Masa mula-mula aku bela akuarium air laut ni, aku guna alat ni untuk sukat berat air. Hydrometer. Untuk nak tau kepekatan garam dalam air.
Sekarang aku guna juga alat ni untuk nak sukat berat air akuarium. Refractometer. Alat ni lebih tepat. Tapi lebih mahal la banding hydrometer. Aku beli ni pun dari eBay.
Ni pulak test kit untuk nak uji pH air. Ni beli kat kedai akuarium. Warna dia menunjukkan tahap pH. Tu aku baru je test. Ada la 8.6, lebih krang macam tu la. Aku cadang nak cari pHmeter yang elektronik. Ada survey kat eBay. Huahaha...
Ni pulak untuk nak test kH. Bila letak cecair kimia tu nanti warnanya jadi biru macam dalam gambar tu.
Lepas beberapa titis, nanti dia ubah jadi kuning macam ni pulak. Bilangan titis bahan uji yang dititiskan menunjukkan berapa dkH air yang diuji. Aku punya tu 9 titis baru jadi kuning. Maka 9dkH la. Hehehe...
Ni pulak untuk nak test kandungan kalsium dalam air. Penting untuk pertumbuhan coral. Hehehe... Mula-mula letak tu dia jadi warna ungu macam tu.
Lepas beberapa titis bahan kimia tu nanti jadi warna biru lak macam tu. Bilangan titis menunjukkan tahap kandungan kalsium dalam air tu. Yang aku test tu 22 titis maka lebih kurang 440ppm kalsium.
Haaa....ni makanan coral. Plankton. Tapi ni bukan plankton hidup la. Kalau hidup bagus juga. Hehehe... Ada banyak jenis, banyak saiz. Mikrometer. Huhuhu... Memang la halus, baru la coral boleh makan. Mulut dia kecik. Ada yang mulut dia tak nampak, kecik sangat. Yang macam tu kene makan plankton yang lagi halus. Coral aku majoriti boleh nampak mulutnya, kira besar la.
Ni pulak bahan tambahan untuk zat-zat yang diperlukan. Iodin dan kalsium. Ada banyak lagi sebenarnya tapi tak larat la aku nak beli semua. Beli yang penting-penting je. Yang melibatkan pertumbuhan coral yang ketara. Yang lain tu aku recover balik bila aku tukar air. Paling kurang sebulan sekali la. Setakat ni ok la aku buat macam tu.
Yang ni untuk nak maintain pH dan kH. Kalkwasser dan reef builder. Kalkwasser boleh bekalkan kalsium juga disamping menaikkan pH. Tapi kalau silap guna boleh mati semua hidupan. Sebab pH terlalu tinggi.
0 comments
Post a Comment