Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Wednesday, August 31, 2011

Raya di Tawau

Ini merupakan kali pertama kami menyambut Aidil Fitri di Tawau. Kalau Aidil Adha memang dah biasa la. Hihihi... Walaupun tidak pulang ke kampung, tapi suasana raya tetap. Raya tetap raya walau di mana berada. Saya anak beranak bertakbir sepuas-puasnya pada malam raya. Hehehe...

Seawal pagi, selepas makan sedikit makanan, saya dan Taufiq bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Kita disunatkan untuk menjamah sedikit makanan sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidil Fitri.




Punya la semangat budak kecik ni, macam faham betul je dia nak sambut raya. Dia yang sibuk-sibuk nak keluar awal.



Setibanya di masjid, seperti juga sambutan Aidil Adha, saya memang akan duduk di luar masjid kerana telah penuh. Memang dah tau dah. Memang bawa tikar dan sejadah siap-siap dari rumah untuk nak sembahyang di luar masjid.



Kali pertama Taufiq ikut sembahyang sama-sama di masjid




Selepas sembahyang, kami mendengar khutbah raya. Walaupun hari mula panas, tapi masih lagi duduk mendengar khutbah. Bagus lak budak kecik ni, duduk je dengar sama.




Sampai habis khutbah budak kecik ni setia menunggu. Memang semangat raya ni. Hehehe...




Selepas itu kami ke kubur arwah Nurfatihah Humairah, anak saya yang baru sahaja meninggal sebulan yang lalu. Kebetulan dapat dikebumikan di kawasan perkuburan di masjid yang biasa saya pergi bersolat Jumaat.





Beberapa minit selepas kami pulang dari kubur, kami telah 'diserang' oleh rakan-rakan yang berada di Tawau. Hehehe.....





Dua keluarga yang datang. Satu keluarga memang beraya di Tawau, satu keluarga lagi standby nak ke airport untuk pulang ke kampung beraya.




Tetamu pertama dah balik, baru start masak kuah lodeh atau kuah lontong ni. Kesian diorang, nasib la ye. Awal sangat datang, tak sempat nak masak.




Budak kecik ni pulak tiba-tiba minat nak melantak amplang.





Sementara belum ada lagi tetamu seterusnya, kami bergambar keluarga sempena Aidil Fitri kali ini.



Dari pagi hingga ke petang, memang tak henti-henti budak-budak sekitar kawasan datang beraya. Alhamdulillah, ramai tetamu, banyak rezeki. Hehehe...




Petang tu ada dua lagi keluarga yang datang menziarah. Rakan-rakan yang juga turut tidak balik kampung untuk beraya.




Untung diorang ni sebab diorang dapat makan juadah raya full version. Walaupun sebenarnya takde la full version, tapi kira ok la daripada juadah yang sempat terhidang untuk tetamu pertama tadi. Hihihi...




Terlupa pulak nak ambil gambar juadah raya. Dah nak habis baru teringat.




Pada raya kedua pula, seawal pagi lagi kami sudah menerima tetamu lagi. Sebuah keluarga, iaitu rakan yang juga tidak pulang beraya.




Mereka merupakan tetamu yang terakhir yang dapat merasa juadah raya full version yang saya masak. Hehehe... Lepas tu lauk semua dah habis. Ramai juga yang datang menziarah walaupun baru hari kedua beraya.



Walau apa pun kami tetap gembira dengan sambutan raya pada kali ini walaupun tidak berpeluang untuk pulang ke kampung halaman.

Saya mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Tidak lupa juga Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54

Monday, August 29, 2011

Persiapan raya kami di Tawau

Tahun ini kami sekeluarga menyambut Aidilfitri di Tawau. Kami membuat keputusan untuk menyambutnya di sini. Bukan kerana tiada tiket penerbangan kerana tiket sememangnya ada. Tapi sudah pun kami ubah tarikhnya. Tetapi kerana apa yang berlaku pada keluarga kami baru-baru ini. Dan yang paling penting adalah kerana kesihatan isteri saya yang tidak mengizinkan. Biarlah isteri saya kuat dari segi fizikal dan mental.

