Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Monday, May 11, 2009

Grip or Drift

Apabila memandu, apa yang kita mahukan adalah pemanduan yang selamat tidak kira sama ada memandu perlahan, laju, di jalan lurus, di selekoh atau sebagainya. Rata-rata pemandu sudah semestinya akan memandu dengan gaya grip driving. Malah sekiranya anda memandu dengan gaya drift driving, akan mungkin akan dianggap sebagai pemandu yang reckless atau gila-gila atau pun hilang kawalan.

Grip driving merupakan gaya pemanduan yang dianggap paling selamat kerana memandu di dalam keupayaan cengkaman tayar. Oleh itu anda akan mampu menyusuri jalan-jalan, lorong-lorong atau selekoh-selekoh dengan yakin tanpa tergelincir. Walaubagaimanapun tahap cengkaman tayar sesebuah kereta tidak sama antara satu kereta dengan kereta yang lain. Ini mungkin disebabkan faktor jenis tayar, keadaan tayar, bentuk kereta, layout kereta dan juga teknik pemanduan. Adalah penting untuk kita ketahui had keupayaan cengkaman tayar kereta yang kita gunakan bagi mengelakkan terbabas di selekoh. Kebanyakan pelumba professional termasuk pemandu F1 menggunakan grip driving.

Drift driving pula merupakan gaya pemanduan yang dianggap bahaya dan anda juga mungkin dianggap pemandu reckless. Ini kerana anda memandu kereta anda dalam keadaan melampaui keupayaan cengkaman tayar kereta anda. Oleh itu kereta anda akan kelihatan seolah-olah terbabas. DAN ANDA MUNGKIN SEMEMANGNYA TERBABAS. Walaubagaimanapun sekiranya anda mampu mengatasinya dengan mengawalnya, anda akan mampu menyusuri selekoh dengan selamat. Amat jarang kita dapati pemandu yang mengamalkan drift driving kerana faktor keselamatan dan juga faktor lain. Anda mungkin kelihatan sengaja merosakkan kereta anda apabila anda berdrift. Walaubagaimanapun pada hari ini, aktiviti drift kereta telah dianggap sebagai sukan bermotor. Sebagai contoh D1 Grand Prix.

Ada persoalan di kalangan pelumba-pelumba iaitu yang mana lebih baik. Grip driving atau drift driving. Secara realiti, sememangnya kita tahu bahawa tiada satu teknik yang sempurna di mana ia sesuai untuk semua keadaan. Sama juga dalam persoalan ini. Ada ketika itu adalah lebih baik menggunakan grip driving dan ada ketika lebih baik menggunakan drift driving. Semuanya terpulang kepada kebijaksanaan pemandu untuk memilih teknik apa yang sesuai untuk sesuatu keadaan itu. Kombinasi antara grip driving dan drift driving membuatkan seseorang pemandu itu lebih kreatif dan cekap kerana keupayaan berfikir dan menilai sesuatu keadaan dalam sekelip mata.

Bagi saya yang merupakan pemandu biasa, grip driving merupakan gaya pemanduan yang biasa saya amalkan, begitu juga dengan pemandu-pemandu lain. Walaubagaimanapun drift driving merupakan salah satu cara untuk berseronok ketika memandu. Dengan berdrift, saya menjadi lebih mengenali dan lebih percaya dengan keupayaan kereta yang saya pandu. Drift juga banyak membantu saya untuk memandu lebih yakin di dalam situasi-situasi yang kritikal seperti hujan lebat, menyusuri jalan turun bukit yang penuh dengan selekoh dan sebagainya.

Untuk memandu lebih pantas, seseorang pemandu itu tidak seharusnya terlalu tegas pada grip driving sahaja atau drift driving sahaja (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).

0 comments