Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, April 24, 2010

Kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau

Minggu ni aku sibuk keluar buat promosi. Boleh kata sepanjang minggu aku tak masuk opis. Memang dah jadi sebahagian daripada kerja aku kene keluar untuk buat promosi tentang Kolej Komuniti Tawau. Promosi mengenai Kursus Sepenuh Masa dan juga Kursus Pendek.

Kursus Sepenuh Masa berlangsung selama 2 tahun dan setelah menamatkan pengajian, akan menerima sijil. Kursus Sepenuh Masa yang ditawarkan adalah peringkat Sijil dan terdapat 3 kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti Tawau.

-Program Sijil Automotif
-Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
-Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan)

Syarat kemasukan adalah lulus Bahasa Melayu SPM. Tiada had umur yang ditetapkan untuk mendaftar kursus sepenuh masa ini. Yuran pula adalah RM200 untuk setiap semester. Pelajar tidak dikenakan yuran sepanjang semester mereka berada dalam Latihan Industri.

Borang pendaftaran untuk Kursus Sepenuh Masa Kolej Komuniti Tawau boleh didapati secara percuma di Kolej Komuniti Tawau. Permohonan juga boleh dibuat secara online melalui link berikut

-> http://online.bpkk.edu.my/online/eBorangKK_Jul/default.asp



Kursus Pendek pula merupakan kursus yang diadakan dalam masa yang lebih singkat. Biasanya tempoh kursus adalah 1 hari. Pelbagai kursus yang ditawarkan dan ianya adalah berdasarkan permintaan setempat bagi memenuhi keperluan komuniti sejajar dengan konsep Kolej Komuniti.
Kursus Pendek ini terbuka kepada semua peringkat umur dan syarat kemasukan hanyalah warganegara Malaysia. Yuran kemasukan adalah sekitar RM5 ~ RM40, bergantung kepada jenis kursus kerana kemungkinan bahan yang digunakan untuk kursus. Ini kerana hasil kerja kursus adalah milik peserta.

Terdapat pelbagai Kursus Pendek yang ditawarkan seperti

-Kursus Microsoft Word
-Kursus Microsoft Excel
-Kursus Microsoft PowerPoint
-Kursus Membina Laman Web
-Kursus Asas Pendawaian
-Kursus Asas Servis Kenderaan
-Kursus Asas Solekan
-Kursus Jahitan Manik
-Kursus Membuat Roti
-Kursus Pengurusan Jenazah
-Kursus Bahasa Arab
-Kursus Bahasa Inggeris

dan pelbagai kursus lagi.

Sekiranya terdapat permintaan untuk kursus yang tiada di dalam senarai, ianya tetap akan dibuat sekiranya ada permintaan. Pihak Kolej Komuniti Tawau akan menyediakan tenaga pengajar samada dari dalam ataupun dari luar untuk memenuhi keperluan komuniti setempat.

Tiada had umur untuk menyertai Kursus Pendek ini. Ianya terbuka untuk semua peringkat umur tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun warga emas. Untuk golongan warga emas, yuran adalah dikecualikan.

Untuk maklumat lanjut boleh terus menghubungi pihak Kolej Komuniti Tawau di talian 089-913400

16 comments

mamat September 15, 2011 at 4:05 PM

rasanya link yang ada dalam entry ni dah tak valid

Muhd Suhaily October 19, 2011 at 8:41 PM

Kursus powerpoint banyak kelebihan jika dapat mendalaminya.

alyssha

mcmna nk ikut kursus bahasa ingeris tu?? bila di ada kn bagi thun 2012?

alyssha

sekiranya da ada kursus bi tu di ada kn sya nk minta tolng email kn kt email sya..ni email sya princessalyssha@yahoo.com
trma kash

mamat January 19, 2012 at 9:43 AM

boleh rujuk Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti berkenaan.

kalau Kolej Komuniti Tawau boleh try call 089-913400

Anonymous

kursus pendek utk fotografi ada tak? minta tlg reply @ adieccted@yahoo.com.
tq byk2...

mamat July 15, 2012 at 12:53 PM

ada kursus fotografi cuma tak pasti bila tarikhnya. boleh rujuk dengan Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Tawau di talian 089-914286

Anonymous

ada tak kursus bahasa inggeris bagi thun 2013??

reply kat dzulehsyam@yahoo.com. .

Anonymous

Kursus jahitan manik dan membuat roti dalam kursus pendek
Boleh jelaskn secara detail
Reply jumuria_saharuddin@yahoo.com

Anonymous

Ada X krusus untuk belajar komputer?...

Harap dpt blas di draculemihawk45@gmail.com

Unknown September 1, 2015 at 3:58 PM

KEPADA PENGUNJUNG BANDAR TAWAU
HOMESTAY SEMI-D KHAS UNTUK ANDA…!
MENGAPA ANDA MESTI PILIH HOMESTAY INI…?
✔BERDEKATAN BANDAR TAWAU 5 MINIT SAHAJA KE PUSAT BANDAR TAWAU, 4 MINIT KE HOSPITAL TAWAU. BALAI POLIS, 20-30 MINIT KE AIRPORT TAWAU.
✔RUMAH YANG LENGKAP. KIPAS, KATIL QUEEN, KATIL SINGLE, MESIN BASUH, DAPUR, KELENGKAPAN MEMASAK, PETI AIS, TV.
✔PERSEKITARAN SELESA, SELAMAT DAN BERSIH. (RUMAH SEMI-D, SANGAT PRIVACY DAN TERJAMIN SELESA), PARKING BERBUMBUNG, RUMAH BERGRILL.
✔KAMI MENYEDIAKAN 4 UNIT BILIK TIDUR DAN 3 RUANGAN MANDI TERMASUK TANDAS. (TAK PAYAH NAIK TANGGA PUN. PARKING JA KERETA, TERUS MASUK RUMAH)
✔HARGA SEWA 1 HARI= RM180, 5 HARI KE ATAS=RM170, 20 HARI KE ATAS=RM150
RM200= CUTI SEKOLAH & CUTI AM
✔ CEK IN =12.00 PM – 6.00 PM.
CEK OUT = 12.00 PM
✔ONLY MUSLIM CUSTOMER ARE WELCOMED…
like emoticon LIKE PAGE KAMI DIhttps://www.facebook.com/pages/BUNGA-TULIP-Homestay/1410263585921079?sk=reviews
:: EMEL : allatief.y@gmail.com
:: HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENEMPAH TARIKH ANDA MENGINAP...!
BUNGATULIPHOMESTAY 0138776710/0138993510
CALL/SMS/WASSAP/WECHAT
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI…!
KAMI MENUNGGU KEHADIRAN ANDA…
TERIMA KASIH.

Unknown June 23, 2016 at 3:00 PM

Kursus BI utk 2016 ada tak??

yusry April 8, 2018 at 5:09 PM

Boleh sambung belajar kh lagi lepas graduate dr kolej komuniti

Anonymous

Kursus cad ada ka d tawarkan untuk jangka pendek... dan kalau kursus jangka pendek tu berapa bayaran dikenakan...

Melvin May 6, 2019 at 12:43 PM

Ada asrama ka kat kolrj kominiti tawau ni..sebab aku dpt tawaran kat sini..tapi takde pula rumah keluarga kat sana??mohon jawab

Unknown January 2, 2020 at 6:12 PM

Mau tnya bole? Klau pelajar svm bole mohon ka tu masuk kolej komuniti?