Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Motorola

Motorola.

Galaxy Note

Galaxy Note.

Blackberry Dakota

Blackberry Dakota.

Apple iPhone

Apple iPhone.

Sunday, September 27, 2009

Pulang ke Tawau

Setelah 2 minggu kitorang di kampung, tibalah masanya untuk kami balik ke Tawau. Makin lama kami di kampung, terasa makin berat hati nak balik Tawau. Bini aku la yang paling berat hati. Dia jarang dapat peluang balik kampung. Tapi sempat la kami berpuasa dan beraya kat dua-dua belah keluarga kami. Alhamdulillah.

Pagi tu kami bertolak dari Taman Robena pukul 7.30 pagi. Bukan apa, takut-takut kalau jalan sesak nanti. Flight aku pukul 2.20 petang. Kalau terlepas flight kang naya aku. Kenderaan yang menyertai rombongan menghantar aku ni adalah Unser, Viva dan Kancil. Huhuhu...macam rombongan apa je pulak. Sebenarnya sambil adik-adik ipar aku balik ke KL, diorang belajar kat KL.

Ni gambar yang aku sempat amik sebelum kami bertolak
Kitorang sampai KLIA dalam pukul 12 tengahari. Dah termasuk kitorang berhenti rehat-rehat dan makan-makan. Jalan tak berapa sesak. Kira ok la untuk musim raya ni. Kat KLIA lak, keluarga aku pun ada gak. Satu van. Hahaha... Best la tu. Dua-dua belag keluarga pun ada. Macam nak hantar kitorang pergi haji pun ada :-P


Lepas selesai check-in, kitorang lepak-lepak lagi. Menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Entah bila dapat jumpa lagi. Tapi lepas tu kelam kabut gak la aku anak beranak nak ke pintu Gate. Aku boleh terlupa lak yang aku kat KLIA. Bukan kat Airport Tawau. Bukannya dekat dari tempat check-in nak ke pintu Gate. Hahaha...berkejar jugak la kitorang. Tapi berkejar-berkejar pun, sempat gak kitorang singgah Burger King kat bawah tu. Tapi bungkus la. Kalau tak sempat, makan dalam kapal terbang je la. Fuh...sampai je depan pintu Gate, aku tengok masih ada masa lagi. Kitorang pun makan la. Bukan apa, lapar gak sebenarnya ni ;-)



Taufiq standard la, makan french fries la. Apa lagiii... Favorite dia


Bila kat dalam Gate tu, kitorang jumpa Zamrizal sekeluarga. Member sekerja aku. Rupanya kitorang satu flight. Hehehe... Aku tak tau pun. Sementara menunggu nak masuk kapal terbang tu, kitorang lepak-lepak la. Biasa la kalau naik kapal terbang.



Sempat budak-budak ni bermain-main bergurau

Lebih kurang pukul 5.30 petang kitorang sampai Airport Tawau. Tawau hujan. Tapi time kitorang sampai tu dah tak lebat. Ada member sekerja aku gak yang amik aku anak-beranak dari airport. Dia raya kat Tawau je. Dah memang orang Tawau pun dia. Nak balik mana lagi. Hahaha...



Huhuhu...nak jadikan kepulangan aku ke Tawau ni lebih meriah, bila aku sampai rumah aku tengok gelap je. Takde letrik rupanya. Huhuhu... Potong stim betul la. Nasib baik jiran aku jemput datang rumah dia. Kira beraya la. Kitorang beraya dalam gelap. Guna lilin je. Hehehe... Dah abis beraya rumah jiran aku, letrik masih takde lagi. Dah la baru sampai. Tak tau nak buat apa. Nak kemas-kemas pun susah. Gelap... Last-last kitorang kemas ala kadar je. Pastu tidur la. Apa lagi......

Keuntungan Minggu Ke-31

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 2.02%

Wednesday, September 23, 2009

Raya keempat

Pagi-pagi lepas bersiap, kami anak-beranak ke Taman Manis. Rumah mak bapa aku. Hahaha...berulang-alik je la kitorang ni. Nak luangkan masa dengan dua-dua belah keluarga. Nasib baik dekat.

Hari ni juga merupakan hari majlis perkahwinan paklong aku. Kat Kampung Gombak, Batu Pahat. Confirm ramai sedara-mara aku datang. Mudah sikit. Jumpa semua kat sini. Automatik aku kira dah beraya la dengan diorang. Dah jumpa diorang. Hehehe... Takde majlis bersanding. Cuma buat jamuan besar-besaran je la.


