Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Tuesday, December 29, 2009

Homemade sushi

Aritu restock barang dapur kat Giant, terjumpa lak seaweed. Apa lagi... Beli la... Konon-konon nanti boleh la buat sushi. Dah lama dah. Tapi tak juga buat-buat. Huhuhu...

Entah angin apa hari ni, tiba-tiba nak try buat sushi lak. Petang tu dah start la masak nasi. Dan masak la apa-apa yang patut untuk nak jadikan inti dalam sushi tu nanti. Aku gunakan crabstick, sosej, sayur campur, telur dadar, dan telur taufu untuk dijadikan inti. Konon-konon nak buat 3 jenis sushi yang berlainan inti. Huahaha...

Lepas siap masak semua tu, aku gaul nasi tu ngan air gula dan sedikit garam dan cuka. Ala-ala 3 rasa la konon. Last sekali adalah aktiviti menggulung sushi. Ni la first-time aku buat sushi untuk seumur hidup aku ni.



Tu la dia rupa bentuk sushi kami malam ni. Kebetulan masa aku buat sushi ni, bini aku tengah sibuk buat kek tempahan. Masing-masing buat kerja. Jadi, takde la siapa-siapa yang nak tolong jadi cameraman masa kami tengah buat kerja. Jadi, takde la gambar masa aku tengah membuat sushi. Tau-tau gambar sushi dah siap je.

Rasanya pulak, bini aku kata sedap. Aku pulak no comment. Sedap kali terakhir aku makan sushi ada la dalam 8 tahun yang lalu. Jadi aku tak ingat la rasanya sushi yang sepatutnya tu macam mana. Tak dapat aku nak buat kesimpulan samada sushi yang aku buat ni jadi ke tak.

Saturday, December 26, 2009

Keuntungan Minggu Ke-44

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 0.27%

Saturday, December 19, 2009

Keuntungan Minggu Ke-43

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 0.67%

Friday, December 18, 2009

Sambutan Awal Muharam

Semalam kami mengadakan sambutan Awal Muharam di rumah En. Salleh, bos dalam unit aku. Saje pilih rumah dia jadi port sebab laman dia sesuai untuk buat majlis, hehehe... Asalnya idea main-main je. Last-last jadi betul. Alhamdulillah. Majlis biasa je. Majlis tak rasmi.

Kebetulan pulak sepanjang minggu ni, 3 malam berturut-turut kitorang ada function. Nasib baik masa tengah main-main merancang tu kitorang dah bahagi-bahagikan tugas. En. Salleh sebagai tuan rumah dan juga support apa-apa yang kurang. Shifa sebagai penyebar merangkap jemputan dan kutipan dana. Basir sediakan kelengkapan untuk makan merangkap cari bahan untuk masak. Haizam lak selaku ketua program untuk majlis ni. Hahaha... Aku lak takde benda lain la. Bahagian persiapan tempat, dibantu seorang member iaitu Panjang (nama glemer dia).

Menu nasi goreng (dimasak oleh Haizam n family), bihun goreng (dimasak oleh Basir n corporation), sayap panggang (diperap oleh Cik Bedah), ikan sela bakar, udang bakar, sambal sotong kering (speciality En. Salleh), kacang buncis ulam dan beberapa pencuci mulut.

Kebetulan pulak pukul 5.30 petang sampai 8.30 malam ada perlawanan final antara Malaysia dan Vietnam. Memang menggoda la. Nasib baik aku bukan hantu bola. Atas beberapa permintaan, aku siap tayangkan kat skrin lagi. Hahaha... Tapi takde la sepanjang masa kami mengadap skrin je. Ingat-ingat sikit. Kan ke nak baca doa akhir tahun dan awal tahun. Aku lak sempat baca doa tu dalam kereta, ikut dalam radio. Terperangkap dalam jem. Jalan sesak. Aku tengah sibuk urus setup tempat, cari-cari barang.

Ala...acara menonton bola tu pun untuk isi masa lapang je sementara tunggu yang lain-lain sampai. Tapi majoriti datang pukul 7 lebih (kat sini waktu isyak pukul 7.17 malam). Bila dah cukup korum, tayangan dihentikan dan kami pun sembahyang isyak, baca yasin dan tahlil. Kebetulan malam Jumaat. Macam biasa Faizal la jadi imam. Ustaz bah itu.....

Lepas tu sesi makan dan bersantai sambil bual-bual, tengok tv kat skrin. Hahaha... Budak-budak pun seronok sebab ramai kawan-kawan. Adegan kejar-mengejar anak tu dah memang wajib la. Hahaha...

