Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kelima di Tawau. Tapi belum pernah lagi saya berpuasa di Tawau tanpa isteri dan anak-anak. Alhamdulillah.....
Taufiq pun dah semakin besar. Baru-baru ni genap sudah umurnya 4 tahun. Malam ni merupakan pertama kali Taufiq ikut berterawih di masjid. Sebelum-sebelum ni Taufiq cuma mengacau mak abah dia masa sembahyang terawih. Berkat mengacau, akhirnya pandai gak dia sembahyang. Hihihi... Balik je dari masjid, dengan bangganya dia bercerita pada maknya yang dia sembahyang terawih di masjid.
Taufiq mula ikut berjemaah di masjid sejak sembahyang raya Aidilfitri tahun lalu. Maknya sakit. Jadi takde siapa yang nak jaga dia kalau saya sendiri ke masjid. Kebetulan Taufiq pun memang teruja nak ikut. Alhamdulillah, sejak tu dia rajin ikut ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Dan malam ni pula sembahyang terawih. Mudah-mudahan Taufiq seronok untuk terus ikut ke masjid ye nak.....
Sebenarnya sedikit sebanyak Taufiq terpengaruh dengan cerita Upin & Ipin. Cuma dalam siri Upin & Ipin tu ke masjid bukan untuk sembahyang Jumaat tapi untuk terawih. Sehinggakan kalau Taufiq pergi sembahyang Jumaat pun dikatanya sembahyang terawih. Macam-macam hal la budak kecik ni.....
Asalkan perkara baik, Taufiq nak belajar dari kartun pun takpe lah....
Mula-mula dulu memang Taufiq main-main juga di masjid masa orang sembahyang. Tapi tiap kali pesan kat dia "berdosa kalau tak sembahyang". Faham la tu agaknya..... Makin lama makin pandai dia ikut sembahyang berjemaah. Takde la main-main. Alhamdulillah.....
Semoga Taufiq menjadi anak yang soleh. Amin.....
Episod : Tarbiah Diri
2 days ago
0 comments
Post a Comment