Akan tetapi pernahkah kita ambil peduli bagaimana wujudnya bulan... Bagaimana Allah menciptakan bulan... Adakah ia terbentuk sekaligus dengan bumi, matahari dan semua alam semesta...
Masih segar lagi di ingatan saya bagaimana bapa saya menerangkan kepada saya yang ketika itu masih di awal sekolah rendah. Baru tahu bagaimana membaca perkataan Bahasa Inggeris. Lain yang dieja, lain pula bunyinya. Itulah antara perbezaan membaca tulisan Bahasa Melayu berbanding tulisan Bahasa Inggeris. Bagi saya, mudah lagi membaca Muqaddam (zaman tu saya belum jumpa atau belum pernah dengar buku Iqra' untuk belajar mengaji) daripada Bahasa Inggeris. Biarpun hurufnya hurufnya berlainan iaitu huruf jawi, tetapi mempunyai baris dan tanda-tanda yang membantu untuk menyebut setiap perkataannya. Saya baru dapat membaca tajuk buku yang telah lama berada di rak buku milik bapa saya bertajuk "Birth Of The Moon". Tapi hanya tajuk sahaja yang mampu saya baca. seterusnya hanya melihat gambar-gambar yang dikepilkan di dalamnya. Standard la, budak-budak. Lebih-lebih lagi yang malas membaca seperti saya. Hanya minat melihat gambar-gambar sahaja.
Ia merupakan salah satu cara bapa saya meluangkan masa bersama saya pada ketika itu. Dia akan bercerita yang pada saya pelbagai perkara. Antaranya berkaitan astronomi atau angkasa lepas. Antara minat bapa saya adalah melihat ke langit. Tiap kali melihat ke langit, beliau akan menyebut makna ayat Quran berbunyi
"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."
|
Saya bukanlah di kalangan mereka yang rajin ke surau, rajin beribadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan sebagainya. Lebih-lebih lagi saya sememangnya budak yang nakal yang biasa dimarah dan dirotan. Setiap kali saya memandang ke langit, saya akan terkenangkan detik saya bersama bapa saya ketika kami bersama-sama kerap memandang langit di waktu malam. Kerap juga kami terbaring di tengah jalan (rumah kami rumah taman, bukan rumah kampung) sambil memerhatikan langit disamping melihat kebesaran Allah. Allah Maha Berkuasa kerana telah menciptakan alam yang begitu luas ini. Maha Suci Allah, tidakkah Allah menciptakan semua ini dengan sia-sia?
Ketika itu, setiap kali bulan penuh, bapa akan menyuruh saya memerhati permukaan bulan. Tidak kira samada dengan mata kepala sendiri atau menerusi binocular atau menerusi teleskop. Waktu itu saya hanya tau seronok melihat sahaja. Belum pandai lagi memuji-muji kebesaran Allah. Andai kata lidah menyebut Subhanallah sekalipun, ia kerana terikut-ikut ucapan bapa saya setiap kali dia melihat sesuatu yang mengujakan tentang ciptaan Allah.
Setelah puas menatap permukaan bulan, bapa saya akan mengajak saya masuk ke dalam kemudian beliau memulakan sesi membebelnya... Betullah kan..... Bagi saya yang ketika itu masih budak-budak yang nakal, kalau dengar je mak atau bapa bercakap tak kira walau benda baik atau dia sedang mengajar sesuatu pun, ianya akan kedengaran seperti membebel. Tapi bila mula ditunjukkan gambar dan sebagainya, seronok mendengar jadinya. Lebih kurang macam belajar di sekolah juga. Kalau cikgu hanya bercakap tanpa bahan bantuan mengajar, walaupun sekadar coretan kapur, sekiranya menarik, ia dapat menarik minat pelajar.
Antara bahan yang bapa saya gunakan ialah buku "Birth Of The Moon". Mak kata bapa saya belinya di kedai sekitar tempat kami tinggal dulu. Tak jauh dari kawasan pentadbiran angkasa lepas dan aeronotik kebangsaan. Tapi masa tu saya masih kecil lagi. Sempat juga la seorang adik saya lahir di sana.
Tak tahu lah berapa ratus ribu juta tahun dahulu, kalau nak tahu juga rasanya boleh search kat Google. Ketika itu semua planet yang ada dalam sistem solar kita belum lagi mempunyai bulan. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa setiap planet mempunyai bulan mereka sendri. Bulan ini sebenarnya diistilahkan sebagai satelit semulajadi. Dengan kata lain, setiap planet mempunyai satelit semulajadi mereka sendiri dan bilangannya tidak sama. Planet Musytari (Jupiter) mempunyai bilangan satelit semulajadi yang paling banyak dan yang paling jelas kelihatan adalah 5. Setiapnya mempunyai namanya sendiri. Bumi mempunyai sebuah sahaja satelit semulajadi yang dikenali sebagai Bulan (Moon). Ketika itu juga susunan kedudukan planet-planet bukanlah seperti yang kita ketahui seperti sekarang.