Malam tu aku anak beranak balik dalam pukul 11 lebih. Biasa la. Orang persiapan tempat biasanya kene balik yang paling last sekali. Apa pun dengan tak disangka, malam sambutan Awal Muharam ni berjaya. Cuma yang tak bestnya, aku tak perasan pun siapa-siapa yang ambil gambar. Hehehe...

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah.

Saturday, December 12, 2009

Keuntungan Minggu Ke-42

Tiada sebarang trade yang dibuat sepanjang minggu ini.

Saturday, December 5, 2009

Keuntungan Minggu Ke-41

Tiada sebarang trade yang dibuat sepanjang minggu ini.

Tuesday, December 1, 2009

Homemade Patty

Hari ni tetiba nak buat projek memasak. Homemade Patty. Hehehe...konon-konon nak buat kraby patty sendiri la ni. Tengahari tadi aku dah besan bini aku, buat bread-crumb. Salah satu bahan yang aku nak gunakan untuk projek aku ni.

Pastu balik keje tadi, lepas lepak-lepak rilek-rilek, maka aku pun memulakan la projek ni. Projek dimulakan dengan membuat daging lumat. Kalau pakai daging kisar kan senang. Hehehe... Tapi aku sebenarnya nak gunakan daging korban yang aku dapat baru-baru ni, sempena raya korban. Jadi aku ngan bini aku bergilir-gilir menumbuk daging tersebut untuk menjadi daging lumat, ala-ala daging kisar. Hahaha... Lenguh gak lengan.


Pastu membancuh sedikit bahan yang akan digaulkan dengan daging yang dah hancur tadi. Macam biasa, aku masak dengan mencampakkan apa-apa je yang patut. Aku letak sebiji telur, bread-crumb, kicap masin, serbuk kari, lada sulah ngan lada hitam. Gaul-gaulkan, macam nak buat telur dadar.


Seterusnya aku campurkan bahan-bahan tadi, digaulkan dan diuli dengan daging hancur. Kalau masih rasa macam melekit lagi, tambah je bread-crumb. Bukan apa, nanti senang nak bentukkan.


Kemudian aku bulat-bulatkan patty tadi. Dah siap tu, aku biarkan dalam sejam. Konon-konon macam nak perap la. Hahaha... Pastu baru aku goreng atas frying pan. Ala...goreng macam burger la. Cuma tadi kan aku bentukkannya bentuk bulat. Bila letak kat atas frying pan tu, aku lenyek-lenyekkan biar jadi rata, biar ala-ala burger.



Bila dah siap masak patty tu, aku serahkan seterusnya pada bini aku. Hehehe... Minta bini aku make-up elok-elok patty tu. Siap dengan mayonis, roti dan apa-apa yang patut.


Dan lepas tu, apa lagi... Makan la... Mula-mula aku gigit tu, lama gak aku fikir. Macam mana aku nak gambarkan rasanya. Rasa macam makan beef steak pun ada :-P

Cuma rasa macam rempahnya agak kurang. Mungkin sebab aku tambah bread-crumb tu terlebih kot. Patut nisbah rempah-rempah tu kene lebihkan lagi.

Saturday, November 28, 2009

Panggang daging korban

Hari ni ada korban kat kolej. Tapi lebih kurang dah 8.30 pagi baru aku sampai kolej. Semalam yang aku dengar diorang kata memang nak start lebih kurang waktu tu. Dalam 7.30 ke 8 ke. Rupanya 6.45 pagi lagi diorang dah sembelih.

Tapi takpe lah. At least sempat gak la aku. Sempat tengok diorang potong-potong daging. Tolong-tolong bahagi-bahagikan daging je. Berapa minit je aku tolong pun :-P hahaha... Masa yang selebihnya hanya tolong tengok.

Pastu tulang-tulang yang besar-besar tu buat sup. Yang kecik-kecik dah kitorang bahagi-bahagikan. Masak kat kolej gak. Bila sup dah masak, roger je la siapa-siapa yang sempat nak roger. Makan ramai-ramai.

Aku dapat gak la daging ngan tulang sikit. Sup tulang tu pun aku bawa balik gak satu periuk. Hehehe... Petang tu aku ingat nak masak daging tu. Tergerak nak panggang je guna frying pan.

Bahannya macam biasa, main campak-campak je. Perap la dalam beberapa jam. Pastu panggang. Pastu aku anak beranak makan daging panggan tu dengan nasi impit ngan kuah kacang (ala-ala kuah satey). Kuah kacang ni yang Jaja suruh bawa balik semalam, masa kitorang beraya kat rumah dia. Hehehe...

Friday, November 27, 2009

Beraya merangkap menyerbu rumah member

Dalam pukul 9 lebih pagi tadi baru aku balik dari masjid, sembahyang raya. Tak lama lepas tu, Jaja dengan Fara datang, ambil kek yang dia tempah ngan bini aku. Lepas tu aku makan lontong yang bini aku masak. Tengah aku sedap-sedap makan, tiba-tiba KakTi sekeluarga datang. Alamak ai... Awal-awal lagi rumah aku dah kena serang.

