Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Thursday, September 16, 2010

Pemandangan di Look Out Point

Hari ni merupakan Hari Malaysia sempena penubuhan Malaysia. Bermula tahun ni, hari ini diumumkan sebagai cuti umum. Tapi aku sememangnya cuti kerana masih lagi cuti beraya. Dan kebetulan aku berada di Hulu Langat, lepak kat rumah aku di Hulu Langat. Sekejap je kat sini.
Alang-alang dah berada kat sini, aku ke Look Out Point. Saje nak tengok Kuala Lumpur dari situ. Sememangnya tempat ni adalah tempat yang best untuk melihat Kuala Lumpur samada siang atau pun malam. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi bawa bini aku ke sini. Dan rasanya dia pun tak pernah ke tempat ni.
Aku ajak adik-adik aku juga. Sebab tujuan asal aku ke sini adalah untuk berfotografi. Hehehe... Dan adik aku pun memang pengguna DSLR. Jadi bila aku ajak tu memang dia takkan tolak la pelawaan aku.



Kat Look Out Point ni ada banyak tempat makan. Sambil makan boleh tengok pemandangan Kuala Lumpur. Memang best. Ramai orang datang. Tempat parking yang paling atas memang penuh. Susah nak cari parking. Aku parking kat separuh perjalanan menuju ke Look Out Point. Tempat makan kat sini pun aku tengok ramai orang. Sedap ke tak aku tak tau. Sebab aku tak pernah makan kat sini.
Tapi aku datang bukan nak makan. Jadi kami memang tak order apa-apa. Hehehe... Ni belum paling atas lagi. Ada lagi tempat paling atas. Dan semestinya itulah tempat yang aku tuju.




Menapak la kami naik tangga ni. Kalau berlari, mengah juga la. Hehehe...

Kat atas ni pun ada tempat makan juga. Tapi aku tengok takde la seramai macam tempat yang tadi.



Sementara kami berfotografi, bini aku dan anak aku menjamu selera dengan beberapa potong kek. Boleh tahan la harganya. Sepotong harganya dekat RM10. Sedap la kot. Tanya bini aku. Hehehe...



Jam di menara Maxis menunjukkan pukul 6.50 petang. Di kala ini kamera aku diattachkan dengan lensa 55-200mm. Standby untuk zoom apa-apa yang patut.



Hari semakin senja.



Haaa.....lampu-lampu bangunan di Kuala Lumpur mula menyala. Baru la dapat cam bangunan-bangunan di Kuala Lumpur. Ada la nampak bangunan Time Square, Menara Maybank dan lain-lain lagi.



Dah pukul 7.31 malam. Tak lama lagi hari semakin gelap dan lebih banyak lampu bangunan yang akan menyala.



Beberapa minit kemudian, inilah antara pemandangan Kuala Lumpur dari Look Out Point. Kena guna tripod sebab aku set shutter speed dalam 10 saat. Kalau tak pakai tripod memang gambar akan blur sebab kamera bergoyang.

4 comments

Rean May 25, 2011 at 4:41 AM

salam bro, mengikut maklumat yg diterima katanya look out point tu xde sijil halal,dah ditarik balik dr jakim..

mamat May 26, 2011 at 8:09 AM

tu saya kurang pasti. sebab saya ke sana pun untuk melihat pemandangan KL dari atas bukit je... intention saya nak tunjuk pemandangan je. bukan tempat makan. hehehe...

dan entri saya ni tahun 2010 kan... sebarang perubahan selepas tu, saya tak pasti la termasuk tentang sijil halal ditarik balik.

apa pun saya berterima kasih pada saudara kerana mungkin input saudara itu memang bermanfaat bagi pembaca yang lain.

tentang sijil halal ditarik balik pun, kadang kala kita perlu faham. dia ibarat lesen. macam kita nak memandu kereta. kita memang ada lesen memandu. tapi sampai tamat tempoh, biarpun kita pandai dan berpengalaman memandu, tapi kita tetap akan didapati bersalah sekiranya memandu dengan keadaan lesen tamat tempoh.

jadi mengenai sijil halal ditarik balik ni saya tiada komen. cuma kita perlu selidik la samada sijil tu ditarik balik kerana tidak menepati kriteria yang dikehendaki JAKIM atau sekadar sijil itu telah tamat tempoh dan mengambil masa untuk diperbaharui.

adik saya jual nasi lemak rendang depan rumah pun takde sijil halal. hehehe...

sekadar pandangan dari saya...

terima kasih kepada saudara yang memberi komen dan input

Anonymous

SALAM BRO..BARU2 NIE SYE DH NAIK SAMPAI ADE GERAI2 MAKAN TEPI JALAN TU..TP X JUMPE LA KEDAI NIE..BOLEH X SAUDARA SHARE VIEW KN MAP NK G RESTORAN NIE..TERIMA KASIH..

mamat August 28, 2013 at 10:02 AM

salam tuan, kalau tak silap saya ada dengar tempat ni dah ditutup sebab ada kes tanah runtuh tahun lalu. saya pun tak pasti sebab sekarang saya menetap di Sabah