Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Saturday, April 24, 2010

Kursus Pendek Asas Komputer tak kira usia

Kursus Pendek merupakan kursus yang dijalankan dalam masa sehari. Terdapat pelbagai kursus yang disediakan. Aku juga tak ketinggalan untuk menjadi tenaga pengajar untuk kursus-kursus tersebut. Sekiranya aku tidak menjadi tenaga pengajar pun, aku mungkin juga terlibat sebagai urusetia untuk kursus-kursus tersebut.

Antara kursus pendek yang aku pernah ajar ialah

-Kursus Microsoft Word
-Kursus Microsoft Excel
-Kursus Microsoft PowerPoint
-Kursus Asas Internet
-Kursus Membina Blog
-Kursus Asas Komputer
-Kursus Asas Baikpulih Komputer
-Kursus Pengurusan Mesyuarat
-Kursus Asas Pendawaian

Apa yang menarik mengajar kursus pendek ini ialah pesertanya tidak mengira usia. Kanak-kanak, remaja dan dewasa. Kadang-kadang mengajar peserta yang lebih muda. Kadang-kadang peserta yang sama baya. Kadang-kadang peserta yang lebih tua. Ada juga peserta yang boleh aku panggil pakcik, makcik, atuk, nenek. Hehehe...

Pelbagai kerenah yang boleh dilihat. Tapi tak ketinggalan juga dengan seorang peserta cilik ini.




Ini merupakan sesi amali semasa kursus dijalankan.

Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau

Minggu ni aku sibuk keluar buat promosi. Boleh kata sepanjang minggu aku tak masuk opis. Memang dah jadi sebahagian daripada kerja aku kene keluar untuk buat promosi tentang Kolej Komuniti Tawau. Promosi mengenai Kursus Sepenuh Masa dan juga Kursus Pendek.

Kursus Sepenuh Masa berlangsung selama 2 tahun dan setelah menamatkan pengajian, akan menerima sijil. Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan adalah peringkat Sijil dan terdapat 3 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau.

-Program Sijil Automotif
-Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
-Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan)

Syarat kemasukan adalah lulus Bahasa Melayu SPM. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mendaftar kursus sepenuh masa ini. Yuran pula adalah RM200 untuk setiap semester. Pelajar tidak dikenakan yuran sepanjang semester mereka berada dalam Latihan Industri.

Borang pendaftaran untuk Kursus Sepenuh Masa Kolej Komuniti Tawau boleh didapati secara percuma di Kolej Komuniti Tawau. Permohonan juga boleh dibuat secara online melalui link berikut

-> http://online.bpkk.edu.my/online/eBorangKK_Jul/default.asp



Kursus Pendek pula merupakan kursus yang diadakan dalam masa yang lebih singkat. Biasanya tempoh kursus adalah 1 hari. Pelbagai kursus yang ditawarkan dan ianya adalah berdasarkan permintaan setempat bagi memenuhi keperluan komuniti sejajar dengan konsep Kolej Komuniti.
Kursus Pendek ini terbuka kepada semua peringkat umur dan syarat kemasukan hanyalah warganegara Malaysia. Yuran kemasukan adalah sekitar RM5 ~ RM40, bergantung kepada jenis kursus kerana kemungkinan bahan yang digunakan untuk kursus. Ini kerana hasil kerja kursus adalah milik peserta.

Terdapat pelbagai Kursus Pendek yang ditawarkan seperti

-Kursus Microsoft Word
-Kursus Microsoft Excel
-Kursus Microsoft PowerPoint
-Kursus Membina Laman Web
-Kursus Asas Pendawaian
-Kursus Asas Servis Kenderaan
-Kursus Asas Solekan
-Kursus Jahitan Manik
-Kursus Membuat Roti
-Kursus Pengurusan Jenazah
-Kursus Bahasa Arab
-Kursus Bahasa Inggeris

dan pelbagai kursus lagi.

Sekiranya terdapat permintaan untuk kursus yang tiada di dalam senarai, ianya tetap akan dibuat sekiranya ada permintaan. Pihak Kolej Komuniti Tawau akan menyediakan tenaga pengajar samada dari dalam ataupun dari luar untuk memenuhi keperluan komuniti setempat.

Tiada had umur untuk menyertai Kursus Pendek ini. Ianya terbuka untuk semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun warga emas. Untuk golongan warga emas, yuran adalah dikecualikan.

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi pihak Kolej Komuniti Tawau di talian 089-913400

Keuntungan Minggu Ke-61

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 2.29%

Saturday, April 17, 2010

Keuntungan Minggu Ke-60

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 1.89%

Tuesday, April 13, 2010

Playground in da house a.k.a. Playhouse

Setelah beberapa bulan membuat pertimbangan, akhirnya satu keputusan telah dibuat untuk meluluskan satu projek. Codename - Playhouse.

Projek ini dibuat bukanlah atas permintaan sesiapa pun. Tetapi sebagai melengkapkan salah satu elemen yang dirasakan perlu (macam ayat proposal la pulak). Maka selepas Maghrib, kami sekeluarga pergi mendapatkan bahan mentah yang diperlukan untuk memulakan projek tersebut.

Setelah selesai membuat pembelian yang berkaitan, maka proses seterusnya adalah pembinaan. Seperti yang sepatutnya berlaku, aku sebagai lelaki dewasa dalam keluarga aku, merangkap suami, ayah dan juga ketua keluarga, maka kerja-kerja pembinaan ini diserahkan sepenuhnya kepada aku. Bini aku hanya membantu mana yang dia mampu. Dan perkara yang dia mampu buat itu adalah membuat rakaman dalam bentuk visual mengenai proses pembinaan tersebut. Memandangkan keadaan fizikal Taufiq buat masa sekarang, apa yang mampu dilakukan hanyalah menjadi pembantu (boleh dikatakan menyibuk) dan juga menjadi pasukan sorak untuk menaikkan semangat abahnya supaya segera menyelesaikan proses pembinaan

Proses pembinaan ini bukanlah sukar seperti yang disangka dan ianya tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk menunggu sehingga projek ini siap. Akan tetapi projek ini merupakan projek segera yang mana ianya boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada setengah jam.

Gambaran visual berikut merupakan antara detik-detik yang sempat dirakamkan sepanjang proses pembinaan dijalankan.





Taufiq kelihatan agak teruja dengan projek ini.
















Taufiq kelihatan begitu tekun memerhati dan membantu.


Sungguhpun Taufiq belum lagi mendapat sebarang gelaran terhormat seperti Dato', Tan Seri atau sebagainya, tetapi Taufiq merupakan individu yang bertanggungjawab merasmikan projek Playhouse ini. Terima kasih diucapkan kepada Taufiq kerana sudi merasmikan.













Playhouse yang sedia digunakan.

Saturday, April 10, 2010

Keuntungan Minggu Ke-59

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 0.94%

Saturday, April 3, 2010

Keuntungan Minggu Ke-58

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini ialah 0.27%