Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, December 26, 2012

Pertikaian Banjir Besar Nabi Nuh a.s.

Majoriti manusia yang hidup hari ini begitu juga dengan manusia yang hidup beribu-ribu tahun sebelum ini juga mengetahui akan berlakunya peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh a.s. Peristiwa ini bukan sahaja diakui oleh penganut agama Islam malah ia juga turut diakui oleh penganut agama lain seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain agama lagi yang wujud di muka bumi. Mereka ini percaya bahawa pernah berlaku kejadian banjir besar yang menenggelamkan satu dunia. Yang berbeza mungkin pada sebutan nama nakhoda (captain) kapal yang selamat dalam peristiwa banjir besar tersebut. Ada yang memanggilnya Nuh, ada yang memanggilnya Noah dan berbagai panggilan lagi. Berikut merupakan beberapa versi berkaitan Banjir Besar Nabi Nuh a.s. mengikut kitab agama lain.



Versi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru
Tuhan memerintahkan kepada Nuh bahwa semua orang, kecuali para pengikutnya, akan dihancurkan karena bumi telah oenuh dengan berbagai macam tindak kekerasan. Tuhan memerintahkan mereka untuk membuat sebuah perahu dan menyebutkan secara detail bagaimana cara mengerjakannya. Tuhan juga mengatakan kepadanya untuk membawa serta keluarganya, tiga anaknya, istri-istri anaknya, dua dari setiap mahkluk hidup (sepasang), dan berbagai persediaan bahan pangan.
Tujuh hari kemudian, terjadilah banjir besar yang berlangsung selama 40 hari 40 malam. Setelah air surut, perahu itu berlabuh di puncak gunung Ararat (Agri)


Babilonia
Ut-Napishtim adalah persamaan tokoh bangsa Babilonia terhadap pahlawan dalam peristiwa banjir dalam kisah bangsa Sumeria, yaitu Ziusudra. Tokoh penting yang lain adalah Gilgamesh.
Menurut legenda, Gilgamesh memutuskan untuk mencari dan menemukan para leluhurnya agar mengungkapkan rahasia kehidupan yang abadi. Ia melakukan sebuah perjalanan yang menentang bahaya. Ia diperintahkan supaya melakukan perjalanan melewati “Gunung Mashu dan Air Kematian”, dan sebuah perjalanan yang hanya dapat diselesaikan oleh seorang anak tuhan bernama Shamash.
Gilgamesh bertanya kepada Ut-Napishtim bagaimana ia dapat memperoleh keabadian. Lalu, Ut-Napishtim menceritakan kepadanya kisah tentang banjir sebagai jawaban atas pertanyaannya. Banjir juga diceritakan dalam kisah Duabelas Meja (twelve tables) yang terkenal dalam epik tentang Gilgamesh


India
Dalam epik India yang berjudul Shatapa Brahmana dan Mahabharata, seseorang yang disebut dengan Manu diselamatkan dari banjir bersama dengan Rishiz.
Menurut legenda, seekor ikan yang ditangkap dan diselamatkan oleh Manu, tiba-tiba berubah menjad besar dan mengatakan kepadanya untuk membuat sebuah perahu dan mengikatkan perahu tersebut ke tanduknya. Ikan ini dilambangkan sebagai penjelmaan dari Dewa Wisnu. Lalu, ikan tersebut menuntun kapal mengarungi ombak yang besar dan membawanya ke utara ke Gunung Hismavat.


Wales
Menurut legenda Welsh dikatakan, Dwynwen dan Dwfach selamat dari bencana yang besar dengan sebuah perahu. Ketika banjir yang amat mengerikan terjadi setelah meluapnya Llynllion, yang disebut dengan Danau Gelombang. Setelah selamat, keduanya kemudian kembali dan menghuni daratan Inggris.


Cina
Sumber di bangsa Cina menghubungkan cerita ini dengan seseorang yang dipanggil dengan nama Yao bersama dengan tujuh orang lain, atau Fa Li bersama dengan istri dan anak-anaknya. Mereka diselamatkan dari bencana banjir dan gempa bumi dalam sebuah perahu layar. Disni dikatakan, “Dunia semuanya berada dalam kehancuran. Air menyembur dan menutupi semua tempat”. Akhirnya, air surut.


