Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Friday, February 27, 2009

Platform baru untuk duokinoForex

Sebelum ni aku guna platform interbankFX untuk uat trading. Macam biasa la. Urusniaga dalam USD. Tapi entah macam mana, aku saja search kat net, tetiba jumpa platform lain yang uat dalam USD sen. Kalau modal 1 dolar, nanti dalam akaun dia tunjuk 100. Hehehe... Aku test dulu 30 dolar. Nampak la dalam akaun aku angka 3000. Hehehe...nampak macam banyak je.

Kebetulan pulak aku terjumpa teknik baru. Aku pun test la. Ok la. Bukan apa. Sebelum ni tak yakin sangat. Risiko. Tapi setelah beberapa minggu aku test teknik yang aku jumpa tu, aku mula la berani sikit. Biasa la, main forex ni lagi besar risiko, lagi besar untung kalau dapat. Walaupun dengan teknik yang aku baru test ni, aku cuma berani uat trade kecik-kecik je. Tapi lebih besar la berbanding sebelum ni.

Aku cuma harap boleh terus sukses la dengan teknik dan juga platform baru ni. Aku ada catatkan perkembangan aku dalam forex kat blog forex aku.

Keuntungan Minggu Ke-1

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 29.18%

Wednesday, February 25, 2009

Unboxing D60

Adik aku nak sangat beli kamera ni. Dia ambil diploma multimedia. Katanya sesuai guna kamera jenis ni. Tapi harganya boleh tahan la. Huhuhu.....







Memang best ambil gambar guna kamera macam ni. Macam gaya pro pun ada juga. Hehehe..... Tapi aku tak reti lagi nak guna setting yang sepatutnya. Apa lagi...... Pakai setting Auto je la. Hahaha..... Pelan-pelan la aku explore macam mana nak guna setting Manual.

Saturday, February 21, 2009

Taufiq dan Dato' Tawfiq

Hari ni ada Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penasihat Kolej kat kolej aku. Watikah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Khaled Nordin. Dato' Tawfiq pun datang gak. Dia pun salah satu penasihat kolej aku. Seperti yang dipesan oleh pengarah kolej aku, bawa ahli keluarga datang sama. Maka bini aku dan anak aku, Taufiq pun datang sama. Dapat lah Taufiq bertemu Dato' Tawfiq nanti ;-)

Ikut jadual, menteri sampai pukul 8.30 pagi. Tetamu mula datang pukul 7.45 pagi. Kami staf-staf kolej, sebagai tuan rumah kena la datang awal. Aku malas nak ulang alik amik anak bini aku nanti. Jadi diorang pun ikut la sama dengan aku gi kolej kul 7.30 pagi. Hehe... Taufq buka mata je terus mandi.

Tapi kul 9 lebih baru menteri sampai. Jadi lambat la majlis mula. Kesian Taufiq aku. Dah la datang awal. Ramai yang ingat anak aku tak sihat. Muka serius je. Tak senyum-senyum. Hehehe... Mana taknye. Awal pagi lagi dah datang kolej abah dia. Caya la Taufiq. Support abah ek. Majlis abis tengahari.

Petang tu aku dengan Taufiq terlelap. Tambah pulak hujan lebat. Memang lagi tambah syok la tidur. Bini aku lak tak tau nak buat apa tengok kitorang tidur. Bila aku bangun, aku perasan dalam peti sejuk dah ada muffin. Agaknya dia buat masa aku dengan Taufiq tidur la kot.

Ombak 1 inci

Dengan menggunakan litar timer yang aku baru buat, aku berjaya membuat ombak setinggi 1 inci pada akuarium aku. Huhuhu... Boleh nampak ikan-ikan dan coral-coral bergoyang-goyang mengikut alunan ombak ;-)

Saturday, February 14, 2009

Flexible Spotlight Stand for My Aquarium

Memandangkan coral-coral ni agak sensitif, termasuk dengan perubahan kecerahan cahaya, maka aku perlu buat sesuatu supaya jarak spotlight dengan permukaan air boleh dilaraskan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa. Tambahan pula kalau nanti tiba masa untuk menukar bulb baru. Tau-tau je la, bulb baru ni nanti cahaya dia lagi cerah. Makin lama akan makin malap. Kalau terus pasang nanti mau terkejut coral-coral ni kang.

Aku pun design la tempat gantung spotlight ni supaya ia fleksibel tapi kukuh. Berat gak spotlight ni. Kalau tak kukuh, jatuh masuk dalam akuarium kang naya je. Lepas siap aku design rekabentuknya, aku pun bawa la design aku tu ke kedai. Bincang dulu dengan taukeh kedai tu, agak-agak kuat ke tak nak tampung beban spotlight aku tu nanti. Design aku ni adalah lanjutan daripada bahagian asal tempat gantung spotlight yang aku buat sebelum ni. Lebih kurangnya aku extend tempat gantung yang aku buat sebelum ni supaya jadi lebih fleksibel.

