Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Wednesday, December 31, 2008

Nak jual daun pandan dengan serai keee...

Pagi tadi lepas aku rilek-rilek, aku tebas hutan mini belakang rumah aku. Huhuhu... Padahal cuma pokok serai, pandan, kunyit je. Lain-lain tu keluarga rumput dan lalang. Tapi dah merimbun. Takde masa nak tebas. Lama-lama merimbun la, apa lagi. Tapi pagi tadi aku gagahkan diri juga. Nak kata sempena tahun baru pun boleh juga la. Kebetulan dalam minggu ni kita sambut tahun baru hijrah dan juga tahun baru masihi.

Abis semua aku tebas pagi tadi. Letih gak la. Ni pun rasa otot macam bengkak. Nak buat macam mana. Dah tak biasa berkebun. Padan muka. Huahaha... Bini aku kata tiba-tiba dapur jadi terang. Mana taknye. Dah takde lagi hutan mini kat belakang rumah. Hehe... Tu pun belum siap lagi aku kemaskan. Aku bungkus daun-daun ngan ranting-ranting dalam beg plastik pastu buang kat tempat sampah. Kalo bakar je memang senang keje. Tapi kesian pulak kat jiran-jiran. Kang tak pasal-pasal yang ampai baju tu free-free je buat kain salai. Huahaha...

Aku rasa dekat 7 pokok pandan aku tebas. Pokok serai lak akarnya dah macam busut. Aku tebas gak. Tinggalkan sikit je biar hidup. Simpan untuk masa depan. Cewah... Tapi aku tak buang la daun pandan ngan serai yang aku tebas tu. Aku bungkus, bagi kat jiran-jiran. Ada la 10 rumah aku bagi. Stok untuk berapa lama la agaknye tu. Bini aku malas nak bungkus banyak-banyak la tu. Aku minta tolong bini aku yang bungkus untuk nak bagi kat jiran-jiran. Dia bungkus banyak-banyak. Aku rasa sebenarnya boleh bagi untuk 20 ke 25 rumah kot. Hehehe... Apa-apa je la ye.



Sebenarnye seluruh kawasan ni dah ditumbuhi rumput dan pokok yang lebih tinggi dari aku. Abis dah aku tebas. Apa pun belakang rumah aku dah terang. Apa nak buat lepas ni, kita tengok je la nanti. Yang pasti kalau rumput naik lagi, kene la aku tebas lagi. Hehehehe...



Berbekalkan pisau dapur bini aku, aku menebas hutan mini ni. Huhuhu... Ada aku pinjam cangkuk jiran, tapi tak gunakan pun. Pakai pisau dapur pun dah cukup.



Taufiq nak posing pulak depan hasil tebas abah ni ;-)

1 comments

Zack January 1, 2009 at 11:15 AM

Hehe...rumah jiran2 yang tak kenal pun kita bagi2 gak ek? Sampai ada org ingat 'nak jual ke?' sebab bawa bertimbun sangat :P takpe, seronok gak round2 satu taman jumpa org ;)