Lithuania
Diceritakan bahwa beberapa pasang manusia dan binatang, diselamatkan dengan berlindung di puncak permukaan gunung yang tinggi. Ketika angin dan banjir yang berlangsung selama 12 hari 12 malam tersebut mulai mencapai ketinggian gunung, dan hampir akan menenggelamkan yang ada di atas puncak gunung tersebut, Sang Pencipta melemparkan sebuah kulit kacang raksasa kepada mereka. Sehingga, mereka yang berada di atas gunung tersebut diselamatkan dari bencana dengan berlayar di dalam kulit kacang raksasa ini.


Yunani
Dewa Zeus memutuskan untuk menghancurkan orang-orang yang semakian berbuat kesesatan setiap saat memlalui sebuah banjir. Hanya Deucalion dan istrinya, Pyrrha, yang diselamatkan dari banjir karena ayah Deucalion sebelumnya telah menyarankan anaknya untuk membuat sebuah bahtera. Pasangan ini turun ke Gunung Parnassis pada hari kesembilan setelah turun dari bahtera.


Skandinavia
Legenda Nordic Edda menyebutkan tentang Bergalmir dan istrinya, yang selamat dari banjir dengan sebuah kapal besar.





Seperti biasa, peristiwa besar yang memperlihatkan kekuatan dan kekuasaan Allah akan sentiasa dipertikaikan oleh golongan yang tidak percayakan agama atau tuhan. Mereka dikenali sebagai Atheist. Mereka akan menggunakan logik akal mereka sepenuhnya dengan pengetahuan sains yang ada pada mereka sepenuhnya untuk mempertikaikan mana-mana perkara yang di luar pengetahuan logik akal dan sains mereka. Sedangkan ilmu Allah itu sangat luas. Segala yang berlaku biarpun dengan kehendak Allah, in-shaa-Allah tetap akan mempunyai penjelasan saintifik. Hanya akal manusia pada satu-satu masa itu agak terhad sehingga belum mampu memjelaskannya. Sebagaimana perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Baitul Maqdis yang hanya sekelip mata sahaja. Dunia sains hari ini sudah ada penjelasannya yang mana ianya dipanggil teleport. Sungguhpun belum ada lagi alat atau penggunaannya hari ini tetapi dunia dapat menerimanya berdasarkan penerangan sains hari ini. 

Walaubagaimanapun akhir-akhir ini bukan sahaja golongan atheist sahaja yang mempertikaikannya tetapi juga sebilangan umat Islam. Bukan sekadar entri-entri atau tulisan-tulisan di internet seperti di facebook atau di blog atau di YouTube malah ada juga buku yang terbitkan yang mengulas mengenai polemik ini. Bukanlah kerana tidak mempercayai kekuasaan Allah tetapi bukti-bukti sains yang mereka temukan seolahnya ada pendapat yang menyatakan bahawa ia hanya berlaku pada kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan Nabi Nuh a.s. berdakwah. Sedangkan sebelum-sebelum ini kita sedia maklum bahawa banjir tersebut berlaku secara keseluruhannya ke atas semua muka bumi. Kerana itu juga ianya dipanggil Banjir Besar.


Maksud ayat al-Quran

Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim.
(al-Qasas : ayat 59)



Allah tidak akan memusnahkan satu-satu kaum itu melainkan setelah diutuskan Rasul untuk disampaikan ayat-ayat Allah kepada mereka dan menyeru mereka kepada Allah. Berdasarkan ayat ini maka ada pendapat mengatakan bahawa tidak adil sekiranya Allah membinasakan seluruh umat manusia sedangkan hanya umat Nabi Nuh a.s. sahaja yang diutuskan Rasul dan kemudian mereka menentangnya.



Maksud ayat al-Quran

Disebabkan dosa-dosa dan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan (dengan bah taufan), kemudian (pada hari akhirat) dimasukkan ke dalam neraka maka mereka tidak akan beroleh sebarang penolong yang lain dari Allah (yang dapat memberi pertolongan). Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi! Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.
(Nuh : ayat 25-27)


Nabi Nuh a.s. memohon kepada Allah supaya dilenyapkan semua orang kafir di muka bumi ini pada ketika itu. Ada pendapat mengatakan bahawa Nabi Nuh a.s. hanya bermaksud 'semua orang kafir' itu adalah kaumnya sahaja yang mana menentang baginda pada ketika itu.

Bukti arkeologi pula menunjukkan bahawa kawasan sekitar Mesopotamia sahaja yang dikatakan pernah mengalami satu banjir besar yang mana ianya dikatakan kawasan Nabi Nuh a.s. dan juga kaumnya hidup ketika itu.



Sumber internet

Dapat dilihat gambaran yang cuba dijelaskan hasil arkeologi yang mereka temukan yang mana terdapat satu lapisan lumpur yang menutupi bukti peninggalan tamadun sebelum berlaku banjir besar tersebut.