Susunan kedudukan planet-planet ketika ini mengikut orbit adalah
Utarid (Mercury) > Zuhrah (Venus) > Bumi (Earth) > Marikh (Mars) > Musytari (Jupiter) > Zuhal (Saturn) > Uranus (Uranus) > Neptun (Neptune) > Pluto (Pluto)
Anda tentu tahu yang Bumi berputar di atas paksinya dengan sudut paksi putarannya condong sebanyak lebih kurang 23 darjah. Pada waktu belum wujud bulan, paksi putaran Bumi masih lagi 0 darjah. Anda juga tentu tahu bahawa disebabkan sudut paksi putaran Bumi yang condong 23 darjah itulah yang menyebabkan beberapa bahagian di Bumi ini mengalami musim-musim tertentu. Ada sesetengah tempat mengalami empat musim, ada yang mengalami musim hujan panas sepanjang tahun dan macam-macam lagi. Ada diajarkan di sekolah dalam subjek Geografi (zaman saya sekolah la).
Kita kembali semula ke waktu belum wujud Bulan dan susunan planet-planet masih bukan seperti sekarang, sewaktu Bumi dan planet-planet lain juga masih mempunyai paksi putaran bersudut 0 darjah. Sedang kesemua planet ini berputar mengelilingi matahari mengikut orbitnya, satu bintang yang lebih besar daripada saiz matahari kita melintasi sistem solar. Ia tidak melanggar mana-mana planet ataupun matahari. Kerana kita semua tahu bahawa matahari bersama bintang-bintang yang lain juga mempunyai orbitnya yang tersendiri untuk mengelilingi pusat galaksi Bima Sakti. Begitu juga dengan bintang-bintang di galaksi yang lain. Allah telah menyusun dan menjadualkan kesemua laluan bagi planet, bintang dan galaksi dalam alam semesta ini untuk bergerak mengikut orbitnya. Sekiranya berlaku sebarang perlanggaran, maka ianya memang kehendak Allah. Tapi sepatutnya ia tidak berlanggar kerana Allah Maha Mencipta dan Maha Bijaksana. Allah jualah yang teah menentukan kesemua orbit planet, bintang, galaksi dan apa saja yang ada di dalam alam semesta ini.
Seperti yang kita sedia maklum, setiap objek mempunyai kesan gravitinya tersendiri samada kuat atau lemah. Sebagai contoh kita juga maklum Bulan mempunyai 1/6 daya tarikan graviti Bumi. Dan secara logiknya, semakin besar objek tersebut semakin tinggi tarikan gravitinya. Ianya boleh dikira secara matematik, ada formula yang kita belajar dalam subjek fizik waktu sekolah dulu. Kalau tak pun masa tahun 1 di universiti pun ada diajarkan. Graviti dipengaruhi oleh jisim objek dan jarak antara kedua-dua objek. Disebabkan lintasan bintang tersebut yang mempunyai graviti yang agak kuat berbanding matahari maka planet-planet yang ada turut terkesan.
Kesannya adalah planet-planet ini terikut sekejap dengan bintang tersebut. Akan tetapi matahari masih belum kehilangan planet-planetnya kerana tarikan gravitinya masih berjaya menyelamatkan planet-planetnya. Walaubagaimanapun kesemua planet-planet ini telah berubah kedudukannya sehingga Pluto yang paling kecil tertarik jauh hingga ke hujung sana. Dapat dilihat bahawa susunan planet bermula Musytari (Jupiter) hingga Pluto disusun mengikut saiz yang kebetulan mewakili jisim planet tersebut.
Fenomena ini juga menyebabkan kebanyakan planet telah berubah sudut paksi putarannya. Ada planet yang sudut paksi putarannya 90 darjah. Sekiranya anda tidak dapat membayangkannya, anda juga boleh search di Google atau YouTube. Saya tidak mahu meletakkan link tertentu kerana saya tidak mahu link tersebut mempengaruhi anda. Mana la tau kan.....
Kita teliti pula suasana di Bumi. Sebelum itu Bumi yang paksi putarannya 0 darjah, seluruh permukaan Bumi mempunyai musim yang sama sepanjang masa. Rata-rata permukaan Bumi juga merupakan tanah besar. Mungkin ketika itu Bumi dilihat berwarna hijau kerana rata-rata permukaan adalah tanah yang dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Dan pada zaman itu juga wujudnya dinosaur.
Waktu sekolah dulu lagi, diceritakan bahawa dinosaur pupus disebabkan satu meteor besar melanggar Bumi menyebabkan kemusnahan besar di muka Bumi seterunya kepupusan kesemua dinosaur pada ketika itu.
