mereka ilham dalam penemuan dan rekaan mereka.

Seharusnya hanya Allah yang layak menggunakan perkataan "mencipta". Ini kerana perkataan "mencipta" itu membawa maksud menghasilkan sesuatu daripada sesuatu yang tiada atau sesuatu yang tidak pernah ada sepertinya. Dengan kata lain ianya tersangatlah unik kerana tidak pernah tercipta sesuatu itu biar pun seakan dengannya.

Sedangkan apa sahaja yang manusia buat, reka, cipta adalah berdasarkan atau meniru apa yang mereka lihat pada kejadian Allah. Manusia seharusnya hanya layak menggunakan perkataan "reka". Kerana manusia hanya mampu mereka-reka sesuatu berdasarkan sesuatu. Ia semua ilham dari Allah. Allah juga yang menemukan manusia kepada sesuatu untuk dijadikan ilham, teori dan akhirnya rekaan teknologi.


Allah jualah yang menemukan Charles Darwin kepada Teori Evolusi. Akan tetapi adakah Allah sekejam itu, sengaja membiarkan Charles Darwin kebodohan mengaku dirinya berasal dari beruk seterusnya menyebabkan sebahagian besar umat Islam menggelarnya bodoh. Belum lagi saya menemukan nama Charles Darwin di dalam al-Quran mengenai kebodohannya. Maka dengan itu kita juga tidak boleh mengatakan sedemikian seratus peratus pada Charles Darwin. Kesian dia.....

Berlainan dengan nasib Abu Lahab, Firaun, Qarun dan lain-lain kerana nama mereka sememangnya termaktub di dalam al-Quran. Maka tidak salah jika kita mengatakan Abu Lahab ahli neraka. Bahkan Allah telah turunkan surah Al-Lahab atau disebut surah Al-Masad sewaktu Abu Lahab masih hidup. Memang ketika surah itu diturunkan, Abu Lahab masih kafir. Akan tetapi Abu Jahal pun akhirnya memeluk Islam. Tidak mustahil juga Abu Lahab mungkin boleh masuk Islam. Akan tetapi disebabkan turunnya surah Al-Lahab yang mengisahkannya sebagai ahli neraka, maka sewaktu beliau hidup lagi Allah telah melabelkannya sebagai ahli neraka. Betapa teruk apa yang dilakukan Abu Lahab terhadap Rasulullah sehingga turunnya surah Al-Lahab. Sedangkan Firaun zaman Nabi Musa yang terkenal dengan kezalimannya itu pun Allah nyatakan dalam Al-Quran setelah beberapa ratus tahun kematian Firaun.


Berbalik kepada Teori Darwin, disebabkan teori beliau maka wujud sekumpulan manusia yang mana begitu taksub dengan apa yang telah dinyatakan oleh Teori Darwin ini. Bahkan ada yang menyatakan bahawa ia menjadi satu fahaman cuma saya kurang pasti fahaman yang bagaimana. Tetapi fahaman ini mengagungkan Charles Darwin dan Teori Evolusi tersebut.

Tidak kurang juga dengan ketaksuban para saintis yang masih lagi cuba hingga kini untuk memastikan kebenaran Teori Evolusi Darwin itu. Akibat dari itu begitu banyak teknologi yang terhasil dalam usaha menyokong kebenaran teori tersebut.

Salah satu teknologi yang terhasil ialah satu pengimbas beserta dengan perisian yang mampu menghasilkan semula susunan urat, otot dan juga raut wajah hanya berdasarkan tulang tengkorak. Dengan kata lain, sekiranya anda mahu mengetahui bagaimana rupa paras moyang kita 7 generasi sebelum ini, samada hensem atau macam mana, cari je tulang tengkorak moyang tersebut dan lakukan imbasan. Maka sistem tersebut akan menghasilkan imej secara 3D dan dapatlah kita lihat bagaimana rupanya.

Begitu menakjubkan sekali teknologi yang terhasil daripada cetusan idea Teori Evolusi Darwin ini. Ini baru satu sahaja contoh teknologi yang terhasil disebabkan teori tersebut.

Besar juga manfaatnya dalam tamadun manusia biarpun kedengan agak bodoh "manusia berasal dari beruk".

Sedangkan kita, apa yang telah kita hasilkan.....
Betul.....ramai para ilmuan Islam terdahulu yang telah banyak menyumbang dari segi ilmu dan juga teknologi dalam membangunkan tamadun manusia. Tapi bagaimana dengan masyarakat Islam kita hari ini.....

Begitu banyak bukti juga ditemui yang membawa kepada membenarkan teori evolusi tersebut.


Andai kata Charles Darwin masih hidup, mahu saja saya minta dia baca entry saya ini. Mudah-mudahan beliau dapat menemukan sesuatu yang mungkin tercetus hidayah dari Allah.


Isu di sini ialah asal kejadian manusia. Darwin mendakwa manusia adalah evolusi dari beruk. Yang jelas masih kelihatan beruk dan spesis-spesisnya. Kenapa? Kesian beruk-beruk tersebut kerana tidak ikut berevolusi. Adakah evolusi hanya berlaku pada sesetengah beruk sahaja? Adakah mungkin satu hari nanti juga kita akan dapat melihat beberapa ekor beruk di zoo berevolusi sehingga menjadi manusia. Sepertimana imaginasi mereka dalam movie Rise of the Planet of the Apes. Ianya agak menakutkan.....


Kita cuba berbalik kepada rujukan kita sebagai orang Islam, sewaktu Allah hendak menjadikan Adam A.S. iaitu bapa kepada seluruh umat manusia hari ini. Bapa kepada para nabi dan rasul. Juga moyang besar kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Malaikat bertanya (tentang hikmat ketetapan Allah itu berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".


(Al-Baqarah : ayat 30)



Jelas dilihat dalam al-Quran ada menyatakan berlaku sesi dialog antara Allah dan para Malaikat sewaktu Allah mengumumkan bahawa Dia hendak menciptakan Adam A.S untuk dijadikan khalifah di bumi.

Dapat dilihat Malaikat cuba mempertikaikan, kenapa Allah mahu menjadikan manusia sebagai khalifah sedangkan mereka makhluk yang suka membuat bencana dan saling berbunuh-bunuhan. "Manusia" manakah yang dimaksudkan oleh Malaikat? Sedangkan Allah belum lagi menciptakan manusia. Allah baru sahaja memberitahu bahawa Dia hendak menjadikan manusia untuk menjadi khalifah.

Kita juga maklum bahawa walaupun Malaikat diberikan keistimewaan boleh ke syurga, neraka, Arasy, tetapi masih lagi dihadkan oleh Allah untuk melihat Luh Mahfuz. Jadi Malaikat juga tidak berupaya mengetahui masa hadapan. Bagaimana mungkin Malaikat boleh mengatakan manusia itu makhluk yang suka membuat kerosakan dan saling berbunuhan sedangkan Allah baru sahaja hendak menjadikan Adam A.S.

