Hari ni tetiba nak buat projek memasak. Homemade Patty. Hehehe...konon-konon nak buat kraby patty sendiri la ni. Tengahari tadi aku dah besan bini aku, buat bread-crumb. Salah satu bahan yang aku nak gunakan untuk projek aku ni.
Pastu balik keje tadi, lepas lepak-lepak rilek-rilek, maka aku pun memulakan la projek ni. Projek dimulakan dengan membuat daging lumat. Kalau pakai daging kisar kan senang. Hehehe... Tapi aku sebenarnya nak gunakan daging korban yang aku dapat baru-baru ni, sempena raya korban. Jadi aku ngan bini aku bergilir-gilir menumbuk daging tersebut untuk menjadi daging lumat, ala-ala daging kisar. Hahaha... Lenguh gak lengan.
Pastu membancuh sedikit bahan yang akan digaulkan dengan daging yang dah hancur tadi. Macam biasa, aku masak dengan mencampakkan apa-apa je yang patut. Aku letak sebiji telur, bread-crumb, kicap masin, serbuk kari, lada sulah ngan lada hitam. Gaul-gaulkan, macam nak buat telur dadar.
Seterusnya aku campurkan bahan-bahan tadi, digaulkan dan diuli dengan daging hancur. Kalau masih rasa macam melekit lagi, tambah je bread-crumb. Bukan apa, nanti senang nak bentukkan.
Kemudian aku bulat-bulatkan patty tadi. Dah siap tu, aku biarkan dalam sejam. Konon-konon macam nak perap la. Hahaha... Pastu baru aku goreng atas frying pan. Ala...goreng macam burger la. Cuma tadi kan aku bentukkannya bentuk bulat. Bila letak kat atas frying pan tu, aku lenyek-lenyekkan biar jadi rata, biar ala-ala burger.
Bila dah siap masak patty tu, aku serahkan seterusnya pada bini aku. Hehehe... Minta bini aku make-up elok-elok patty tu. Siap dengan mayonis, roti dan apa-apa yang patut.
Dan lepas tu, apa lagi... Makan la... Mula-mula aku gigit tu, lama gak aku fikir. Macam mana aku nak gambarkan rasanya. Rasa macam makan beef steak pun ada :-P
Cuma rasa macam rempahnya agak kurang. Mungkin sebab aku tambah bread-crumb tu terlebih kot. Patut nisbah rempah-rempah tu kene lebihkan lagi.
0 comments
Post a Comment