Berdasarkan keadaan geografi pula yang mana Mesopotamia ini terletak di antara sungai Euphrates dan Tigris. Banjir besar dikatakan berpunca air melimpah daripada kedua-dua sungai ini.



Sumber internet


Boleh dilihat pada atlas atau GoogleMap atau apa-apa rujukan yang boleh menunjukkan bentuk muka bumi untuk dijadikan rujukan. Sungai ini akan terus menuju ke Teluk Parsi jika dilihat di peta dunia. Di bahagian utara sungai ini pula terdapat laut yang berdekatan iaitu Laut Hitam dan juga Caspian. Sekiranya berlaku ombak besar atau tsunami di kedua-dua laut ini, tidak mustahil juga sekiranya air laut ini boleh melimpah dan membanjiri kedua-dua sungai Euphrates dan Tigris sehingga menyebabkan banjir besar di Mesopotamia.


Berikutan kajian yang dilakukan ini, terdapat satu versi baru yang mana ianya dari pentaakulan hasil kajian saintifik yang telah dilakukan. Versi ini merupakan versi sains barat. Berdasarkan pentaakulan mereka setelah meneliti kesemua bukti yang diperolehi, Noah dikatakan bukan seorang miskin tetapi seorang bangsawan atau seorang pedagang. Adalah perkara biasa bagi seorang bangsawan atau pedagang untuk memiliki kapal. Bagi melancarkan proses pengangkutan barang-barang dagangan, menggunakan jalan air adalah lebih murah berbanding menggunakan jalan darat. Maka bukan suatu perkara yang asing sekiranya Noah ini memuatkan kesemua barang-barang dagangannya seperti makanan, minumam, haiwan ternakan dan lain-lain lagi berkaitan dengan tujuan keluar berdagang ke dalam kapal. Tidak hairan juga sekiranya Noah membawa keluarganya turut serta dalam kapalnya.

Satu hari hujan turun dengan lebatnya maka kelam kabut mereka sekeluarga memuatkan kapalnya dengan segala barang dagangan termasuk ternakan. Hujan yang terlampau lebat sehingga menyebabkan air sungai melimpah sehingga keesokan harinya setelah hujan berhenti, mereka dapati bahawa keliling mereka hanyalah air. Tiada daratan. Banjir besar. Kebetulan pada ketika itu kemungkinan Noah menghadapi krisis kewangan. Pada zaman itu, sesiapa sahaja yang berhutang dan tidak mampu melunaskannya, secara automatik akan menjadi hamba kepada orang yang memberinya hutang. Muflis atau bankrap bermakna menjadi hamba. Dengan itu Noah sekeluarga memanfaatkan keadaan ini untuk melarikan diri dengan kapalnya. Setelah jauh berlayar maka akhirnya banjir mula surut dan mendaratlah mereka di satu tempat yang sangat jauh daripada tempat asal mereka. Mereka pun memulakan hidup baru.

Begitulah kononnya kisah yang berlaku berkenaan dengan kisah banjir besar Noah. Itulah juga versi yang terkini yang terhasil dari kajian sains yang telah mereka lakukan.


Akan tetapi umat Islam tidak seharusnya percaya seratus peratus dengan cerita mengikut versi mereka kerana kita mempunyai al-Quran dan Hadith untuk dijadikan sebagai rujukan. Walaubagaimanapun kemungkinan fenomena banjir itu yang diterima oleh sebilangan muslim, iaitu Banjir Besar Nabi Nuh a.s. adalah banjir besar domestik sahaja iaitu melibatkan satu kawasan kerajaan dan bukanlah banjir global yang melibatkan satu dunia.


Sungguhpun begitu, terdapat sebilangan ahli sains yang masih ingin terus mempercayai bahawa banjir besar itu melibatkan seluruh muka bumi. Mereka masih meneruskan kajian bagi membuktikannya. Sekiranya rajin mencari menggunakan teknologi internet yang mana segala maklumat berada di hujung jari, mungkin boleh ditemukan pembentangan-pembentangan yang dibuat bagi membuktikan kebenaran kejadian Banjir Besar Nabi Nuh a.s. dari sudut sains.

Sekiranya anda merupakan seorang yang mempunyai banyak masa yang terluang melihat peta dunia samada melalui atlas atau GoogleMap atau mana-mana sumber yang membolehkan anda melihat bentuk muka bumi secara terperinci, anda mungkin dapat mengesan sesuatu padanya. Kita dapat lihat mana bahagian yang paling tinggi, bahagian paling rendah di permukaan tanah. Begitu juga dengan permukaan laut, bahagian mana yang lurah, berbukit-bukit, yang dalam, yang cetek dan sebagainya.