Dengan kata lain, Malaikat berkata demikian kerana melihat makhluk "manusia" sebelum ini yang telah melakukan kebinasaan di muka bumi dan saling berbunuhan.

Persoalannya "manusia" manakah yang dilihat Malaikat?

Bermakna telah wujud "manusia" di muka bumi sebelum Allah menjadikan Adam A.S. "Manusia" yang rupa parasnya sememangnya hampir sama betul susuk tubuhnya seperti manusia yang bakal dijadikan Allah iaitu Adam A.S.

"Manusia" itulah yang diceritakan Malaikat telah melakukan kebinasaan dan saling berbunuh.

Kemudian "manusia" itu kesemuanya telah pupus, terhapus disebabkan perbuatan mereka itu sendiri. Ia juga merupakan salah satu "pembersihan" yang Allah lakukan terhadap spesis itu sebelum Dia menyiapkan Adam A.S. untuk diperintahkan sebagai khalifah di muka bumi.



Ada pendapat yang mengatakan bahawa "manusia" itu adalah jin. Disebabkan mereka telah melakukan banyak kerosakan maka Allah menghukum mereka. Dan disebabkan Allah mahu menjadikan Adam A.S. dan akan dijadikan khalifah di muka bumi maka jin berdoa pada Allah supaya mereka semua tidak dapat dilihat oleh Adam A.S. dan keturunannya.



Ada pendapat lain pula menyatakan bahawa sememangnya terdapat makhluk lain yang seperti manusia yang pernah hidup di muka bumi sebelum Adam A.S.

Saya mengimbau semula apa yang pernah saya pelajari di sekolah dulu dalam subjek sejarah. Mungkin anda juga pernah dengar mengenai Zaman Batu, Zaman Logam dan juga Zaman Prasejarah. Zaman Prasejarah pula dibahagikan kepada beberapa zaman iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik dan Zaman Neolitik.

Zaman Prasejarah awal iaitu Zaman Paleolitik dikatakan seawal 50,000 tahun sebelum Masihi. Ada juga yang mengatakan bahawa tamadun manusia ada yang sudah bermula seawal 300,000 tahun sebelum Masihi. Apa yang dapat kita lihat di sini ialah manusia dikatakan mula dikesan mendiami bumi seawal 300,000 tahun sebelum Masihi atau mungkin pada 50,000 tahun sebelum Masihi.

Zaman Neolitik pula dikatakan bermula sekitar 9,500 tahun sebelum Masihi. Mereka dikatakan sudah mula bercucuk tanam dan mampu menghasilkan tembikar.

Seterusnya Zaman Mesopotamia yang bermula sekitar 7,000 tahun sebelum Masihi. Mereka dikatakan sudah mempunyai organisasi sosial. Masyarakat mereka mempunyai beberapa kelas. Kelas atasan, pertengahan dan hamba. Pekerjaan juga telah wujud seperti juruwang, guru, pedagang, petani, tukang, ahli sains, ahli nujum dan pelbagai lagi. Sekitar 3,500 tahun sebelum Masihi, Zaman Mesopotamia dikatakan semakin berkembang sehingga dikatakan detik tamadun awal manusia bermula.

Ada beberapa kitab menyatakan bahawa Nabi Adam A.S. hidup di bumi selama 930 tahun. Hawa pula diciptakan selepas 150 tahun Adam A.S. diciptakan. Kemudian mereka diturunkan ke muka bumi sekitar 4,500 tahun sebelum Masihi. Dikatakan juga bahawa Nabi Nuh A.S. lahir sekitar 127 tahun selepas kewafatan Nabi Adam A.S. dan Nabi Adam A.S. sempat bersama dengan ayah kepada Nabi Nuh A.S. sekurang-kurangnya 50 tahun.


Sekiranya Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi pada 4,500 tahun sebelum Masihi, siapakah dia "manusia" yang dikatakan mendiami bumi oleh ahli sejarah sejak Zaman Prasejarah itu, dan mula mahir membuat tembikar dan bercucuk tanam pada Zaman Neolitik?

Adakah "manusia" ini yang dikatakan oleh Malaikat iaitu makhluk yang melakukan kerosakan di muka bumi dan saling berbunuhan?

Ahli sejarah dan arkeologi juga bukan sembarangan mengatakan bahawa telah wujud manusia sejak Zaman Prasejarah. Mereka telah menemukan tulang tengkorak yang berusia lebih 10,000 tahun. Ada yang jauh lebih tua dari itu. Begitu juga dengan hasil-hasil tembikar, alatan logam dan batu yang berusia lebih 10,000 tahun. Sedangkan terdapat pendapat menyatakan bahawa Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi hanya selepas 4,500 tahun sebelum Masihi. Sudah tentu tulang tengkorak dan hasil-hasil tembikar itu semua bukan dari Nabi Adam A.S. atau pun anak cucunya.

Apa yang dapat dilihat di sini ialah pada Zaman Mesopotamia telah mula wujud manusia yang bersosial dan juga mempunyai kepercayaan.

Bila dilihat pada masanya pula agak lebih kurang dengan waktu Nabi Adam A.S. diturunkan ke bumi.


Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa Zaman Prasejarah dan Zaman Neolitik itu semua hanya tipu belaka.

Di dalam al-Quran juga belum lagi saya menjumpai mana-mana ayat yang mengisahkan tentang Zaman Prasejarah. Yang ada hanya zaman Nabi Adam A.S, Idris A.S, Nuh A.S dan seterusnya hingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. dan umat akhir zaman.

Mengapa tidak disebutkan tentang "manusia" zaman prasejarah?

Ini kerana mereka itu bukanlah makhluk yang Allah jadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini seperti kita. Mereka tidak diberikan tanggungjawab dan amanah yang berat ini. Mereka hanya bagaikan makhluk lain yang Allah jadikan di muka bumi, seperti haiwan-haiwan lain. Mungkin mereka diberikan kepintaran melebihi haiwan-haiwan yang lain yang membolehkan mereka berfikir sehingga berupaya membuat peralatan dalam membantu kehidupan seharian mereka.


Dalam sains, mereka ini juga digelar sebagai homo-sapien.

Disebabkan kepintaran yang ada pada mereka maka mereka terdorong untuk melakukan kerosakan dan saling berbunuhan seperti mana yang dikatakan oleh Malaikat sewaktu Allah hendak menciptakan Adam A.S. Akhirnya mereka terhapus, pupus disebabkan perbuatan mereka sendiri.


Kemudian akhirnya Allah menjadikan Adam A.S yang mana kejadiannya adalah jauh lebih baik dari mana-mana makhluk lalu dijadikan khalifah di muka bumi ini. Kita semua juga maklum bahkan seluruh manusia biarpun yang beragama selain dari Islam mengetahui bahawa telah berlaku satu banjir yang amat besar di bumi pada zaman Nabi Nuh A.S. Pada ketika itu, hanya manusia yang beriman kepada Allah sahaja yang terselamat. Selain dari itu semuanya menjadi pupus.