Hehehe...korang cari la sendiri mana satu pasangan pengantinnya.

Lepas pergi majlis kahwin, mak aku ajak pergi Summit BP. Hehehe... Aku ngan bini aku amik kesempatan bershopping la. Apa lagi.

Bermula dengan akaun demo

Sebelum ini saya pernah menyatakan bahawa sekiranya anda berminat untuk berjinak-jinak dengan dunia forex, anda dinasihatkan untuk bermula dengan demo. Dicadangkan untuk anda berlatih secara akaun demo selama sebulan. Ini bagi membantu anda dalam memahami dan mengikuti trend pasaran.

Disamping itu, secara tidak sedar, anda akan belajar untuk mengawal emosi anda seperti tamak, ghairah, berdebar dan lain-lain lagi. Anda perlu ingat bahawa biasanya emosi-emosi ini kadang-kala boleh mengganggu anda dalam membuat keputusan untuk membuka tade. Silap anda membuka trade maka anda berpotensi untuk mengalami kerugian. Melalui pengalaman saya dan rakan-rakan saya, secara normalnya perasaan tamak adalah faktor utama anda melakukan kesilapan dalam membuat keputusan untuk membuka trade dan juga menutup trade. Seterusnya, sebaik sahaja apabila anda sedar kesilapan tersebut, ataupun setelah trade anda tersebut mengalami kerugian, emosi anda akan mula tidak stabil.

Atas sebab-sebab inilah saya menasihatkan supaya anda bermula dahulu dengan akaun demo. Bak kata peribahasa "alah bisa tegal biasa". Bila anda sudah biasa dengan situasi-situasi tersebut, anda akan lali. Anda perlu ingat, semakin besar trade yang anda buka, risikonya adalah besar.

Di sini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka akaun demo. Pastikan anda telah install program Trader anda. Saya menggunakan SIGLite Trader. Kebanyakan program Trader yang ada menggunakan platform yang lebih kurang sama, iaitu MetaTrader.

Klik File > Open an Account


Kemudian anda akan lihat paparan seperti di bawah. Isikan ruang tersebut dengan maklumat yang sepatutnya. Ini hanyalah akaun demo. Sekiranya anda tidak mengisi dengan maklumat sebenar pun tiada masalah. Jangan klik Next terlebih dahulu kerana ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian.




Setelah mengisi maklumat berkaitan, anda perlu memastikan beberapa perkara. Iaitu Account Type, Leverage dan Deposit.

Account Type adalah jenis akaun yang anda ingin buka. Iaitu matawang asas yang akan anda gunakan. Saya cadangkan FOREX-USD

Leverage adalah nisbah trading apabila anda membuka trade. Saya cadangkan 1:200

Deposit adalah jumlah deposit yang akan anda depositkan ke dalam akaun forex anda. Untuk akaun demo ini, deposit adalah 'duit maya' yang akan diberi ke dalam akaun demo anda.

Mungkin nda boleh memilih deposit sehingga 5 juta USD. Akan tetapi saya cadangkan 3000 sahaja. Ini kerana secara normalnya, apabila anda ingin membuka akaun sebenar, adakah anda akan masukkan deposit sehingga 5 juta? Walaupun ini hanya akaun demo, tetapi anda perlu ingat bahawa tujuan utama saya menyarankan anda berlatih dengan akaun demo adalah untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar. Adakah anda mampu bertahan, berapa lama anda mampu bertahan dengan bermodalkan 3000. Latihan ini adalah penting (pada pandangan saya).

Kemudian tick pada "I agree to subscribe to your newsletter".

Dan anda boleh klik Next.

Sebagai contoh, anda boleh lihat rajah di bawah.



Seterusnya anda akan lihat paparan seperti berikut. Klik Next.



Akaun demo anda akan berjaya dibuka. Paparan seperti berikut akan dapat dilihat. Maklumat akaun adalah berbeza dengan paparan di bawah kerana sudah tentu akaun anda tidak akan sama dengan akaun saya. Anda mungkin perlu mencatat maklumat tersebut di mana-mana kerana anda memerlukannya selagi anda berlatih menggunakan akaun demo anda.



