Nampak tak kerusi biru anak aku tu. Yang anak aku buat main tu. Kalau aku letak atas tu, dia dah pandai turun sendiri. Tapi dalam keadaan yang agak bahaya la. Dalam erti kata lain, guling-guling sampai jatuh dari kerusi tu la :-P huhuhu... Kalau aku tegakkan sikit, dia mula angkat badan dia, macam nak duduk. Tapi masalahnya dia belum boleh duduk tegap lagi. Jadi, bila dia cuba angkat badan dia, nanti dia akan jatuh ke depan pulak. Bahaya betul anak aku ni. Nakal betul.
Kebetulan sekarang ni aku tengah cuti. Jadi anak aku lebih banyak luangkan masa dengan aku. Kalau dah kebulur ke, buang air ke, baru la dia melalak panggil mak dia. Mmmmmmmaaaaak..... Macam tu la dia menangis panggil mak dia. Huhuhu...
Suka dia kalau dapat duduk macam ni sambil tengok tv. Huhuhu... Tak padan kecik. Belum boleh duduk tapi dah sibuk nak duduk. Berangan nak jadi macam orang besar.
Bukan setakat tengok tv. Nak juga dia main komputer. Apa boleh buat. Dah mak bapak dia pun selalu duduk depan komputer. Huhu..serabut sikit bilik tu. Tengah kemas, ubah susun atur perabot ;-)
Ewah ewah... Dia pun nak minum jugak ke... Ye la... Mak buat air ni untuk abah. Dia pulak nak menyibuk.
Eh...dah dah dah... Ada ais ni. Tak boleh minum banyak sangat. Awak tu kecik lagi. Huhuhu...
Jom sambung main komputer lagi. Taufiq nak surf internet lagi ke... Ke nak update blog ;-)
0 comments
Post a Comment