Walaupun tidak pulang ke kampung halaman, tidak bermakna hari raya tidak dapat disambut dengan gembira. Telefon dan internet tetap ada. Masih boleh berhubung dengan keluarga di kampung. Saya juga alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik. Maka dapatlah saya membuat persiapan termasuklah menghias sedikit rumah dan juga memasak untuk juadah hari raya nanti. Isteri saya masih tidak boleh lagi membuat kerja-kerja rumah. Anak pula masih kecil. Lebih banyak menyibuk daripada membantu. Tetapi gelagatnya yang membuatkan hati terhibur. Faham juga dia nak bergembira untuk berhari raya.

Sungguhpun isteri masih tidak mampu untuk membuat kerja-kerja rumah, tetapi semangatnya tetap kuat. Walaupun dilarang, beliau masih lagi mahu membantu. Last-last bagi la dia potong-potong bawang, sediakan bahan-bahan untuk memasak, mana-mana yang boleh dia buat. Dan sedar tak sedar, dapat juga dia membuat biskut raya. Asalkan dia gembira. Kesian juga melihat isteri saya. Daripada aktif di dapur, tiba-tiba dilarang pula membuat kerja di dapur.

Suasana raya perlu ada. Biarpun tak beli barang baru, perabot baru, tapi ada lampu kelip-kelip pun dah rasa meriah dah. Hehehe... Bukan nak kata wajib ada lampu kelip-kelip. Hanya sekadar menghidupkan suasana.



Sibuk betul si kecil ni membantu




Konon-konon nak susun ke nak test la tu




Menghayati irama lampu kelip-kelip





Ketupat boleh dikatakan menu yang mesti ada. Lagi best kalau dianyam sendiri. Lagi la ada suasana raya. Hehehe... Nasib baik masih ada lagi orang jual daun ketupat tu.




Memasukkan beras ke dalam kerongsong ketupat




Si kecil pun turut membantu






Antara biskut raya yang sempat dibuat isteri saya. Menggunakan resepi yang boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang. Bukan sekadar pantang bersalin malah pantang selepas dibedah. Hehehe... Dia pun nak merasa gak raya, makan biskut raya.




Ketupat ni dah masak perlu digantung. Kira nak toskan airnya la. Kalau tak nanti lebam. Satu lagi sebabnya biar ketupat ni tahan lama. Tak cepat rosak.





Sambal lodeh atau lebih dikenali sebagai kuah kacang





Sambal sotong kering




Rendang daging


Pagi raya baru buat kuah lodeh atau lebih dikenali sebagai kuah lontong.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga.

Menganyam Ketupat Jantung

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Jantung.



Menganyam Ketupat Bantal

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Bantal.



Menganyam Ketupat Bawang

Menganyam ketupat merupakan satu perkara yang patut dikekalkan biarpun zaman semakin moden. Ini kerana keenakan ketupat plastik tidak dapat mengatasi keenakan ketupat yang dianyam dengan daun kelapa. Memang asli rasanya.

Video ini diupload atas permintaan, iaitu berkenaan dengan cara menganyam Ketupat Bawang.



Saturday, August 27, 2011

Nesan untuk Nurfatihah

Alhamdulillah, hari ni saya berkesempatan untuk menunaikan hajat saya untuk kubur arwah anak kami. Saya berhajat untuk membuat sendiri kayu nesan untuk dipacakkan di kubur arwah anak kami, Nurfatihah Humairah.

Selepas membeli bahan dan peralatan yang berkaitan, saya dan Taufiq memulakan projek kami. Gembira saya membuatnya, ditambah lagi dengan gelagat Taufiq yang sibuk membantu sambil tidak henti-henti menyebut "ni untuk adik Fatihah". Memang saya bukan seorang tukang kayu. Abah minta maaf la ye Fatihah kalau kayu nesan yang abah dan abang Taufiq buatkan ni tak berapa cantik. Tapi inilah hajat abah, nak buat sendiri kayu nesan untuk Fatihah.





Memulakan salah satu projek raya





Taufiq jadi pemberat, elak kayu bergerak-gerak





Memulakan fasa membentuk corak. Cewahhh...






Melicinkan potongan dan membulatkan sudut-sudut






Membulatkan sudut-sudut






Wood lacquer sekarang pun canggih, pakai spray je. Dulu beli pakai botol kaca






Proses pengeringan selepas lacquer






Pandangan dari sudut lain





Dah nak kering dah ni. Takde la cantik sangat. Hihihi... Boleh la..... InsyaAllah esok akan dipacakkan di kubur arwah Nurfatihah Humairah.