Mengapa Allah menjadikan banjir besar itu berlaku sehingga seluruh dunia tiada daratan..... Andai kata wujud lagi "manusia" pada ketika itu juga akan turut sama pupus sewaktu banjir besar itu berlaku.


Dapat dilihat di sini bahawa sememangnya terdapat bukti bahawa telah wujud "manusia" sebelum Adam A.S. diciptakan Allah. Apa yang dapat diperkatakan di sini adalah "beruk" yang dikatakan Charles Darwin yang mengalami evolusi itu sememangnya bukan yang menjadi Nabi Adam A.S. "Beruk" itu mungkin berevolusi sehingga menjadi "manusia" yang wujud pada Zaman Prasejarah. Dan "beruk" yang berevolusi itu jugalah yang dikatakan oleh Malaikat sewaktu Allah hendak menjadikan Adam A.S. "Beruk" itulah makhluk yang suka melakukan kerosakan dan saling berbunuhan sepertimana yang diperkatakan Malaikat.


Adakah Teori Evolusi Darwin itu salah?

Saya katakan bahawa teori tersebut betul dan dalam masa yang sama ianya juga turut salah. Ini kerana Charles Darwin telah tersalah anggap bahawa "manusia" yang dikatakan Malaikat itu adalah manusia yang sama dengan Adam A.S. dan juga anak cucunya, seterusnya Charles Darwin itu sendiri.


Betapa istimewanya makhluk yang bernama manusia ini Allah jadikan sehingga bumi ini pernah dicuci Allah sewaktu banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S. Bumi ini juga telah Allah renovate sewaktu kejadian bulan untuk disesuaikan dengan makhluk Allah yang bernama manusia.

Maha Suci Allah yang telah menjadikan sekelian alam.

Maha Bijaksana Allah yang begitu teratur dan rapi dalam merencana sesuatu.



Wednesday, December 5, 2012

Kelahiran Bulan - Birth of the Moon

Bulan sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian samada kita sedar atau tidak. Bulan juga dijadikan rujukan bagi tarikh Hijriyah. Sebagai contoh tarikh permulaan Puasa dan Hari Raya Puasa ditentukan oleh anak bulan. Begitu juga Raya Haji. Bulan juga sebenarnya banyak membantu dalam menerangi bumi di waktu malam. Bulan juga sebenarnya mempengaruhi nelayan-nelayan dan pelaut-pelaut. Ini kerana bulan mempengaruhi pasang surutnya air di laut. Fenomena pasang surut air ini menjadi faktor kedudukan ikan di laut, dan juga boleh mempengaruhi pelayaran kapal di persisiran pantai.

Akan tetapi pernahkah kita ambil peduli bagaimana wujudnya bulan... Bagaimana Allah menciptakan bulan... Adakah ia terbentuk sekaligus dengan bumi, matahari dan semua alam semesta...


Masih segar lagi di ingatan saya bagaimana bapa saya menerangkan kepada saya yang ketika itu masih di awal sekolah rendah. Baru tahu bagaimana membaca perkataan Bahasa Inggeris. Lain yang dieja, lain pula bunyinya. Itulah antara perbezaan membaca tulisan Bahasa Melayu berbanding tulisan Bahasa Inggeris. Bagi saya, mudah lagi membaca Muqaddam (zaman tu saya belum jumpa atau belum pernah dengar buku Iqra' untuk belajar mengaji) daripada Bahasa Inggeris. Biarpun hurufnya hurufnya berlainan iaitu huruf jawi, tetapi mempunyai baris dan tanda-tanda yang membantu untuk menyebut setiap perkataannya. Saya baru dapat membaca tajuk buku yang telah lama berada di rak buku milik bapa saya bertajuk "Birth Of The Moon". Tapi hanya tajuk sahaja yang mampu saya baca. seterusnya hanya melihat gambar-gambar yang dikepilkan di dalamnya. Standard la, budak-budak. Lebih-lebih lagi yang malas membaca seperti saya. Hanya minat melihat gambar-gambar sahaja.

Ia merupakan salah satu cara bapa saya meluangkan masa bersama saya pada ketika itu. Dia akan bercerita yang pada saya pelbagai perkara. Antaranya berkaitan astronomi atau angkasa lepas. Antara minat bapa saya adalah melihat ke langit. Tiap kali melihat ke langit, beliau akan menyebut makna ayat Quran berbunyi 

"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Jathiyah : ayat 3)


Saya bukanlah di kalangan mereka yang rajin ke surau, rajin beribadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan sebagainya. Lebih-lebih lagi saya sememangnya budak yang nakal yang biasa dimarah dan dirotan. Setiap kali saya memandang ke langit, saya akan terkenangkan detik saya bersama bapa saya ketika kami bersama-sama kerap memandang langit di waktu malam. Kerap juga kami terbaring di tengah jalan (rumah kami rumah taman, bukan rumah kampung) sambil memerhatikan langit disamping melihat kebesaran Allah. Allah Maha Berkuasa kerana telah menciptakan alam yang begitu luas ini. Maha Suci Allah, tidakkah Allah menciptakan semua ini dengan sia-sia?

Ketika itu, setiap kali bulan penuh, bapa akan menyuruh saya memerhati permukaan bulan. Tidak kira samada dengan mata kepala sendiri atau menerusi binocular atau menerusi teleskop. Waktu itu saya hanya tau seronok melihat sahaja. Belum pandai lagi memuji-muji kebesaran Allah. Andai kata lidah menyebut Subhanallah sekalipun, ia kerana terikut-ikut ucapan bapa saya setiap kali dia melihat sesuatu yang mengujakan tentang ciptaan Allah.

Setelah puas menatap permukaan bulan, bapa saya akan mengajak saya masuk ke dalam kemudian beliau memulakan sesi membebelnya... Betullah kan..... Bagi saya yang ketika itu masih budak-budak yang nakal, kalau dengar je mak atau bapa bercakap tak kira walau benda baik atau dia sedang mengajar sesuatu pun, ianya akan kedengaran seperti membebel. Tapi bila mula ditunjukkan gambar dan sebagainya, seronok mendengar jadinya. Lebih kurang macam belajar di sekolah juga. Kalau cikgu hanya bercakap tanpa bahan bantuan mengajar, walaupun sekadar coretan kapur, sekiranya menarik, ia dapat menarik minat pelajar.

Antara bahan yang bapa saya gunakan ialah buku "Birth Of The Moon". Mak kata bapa saya belinya di kedai sekitar tempat kami tinggal dulu. Tak jauh dari kawasan pentadbiran angkasa lepas dan aeronotik kebangsaan. Tapi masa tu saya masih kecil lagi. Sempat juga la seorang adik saya lahir di sana.