Mengelat KakTi ni. Tak masak untuk raya ke ni... Takut orang serang rumah dia, tu yang dia serang rumah aku awal-awal pagi. Huhuhu... Tak pe la. Layan je. Lagipun kitorang dah plan nak gerak sekali, menyerang rumah member lain. Katanya pukul 10 pagi baru gerak. Rupanya plan sebenar dirahsiakan. Serang rumah aku dulu. Hahaha... Sori ye KakTi. Rendang daging ngan ketupat lom masak lagi.

Pastu kitorang gerak ke rumah Mahadi lak, kat Taman Wawasan. Aku follow je. Kat rumah Mahadi tu kitorang makan nasi kerabu. Lepak-lepak, borak-borak sambil tengok anak-anak kitorang bermain.

Pastu pulak kitorang menyerbu ke rumah Cik Bedah kat Tanjung Batu. Hahaha...terkejut Cik Bedah. Kelam kabut dia. Kitorang makan la kerepek yang ada sementara menunggu Cik Bedah siapkan Buras ngan lauk-lauknya. Tapi tak lama kitorang kat situ. Sebab hari Jumaat kan... Tengahari nak pergi sembahyang Jumaat. Mula-mulanya ingatkan nak biar anak bini kitorang lepak-lepak kat rumah Cik Bedah sementara aku ngan Haslan pergi masjid. Tapi tukar plan. Cik Bedah pun blur-blur je. Yela...kelam kabut siapkan buras, pastu kitorang dah nak blah pulak. Sori la ye Cik Bedah. Kitorang sembahyang kat masjid kat area rumah Cik Bedah tu.

Pastu kitorang serang rumah En.Salleh lak kat Taman Fortuna. Kat situ kitorang makan ketupat, lauk stail Johor la. Tak lama pastu, Zulfadly, Wea, Shafiq beserta keluarga sampai gak rumah En. Salleh. Hehe...giliran kitorang bergerak lagi.

Kitorang ke rumah En.Mail kat Hot Spring. Kat situ kitorang makan nasi dagang. Macam biasa, sambil makan sambil borak-borak sambil tengok anak-anak bermain. Huhu...penat gak. Lepas tu kitorang terus balik rumah. Rilek-rilek... Bini aku lak nak sambung buat kek lagi. Ada lagi tempahan.

Malam tu sambung beraya lagi. Kitorang serang rumah Jaja-Fara lak. Makan nasi impit ngan sambal kacang. Ada gak kuah lodeh tapi aku tak makan. Dan ada juga laksa. Yang ni aku makan gak. Hahaha... Lepak-lepak jap. Ingatkan nak balik sebab bini aku nak sambung buat kek lagi. Tapi bini aku kata join je KakTi beraya di Kinabutan.

Kitorang pegi rumah Basir. Ada laksa gak. Makan je la, apa lagi. Hahaha... Lama gak kat situ. Ramai yang ada. Bila ramai yang ada, lama la melepak. Hahaha... Pastu ingatkan nak balik. Wea lak ajak singgah rumah dia. Hahaha...nak minta tolong abiskan sup tulang rupanya. Huahaha... Banyak tu... Sup tulang merangkap sup gearbox. Yang lain macam segan je nak makan. Kenyang kot. Aku makan je la. Tapi last-last ramai lak yang ikut makan sama. Hahaha...

Satu hari berjalan makan-makan kat rumah orang. Hahaha...memang beraya betul. Esok lak nak join orang berkorban kat kolej.

Keuntungan Minggu Ke-40

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 2.83%

Masak di pagi raya

Pagi ni pukul 4 pagi kitorang bangun. Nak masak la, apa lagi... Takde la awal mana pun kalau kat Sabah ni. Dekat-dekat nak waktu Subuh je tu. Aku pun menyambung kembali kerja-kerja memasak ketupat. Huhuhu...nasib baik la semalam bini aku dah masak ketupat plastik. At least ada la backup. Lebih kurang pukul 10 pagi nanti masak la ketupat ni.


Bini aku pulak memulakan projek memasak rendangnya. Pastu tak lupa juga kuah lodeh. Bini aku kata nak makan lontong. Malam tadi sebelum blackout, bini aku dah prepare dah sikit-sikit. Jadi takde la kelam kabut sangat pagi ni. Steady je. Bukan apa, bini aku nak sambung projek dia la. Siapkan deco kek yang ditempat. Pagi ni kang orang nak ambil.

