Sambil jalan-jalan beraya, tak lupa juga dengan kamera aku. Beraya pun beraya juga. Disebabkan kami bergerak beramai-ramai, termasuk dari yang kanak-kanak sehingga ke veteran. Jadi setiap kali singgah menziarah tu memang la lama. Yang buat lagi lama sebab lama sangat berbual. Ye la...... biasanya sebab lama sangat tak jumpa. Tak pe la... Ini la gunanya hari raya.
Tapi bagi yang veteran ni kalau berbual, memang terlampau lama. Sementara tu, boleh la bermain-main dengan kamera. Ni la gunanya aku bawa kamera. Pulak tu kat kampung-kampung ni senang nak dapat pemandangan yang natural. Ye laaa.... Kat kampung la yang banyak lagi mengekalkan ciri-ciri semulajadi. Tempat-tempat yang masih natural ni biasanya gambar lagi lawa. Mungkin sebab environment yang natural menyebabkan lighting yang lebih natural dan menarik.
Ya betul... Lelaki berbaju hitam itu adalah aku. Ini adalah gambar betul ya. Bukan main edit-edit ok. Gambar live punya.
Yang ni pulak adik aku. Kenapa pulak la dia jerit macam tu. Huhuhu...
Gambar-gamabr ni memang bukan edit punya. Cuma menggunakan sedikit teknik dan juga DSLR. Apa yang perlu adalah menggunakan Shutter-Priority Mode. Kemudian set shutter speed kepada 1/2 saat. Pastikan kamera attach dengan lensa yang boleh zoom-in dan zoom-out. Masa ni aku guna lensa 18-55mm. Tentukan dulu pusat atau center yang hendak dibuat effect. Jadikannya sebagai center image dalam gambar tersebut. Pastikan lensa dalam keadaan zoom-out. Kemudian snap gambar. Beberapa detik selepas snap, cepat-cepat putarkan lensa untuk zoom-in sebelum mendengar bunyi shutter terkatup.
Semasa memutarkan lensa, pastikan kamera tidak bergerak untuk mengelakkan objek blur. Aku mula-mula test pada objek yang tak bergerak. Bila dah ok baru aku try pada objek yang boleh bergerak macam orang ke...
0 comments
Post a Comment