Klik Finish. Selesai.

Anda akan dapat paparan lebih kurang seperti di bawah.

Tuesday, September 22, 2009

Raya ketiga

Aktiviti beraya diteruskan lagi. Dari rumah pak itam, kami ke rumah auntie bini aku. Kebetulan ada lagi makcik bini aku kat sini. Berkumpul lah kami. Aku makan pulut ngan rendang je. Tapi sedap gila la rendangnya. Hahaha... Sambil makan sambil berbual-bual. Aku tumpang dengar dan gelak-gelak je. Hahaha... Anak-anak auntie lak sibuk main mercun pop.

Seterusnya destinasi kami adalah pulang semula ke Parit Raja. Malam gak baru sampai. Singgah kat Jentayu, makan malam kat situ. Sampai je rumah, apa lagi. Makan-makan lagi pastu tidur. Hehehehe...

Monday, September 21, 2009

Raya kedua

Masih kat rumah paklong bini aku lagi. Ramai yang tengah sibuk memasak. Tengahari ni nak makan beramai-ramai. Hehe...yang sibuk memasak tu terus la memasak ye. Aku lak amik kesempatan ni online jap. Main forex ;-)


Hahaha...entah kenapa, orang lain yang sibuk memasak, orang lain lak yang kepenatan. Sampai tertidur. Hehehe....Taufiq pun penat gak ke. Boleh lak dia join pakcik-pakcik dia yang lain tidur sama. Nyenyak lak tu.

Pastu kami beraya gak rumah sedara bini aku yang dekat-dekat sini. Petang tu kami bertolak ke KL lak. Ke rumah pak itam bini aku. Lepas makan lepas rehat-rehat, macam biasa la. Aku tak kan lepaskan peluang untuk online. Main forex la lagi. Hehehe...

Sunday, September 20, 2009

Raya Pertama

Hari ni hari raya. Pagi ni kami sembahyang raya kat masjid Sabak Uni. Tak jauh ngan Taman Robena. Lepas sembahyang raya, sambung makan lagi. Huahaha...

Ikut plan diorang, petang nanti akan ke Merlimau. Jadi waktu pagi tu aku anak beranak ke Taman Manis. Tempat orang tua aku. Haaa.... Dapat gak aku sambut raya pertama kat dua-dua belah orang tua kami. Hehehe... Makan lagi kat rumah orang tua aku. Tak lupa juga acara bersalam-salaman minta maaf.



Pastu kami ke rumah nenek aku. Tak jauh ngan rumah mak bapa aku. Kalau beraya ni memang tak tinggal acara makan-makan. Hahaha... Lama gak kat rumah nenek. Kebetulan tandas rumah nenek aku terkunci dari dalam. Apa lagi. Kitorang terpaksa la 'pecah rumah' tandas nenek aku ni. Hahaha... Nasib baik dapat buka.




Woi-woi...apa kes, pecah tandas rumah orang.

Kononnya nak ke Ayer Hitam, ke tempat pakcik aku. Tapi sebab lama sangat kat rumah nenek, terpaksa la cancel. Sebab bapa aku nak buka kedai pukul 2 petang. Jadi, kitorang terus ke kubur. Ziarah kubur atok, nenek, moyang yang dah meninggal. Ni juga first time aku ziarah kubur nenek sejak dia meninggal baru-baru ni. Al-Fatihah......

Lepas bersih-bersihkan kubur, kami pun balik ke Taman Manis. Bapa aku ngan adik-adik aku bersiap-siap nak buka kedai. Aku pun nak balik ke Taman Robena. Ikut plan, pukul 4 nak bertolak ke Merlimau.


Tapi biasala... Lama sangat bersiap, akhirnya kami bertolak ke Merlimau pukul 9 malam. Hahaha.... Tengah malam la baru sampai. Apa lagi... Sampai je, kami cari port kat rumah paklong bini aku, terus tidur. Dah dah... Dah tengah malam ni. Tidur laaaaa.....

Saturday, September 19, 2009

Yeaaa... Esok raya...

Dengan ini mengisytiharkan, 1 Syawal jatuh kepada 20 September 2009. Esok raya. Hehehe... Maka kami pun memulakan aktiviti mengisi beras dalam ketupat. Tu je yang aku buat. Huahaha... Siang tadi dah aku anyam beberapa. Sempat gak takbir raya sekejap.