Aku pulak nak siap-siap pegi masjid. Sembahyang raya la kan..... Nak join takbir sekali.

Persiapan raya korban kami

Ni merupakan kali kedua aku anak beranak menyambut raya korban di Tawau. Tak balik kampung. Aku tak cuti. Cuma cuti masa hari raya tu je la.

Disebabkan raya korban tahun ni jatuh pada hari Jumaat, agak jauh dengan weekend. Sebab biasanya kitorang pegi pasar restock barang dapur tu masa weekend la. Jadi mula-mula tu macam takde apa-apa la persiapan nak raya. Hahaha...nak masak apa pun tak tau sebab barang takde. Hari Rabu tu aku pegi bandar gak masa lunch-hour. Nak pegi bank sebenarnya. Mula-mula tu heran gak kenapa jalan sesak semacam. Tiba-tiba teringat, kan ke nak raya. Aiseh...ni kalau nak ke pasar pun confirm terkandas punya.

Kalau hari Rabu pun dah sesak camtu, hari Khamis tu lagi la. Jadi aku kata kat bini aku, malas nak ke pasar. Yela...aku bukannya cuti. Tak kan nak abiskan masa tersekat kat jalan yang sesak tu. Tapi petang Khamis tu lepas balik kerja, aku ajak bini aku ke pasar. Biasanya pukul 5 petang dah tutup dah. Tapi aku tawakal je la. Mana tau ada rezeki.

Alhamdulillah... Walaupun ambil masa dekat sejam meredah jalan yang sesak untuk sampai ke pasar, tapi tak sia-sia. Pasar masih buka. Apa lagi... Beli la apa yang patut. Aku sempat gak rembat daun ketupat. Balik nanti boleh anyam. Hehe...dengar kata pasar buka sampai malam tu...

Malam tu aku dengan projek ketupat aku, bini aku pulak sambung siapkan kerja dia. Tak lain dan tak bukan, menyiapkan kek yang ditempah kawan-kawannya. Sibuk betul bini aku. Hehehe...Taufiq lak nasib baik memahami. Kalau maknya sibuk-sibuk, takde lak meragam ke buat hal ke. Khusyuk dia perhati mak dia buat kek. Tapi macam tau-tau pulak dia nak raya. Dia perhati pulak abahnya anyam ketupat. Hehehe...



Malam tu kitorang singgah jap ke rumah KakTi. Sebenarnya nak hantar kek yang ditempah. Tapi KakTi ajak makan berobok. Entah angin apa lak KakTi tu nak makan berobok. Siap SMS aku petang semalam minta no handset Cik Bedah, nak minta resepi berobok. Jadi, kitorang ni boleh la dikatakan panel jemputan untuk merasa berobok yang KakTi cuba buat tu. Ok la... Cuma berobok versi Kelantan :-P Tak macam berobok Bugis. Hahaha...

Dalam pukul 9 lebih malam tu kitorang balik. Bini aku nak siapkan kek. Bini aku plan nak masak rendang daging lepas tu. Tapi punya la tak best. Siap je kek tu masak, blackout la pulak. Tak sempat bini aku nak deco kek tu. Kitorang pun tidur je la. Aku nak masak ketupat pun malas. Sebab gelap-gelap ni takut terlelap. Masak ketupat tu 4 jam. Jadi...masak pagi esok je la...

Saturday, November 21, 2009

Keuntungan Minggu Ke-39

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 2.97%

Saturday, November 14, 2009

Carbon bonet for My Viva

Satu lagi cubaan yang aku buat ke atas Viva aku. Cubaan untuk mekap Viva aku ni. Macam mana agaknya kalau aku tukar bonet depan Viva ni dengan bonet carbon.

Tanpa membuang masa, aku pun mengisi masa aku pada hari ini untuk menukar bonet depan Viva aku. Dan akhirnya, siap.


Hehe...sempat lak bini aku ni nak interframe. Siap posse lagi. Tak masuk majalah la cik kak oi...

Keuntungan Minggu Ke-38

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 1.35%

Proses pemindahan ke akaun forex baru.

Saturday, November 7, 2009

Seafood roll with fish fillet

Macam biasa, hari sabtu adalah hari untuk bawa bini aku ke pasar beli barang-barang dapur ngan lauk. Pastu bini aku akan sibuk kat dapur untuk mengemas. Kemas dapur dan juga barang-barang yang dia beli. Tengah dia kemas-kemas tu, bini aku tanya aku nak buat apa dengan fish fillet. Beli minggu lepas rasanya tu.

Apa lagi... Aku minta bini aku tolong potong udang, sotong ngan bawang besar bentuk dadu. Bini aku buat je. Tak tanya pun aku nak buat apa. Sementara tu aku defrost fish fillet tu.


