Projek ini dibuat bukanlah atas permintaan sesiapa pun. Tetapi sebagai melengkapkan salah satu elemen yang dirasakan perlu (macam ayat proposal la pulak). Maka selepas Maghrib, kami sekeluarga pergi mendapatkan bahan mentah yang diperlukan untuk memulakan projek tersebut.
Setelah selesai membuat pembelian yang berkaitan, maka proses seterusnya adalah pembinaan. Seperti yang sepatutnya berlaku, aku sebagai lelaki dewasa dalam keluarga aku, merangkap suami, ayah dan juga ketua keluarga, maka kerja-kerja pembinaan ini diserahkan sepenuhnya kepada aku. Bini aku hanya membantu mana yang dia mampu. Dan perkara yang dia mampu buat itu adalah membuat rakaman dalam bentuk visual mengenai proses pembinaan tersebut. Memandangkan keadaan fizikal Taufiq buat masa sekarang, apa yang mampu dilakukan hanyalah menjadi pembantu (boleh dikatakan menyibuk) dan juga menjadi pasukan sorak untuk menaikkan semangat abahnya supaya segera menyelesaikan proses pembinaan
Proses pembinaan ini bukanlah sukar seperti yang disangka dan ianya tidak mengambil masa berbulan-bulan untuk menunggu sehingga projek ini siap. Akan tetapi projek ini merupakan projek segera yang mana ianya boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada setengah jam.
Gambaran visual berikut merupakan antara detik-detik yang sempat dirakamkan sepanjang proses pembinaan dijalankan.
Taufiq kelihatan agak teruja dengan projek ini.
Taufiq kelihatan begitu tekun memerhati dan membantu.
Sungguhpun Taufiq belum lagi mendapat sebarang gelaran terhormat seperti Dato', Tan Seri atau sebagainya, tetapi Taufiq merupakan individu yang bertanggungjawab merasmikan projek Playhouse ini. Terima kasih diucapkan kepada Taufiq kerana sudi merasmikan.
Playhouse yang sedia digunakan.
2 comments
bestnya...ari tu anak buah ak pn mo naik benda ni..nasib bek dia memahami auntynya blum ada dana..haha..brapa harganya ni Mat? nda pl ak tgk aritu bah.
kau sedia la 500 ringgit ya. harga termasuk 5 bungkus twisties bersama sebotol vanila coke.
hahaha... pakej tu. sambil tgk bdk main, boleh la kau makan jajan
Post a Comment