Anda mungkin akan perasan sesuatu bahawa di beberapa bahagian di bahagian laut dalam, terdapat seolah-olah bukit dalam laut yang membentuk seperti satu luka besar atau terkoyak kemudian dijahit. Dengan kata lain, seolah-olah kulit kita koyak besar kemudian dijahit 24 ke 50 ke..... Seakan-akan permukaan laut itu pernah terkoyak dan sudah tentu mengakibatkan sesuatu dan juga mengeluarkan sesuatu. Antara kesan yang tidak dinafikan akan berlaku adalah tsunami. Dengan skala kesan koyak yang dapat dilihat di peta, saiz koyakan tersebut agak besar dan panjang. Sedangkan gempa atau letusan satu gunung berapi dalam laut yang kecil sahaja sudah cukup untuk menyebabkan tsunami seperti yang kita ketahui pernah melanda Acheh dan juga Fukushima Daiichi. Contoh mudah kerana banyak video yang boleh dilihat bagaimana ombak tersebut menelan bumi. Bagaimana besar agaknya tsunami yang berlaku hasil dari koyakan yang dapat lihat di peta itu. Koyakan itu bukan kecil kerana ia jelas kelihatan. Di Lautan Atlantik sahaja dapat diperhatikan terdapat koyakan dari Greenland sehingga Amerika Selatan. Dapat dikesan juga kesan koyakan ini di bahagian lain.

Impak dari letusan itu sekiranya digambarkan bukan sahaja menyebabkan tsunami malah mungkin boleh digambarkan seperti letupan air berlaku di bumi. Tidak hairan sekiranya berlaku hujan yang sangat dahsyat dan ombak menelan bumi.





Animasi tersebut menggambarkan bagaimana proses tersebut berlaku menyebabkan air di permukaan bumi dan juga air yang berada di bawah lapisan permukaan bumi keluar membanjiri bumi. Ada sebahagiannya yang terkeluar dari atmosfera bumi berikutan terlalu kuat letusan yang berlaku. Sebahagiannya menjadi komet dan membasahi asteroid berdekatan. Kita boleh dapati bahawa komet terdiri daripada bongkah ais yang mengeliling bumi dengan satu orbit yang sangat besar sehingga menjangkau beberapa planet dan sebahagiannya jatuh kembali ke bumi. Ada juga batu-batu yang dilitupi ais yang jatuh ke bumi. Ianya masih lagi dapat kita lihat sehingga hari ini. Batu-batu meteor dan komet yang jatuh menghujani bumi biarpun sehingga hari ini. Tercampak jauh semasa kejadian tersebut.

Sebahagian ketulan ini membawa hidupan kecil seperti serangga dan bakteria yang mana terperangkap dan terbeku. Dengan kata lain mereka sebenarnya pulang semula ke bumi. Boleh jadi juga beberapa haiwan lain dengan tanah batu yang dipijak ketika itu turut tercampak bersama air kemudian membeku pada aras atmosfera tertentu dan kemudian jatuh kembali ke bumi. Kemudiannya perlahan-lahan cair kembali dan menyambung kehidupan seperti sediakala.


Maksud ayat al-Quran

(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu selain daripada orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang yang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.
(Hud : ayat 40)


Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mataair-mataair (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan.
(al-Qamar : ayat 11 -&12)


Ayat ini menggambarkan air yang datang dari langit dan bumi untuk menenggelamkan permukaan bumi.

Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa maksud lain dari ayat 40 surah Hud bermaksud air terpancar dari dapur. Ada pendapat menyatakan dapur itu merupakan bumi kerana kita sedia maklum bahawa teras bumi ini merupakan satu bahagian yang sangat panas. Seolah-olah dapur yang memasak lapisan atasnya. Ini dapat dilihat pada terjemahan ayat tersebut dalam Bahasa Inggeris :

(So it was) till then came Our Command and the oven gushed forth (water like fountains from the earth). We said: "Embark therein, of each kind two (male and female), and your family, except him against whom the Word has already gone forth, and who believe. And none believed with him, except a few."
(Hud : 40)



Kemudian banjir mula surut.


Maksud ayat al-Quran

Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas Gunung "Judi", serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".
(Hud : ayat 44)


Ayat ini menggambarkan bagaimana Allah memerintahkan bumi untuk menelan kembali air yang banyak itu dan langit untuk berhenti menurunkan hujan bagi mengakhiri banjir besar satu dunia.

