Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, November 15, 2008

Test Kit Please...

Setelah sekian lama aku bela akuarium air laut, baru ni la aku beli test kit. Tu pun aku cuma beli test kit Calsium, pH dengan kH (carbonate hardness). Sebelum ni main agak-agak je.

Apa pun test kit ni penting, untuk nak maintain kualiti air. Hidupan marin ni sensitif sikit. Bini aku kata nak bela akuarium marin ni dah macam bela anak. Banyak benda nak kene monitor. Hehe..aapa taknye. Kalau aku outstation, bini aku la yang kene maintain akuarium aku ni. Tapi takde lak bini aku merungut sebab kene jaga. Dia kata seronok gak jaga. Lagi nikmat rasanye bila tengok ikan-ikan tu berenang hepi, coral pun kembang.

Tapi aritu masa aku outstation, bini aku kata ada malam bila entah blackout lama. Pergh...aku rasa mesti ikan-ikan dan coral-coral aku mula lemas. Ada gak la beberapa ekor ikan aku yang menjadi korban. Ingatkan ikan aku je. Ikan member aku pun sama, ada gak yang mati. Dia pun ada akuarium marin gak.

Sekarang aku rasa, tibalah masanya untuk aku nak ke tahap yang seterusnya. Maintain kualiti air. Sebelum ni main belasah je. Main tuang je apa yang patut. Agak-agak je. Guna gerak hati dan pemerhatian je. Huhu... Tapi tak boleh rupanya. Aku pun mula berjinak-jinak menggunakan test kit yang aku baru beli.

Hasil ujian dari sampel air akuarium aku adalah :

Ca = 420
pH = 7.6
kH = 11
sg = 1.023
Temp = 26-29 C

Hasil dari ujian tu, aku dapat kesimpulan bahawa tahap pH aku rendah. Sepatutnya kandungan sampel adalah :

Ca = 420 ke atas
pH = 8.1 - 8.4
kH = 8 - 12
Mg = 1200
sg = 1.022 - 1.025
Temp = 22 - 26 C

Magnesium aku tak dapat nak test sebab aku takde test kit untuk magnesium. Mahal test kit ni. Lebih kurang RM80 kot. Pulak tu aku cari kat Tawau ni tak jumpa. Suhu dia pulak kira tahap kritikal la. Aku masih belum guna chiller lagi. Masih lagi dengan kipas sahaja. Huhuhu.....

0 comments