Kami tiba di depan pintu Taman Bukit Tawau lebih kurang pukul 7.40. Sambil tunggu member-member yang lain. Lagipun tempat tu buka pukul 8 pagi. Saja datang awal. Kononnya nak cari tempat best. Hehehe... Aku ikut je. Sebab diorang yang atur. Yang penting aku dapat bawa anak bini aku gi picnic sambil lepak-lepak. Hehehe...
Ramai gak la yang join. Cuma yang bawa family macam aku sorang je. Huhuhu... Sampai je kat port yang sesuai, kitorang pun letak barang-barang. Member-member yang lelaki mula la hidupkan api. Nak bakar sayap ngan peha ayam. Aku lak bawa Taufiq cari tempat nak main air.
Mula-mula setakat basahkan kaki je. Tak lama lepas tu kitorang berdua dah duduk dah dalam air. Best la Taufiq, seronok dia main-main air. Biasanya memang Taufiq suka main air pun. Tak lama pastu mak Taufiq datang, nak join. Hehehe... Tapi memandangkan Taufiq sebenarnya tengah tak berapa sihat, manjanya pun jadi lebih la. Nampak je muka mak dia, mula la ngada-ngada. Nak orang peluk je. Tak best la Taufiq ni. Huhuhu...
Kejap-kejap tu aku naik la sambil makan roti, sementara diorang tengah berusaha menghidupkan api, seterusnya memanggang sayap ngan peha ayam. Ada sosej ngan kentang bakar gak tu. Aku makan sikit, pastu turun lagi main air sambil bawa Taufiq. Sengaja je aku nak rendamkan Taufiq. Hehehe...
Sejak pukul 8 lagi aku main air, lama-lama menggigil gak. Tapi aku tengok budak-budak lain tu dah berapa jam dalam air, steady je diorang. Kecik lagi, masih kanak-kanak. Aktif lagi. Teringat masa zaman aku kecik-kecik dulu. Selagi boleh main dalam air, selagi tu berendam. Bila jari dah kecut, baru la takde alasan lagi. Kalau tak naik gak, nanti mak abah aku marah. Hahaha...tu zaman kecik-kecik dulu la.
Bila diorang dah siap memanggang, aku pun makan la. Ada gak mee goreng, bihun goreng dan macam-macam lagi diorang bawa. Selesai makan, geng-geng perempuan lak katanya nak gi tengok pokok tertinggi di dunia. Bini aku pun nak join sama. Huhuhu...Taufiq dengan abah je la ek.
Tapi dalam pukul 11 lebih, langit mula gelap. Hujan pulak turun, makin lama makin lebat. Huhu...geng-geng perempuan lak lom balik-balik lagi dari tengok pokok tertinggi di dunia tu. Yang lelaki lak ada yang masih terus memanggang. Ada gak yang dah merayap. Aku ngan Taufiq memang tak ke mana-mana la. Temankan je la member yang masih memanggang tu. Nasib baik Taufiq steady je. Walaupun aku rasa Taufiq dah lapar. Sebab dah tengahari dah ni. Maknya pulak belum balik lagi.
Tak tau berapa lama, baru la nampak geng-geng perempuan balik. Tapi dua orang-dua orang. Padahal tadi time pegi ramai-ramai. Diorang balik ikut trip kot. Huhuhu... Puas menunggu bini aku. Rupanya bini aku trip yang last sekali. Abis dah basah kuyup diorang. Hahaha... Yang mana awal-awal tadi kononnya datang tak nak mandi, dah basah kuyup sama gak. Taufiq lak macam biasa la. Nampak je mak dia, mula la mengada-ngada. Padahal dari tadi steady je. Mula la dia melalak. Hujan lebat pun masih leh dengar suara Taufiq melalak. Aku suruh bini aku kemas barang cepat-cepat.
Pastu dengan berpayungkan tikar getah yang aku bawa, aku anak beranak terus bergerak menuju ke kereta. Sebab dah takde port dah nak menyusukan Taufiq. Kat tempat kami berteduh tu dah sesak. Sori la geng, kitorang gerak dulu.
Sampai je dalam kereta, Taufiq pun apa lagi. Minum la sepuas-puasnya. Kitorang balik dalam keadaan basah kuyup. Hahaha...kereta basah kuyup, orang dalam kereta pun basah kuyup. Yang lawaknya, keluar je dari kawasan bukit tu, takde la hujan lebat pun. Gerimis je. Bila sampai bandar Tawau lak, punya la panas terik. Hahaha...
Nasib baik Taufiq ok. Walaupun dia memang tengah demam, keadaannya terkawal. Siap boleh main kereta dia dah. Mulut pun bising bercerita apa entah. Aku tak berapa nak faham. Hehehe...
Ni sedutan gambar-gambar penjelajahan geng-geng perempuan pergi melihat pokok tertinggi di dunia. Bini aku merupakan salah seorang ahli penjelajahan tersebut. Hahaha...
3 comments
mat..upload gmbr tu kat fb.. =)
gambar yg mana tu rini
suma2 la yg ada.. =)
Post a Comment