Ahli sains juga mendapati bahawa bentuk muka bumi di Grand Canyon di Amerika juga adalah antara yang terbentuk hasil dalam peristiwa ini. Ia seolah-olah satu laluan yang sangat besar dan dilihat dari jarak jauh, juga didapati bentuk koyakan yang dijahit. Ia merupakan satu bentuk untuk melalukan air yang terlampau banyak ini menuju ke satu bahagian bumi. Dengan kata lain ia merupakan satu terusan untuk melalukan air supaya kembali surut diserap bumi.





Animasi ini mungkin dapat membantu dalam memberi gambaran bagaimana proses penyurutan selepas banjir besar berlaku. Sebahagian air kembali masuk ke bawah lapisan permukaan bumi. Sebahagiannya masih kekal.

Banyak perubahan besar pada bentuk muka bumi yang berlaku selepas kejadian itu. Wujud bukit, gunung, lembah, lurah dan sebagainya akibat pergerakan muka bumi selepas berlaku 'koyakan' besar.

Adakah peristiwa ini juga yang memusnahkan tamadun-tamadun yang terkenal seperti Atlantik? Kota Atlantik dikatakan lenyap kerana satu letupan gunung berapi yang sangat kuat berlaku sehingga memusnahkan pulau yang mereka diami hinggakan tidak ditemui secara sahihnya pada hari ini. Begitu juga dengan Mohenjo-Daro yang dikatakan musnah dalam satu letupan nuklear yang mana kemungkinan loji nuklear mereka musnah akibat malapetaka ini. Tak kurang juga dengan beberapa Lost City yang lain yang digambarkan hebat tamadun dan teknologi mereka.


Peristiwa banjir besar ini berlaku dalam bulan Rejab dan bahtera Nabi Nuh a.s. selamat berlabuh pada 10 Muharram. 6 bulan lamanya berada di atas kapal, sepanjang berlakunya azab Allah dalam membersihkan muka bumi daripada manusia yang kufur terhadapNya. Berikutan peristiwa itu, dengan bahan yang ada seperti kacang-kacang dan gandum-gadum dimasak seperti yang kita kenali sebagai Bubur Asyura. Nabi Nuh a.s. juga berpuasa pada hari tersebut. Pada tarikh 10 Muharram itu juga dikatakan Nabi Musa a.s. bersama Bani Israel berjaya melepaskan diri dari dikejar Firaun di Laut Merah. Maka ia turut menjadi amalan orang Yahudi di mana mereka berpuasa pada 10 Muharram. Pernah Rasulullah s.a.w. bertanya kepada orang Yahudi, kenapa mereka berpuasa pada hari tersebut.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)

Maka dengan itu terbit amalan sunnah untuk berpuasa pada 9, 10 dan 11 Muharram. Bilangan harinya ditambah atas alasan untuk membezakan dengan amalan orang Yahudi dan juga alasan tambahan seandainya berlaku kesilapan dari segi perhitungan takwim.

"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)


Selepas peristiwa banjir besar tersebut, dikatakan Nabi Nuh a.s. sembahyang, sujud bertaubat kepada Allah. Tidak lama selepas mendarat dan kehidupan baru dimulakan, Nabi Nuh a.s. diperintahkan Allah untuk membuat pasu dari tanah dalam bilangan yang sangat banyak, mencecah ratusan atau ribuan. Kemudian diarahkannya untuk disusun secara bertingkat dan setelah itu Allah memerintahkan baginda menarik salah satu pasu paling bawah di tengah-tengah susunan pasu-pasu tersebut menyebabkan kesemua pasu yang lain hancur berkecai, tinggallah sebuah pasu yang ditarik Nabi Nuh a.s. Baginda mengeluh kerana diperintahkan membuat perkara yang dilihatnya sia-sia itu. Kemudian Allah menjelaskan begitulah yang baru sahaja diperlakukan terhadap ciptaanNya. Allah telah menjadikan manusia memenuhi muka bumi kemudian Nabi Nuh a.s. memohon kehancuran mereka termasuk hidupan lain di muka bumi. Setelah itu baginda sedar akan kesalahannya lalu bertaubat sehingga akhir hayatnya. Semenjak itu Allah melarang mana-mana nabi untuk memohon kemusnahan secara menyeluruh. Hanya satu-satu kaum sahaja yang dimusnahkan.



Video penuh bagaimana Banjir Besar Nabi Nuh a.s. berlaku


0 comments