Lepas siap tempah, aku pun cat sikit supaya nampak lawa la sikit. Kemudian apa lagi, bila malam (waktu spotlight off) aku pun mulakan la kerja-kerja pemasangan. Hehehe... Dan hasilnya.... Spotlight metal halide akuarium aku ni boleh diubah kedudukannya mengikut kesesuaian ;-) Hehehe..


Stand spotlight yang aku buat mula-mula



Setelah modify

Friday, February 13, 2009

Tambah lagi akuarium

Memandangkan usia anak aku dah semakin meningkat. Dengan peningkatan usianya maka bertambah jauh lagi la lingkungan kawasan yang boleh anak aku bergerak. Bawah meja, bawah katil, bawah kerusi adalah antara kawasan yang telahpun anak aku mula explore. Walaupun hanya sekadar guling-guling dan juga sreering 360 darjah, ia bukanlah penghalang untuk Taufiq explore rumah ni.

Aku kene buat perubahan sikit kat rumah aku ni. Wayar-wayar dan barang-barang yang biasanya aku sorokkan bawah katil, bawah meja, dah tak boleh letak kat situ lagi. Tapi ada satu yang jadi masalah ni. Rak akuarium aku. Sebelum ni barang-barang akuarium aku semuanya aku letak bawah tu. Termasuk lah wayar-wayar dan sistem kawalan untuk akuarium aku.


Boleh nampak apa benda kat bawah tu. Macam-macam ada. Yang pasti benda-benda tu bukanlah benda-benda yang selamat untuk anak aku masukkan dalam mulut dia. Tau je la Taufiq ni. Pantang dapat benda. Apa pun tak kira dah. Memang dia sumbatkan masukkan dalam mulut dia. Kalau tak muat, nanti dia jilat-jilat la, gigit-gigit la. Macam-macam la Taufiq ni.

Macam pulak nanti kalau Taufiq dah merangkak? Nanti kang dia masuk bawah rak tu, main-main kat bahagian belakang tu pulak. Maka tiba-tiba aku terpikir kalau aku letak lagi satu akuarium bawah tu. Tapi aku letak akuarium air biasa je. Ikan air tawar. Takde la susah nak jaga. Biarkan je, asalkan makanan dan aras air dijaga supaya tak kering. Rosak lak nanti pamnya. Makanan pulak, macam biasa la. Aku guna Auto-Feeder.


Hahaha...atas bawah ada akuarium. Atas akuarium air laut. Bawah pulak akuarium air tawar. Atasn akuarium tu aku tutup. Memang nampak sempit. Bukan apa. Supaya takde sape yang boleh celupkan tangan dalam akuarium tu nanti. Aras air dah tak perlu risau sebab aku dah buat sistem top-up air automatik. Applied je daripada sistem yang aku buat kat akuarium air laut aku tu. Untuk tambah menarik, aku letak juga lampu. Hehehe... Tapi lampu ni hanya dihidupkan kalau rasa nak tengok akuarium ni la.

Kalau tengok memang nampak susah nak cuci nanti. Tapi hakikatnya akuarium ni tak perlu lagi nak cuci. Hehehe... Aku cuba imitate dengan ekologi semulajadi. InsyaAllah akan jernih je la airnya. Tak perlu nak cuci. Cuma aku tak guna pokok hidup. Guna pokok tiruan. Kalau guna pokok hidup, maka lampunya nanti kene la ikut timing lak. Konon-konon nak tiru cahaya matahari la.







Sunday, February 1, 2009

Selepas Sebulan

Rasanya dah sebulan kot setelah aku setup balik akuarium air laut aku ni. Dan setelah beberapa pelarasan yang aku buat untuk menyejukkan air akuarium ni, alhamdulillah sekarang suhu dapat maintain antara 26-28 darjah celcius.

Masa awal-awal dulu ada gak cecah sampai 23 darjah. Huhuhu... Terlalu sejuk pulak. Sistem yang menjadi nadi dalam mengadaptasikan semulajadi laut :
  • Sistem penyejuk air yang aku setup sendiri (ubahsuai menggunakan peti sejuk)
  • Lampu metal halide dengan bulb 20,000 kelvin, 150 watt
  • Lampu actinic (20 watt, 2 biji,)Wavemaker (guna jenama murah punya, sun-sun kalau tak silap, 3000L)
  • Protein Skimmer (tak tau jenama apa, saiz kecik, aku beli dari member aku, terpakai)
Untuk nutrisi hidupan dalam akuarium aku ni, aku bagi :
  • Cyclop-Eeze (plankton yang dikeringkan)
  • ColorBits (makanan ikan dalam bentuk flakes)
  • wardley - Plankton (sebenarnya benda ni shrimp kering, aku ingatkan plankton, tu yang aku beli)
Plankton dengan shrimp tu aku baru je bagi dalam tempoh seminggu ni. Beli kat eBay. Buat masa ni ok la. Hehe..baru nak belajar la katakan. Lama betul nak pandai.


Ikan foxface tu nampak macam nak mati je. Aku pun mula-mula ingatkan ikan tu nak mati. Tapi hidup je sampai hari ni. Mudah-mudahan terus hidup la. Hehehe...