Tak tahu lah berapa ratus ribu juta tahun dahulu, kalau nak tahu juga rasanya boleh search kat Google. Ketika itu semua planet yang ada dalam sistem solar kita belum lagi mempunyai bulan. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa setiap planet mempunyai bulan mereka sendri. Bulan ini sebenarnya diistilahkan sebagai satelit semulajadi. Dengan kata lain, setiap planet mempunyai satelit semulajadi mereka sendiri dan bilangannya tidak sama. Planet Musytari (Jupiter) mempunyai bilangan satelit semulajadi yang paling banyak dan yang paling jelas kelihatan adalah 5. Setiapnya mempunyai namanya sendiri. Bumi mempunyai sebuah sahaja satelit semulajadi yang dikenali sebagai Bulan (Moon). Ketika itu juga susunan kedudukan planet-planet bukanlah seperti yang kita ketahui seperti sekarang.

Susunan kedudukan planet-planet ketika ini mengikut orbit adalah

Utarid (Mercury)  >  Zuhrah (Venus)  >  Bumi (Earth)  >  Marikh (Mars)  >  Musytari (Jupiter)  >  Zuhal (Saturn)  >  Uranus (Uranus)  > Neptun (Neptune)  >  Pluto (Pluto)


Anda tentu tahu yang Bumi berputar di atas paksinya dengan sudut paksi putarannya condong sebanyak lebih kurang 23 darjah. Pada waktu belum wujud bulan, paksi putaran Bumi masih lagi 0 darjah. Anda juga tentu tahu bahawa disebabkan sudut paksi putaran Bumi yang condong 23 darjah itulah yang menyebabkan beberapa bahagian di Bumi ini mengalami musim-musim tertentu. Ada sesetengah tempat mengalami empat musim, ada yang mengalami musim hujan panas sepanjang tahun dan macam-macam lagi. Ada diajarkan di sekolah dalam subjek Geografi (zaman saya sekolah la).

Kita kembali semula ke waktu belum wujud Bulan dan susunan planet-planet masih bukan seperti sekarang, sewaktu Bumi dan planet-planet lain juga masih mempunyai paksi putaran bersudut 0 darjah. Sedang kesemua planet ini berputar mengelilingi matahari mengikut orbitnya, satu bintang yang lebih besar daripada saiz matahari kita melintasi sistem solar. Ia tidak melanggar mana-mana planet ataupun matahari. Kerana kita semua tahu bahawa matahari bersama bintang-bintang yang lain juga mempunyai orbitnya yang tersendiri untuk mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Begitu juga dengan bintang-bintang di galaksi yang lain. Allah telah menyusun dan menjadualkan kesemua laluan bagi planet, bintang dan galaksi dalam alam semesta ini untuk bergerak mengikut orbitnya. Sekiranya berlaku sebarang perlanggaran, maka ianya memang kehendak Allah. Tapi sepatutnya ia tidak berlanggar kerana Allah Maha Mencipta dan Maha Bijaksana. Allah jualah yang teah menentukan kesemua orbit planet, bintang, galaksi dan apa saja yang ada di dalam alam semesta ini.

Seperti yang kita sedia maklum, setiap objek mempunyai kesan gravitinya tersendiri samada kuat atau lemah. Sebagai contoh kita juga maklum Bulan mempunyai 1/6 daya tarikan graviti Bumi. Dan secara logiknya, semakin besar objek tersebut semakin tinggi tarikan gravitinya. Ianya boleh dikira secara matematik, ada formula yang kita belajar dalam subjek fizik waktu sekolah dulu. Kalau tak pun masa tahun 1 di universiti pun ada diajarkan. Graviti dipengaruhi oleh jisim objek dan jarak antara kedua-dua objek. Disebabkan lintasan bintang tersebut yang mempunyai graviti yang agak kuat berbanding matahari maka planet-planet yang ada turut terkesan.

Kesannya adalah planet-planet ini terikut sekejap dengan bintang tersebut. Akan tetapi matahari masih belum kehilangan planet-planetnya kerana tarikan gravitinya masih berjaya menyelamatkan planet-planetnya. Walaubagaimanapun kesemua planet-planet ini telah berubah kedudukannya sehingga Pluto yang paling kecil tertarik jauh hingga ke hujung sana. Dapat dilihat bahawa susunan planet bermula Musytari (Jupiter) hingga Pluto disusun mengikut saiz yang kebetulan mewakili jisim planet tersebut.

Fenomena ini juga menyebabkan kebanyakan planet telah berubah sudut paksi putarannya. Ada planet yang sudut paksi putarannya 90 darjah. Sekiranya anda tidak dapat membayangkannya, anda juga boleh search di Google atau YouTube. Saya tidak mahu meletakkan link tertentu kerana saya tidak mahu link tersebut mempengaruhi anda. Mana la tau kan.....

Kita teliti pula suasana di Bumi. Sebelum itu Bumi yang paksi putarannya 0 darjah, seluruh permukaan Bumi mempunyai musim yang sama sepanjang masa. Rata-rata permukaan Bumi juga merupakan tanah besar. Mungkin ketika itu Bumi dilihat berwarna hijau kerana rata-rata permukaan adalah tanah yang dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Dan pada zaman itu juga wujudnya dinosaur.

Waktu sekolah dulu lagi, diceritakan bahawa dinosaur pupus disebabkan satu meteor besar melanggar Bumi menyebabkan kemusnahan besar di muka Bumi seterunya kepupusan kesemua dinosaur pada ketika itu.

Ia agak berlawanan dengan apa yang ditulis di sini. Bintang besar yang tadinya saya sebut melintasi sistem solar kita yang menyebabkan perubahan susunan kedudukan planet adalah sebenarnya yang menjadi faktor penyebab kepupusan dinosaur. Semasa bintang tersebut melintas, berlaku satu proses di mana tarikan antara matahari-bumi dan juga tarikan bintang-bumi yang mana akhirnya matahari berjaya menarik bumi kembali dari terus terikut dengan bintang tersebut. 

Sepanjang proses tarikan tersebut berlaku sesuatu yang amat dahsyat di muka bumi di mana sebahagian muka bumi tercabut mengikut bintang yang besar itu. Sebab itu kita dapati di bahagian selatan Bumi merupakan satu permukaan lautan yang amat luas dan tiada daratan. Ini kerana bahagian daratan tersebut telah pun tertarik semasa bintang tersebut melintas. Walaupun begitu semasa tertarik kuat oleh bintang, bumi masih lagi berputar seperti biasa kerana sekiranya bumi berhenti berputar maka gravitinya akan hilang. 

Anda tentu tahu bahawa disebabkan bumi, bulan, planet, matahari dan bintang berputar di atas paksinya maka graviti tersebut. Semakin laju putaran di atas paksinya maka semakin kuat tarikan gravitinya. Disebabkan putaran ini juga yang menyebabkan kesemua planet dan bintang berbentuk bulan dan seimbang. Bumi yang terus berputar tadi cuba mengekalkan kembali bentuk sferanya dek kerana terkoyak-koyak akibat tarikan dari bintang tadi. 