Bila dah defrost, aku tabur serbuk kari, serbuk lada sulah ngan serbuk lada hitam kat fish fillet tu. Biarkan dalam setengah jam.


Pastu aku gaul-gaul semua bahan yang bini aku potong dadu tadi. Sambil gaul, aku tabur gak sikit garam, serbuk kari, serbuk lada sulah ngan serbuk lada hitam. Gaul je sampai rata. Biarkan je dalam setengah jam.



Pastu aku letak bahan yang dah digaul tadi tu kat atas fish fillet. Lepas letak bahan tu, aku potong sikit butter letak atas bahan-bahan tadi.



Pastu aku pun bungkus la fish fillet tu. Kelim fish fillet tu guna toothpick. Pastu aku biarkan dalam setengah jam. Huhu...ada lebih pulak bahan-bahan yang potong dadu ni. Aku pun gunakan kulit popia yang besar. Buat ala-ala popia. Sama gak macam tadi. Susun bahan dadu pastu letak gak butter. Pastu bungkus la.



Dan yang pasti aku panggang menggunakan fancy grill. Yang bungkus guna kulit popia tu pun aku bakar je atas fancy grill. Huhu...



Dan inilah hasilnya. Susah gak nak panggang. Senang pecah. Fish fillet kan..... Masa panggang tu, isinya macam digoreng bersama butter dalam fish fillet tu. Lepas tu kami makan la.... Hehehe...

Tapi aku rasa lagi senang kalau bakar guna non-stick frying pan.

Keuntungan Minggu ke-37

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 8.1%

Wednesday, November 4, 2009

Vinyl and Decal For My Viva

Tetiba terasa nak make-up Viva aku. Jadi bila ada masa, aku try la touch-up sikit. Saje aku tengok-tengok design kereta rally. Last-last ini la hasilnya.



Lokasi penggambaran ni adalah sebelah rumah bos aku. Bos unit aku. Ni antara rumah yang aku pernah duduk masa aku bujang dan juga bujang separa (bini aku masih kat semenanjung time tu, lom ikut aku lagi). Tapi touch-up ni hanya dibuat secara digital je. Aku lom buat betul-betul lagi. Hahaha...

Saturday, October 31, 2009

Keuntungan Minggu Ke-36

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 7.02%

Tuesday, October 27, 2009

Panggang lagi...

Semalam kitorang beli sayap ayam banyak-banyak. Sebab terasa nak buat sayap panggang. Hahaha... Pastu pagi tadi sebelum aku pergi kerja, aku pesan kat bini aku perap sayap-sayap tu. Petang leh la bakar. Bila aku balik tengahari untuk lunch, soalan pertama yang aku tanya kat bini aku adalah "sayap tu dah perap ke?" hehehe

Bila petang lepas aku abis kerja, giliran aku pulak nak uruskan sayap-sayap tu. Apa lagi... Panggang laaa... Macam biasa, aku panggang menggunakan aku punya Fancy Grill je la. Panggang sayap dalam rumah. Hahaha...habis berasap satu rumah dengan bau sayap panggang.

Bini aku perap sayap-sayap tu dengan 2 resepi yang berlainan. Satu set diperap tandori. Satu set lagi entah la, aku tak tau nama resepinya. Yang aku tau, bini aku amik resepi tu dari Cik Bedah. Hahaha... Yang penting, aku nak makan sayap panggang.

Kitorang makan 4 ketul je petang ni. Ada la 2 ketul yang aku dah bakar. Untuk nak makan malam nanti. Bini aku kata nak makan dengan nasi goreng. Jap lagi dia nak buat nasi goreng. Dan yang paling penting, ada banyak lagi sayap ayam yang dah diperap, tapi belum lagi aku panggang. Untuk menu sepanjang minggu ni agaknya. Hahaha...


Sayap-sayap yang diperap tandori dan juga resepi dari Cik Bedah



Hehehe...panggang guna fancy grill ni la



Sejurus sebelum masuk dalam mulut aku dan juga bini aku

Saturday, October 24, 2009

Keuntungan Minggu Ke-35

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 7.02%

Sunday, October 18, 2009

Hujung minggu di Taman Bukit Tawau

Pagi tadi pukul 7 lebih, kami bertolak dari rumah. Kitorang dah pakat ngan beberapa staf kolej nak gi picnic kat Taman Bukit Tawau. Bini aku ditugaskan memasak bihun goreng. Hehehe...

Kami tiba di depan pintu Taman Bukit Tawau lebih kurang pukul 7.40. Sambil tunggu member-member yang lain. Lagipun tempat tu buka pukul 8 pagi. Saja datang awal. Kononnya nak cari tempat best. Hehehe... Aku ikut je. Sebab diorang yang atur. Yang penting aku dapat bawa anak bini aku gi picnic sambil lepak-lepak. Hehehe...



