Disamping itu, secara tidak sedar, anda akan belajar untuk mengawal emosi anda seperti tamak, ghairah, berdebar dan lain-lain lagi. Anda perlu ingat bahawa biasanya emosi-emosi ini kadang-kala boleh mengganggu anda dalam membuat keputusan untuk membuka tade. Silap anda membuka trade maka anda berpotensi untuk mengalami kerugian. Melalui pengalaman saya dan rakan-rakan saya, secara normalnya perasaan tamak adalah faktor utama anda melakukan kesilapan dalam membuat keputusan untuk membuka trade dan juga menutup trade. Seterusnya, sebaik sahaja apabila anda sedar kesilapan tersebut, ataupun setelah trade anda tersebut mengalami kerugian, emosi anda akan mula tidak stabil.
Atas sebab-sebab inilah saya menasihatkan supaya anda bermula dahulu dengan akaun demo. Bak kata peribahasa "alah bisa tegal biasa". Bila anda sudah biasa dengan situasi-situasi tersebut, anda akan lali. Anda perlu ingat, semakin besar trade yang anda buka, risikonya adalah besar.
Di sini saya tunjukkan bagaimana untuk membuka akaun demo. Pastikan anda telah install program Trader anda. Saya menggunakan SIGLite Trader. Kebanyakan program Trader yang ada menggunakan platform yang lebih kurang sama, iaitu MetaTrader.
Klik File > Open an Account
Kemudian anda akan lihat paparan seperti di bawah. Isikan ruang tersebut dengan maklumat yang sepatutnya. Ini hanyalah akaun demo. Sekiranya anda tidak mengisi dengan maklumat sebenar pun tiada masalah. Jangan klik Next terlebih dahulu kerana ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian.
Setelah mengisi maklumat berkaitan, anda perlu memastikan beberapa perkara. Iaitu Account Type, Leverage dan Deposit.
Account Type adalah jenis akaun yang anda ingin buka. Iaitu matawang asas yang akan anda gunakan. Saya cadangkan FOREX-USD
Leverage adalah nisbah trading apabila anda membuka trade. Saya cadangkan 1:200
Deposit adalah jumlah deposit yang akan anda depositkan ke dalam akaun forex anda. Untuk akaun demo ini, deposit adalah 'duit maya' yang akan diberi ke dalam akaun demo anda.
Mungkin nda boleh memilih deposit sehingga 5 juta USD. Akan tetapi saya cadangkan 3000 sahaja. Ini kerana secara normalnya, apabila anda ingin membuka akaun sebenar, adakah anda akan masukkan deposit sehingga 5 juta? Walaupun ini hanya akaun demo, tetapi anda perlu ingat bahawa tujuan utama saya menyarankan anda berlatih dengan akaun demo adalah untuk membiasakan diri dengan keadaan sebenar. Adakah anda mampu bertahan, berapa lama anda mampu bertahan dengan bermodalkan 3000. Latihan ini adalah penting (pada pandangan saya).
Kemudian tick pada "I agree to subscribe to your newsletter".
Dan anda boleh klik Next.
Sebagai contoh, anda boleh lihat rajah di bawah.
Seterusnya anda akan lihat paparan seperti berikut. Klik Next.
Akaun demo anda akan berjaya dibuka. Paparan seperti berikut akan dapat dilihat. Maklumat akaun adalah berbeza dengan paparan di bawah kerana sudah tentu akaun anda tidak akan sama dengan akaun saya. Anda mungkin perlu mencatat maklumat tersebut di mana-mana kerana anda memerlukannya selagi anda berlatih menggunakan akaun demo anda.
Klik Finish. Selesai.
Anda akan dapat paparan lebih kurang seperti di bawah.
0 comments
Post a Comment