Tapi malangnya aku keletihan. Penat misi semalam tak abis lagi. Sehari suntuk jadi dreba. 24 jam non-stop. Aku lelap awal. Hahaha... Rasanya Taufiq pun ikut sama. Sebab aku perasan Taufiq tertidur sebelah aku. Bini aku masih lagi siap-siap untuk raya esok. Bini aku kejutkan aku suruh aku baring betul-betul. Sekali dengan Taufiq. Hehehe...

Sambung tidur. Ngantuk beb.....

Misi sebelum raya

Semalam ni aku mendapat misi. Misi sebenar adalah untuk ke Ulu Yam, ambil adik aku. Tapi makin bertambah lak misi aku. Ambil adik aku yang kat Hulu Langat sekali.

Jadi, destinasi pertama aku adalah Hulu Langat. Pastu ke Ulu Yam pulak. On da way nak ke Ulu Yam, dapat call dari paklong aku. Minta ambil barang dia kat Nilai. Nak bawa ke Kampung Gombak. Hahaha...makin bertambah misi aku.

Huhuhu...sampai kat area Batu Caves, van ada problem. Terpaksa la kami lepak satu petang kat bengkel sementara tunggu van siap repair. Agak-agak dah nak Maghrib baru kami sambung perjalanan ke Ulu Yam. Satu persatu misi diselesaikan walaupun tertunda sebab banyak masalah teknikal.

Mula-mula ingat sampai Parit Raja malam. Tapi last-last sampai pukul 4 pagi. Terus je sahur. Huahaha... Ngantuk gila. Apa pun misi berjaya dilaksanakan. Misi sempena raya.

Keuntungan Minggu Ke-30

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0.94%

Tuesday, September 15, 2009

Station raya kami kali ni di Taman Robena

Pagi tadi dalam pukul 7.30 kami bertolak. Hehehe...terasa betul suasana balik kampung. Dulu kecik-kecik kalau balik kampung kan naik kereta ke naik van ke satu keluarga. Tapi duduk Sabah, kami naik kapal terbang la. Pastu harap orang amik. Tapi bila aku sendiri drive kereta tu dengan kami anak-beranak, lagi feel. Kami naik Kancil. Hahaha...

Sampai Parit Raja dalam pukul 11.30 pagi. Kami terus singgah kedai bapa aku. Nak bagitau yang kami akan berstation di Taman Robena untuk raya kali ni. Tempat mertua aku. Dah 2 kali raya kami berstation kat Hulu Langat. Tapi tahun berlaku perubahan. Mak bapa aku dah pindah ke Taman Manis, Parit Raja. Mertua aku pun dah pindah ke Taman Robena, Parit Raja. Hahaha...yang jauh dah didekatkan. Memudahkan aku yang datang dari Sabah nak balik kampung. Sekali balik, leh balik dua-dua pihak.

Lepas singgah kedai bapa aku, aku gi Taman Manis pulak, jumpa mak aku. Melawat sambil bagitau station kami kali ni. Lepas Zohor kami pun ke Taman Robena. Hehe..masing-masing rumah baru. Dan yang pasti, dua-dua atok nenek Taufiq rindu kat Taufiq. Hahaha...makin naik minyak la Taufiq lepas ni.

Monday, September 14, 2009

Plan perjalanan tetap diteruskan

Sepatutnya hari ni kami akan bertolak ke Parit Raja, tumpang pakcik aku. Kebetulan dia on da way dari Klang nak ke Parit Raja. Tapi berlaku sedikit masalah teknikal menyebabkan rancangan tu tak dapat diteruskan. Sedih gak. Katanya kalau aku masih nak tumpang pakcik aku, kene la tunggu hari Jumaat baru kami dapat ke kampung. Hahaha...kalau camtu baik lepak kat Tawau lagi. Leh amik tempahan biskut lagi banyak-banyak. Hehehe...kata bini aku la.

Maka terpaksa la aku mencari alternatif lain. Dan akhirnya kami berpakat dengan adik-beradik ipar aku yang sememangnya masih belajar kat area KL ni. Last-last dapat la juga aku anak-beranak balik kampung awal. Tak perlu la tunggu sampai hari Jumaat. Walaupun dah tertunda sehari, tapi lebih baik la. Kira masih awal lagi.