Ramai gak la yang join. Cuma yang bawa family macam aku sorang je. Huhuhu... Sampai je kat port yang sesuai, kitorang pun letak barang-barang. Member-member yang lelaki mula la hidupkan api. Nak bakar sayap ngan peha ayam. Aku lak bawa Taufiq cari tempat nak main air.

Mula-mula setakat basahkan kaki je. Tak lama lepas tu kitorang berdua dah duduk dah dalam air. Best la Taufiq, seronok dia main-main air. Biasanya memang Taufiq suka main air pun. Tak lama pastu mak Taufiq datang, nak join. Hehehe... Tapi memandangkan Taufiq sebenarnya tengah tak berapa sihat, manjanya pun jadi lebih la. Nampak je muka mak dia, mula la ngada-ngada. Nak orang peluk je. Tak best la Taufiq ni. Huhuhu...



Kejap-kejap tu aku naik la sambil makan roti, sementara diorang tengah berusaha menghidupkan api, seterusnya memanggang sayap ngan peha ayam. Ada sosej ngan kentang bakar gak tu. Aku makan sikit, pastu turun lagi main air sambil bawa Taufiq. Sengaja je aku nak rendamkan Taufiq. Hehehe...


Sejak pukul 8 lagi aku main air, lama-lama menggigil gak. Tapi aku tengok budak-budak lain tu dah berapa jam dalam air, steady je diorang. Kecik lagi, masih kanak-kanak. Aktif lagi. Teringat masa zaman aku kecik-kecik dulu. Selagi boleh main dalam air, selagi tu berendam. Bila jari dah kecut, baru la takde alasan lagi. Kalau tak naik gak, nanti mak abah aku marah. Hahaha...tu zaman kecik-kecik dulu la.




Bila diorang dah siap memanggang, aku pun makan la. Ada gak mee goreng, bihun goreng dan macam-macam lagi diorang bawa. Selesai makan, geng-geng perempuan lak katanya nak gi tengok pokok tertinggi di dunia. Bini aku pun nak join sama. Huhuhu...Taufiq dengan abah je la ek.
Tapi dalam pukul 11 lebih, langit mula gelap. Hujan pulak turun, makin lama makin lebat. Huhu...geng-geng perempuan lak lom balik-balik lagi dari tengok pokok tertinggi di dunia tu. Yang lelaki lak ada yang masih terus memanggang. Ada gak yang dah merayap. Aku ngan Taufiq memang tak ke mana-mana la. Temankan je la member yang masih memanggang tu. Nasib baik Taufiq steady je. Walaupun aku rasa Taufiq dah lapar. Sebab dah tengahari dah ni. Maknya pulak belum balik lagi.

Tak tau berapa lama, baru la nampak geng-geng perempuan balik. Tapi dua orang-dua orang. Padahal tadi time pegi ramai-ramai. Diorang balik ikut trip kot. Huhuhu... Puas menunggu bini aku. Rupanya bini aku trip yang last sekali. Abis dah basah kuyup diorang. Hahaha... Yang mana awal-awal tadi kononnya datang tak nak mandi, dah basah kuyup sama gak. Taufiq lak macam biasa la. Nampak je mak dia, mula la mengada-ngada. Padahal dari tadi steady je. Mula la dia melalak. Hujan lebat pun masih leh dengar suara Taufiq melalak. Aku suruh bini aku kemas barang cepat-cepat.

Pastu dengan berpayungkan tikar getah yang aku bawa, aku anak beranak terus bergerak menuju ke kereta. Sebab dah takde port dah nak menyusukan Taufiq. Kat tempat kami berteduh tu dah sesak. Sori la geng, kitorang gerak dulu.

Sampai je dalam kereta, Taufiq pun apa lagi. Minum la sepuas-puasnya. Kitorang balik dalam keadaan basah kuyup. Hahaha...kereta basah kuyup, orang dalam kereta pun basah kuyup. Yang lawaknya, keluar je dari kawasan bukit tu, takde la hujan lebat pun. Gerimis je. Bila sampai bandar Tawau lak, punya la panas terik. Hahaha...

Nasib baik Taufiq ok. Walaupun dia memang tengah demam, keadaannya terkawal. Siap boleh main kereta dia dah. Mulut pun bising bercerita apa entah. Aku tak berapa nak faham. Hehehe...
Ni sedutan gambar-gambar penjelajahan geng-geng perempuan pergi melihat pokok tertinggi di dunia. Bini aku merupakan salah seorang ahli penjelajahan tersebut. Hahaha...