Sebahagian serpihan bumi ada yang terus mengikut bintang tersebut dan ada yang tertinggal di angkasa lepas. Serpihan yang tertinggal berhampiran dengan Bumi terus kekal berada di sekeliling Bumi bagaikan mengorbit Bumi disebabkan graviti bumi. Setiap serpihan mengorbit Bumi dengan kelajuan masing-masing yang mana sudah tentu menghentam dan bercantum dengan serpihan yang perlahan. Proses ini berterusan sehingga akhirnya bersihlah kesemua serpihan tadi dan akhirnya membentuk satu objek besar yang baru. Itulah yang kita kenali sebagai Bulan. Serpihan-serpihan kecil tadi yang akhirnya bergabung membentuk Bulan dan terus mengelilingi Bumi hingga ke hari ini, seperti yang kita dapat lihat di malam hari.

Sekiranya kita boleh ke bulan seperti mana Neil Armstrong dan lain-lain, kita boleh dapati bahawa batu-batu di sana merupakan baru yang agak hampir di Bumi. Tidak hairan jika saintis menyatakan bahawa didapati bahawa batu-batu di Bulan itu pernah wujud air di antaranya. Saintis juga mengatakan bahawa sampel-sampel batu di Bulan itu merupakan batu yang seperti di Bumi tetapi yang telah lama. Tidak ada lagi batu sepertinya di permukaan bumi. Dengan kata lain, batu di Bumi yang dapat kita pegang ini semua adalah muda jika dibandingkan dengan batu di Bulan. Ini kerana batu di Bulan itu merupakan batu pada zaman dinosaur. Batu di muka Bumi pula banyak yang telah diperbaharui di mana semenjak peristiwa lintasan bintang besar itu, permukaan Bumi telah berlaku banyak perubahan. Banyak gunung-ganang mula keluar dari perut bumi, pergerakan plat Bumi yang menyebabkan isi Bumi terkeluar dan macam-macam lagi. Ada juga diajar semasa di sekolah dulu.

Ada juga di antara sampel-sampel batu yang di bawa balik dari Bulan itu mengandungi fosil dinosaur. Dari mana datangnya dinosaur itu? Dinosaur pernah hidup di bulan ke..... Itulah dia sebahagian mangsa yang terikut dan bersebati menjadi Bulan semasa peristiwa lintasan bintang tersebut.

Memang.....agak berlainan seperti yang kita ketahui tentang sejarah kepupusan dinosaur.


Atas sebab itu juga sebenarnya manusia ke Bulan. Untuk melihat, mengkaji dan memastikan tentang kejadian kelahiran Bulan. Memang ada sesetengah pihak yang menafikan peristiwa manusia ke Bulan. Ianya dikatakan hanya lakonan semata-mata.



Teknologi hari ini memudahkan untuk perkara ini diterangkan secara umum. Saya rasa kalau anda search di Google atau  YouTube, banyak artikel dan video yang boleh anda jumpa berkaitan perkara ini.


Secara tidak langsung, begitu Allah membersihkan dan renovate Bumi, ditambah lagi dengan Bulan yang boleh menerangi malam hari di permukaan Bumi supaya nanti lebih sesuai untuk didiami makhluk Allah yang bernama manusia yang bakal Allah ciptakan untuk memakmurkan muka bumi ini. 

Begitulah antara persediaan Allah bagi menempatkan khalifah di muka bumi.



Monday, December 3, 2012

Cerita Manusia Ke Bulan Tu Betul Ke Hoax

Sejak kecil lagi, kalau tak silap masa sekolah rendah pun memang ada pun diajar di sekolah, dalam subjek Alam & Manusia kalau tak silap berkenaan Orang Pertama Menjejakkan Kaki Di Bulan. Waktu itu semua pun tau, semua pun kata yang Neil Armstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di permukaan bulan. Waktu itu dalam lingkungan tahun 1980an dan 1990an.

Tapi semakin saya membesar dan hingga kini, fakta tersebut mula disangkal. Semakin lama semakin ramai yang mengatakan yang sebaliknya. Ia dikatakan hanya lakonan pihak Amerika sahaja untuk menaikkan namanya di mata dunia. Kebetulan waktu itu Amerika sedang bersaing dengan Rusia dalam teknologi angkasa lepas. Semakin hari semakin ramai yang cuba membuktikan bahawa peristiwa Neil Armstrong ke bulan itu hanyalah lakonan semata-mata.

Antara perkara yang menjadi pertikaian atau hujah untuk menyangkal kebenaran peristiwa manusia ke bulan ialah :

1.  Kalau pada 20 Julai 1969 Neil Armstrong telah berjaya ke bulan, kenapa hari ini takde orang lain lagi yang ke bulan. Patutnya dah boleh ada shopping mall dah kat bulan tu. Sekarang kan dan tahun 2012. Patut jauh lebih maju.

2.  Kata kat bulan tu vacuum (hampagas), kenapa bendera yang dipacakkan tu berkibar-kibar.

3.  Kenapa masa landing kat bulan tu takde pun kesan kawah ke apa ke... Elok je permukaan bulan tu, ada la sikit bekas tapi bukan space module tu besar dan berat ke... Patut ada macam kawah kat tempat dia landing kan. Kalau tak pun dah takde debu-debu sebab patutnya dah bersih masa kene hembus masa landing tu.


.....dan macam-macam lagi. Kalau nak ikutkan banyak gak point yang digunakan untuk mempertikaikan. Kalau anda berminat, boleh search sendiri kat internet. Boleh jumpa siap dengan bukti dan eksperimen yang telah dibuktikan untuk membuktikan yang ini semua hanya lakonan semata-mata. Rasanya anda lebih tau dari saya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan bukti dari kedua-dua pihak (pihak yang benar-benar ke bulan dan pihak yang menyatakan ianya lakonan semata-mata), dan juga berdasarkan pemikiran logik dan juga ilmu saya yang tersangat cetek ini, saya berpendirian bahawa peristiwa manusia ke bulan sememangnya benar-benar berlaku.

Contohnya berkenaan bendera berkibar. Tiang bendera yang digunakan adalah berbentuk L yang mana bendera akan tegap terbentang. Tapi saya tau, tiada angin di sana untuk membuat bendera tersebut berkibar. Ini kerana bendera tersebut kelihatan berkibar bukan disebabkan angin kerana ruang angkasa yang vacuum tidak memungkinkan wujudnya angin.

Anda tentu tahu di ruang angkasa lepas, sekiranya satu objek digerakkan biarpun dengan daya tujah yang begitu sedikit, ia akan terus bergerak sampai bila-bila selagi tiada daya luar yang mengganggu pergerakkan objek tersebut. Sebagai contoh sekiranya kita melontar bola ke hadapan di ruang angkasa lepas, bola tersebut akan terus bergerak dengan arah dan kelajuan lontaran tersebut secara terus menerus sampai bila-bila selagi tiada daya luar yang mengganggu pergerakkan bola tersebut.

