Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, January 11, 2009

Drift Driving

Drift merupakan satu perkara yang mula mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat sukan motor. Ia merupakan sukan yang menyeronokkan. Seronok bagi yang memandu dan seronok juga bagi yang menonton. Untuk berdrift, pertama sekali anda perlu memulakan drfit tersebut atau seretan atau mungkin juga disebut lost traction. Kemudian anda hanya perlu mengawal drift tersebut. Ada beberapa teknik yang digunakan untuk memulakan drift (to initiate the drift).



Power Over Drift

Drift dihasilkan dengan menekan throttle ketika memasuki selekoh menghasilkan oversteer menyebabkan tayar belakang tergelincir. Enjin yang mempunyai horsepower yang tinggi diperlukan untuk menggunakan teknik ini.

Teknik ini tidak boleh digunakan untuk kereta pacu depan. Biar sekuat mana pun enjin yang dimiliki, tayar depan yang akan tergelincir, bukan tayar belakang. Dengan itu oversteer tidak akan berlaku untuk membolehkan kereta drift.



E-Brake Drift

Teknik ini merupakan teknik asas drift, menggunakan E-Brake (handbrake) untuk membolehkan tayar belakang tergelincir seketika kemudian mengawal haluan kereta menggunakan steering dan juga throttle. Ia merupakan teknik utama yang digunakan oleh kereta pacu depan disebabkan layout kereta itu sendiri. Walaubagaimanapun teknik ini sangat jarang digunakan dalam perlumbaan kerana kelajuan kereta akan menurun.



Clutch Kick Drift

Teknik ini dilakukan dengan MENENDANG pedal clutch semasa mengambil selekoh sambil terus menekan throttle. Pedal clutch ditendang, bukan ditekan. Ini akan memberikan kejutan pada driveline dan mengganggu traction tayar belakang seterusnya menyebabkan tayar belakang tergelincir.



Shift Lock Drift

Teknik ini dilakukan dengan menukar gear kepada gear yang lebih rendah dan melepaskan pedal clutch secara mengejut semasa mengambil selekoh. Stress yang diberikan oleh driveline ini akan menyebabkan tayar belakang dilock seketika seterusnya tayar belakang akan tergelincir.



Dirt Drop Drift

Ia dilakukan dengan membiarkan tayar belakang melalui jalan yang berpasir atau sebarang permukaan yang licin semasa mengambil selekoh.



Feint Drift

Teknik ini dilakukan dengan memecut terus ke arah yang berlawanan dengan selekoh kemudian membalas semula putaran steering ke arah selekoh tersebut. Kereta akan melantun menyebabkan lost traction membolehkan bahagian belakang kereta terbuang dan memulakan drift. Teknik ini juga dikenali sebagai Scandinavian Flick di kalangan pemandu-pemandu Eropah.



Jump Drift

Dalam teknik ini, tayar belakang yang berada di ruang dalam selekoh dibiarkan melalui permukaan jalan yang berbonggol untuk membolehkan tayar ini melompat untuk membiarkan lost traction berlaku. Dengan ini tayar belakang akan tergelincir untuk memulakan drift.



Braking Drift

Teknik ini dilakukan dengan membrek dengan kuat semasa mengambil selekoh menyebabkan tayar hilang cengkaman seterusnya drift dikekalkan dengan kawalan steering dan juga throttle. Ia sangat sesuai untuk low speed corner.



Kansei Drift (Inertia Drift)

Teknik ini dilakukan dengan kelajuan yang tinggi. Semasa memasuki selekoh, throttle dilepaskan secara mengejut menyebabkan oversteer yang sederhana. Seterusnya drift dikawal dan dikekalkan dengan kawalan steering dan juga throttle. Teknik ini sangat sesuai digunakan oleh kereta yang



Long Slide Drift

Teknik ini seperti teknik E-Brake Drift tetapi dilakukan pada kelajuan tinggi.



Teknik-teknik drift ini perlu disesuaikan dengan jenis selekoh dan juga jenis kereta yang dipandu. Layout kereta juga memainkan peranan dalam pemilihan teknik drift. Adalah penting untuk anda mengenal dan mengetahui bagaimana kereta anda bergerak.

Pertama sekali anda perlu mengenalpasti layout kereta anda samada pacuan depan (FWD atau FF), pacuan belakang (RWD atau FR) ataupun pacuan 4 roda (AWD atau 4WD).

Kedua, anda perlu mengetahui kemampuan enjin kereta anda. Adakah ia kategori under-powered car atau hi-powered car.

Tiada satu teknik yang dianggap teknik terbaik. Semuanya bergantung pada kesesuaian keadaan. Walaubagaimanapun apabila anda berdrift, anda mungkin akan menggabungkan beberapa teknik sekaligus untuk mengawal kereta anda dengan lebih baik ketika berdrift.

Drift adalah salah satu cara untuk berseronok ketika memandu. Drift juga banyak membantu mengelakkan kereta daripada terbabas atau spin-out semasa berlumba (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).

0 comments