Esok pagi kami akan bertolak. Baaaaalik kampuuunggg... Hehehe... Kami anak beranak je. Adik ipar aku balik Jumaat nanti. Kelas diorang tak abis lagi.

Sunday, September 13, 2009

Balik kampung... Eh, balik semenanjung...

Hari ni boleh dikatakan hari yang telah sekian lama ditunggu-tunggu oleh kami terutama bini aku. Dialah yang paling gembira. Setelah genap setahun tak balik semenanjung. Balik raya laaa.... Apa lagiiiii.....

Lepas berkemas apa yang patut, dan kemas rumah ala kadar je, kami pun standby untuk ke airport. Flight kami pukul 5.50 petang. Tawau-KL. Kitorang satu flight ngan Basir n family. Ramai yang dah naik flight pagi.


Sampai kat KLIA dalam pukul 9 lebih malam. Adik ipar aku sekeluarga ambil kami.


Aiseh Taufiq ni... Sempat lak dia nak korek hidung time nak tunggu amik beg ni.


Malam tu kitorang lepak kat rumah kami di Hulu Langat. Aku anak beranak akan sambung perjalanan ke Johor esok perjalanan perjalanan darat. Hehehe...naik kereta la.

Saturday, September 12, 2009

Keuntungan Minggu Ke-29

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0.68%

Friday, September 11, 2009

Menjana duit melalui forex

Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan duit melalui online. Pertukaran Matawang Asing, ataupun dikenali sebagai Forex merupakan salah satu cara untuk menjana pendapatan secara online. Terdapat banyak broker yang menyediakan platform anda untuk berurusniaga forex bermodalkan deposit yang sangat rendah, iaitu serendah USD1. Contoh broker yang dimaksudkan adalah LiteForex, ikoForex, InstaForex dan lain-lain lagi. Hanya lakukan sedikit carian di google dan anda akan menemui banyak broker forex. Akan tetapi, walaupun anda boleh hanya bermodalkan USD1 untuk deposit, tetapi saya mencadangkan supaya sekurang-kurangnya anda bermula dengan modal USD20. Cadangan saya ini bukanlah kerana saya pakar dalam bidang ini, tetapi hanya sekadar berdasarkan pengalaman saya. Saya menggunakan LiteForex.

Broker Forex yang menawarkan minimum deposit sebanyak USD1



Urusniaga Forex dilakukan secara pasangan. Contohnya Pasangan Euro/USD, Pasangan GBP/USD dan banyak lagi. Graf di atas merupakan contoh Pasangan GBP/USD. Seperti yang anda lihat pada graf di atas, anda akan dapati graf tersebut turun-naik. Anda seharusnya mengetahui bahawa kita boleh membuat untung dengan berlakunya turun-naik tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah :

-sekiranya anda meramal bahawa graf tersebut akan naik, anda trade untuk beli (buy)

-sekiranya anda meramal bahawa graf tersebut akan turun, anda trade untuk jual (sell)


Tidak kira dalam keadaan ekonomi global yang stabil atau tidak, anda mampu membuat duit sekiranya anda bijak meramal dan bijak menganalisa graf tersebut.

Anda mungkin biasa mendengar bahawa orang mampu mengaut keuntungan yang besar melalui forex. Tetapi anda juga perlu ingat bahawa dalam masa yang sama, seseorang itu juga boleh mengalami kerugian yang sangat besar melalui forex. Semua ini bergantung kepada tahap "kematangan" anda di dalam forex. Tip penting yang perlu anda ingat untuk menjadi forex trader adalah anda perlu mampu mengawal emosi anda sebaik mungkin. Keghairahan, debaran, ketamakan, kekecewaan, anda perlu melalui dan mengatasi semua perasaan ini bagi memastikan anda dapat berterus sebagai seorang forex trader.

Di sini saya ingin menyarankan supaya sekiranya anda baru hendak bermula dengan dunia forex trader, anda perlu mencuba dulu dengan akaun demo sekurang-kurangnya untuk tempoh sebulan. Ia dapat membantu anda mengenali dan menghayati trend pasaran. Dan sudah tentu juga untuk membantu anda berlatih untuk mengatasi semua perasaan-perasaan yang telah saya sebutkan tadi.

Selamat mencuba.

Saturday, September 5, 2009

Keuntungan Minggu Ke-28

Keuntungan duokinoForex untuk minggu ini adalah 0.68%