Ia agak berlawanan dengan apa yang ditulis di sini. Bintang besar yang tadinya saya sebut melintasi sistem solar kita yang menyebabkan perubahan susunan kedudukan planet adalah sebenarnya yang menjadi faktor penyebab kepupusan dinosaur. Semasa bintang tersebut melintas, berlaku satu proses di mana tarikan antara matahari-bumi dan juga tarikan bintang-bumi yang mana akhirnya matahari berjaya menarik bumi kembali dari terus terikut dengan bintang tersebut.
Sepanjang proses tarikan tersebut berlaku sesuatu yang amat dahsyat di muka bumi di mana sebahagian muka bumi tercabut mengikut bintang yang besar itu. Sebab itu kita dapati di bahagian selatan Bumi merupakan satu permukaan lautan yang amat luas dan tiada daratan. Ini kerana bahagian daratan tersebut telah pun tertarik semasa bintang tersebut melintas. Walaupun begitu semasa tertarik kuat oleh bintang, bumi masih lagi berputar seperti biasa kerana sekiranya bumi berhenti berputar maka gravitinya akan hilang.
Anda tentu tahu bahawa disebabkan bumi, bulan, planet, matahari dan bintang berputar di atas paksinya maka graviti tersebut. Semakin laju putaran di atas paksinya maka semakin kuat tarikan gravitinya. Disebabkan putaran ini juga yang menyebabkan kesemua planet dan bintang berbentuk bulan dan seimbang. Bumi yang terus berputar tadi cuba mengekalkan kembali bentuk sferanya dek kerana terkoyak-koyak akibat tarikan dari bintang tadi.
Sebahagian serpihan bumi ada yang terus mengikut bintang tersebut dan ada yang tertinggal di angkasa lepas. Serpihan yang tertinggal berhampiran dengan Bumi terus kekal berada di sekeliling Bumi bagaikan mengorbit Bumi disebabkan graviti bumi. Setiap serpihan mengorbit Bumi dengan kelajuan masing-masing yang mana sudah tentu menghentam dan bercantum dengan serpihan yang perlahan. Proses ini berterusan sehingga akhirnya bersihlah kesemua serpihan tadi dan akhirnya membentuk satu objek besar yang baru. Itulah yang kita kenali sebagai Bulan. Serpihan-serpihan kecil tadi yang akhirnya bergabung membentuk Bulan dan terus mengelilingi Bumi hingga ke hari ini, seperti yang kita dapat lihat di malam hari.
Sekiranya kita boleh ke bulan seperti mana Neil Armstrong dan lain-lain, kita boleh dapati bahawa batu-batu di sana merupakan baru yang agak hampir di Bumi. Tidak hairan jika saintis menyatakan bahawa didapati bahawa batu-batu di Bulan itu pernah wujud air di antaranya. Saintis juga mengatakan bahawa sampel-sampel batu di Bulan itu merupakan batu yang seperti di Bumi tetapi yang telah lama. Tidak ada lagi batu sepertinya di permukaan bumi. Dengan kata lain, batu di Bumi yang dapat kita pegang ini semua adalah muda jika dibandingkan dengan batu di Bulan. Ini kerana batu di Bulan itu merupakan batu pada zaman dinosaur. Batu di muka Bumi pula banyak yang telah diperbaharui di mana semenjak peristiwa lintasan bintang besar itu, permukaan Bumi telah berlaku banyak perubahan. Banyak gunung-ganang mula keluar dari perut bumi, pergerakan plat Bumi yang menyebabkan isi Bumi terkeluar dan macam-macam lagi. Ada juga diajar semasa di sekolah dulu.
Ada juga di antara sampel-sampel batu yang di bawa balik dari Bulan itu mengandungi fosil dinosaur. Dari mana datangnya dinosaur itu? Dinosaur pernah hidup di bulan ke..... Itulah dia sebahagian mangsa yang terikut dan bersebati menjadi Bulan semasa peristiwa lintasan bintang tersebut.
Memang.....agak berlainan seperti yang kita ketahui tentang sejarah kepupusan dinosaur.
Atas sebab itu juga sebenarnya manusia ke Bulan. Untuk melihat, mengkaji dan memastikan tentang kejadian kelahiran Bulan. Memang ada sesetengah pihak yang menafikan peristiwa manusia ke Bulan. Ianya dikatakan hanya lakonan semata-mata.
Teknologi hari ini memudahkan untuk perkara ini diterangkan secara umum. Saya rasa kalau anda search di Google atau YouTube, banyak artikel dan video yang boleh anda jumpa berkaitan perkara ini.
Secara tidak langsung, begitu Allah membersihkan dan renovate Bumi, ditambah lagi dengan Bulan yang boleh menerangi malam hari di permukaan Bumi supaya nanti lebih sesuai untuk didiami makhluk Allah yang bernama manusia yang bakal Allah ciptakan untuk memakmurkan muka bumi ini.
Begitulah antara persediaan Allah bagi menempatkan khalifah di muka bumi.
0 comments
Post a Comment