Walaupun tidak pulang ke kampung halaman, tidak bermakna hari raya tidak dapat disambut dengan gembira. Telefon dan internet tetap ada. Masih boleh berhubung dengan keluarga di kampung. Saya juga alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik. Maka dapatlah saya membuat persiapan termasuklah menghias sedikit rumah dan juga memasak untuk juadah hari raya nanti. Isteri saya masih tidak boleh lagi membuat kerja-kerja rumah. Anak pula masih kecil. Lebih banyak menyibuk daripada membantu. Tetapi gelagatnya yang membuatkan hati terhibur. Faham juga dia nak bergembira untuk berhari raya.
Sungguhpun isteri masih tidak mampu untuk membuat kerja-kerja rumah, tetapi semangatnya tetap kuat. Walaupun dilarang, beliau masih lagi mahu membantu. Last-last bagi la dia potong-potong bawang, sediakan bahan-bahan untuk memasak, mana-mana yang boleh dia buat. Dan sedar tak sedar, dapat juga dia membuat biskut raya. Asalkan dia gembira. Kesian juga melihat isteri saya. Daripada aktif di dapur, tiba-tiba dilarang pula membuat kerja di dapur.
Suasana raya perlu ada. Biarpun tak beli barang baru, perabot baru, tapi ada lampu kelip-kelip pun dah rasa meriah dah. Hehehe... Bukan nak kata wajib ada lampu kelip-kelip. Hanya sekadar menghidupkan suasana.
Sibuk betul si kecil ni membantu
Konon-konon nak susun ke nak test la tu
Menghayati irama lampu kelip-kelip
Ketupat boleh dikatakan menu yang mesti ada. Lagi best kalau dianyam sendiri. Lagi la ada suasana raya. Hehehe... Nasib baik masih ada lagi orang jual daun ketupat tu.
Memasukkan beras ke dalam kerongsong ketupat
Si kecil pun turut membantu
Antara biskut raya yang sempat dibuat isteri saya. Menggunakan resepi yang boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang. Bukan sekadar pantang bersalin malah pantang selepas dibedah. Hehehe... Dia pun nak merasa gak raya, makan biskut raya.
Ketupat ni dah masak perlu digantung. Kira nak toskan airnya la. Kalau tak nanti lebam. Satu lagi sebabnya biar ketupat ni tahan lama. Tak cepat rosak.
Sambal lodeh atau lebih dikenali sebagai kuah kacang
Sambal sotong kering
Rendang daging
Pagi raya baru buat kuah lodeh atau lebih dikenali sebagai kuah lontong.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga.
0 comments
Post a Comment