Saturday, October 17, 2009

Keuntungan Minggu Ke-34

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 4.73%

Sunday, October 11, 2009

Hadiah Raya Taufiq

Sempena dengan raya kali ni, Taufiq dapat sesuatu yang aku rasa dah lama Taufiq nak. Kalau ke rumah kawan-kawan, memang benda yang lebih kurang macam ni la yang Taufiq kejar. Kalau nampak yang lebih besar, yang paling besar tu la yang dia nak.

Selepas aku beraya di rumah kawan aku yang sememangnya membuat openhouse hari ni, kami anak beranak bersiar-siar di bandar, di kedai-kedai, pasaraya. Sebenarnya dah berkali-kali juga dah usha. Tapi mana la tau, ada yang lagi best. Tu yang aku tak beli lagi. Tapi hari ni aku buat keputusan untuk belikan. Dalam banyak-banyak yang dah kami usha, aku rasa yang satu ni la yang rasanya berbaloi. Haha...belum bayar lagi Taufiq dah macam tak sabar je.

Bila dalam perjalanan balik tadi pulak, Taufiq dah mamai dah. Mengantuk. Penat kot. Tapi sampai je kat rumah, aku letak barang yang baru aku beli untuk dia tadi. Terus je terbeliak matanya. Terus segar. Sampai sekarang, entah apa lagi la yang dia nak buat kat barang baru dia tu. Explore abis.





Kereta baru Taufiq




Sibuk dia explore kereta barunya. Lampunya, lampu signalnya, hornnya, lagu-lagunya...

Kereta apa yang boleh drift

Satu persoalan yang mungkin timbul bagi peminat drift dan juga bagi mereka yang berminat untuk mencuba berdrift. Kalau ada sesiapa yang bertanya kepada saya, saya akan terus mengatakan bahawa semua kereta boleh drift. Bukan kerana saya seorang drifter atau pakar drift atau professional racer. Tetapi kerana pelumba-pelumba terkenal yang veteran seperti Keiichi Tsuchiya (a.k.a Drift King), Tiff Needell, Russ Swift dan ramai lagi mengatakan begitu. Mereka juga berkata "have fun with your car" sambil mereka berdrift dengan kereta sembarangan.

Akan tetapi teknik drift yang digunakan perlu sesuai dengan kereta yang dipandu. Ciri utama yang perlu diambil perhatian adalah layout kereta tersebut.



Pacu Depan (FF atau FWD)

Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kedua-dua belah tayar hadapan sahaja. Kebanyakan kereta masa kini yang dikeluarkan adalah jenis ini. Kereta layout jenis ini juga lebih murah berbanding layout jenis yang lain. Contoh kereta jenis ini adalah Proton Saga, Iswara, Wira, Perdana, Waja, Kancil, Kelisa, Viva, Myvi, Alza, Honda Jazz, Vios dan banyak lagi. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah

- E-Brake Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift

Teknik yang lain tidak sesuai kerana sifat kereta itu sendiri. Untuk memulakan drift, tayar belakang kereta perlu mengalami lost traction. Sedangkan kuasa enjin bagi kereta ini disalurkan kepada tayar hadapan.

Memang tidak dinafikan kereta jenis ini begitu terhad untuk berdrift. Kelajuan kereta juga akan menjadi lebih perlahan berbanding jenis kereta lain ketika berdrift.



Pacu Belakang (FR atau RWD)

Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kedua-dua belah tayar belakang sahaja. Kebanyakan kereta keluaran sebelum tahun 80-an yang dikeluarkan adalah jenis ini. Walaubagaimanapun kereta jenis ini semakin kurang di Malaysia. Harganya juga agak mahal ketika ini. Contoh kereta jenis ini adalah Toyota Supra, Mazda RX7, Nissan Silvia, Ford Mustang, BMW M5 dan lain-lain. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah

- Power Over Drift
- E-Brake Drift
- Clutch Kick Drift
- Shift Lock Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift
- Kansei Drift (Inertia Drift)
- Long Side Drift

Kereta jenis ini yang paling sesuai untuk berdrift kerana semua teknik drift yang ada boleh digunakan. Kereta jenis ini juga mampu mengekalkan kelajuan semasa berdrift. Ia sangat sesuai untuk tujuan berdrift sehinggakan sesiapa yang ingin menceburi arena ini akan memilih untuk memiliki kereta dari jenis ini.



Pacuan Empat Roda (4WD atau AWD)

Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kesemua tayar iaitu depan dan juga belakang. Kereta jenis ini agak jarang boleh dijumpai di Malaysia. Harganya juga lebih mahal. Contoh kereta jenis ini adalah GT-R, Lancer Evolution, Subaru Impreza dan lain-lain. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah

- Power Over Drift
- E-Brake Drift
- Clutch Kick Drift
- Shift Lock Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift
- Kansei Drift (Inertia Drift)
- Long Side Drift

Kereta jenis ini juga sesuai untuk berdrift kerana mempunyai sifat seperti kereta FWD dan juga kereta RWD.