Lebih kurang begitu juga yang berlaku pada bendera yang dipacakkan di bulan itu. Semasa proses memacakkannya, adakah ianya dipacakkan tanpa sebarang pergerakkan yang membolehkan bendera tersebut terayun atau bergerak atau sebagainya... Sudah tentu ada. Dan disebabkan tiada geseran udara di sana menyebabkan pergerakan yang tidak sengaja itu berlanjutan selagi tiada daya luar yang mengganggunya. Maka dengan itu ia kelihatan seolah-olah sedang berkibar.

Peristiwa itu berlaku di bulan. Jangan lah disamakan dengan logika di bumi.


Kita lihat pula berkenaan space module mendarat. Mungkin semua mengharapkan persekitaran tempat space module itu mendarat akan menjadi seperti bagaimana roket mendarat di bumi, atau helikopter mendarat. Sekali lagi, ianya masih berlaku di bulan. Janganlah disamakan dengan logika di bumi. Tidak perlu pun api roket semasa mendarat. Hanya angin dari compressor pun dah cukup agaknya. Dilepaskan sedikit demi sedikit sebelum berlaku impak (proses landing).

Sebagai contoh kalau pergerakan space module itu telah mula diperlahankan sebelum berlaku impak, sehingga kelajuan 20km/j, sudah memadai untuk membiarkan sahaja ia menghentam terus permukaan bulan dengan selamat semasa proses landing. Tidak perlu mengaktifkan daya tujah untuk memperlahankan space module sepanjang masa sebelum sehingga semasa landing. Impaknya masih boleh kelihatan seperti space module tersebut seolah-olah melompat beberapa meter dari permukaan bulan kemudian mendaratnya semula. Jadi takde la semestinya kita akan nampak permukaan tempat mendarat tu akan bersih dari debu-debu dan batu-batu kecil yang mana akan berterbangan semasa space module mendarat.

Lagipun bukan ke tarikan graviti di permukaan bulan hanya 1/6 sahaja daripada graviti di bumi. Aik? Macam mana boleh tau graviti di bulan tu hanya 1/6 je daripada graviti di bumi? Hehehe.....


Kalau tahun 1969 manusia dah berjaya ke bulan, patutnya dah boleh shopping mall kat sana tak pun at least boleh la ada satu pakej percutian untuk ke bulan.

Pernahkah kita terfikir kenapa waktu itu mereka (Amerika dan Rusia kerana waktu itu mereka peneraju teknologi) berlumba-lumba untuk ke bulan?

Saya pasti anda pernah mendengar movie orang putih berkenaan cerita Transformers : Dark of The Moon. Bagi yang pernah menonton movie tersebut, lebih mudah untuk memahami apa yang cuba saya ceritakan.

Dalam movie tersebut, pihak US dan Rusia telah mendapat isyarat dari Pusat Kajian Angkasa Lepas mereka bahawa terdapat sesuatu telah jatuh di bulan. Sejak itu mereka mencipta teknologi supaya dapat ke bulan untuk mengutip objek yang telah terjatuh di bulan itu. Akhirnya pihak US yang telah berjaya menghantar manusia ke sana dan mereka sebenarnya menjalankan misi rahsia yang tidak diketahui umum biar pun oleh rakyat US sendiri bahawa sebenarnya mereka cuba membawa balik seberapa banyak benda yang jatuh di bulan itu.

Ianya merupakan kapal angkasa dari Cybertron yang membawa sejumlah anak kapal (Autobots). Sampel yang mereka ambil itu dibawa pulang ke bumi kemudian dijadikan bahan ujikaji yang mana ianya menjadi pencetus kepada segala teknologi yang tiba-tiba mendadak maju khasnya di pihak US.

Dalam tidak sedar walaupun Rusia gagal menghantar manusia ke bulan, mereka telah banyak menghantar probe atau robot untuk mengutip beberapa sampel yang ada dan mengambil seberapa banyak gambar.


Jika kita lihat dari plot cerita movie tersebut, bahawa terdapat agenda sebenar mengapa US dan Rusia berlumba-lumba menghantar misi ke bulan yang mana hanya beberapa individu sahaja yang mengetahuinya, iaitu membawa pulang teknologi makhluk asing. Dan dalam cerita tersebut juga dapat dilihat bahawa semua rakyat tidak tahu tujuan sebenar misi ke bulan tersebut. Begitu juga rakyat di negara lain.


Berbalik kepada dunia realiti, sekali lagi..... Apakah tujuan sebenar pihak Amerika dan Rusia berlumba-lumba untuk menghantar manusia ke bulan? Adakah supaya selepas ini mereka boleh mengadakan satu pakej percutian khas ke bulan?

Mereka ke bulan sebenarnya hendak membuktikan suatu teori. Teori ini merupakan teori yang memberikan impak yang sangat besar dalam kehidupan kita khasnya minda dan pemikiran kita hari ini berkenaan alam ciptaan Allah. Ia merupakan satu titik tolak yang bakal mengubah paradigma manusia sejagat. Ia bagaikan di saat zaman manusia yang menyatakan bumi ini luas dan leper kepada zaman manusia yang menyatakan bahawa bumi ini sfera. Minda yang mana sebelum itu manusia beranggapan sekiranya berlayar hingga ke hujung dunia maka akan terjatuh, berubah kepada bumi ini tiada hujungnya kerana ia berbentuk sfera. Zaman di mana manusia menyatakan matahari dan segala yang di langit mengelilingi bumi, berubah kepada manusia menerima bahawa bumi mengelilingi matahari.

Apakah perkara besar ini? Itulah dia teori berkenaan kelahiran Bulan. Bagaimana bulan kita diciptakan Allah. Bagaimanakah proses ianya berlaku. Teori berkenaan bagaimana sebenarnya zaman prasejarah dan jurassic berakhir. Bilakah sebenarnya kita anak cucu Nabi Adam A.S. mula Allah amanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Seterusnya ia juga untuk membuktikan teori-teori angkasa lepas yang lain termasuk Teori Big Bang. Tujuan mereka bukan supaya kemudian hari nanti boleh diwujudkan pakej percutian ke bulan.

Apa yang pasti, Teori Big Bang mula terkenal selepas peristiwa Neil Armstrong ke bulan. Tidak hairan sekiranya dikhabarkan bahawa Neil Armstrong mendengar laungan azan semasa beliau berada di permukaan bulan. Kisah pengIslaman Neil Armstrong ini pun dipertikaikan oleh beberapa pihak. Ada yang menafikannya. Benar atau tidak, saya berserah pada Allah. Allah yang lebih mengetahui hambanya.


Adakah ianya benar? Jika anda tanyakan saya, ia adalah seperti yang saya katakan. Sekiranya anda mahukan buktinya, saya rasa anda lebih bijak dan tahu mencari bukti tersebut. Saya bukan saintis atau professor atau ahli sains atau ahli astronomi. Saya juga bukan seperti Sheikh Muzaffar Shah. Saya cuma telah didedahkan dengan astronomi, sains, fizik, kimia, biologi sejak belum sekolah lagi. Walaupun saya pada ketika itu apabila saya melihat planet Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Zuhrah (Venus) dan Marikh (Mars) dengan mata kepala saya sendiri menerusi teleskop, saya masih belum pandai lagi menghubungkaitkannya dengan kebesaran Allah. Ruang space shuttle pun ketika itu saya sangkakan playhouse. Kami adik-beradik berlari-lari berkejaran di dalamnya. Budak-budak la katakan.

Andai kata saya salah pun, saya juga tidak begitu ambil peduli kerana apa yang saya pentingkan di sini ialah ianya berjaya mengubah pemikiran saya, sebagaimana sebelum ini orang susah untuk menerima bahawa bumi ini bulat, susah untuk menerima bahawa bumi mengelilingi matahari.


Cuma pada pendapat saya, tidak kira samada peristiwa manusia ke Bulan itu benar-benar berlaku atau sekadar hoax (fraud atau pun hanya cerita dongeng atau yang dibuat-buat), samada kita percaya atau tidak, harapnya tidak langsung menjejaskan aqidah kita terhadap Allah. Jangan pula disebabkan perkara ini menyebabkan kita sesama umat Islam berpecah belah.



Saturday, August 11, 2012

Taufiq Tak Puasa Ye.....

"Haaa...Taufiq tak puasa yeeeee....."

Sepanjang Ramadhan kali ini, semakin kerap Taufiq ditegur orang dengan ayat di atas, termasuklah mak dan abah Taufiq. Hehehe... Kalau dia memang tak puasa, nanti Taufiq akan tersipu-sipu malu. Tapi kalau dia puasa, dengan yakin dia jawab "Taufiq kuasa"... Hahaha... Puasa disebutnya 'kuasa'. Apa-apa je lah ye Taufiq. Yang penting belajar gak puasa.

Bila waktu berbuka tinggal beberapa minit, sibuk dah dia panggil-panggil abahnya untuk baca doa. Siap tarikkan kerusi lagi. Tak nak ketinggalan. Malam pulak, dia yang semangat mengajak pergi ke masjid. Nak sembahyang terawih. Pengaruh cerita Upin-Ipin la ni. Nasib baik la perkara yang baik. Alhamdulillah...

Pagi-pagi waktu bersahur pun dia dah bangun. Daripada cuma minta air milo sahaja, sehinggalah dia makan nasi sama-sama. Bersahur, nanti nak puasa. Seronok dia. Konon-konon macam Upin-Ipin juga. Tak lupa juga baca niat. Walaupun sebut tak berapa betul, tapi ada la juga bunyi niat puasa dan doa berbuka.

Alhamdulillah.....

Makin hari makin lama tempoh Taufiq berpuasa. Daripada hanya meminum air milo sahaja, sehingga tak makan dan minum apa-apa sejak azan Subuh sampai azan Maghrib. Alhamdulillah..... Mudah-mudahan Taufiq jadi anak yang soleh. Mak abah tak janji nak bagi apa-apa pada Taufiq kalau Taufiq puasa. Biar Allah sahaja yang memberi ganjaran.

Tiap kali dia nak makan atau nak minum di siang hari, nanti mak abahnya akan kata "ooo...Taufiq tak puasa ke... nak berdosa ke..."

Lepas tu Taufiq akan jawab "tak nak, tak nak berdosa. Taufiq puasa..."

Tak jadi la dia nak makan ke minum ke...

"Kita tunggu azan Maghrib ye, baca doa....."

Kene pujuk macam tu, semangat la balik dia. Hehehe...

Tak sia-sia juga Taufiq minat siri animasi Upin-Ipin. Banyak perkara baik yang diajarkan.

Sementara mak dengan abah masih ada kesempatan mengajar Taufiq.....



Friday, July 20, 2012

Terawih Pertama Taufiq

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kelima di Tawau. Tapi belum pernah lagi saya berpuasa di Tawau tanpa isteri dan anak-anak. Alhamdulillah.....

Taufiq pun dah semakin besar. Baru-baru ni genap sudah umurnya 4 tahun. Malam ni merupakan pertama kali Taufiq ikut berterawih di masjid. Sebelum-sebelum ni Taufiq cuma mengacau mak abah dia masa sembahyang terawih. Berkat mengacau, akhirnya pandai gak dia sembahyang. Hihihi... Balik je dari masjid, dengan bangganya dia bercerita pada maknya yang dia sembahyang terawih di masjid.

Taufiq mula ikut berjemaah di masjid sejak sembahyang raya Aidilfitri tahun lalu. Maknya sakit. Jadi takde siapa yang nak jaga dia kalau saya sendiri ke masjid. Kebetulan Taufiq pun memang teruja nak ikut. Alhamdulillah, sejak tu dia rajin ikut ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Dan malam ni pula sembahyang terawih. Mudah-mudahan Taufiq seronok untuk terus ikut ke masjid ye nak.....

Sebenarnya sedikit sebanyak Taufiq terpengaruh dengan cerita Upin & Ipin. Cuma dalam siri Upin & Ipin tu ke masjid bukan untuk sembahyang Jumaat tapi untuk terawih. Sehinggakan kalau Taufiq pergi sembahyang Jumaat pun dikatanya sembahyang terawih. Macam-macam hal la budak kecik ni.....

Asalkan perkara baik, Taufiq nak belajar dari kartun pun takpe lah....

Mula-mula dulu memang Taufiq main-main juga di masjid masa orang sembahyang. Tapi tiap kali pesan kat dia "berdosa kalau tak sembahyang". Faham la tu agaknya..... Makin lama makin pandai dia ikut sembahyang berjemaah. Takde la main-main. Alhamdulillah.....

Semoga Taufiq menjadi anak yang soleh. Amin.....


Sunday, June 24, 2012

Tayar untuk RC Drift

Langkah paling mudah untuk membolehkan kereta RC anda drift adalah menggunakan tayar yang sesuai. Sekiranya anda membeli kereta RC yang standard, biasanya ia dilengkapkan dengan tayar getah yang mempunyai grip. Sangat sesuai untuk touring.





Ini merupakan contoh tayar untuk touring

Tayar ini mempunyai daya cengkaman yang tinggi yang mana agak kurang sesuai untuk mendrift. kereta RC anda. Sekiranya anda menggunakan tayar seperti ini, bukan kereta anda tidak dapat drift cuma ia agak sukar. Bukan sahaja sukar untuk mendrift, malah sukar juga untuk mengawalnya semasa mendrift







Untuk itu, anda memerlukan tayar yang sesuai untuk mendrift. Tayar yang digunakan adalah lebih keras kerana mempunyai unsur PVC. Dengan ini tayar kereta RC anda akan lebih mudah untuk spin. Apa yang perlu anda lakukan hanya fokus untuk mengawal ayunan drift kereta RC anda. 