Saturday, October 10, 2009

Peminat setia Upin & Ipin

Sejak lahir sampai sekarang, kegemaran Taufiq adalah tengok TV. Pulak tu, sejak dia kenal dengan kartun Upin & Ipin, kartun tu dah jadi favorite dia. Memang tak toleh mana dah kalau tengok cerita tu. Aku download la cerita tu.

Kalau nak suruh budak Taufiq ni duduk diam, pasang je cerita Upin & Ipin ni. Lagi-lagi yang movie tu. Geng Pengembaraan Bermula.

Hari tu kat kampung, kalau Taufiq meragam je, aku pasang la cerita tu kat laptop. Terus senyap. Terus jadi budak baik. Hahaha...


Hehe...khusyuk dia tengok jambul Upin tu

Keuntungan Minggu Ke-33

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 4.72%

Saturday, October 3, 2009

Keuntungan Minggu Ke-32

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 4.18%

Sunday, September 27, 2009

Pulang ke Tawau

Setelah 2 minggu kitorang di kampung, tibalah masanya untuk kami balik ke Tawau. Makin lama kami di kampung, terasa makin berat hati nak balik Tawau. Bini aku la yang paling berat hati. Dia jarang dapat peluang balik kampung. Tapi sempat la kami berpuasa dan beraya kat dua-dua belah keluarga kami. Alhamdulillah.

Pagi tu kami bertolak dari Taman Robena pukul 7.30 pagi. Bukan apa, takut-takut kalau jalan sesak nanti. Flight aku pukul 2.20 petang. Kalau terlepas flight kang naya aku. Kenderaan yang menyertai rombongan menghantar aku ni adalah Unser, Viva dan Kancil. Huhuhu...macam rombongan apa je pulak. Sebenarnya sambil adik-adik ipar aku balik ke KL, diorang belajar kat KL.

Ni gambar yang aku sempat amik sebelum kami bertolak
Kitorang sampai KLIA dalam pukul 12 tengahari. Dah termasuk kitorang berhenti rehat-rehat dan makan-makan. Jalan tak berapa sesak. Kira ok la untuk musim raya ni. Kat KLIA lak, keluarga aku pun ada gak. Satu van. Hahaha... Best la tu. Dua-dua belag keluarga pun ada. Macam nak hantar kitorang pergi haji pun ada :-P


Lepas selesai check-in, kitorang lepak-lepak lagi. Menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Entah bila dapat jumpa lagi. Tapi lepas tu kelam kabut gak la aku anak beranak nak ke pintu Gate. Aku boleh terlupa lak yang aku kat KLIA. Bukan kat Airport Tawau. Bukannya dekat dari tempat check-in nak ke pintu Gate. Hahaha...berkejar jugak la kitorang. Tapi berkejar-berkejar pun, sempat gak kitorang singgah Burger King kat bawah tu. Tapi bungkus la. Kalau tak sempat, makan dalam kapal terbang je la. Fuh...sampai je depan pintu Gate, aku tengok masih ada masa lagi. Kitorang pun makan la. Bukan apa, lapar gak sebenarnya ni ;-)



Taufiq standard la, makan french fries la. Apa lagiii... Favorite dia


Bila kat dalam Gate tu, kitorang jumpa Zamrizal sekeluarga. Member sekerja aku. Rupanya kitorang satu flight. Hehehe... Aku tak tau pun. Sementara menunggu nak masuk kapal terbang tu, kitorang lepak-lepak la. Biasa la kalau naik kapal terbang.



Sempat budak-budak ni bermain-main bergurau

Lebih kurang pukul 5.30 petang kitorang sampai Airport Tawau. Tawau hujan. Tapi time kitorang sampai tu dah tak lebat. Ada member sekerja aku gak yang amik aku anak-beranak dari airport. Dia raya kat Tawau je. Dah memang orang Tawau pun dia. Nak balik mana lagi. Hahaha...



Huhuhu...nak jadikan kepulangan aku ke Tawau ni lebih meriah, bila aku sampai rumah aku tengok gelap je. Takde letrik rupanya. Huhuhu... Potong stim betul la. Nasib baik jiran aku jemput datang rumah dia. Kira beraya la. Kitorang beraya dalam gelap. Guna lilin je. Hehehe... Dah abis beraya rumah jiran aku, letrik masih takde lagi. Dah la baru sampai. Tak tau nak buat apa. Nak kemas-kemas pun susah. Gelap... Last-last kitorang kemas ala kadar je. Pastu tidur la. Apa lagi......