Ini merupakan contoh tayar yang digunakan untuk mendrift

Tayar untuk drift ada pelbagai jenis juga berdasarkan permukaan jalan tempat anda bermain kereta RC anda. Sebagai contoh permukaan simen, karpet dan sebagainya.




Thursday, May 24, 2012

Chiller Untuk Akuarium Air Laut



Inilah dia chiller yang akan digunakan untuk menyejukkan air laut dalam akuarium saya. Ambil second-hand punya. Ada la kene repair sikit sebab ada leaking. Kalau air tawar boleh tahan la tapi kalau air laut, melekit-lekit nanti. Lepas balik kerja, saya repair mana-mana bahagian yang leaking. Lepas tu apa lagi, sesi test-run lah... Alhamdulillah selepas semalaman saya biar air running, takde masalah. 

Sebelum ni saya menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air dalam akuarium air laut saya. Sedikit pengubahsuaian perlu dibuat pada peti sejuk berkenaan. Kelemahannya ialah saya tidak dapat mengawal suhu air dalam akuarium seperti mana yang saya mahu.



Beginilah rupanya peti sejuk yang digunakan untuk menyejukkan air dalam akuarium.



Chiller digunakan untuk menggantikan peti sejuk. Sistem saliran menjadi lebih mudah.


Dengan menggunakan chiller, saya bebas menetapkan suhu air dalam akuarium seperti yang telah disetkan pada chiller. Buat masa ini, saya biarkan dulu akuarium air laut saya dengan beberapa hidupan sahaja iaitu 2 ekor nemo, anemone, 2 ekor tapak sulaiman dan 2 ekor ketam. Test-run-mode.

Selepas selesai test-run-mode nanti, baru saya akan isi lagi beberapa hidupan marin ke dalam akuarium air laut saya nanti.



Antara penghuni akuarium air laut saya semasa saya masih menggunakan peti sejuk sebagai penyejuk air.



Tuesday, May 15, 2012

Happy Belated Birthday vs Belated Happy Birthday

Sudah menjadi amalan kita untuk saling mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Kelahiran, Happy Birthday dan seumpama dengannya yang membawa maksud yang sama. Tambahan pula sejak zaman facebook, terdapat notification yang akan memberitahu sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran.

Walaubagaimanapun adakalanya terlambat untuk mengucapkannya. Mungkin kerana terlupa atau terlambat membuka facebook. Sekiranya ini berlaku, biasanya mereka akan mengucapkan "happy belated birthday", menandakan ucapan tersebut lewat diucapkan.

Kini saya lebih kerap mendengar orang mengucapkan "happy belated birthday" berbanding ucapan "happy birthday" kerana rata-rata terlewat mengucapkannya. Akan tetapi semakin kerap saya mendengar atau membaca komen tersebut, semakin membuatkan saya berfikir. "Happy Belated Birthday", apakah yang belated (terlewat) sebenarnya....... Ulang tahun harijadinya atau ucapannya.....

Saya bukanlah pandai berbahsa Inggeris tetapi ia membuatkan saya terfikir. Saya pun mula membuat carian di internet berkaitan ungkapan tersebut. Dalam banyak-banyak carian, saya terjumpa satu komen yang paling menarik minat saya.



Do you know, I said "happy belated birthday" to a cousin a month or so back and had this exact thought. Strangely enough, "happy belated birthday" receives a vastly larger number of Google results (over 2,200,000) than the more logically correct "belated happy birthday" (330,000). I'm going to buck the trend and be logically correct from now on! 

I have to say that "Happy Belated Birthday" rolls off my tongue easier these days although I know it's wrong! Am starting to be influenced by Google numbers cited on this forum. I too, am going to buck the trend and continue on with the correct form:
"belated Happy Birthday."

from WordReference



Carian di Google menyatakan bahawa lebih 2.2 juta penggunaan ucapan "happy belated birthday" berbanding penggunaan ucapan "belated happy birthday" sebanyak 330 ribu sahaja.

Dapat dilihat secara trend atau majoritinya lebih ramai yang menggunakan ucapan "happy belated birthday" berbanding "belated happy birthday".

Secara grammar, ayat yang betul adalah belated Happy Birthday kerana kita sedia maklum bahawa yang belated (terlewat) adalah ucapan Happy Birthday, bukan Birthday.

Walaubagaimanapun mungkin disebabkan majoriti merasakan ucapan Happy Belated Birthday lebih sedap diungkapkan kerana majoriti terbiasa untuk sebarang ucapan akan dimulakan dengan perkataan Happy.

Sebagai contoh :
- Happy Holiday
- Happy Mother's Day
- Happy New Year
- Happy Hari Raya
- Happy Deepavali

dan lain-lain lagi.


Saya bukan seorang yang pandai berbahasa Inggeris maka saya tidak akan menyalahkan mana-mana individu juga sekiranya mereka tersalah penggunaan dari segi grammar. Tetapi apa yang saya rasa perlu dilakukan adalah kita berfikir samada apa yang kita sebut atau ungkapkan itu adalah betul atau kita sekadar mengikut orang ramai.

Secara statistiknya, seperti yang diperlihtkan oleh carian Google menunjukkan bahawa majoriti menggunakan ucapan Happy Belated Birthday yang mana ianya salah dari segi grammar.

Semoga ianya dapat mengingatkan diri saya bahawa bukan semua perkara yang majoriti atau yang mengikut trend itu adalah betul, yang benar atau yang terbaik. Kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum kita mahu mengikut sesuatu.

Setelah kita berfikir dan mengenalpasti apa sebenarnya yang betul dan apa yang salah, barulah kita membuat keputusan untuk melakukan perkara yang betul atau mengikut majoriti. Ini kerana ada ketika kita perlu juga mengikut majoriti walaupun ianya salah. Bak kata pepatah "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek".

Mana yang baik jadikan tauladan, mana yang salah jadikan sempadan.

Sila betulkan mana-mana bahagian sekiranya pendapat saya ini salah.


Saturday, May 12, 2012

Patrick Star In Aquarium

Kenal dengan Patrick Star? Salah satu watak dalam siri animasi Spongebob Squarepant iaitu seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu, kawan baik kepada Spongebob.

Dalam akuarium marin saya juga mempunyai tapak sulaiman.








Nak tengok tapak sulaiman bergerak? Saya sengaja meletakkan tapak sulaiman tersebut dalam keadaan terbalik. Sekiranya anda melihat video ini dengan sabar sehingga tamat, anda boleh lihat tapak sulaiman tersebut bergerak membetulkan semula posisinya kemudian bergerak ke tempat yang dia mahu pergi.