Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian untuk mahir dalam grip driving. Pelumba-pelumba banyak berlatih berkaitan perkara-perkara ini bagi memastikan mereka pantas di litar atau di jalanraya.
Smooth driving
Dalam drifting dan perlumbaan, agresif tidak semestinya anda akan menjadi pantas. Sekiranya anda hanya ingin meningkatkan teknik memandu anda, smooth driving adalah yang terbaik. Di litar perlumbaan, smooth driving membolehkan anda mengurangkan pemindahan beban (weight transfer) supaya anda dapat menggunakan cengkaman tayar secara maksimum dan seterusnya dapat mengekalkan kawalan pada kelajuan yang tinggi. Di jalan awam pula, ia boleh membuatkan pemanduan anda menjadi lebih selesa malah meningkatkan penjimatan penggunaan minyak.
Grip
Grip ataupun cengkaman merupakan sesuatu yang menarik. Dengan adanya grip, kereta anda boleh terus bergerak di jalan, memecut, membelok malah berhenti. Grip ini berada pada tayar kereta anda. Walaubagaimanapun grip ini mempunyai had yang tertentu. Jenis tayar dan jenis kereta yang digunakan juga menjadi penentu had cengkaman. Adalah penting untuk mengetahui had tayar atau grip limit bagi tayar itu sekiranya anda mahu memandu pada tahap optimum.
Weight transfer
Semasa memandu, pemindahan beban (weight transfer) boleh berlaku samada secara longitudinal (depan-belakang) atau lateral (kanan-kiri). Bergantung kepada bagaimana weight transfer ini terjadi, ia merupakan kunci samada ianya membantu atau sebaliknya akan mengganggu pemanduan anda.
Steering
Teknik mengawal steering yang baik adalah penting untuk pemanduan yang lancar. Ia dapat mencegah pemindahan berat secara mengejut bagi membolehkan anda mengambil selekoh pada sudut yang lebih baik.
Apabila anda sedia untuk memandu, anda seharusnya memastikan kedudukan tempat duduk anda pada posisi yang selesa dan pergelangan tangan anda dalam keadaan yang rileks. Cara memegang steering semasa keadaan biasa atau memutar steering juga mestilah dalam keadaan yang rileks tetapi betul-betul memegang steering dengan kemas. Ini bagi memberikan anda kawalan yang optimal kepada steering yang anda pegang.
Braking
Membrek pada detik yang betul dengan daya yang betul menjadi titik penting bagi mendapatkan masa terbaik dalam perlumbaan. Sekiranya anda membrek terlalu kuat, tayar depan anda boleh terkunci sehingga menyebabkan hilang kawalan steering. Titik brek yang paling baik adalah titik sebelum tayar terkunci. Latihan yang kerap membolehkan anda memastikan titik ini.
Left foot braking
Ini merupakan teknik yang biasa digunakan oleh pelumba rally. Teknik ini dapat mengurangkan understeer semasa membelok, mengurangkan drive loss semasa tayar spin dan juga boleh mengurangkan selang masa antara menekan pedal brek dan pedal throttle.
Gear shifting & rev matching
Setiap gear mempunyai julat operasi efektifnya yang tersendiri. Ia turut bergantung pada kelajuan putaran enjin kereta anda. Lebih laju putaran enjin, lebih laju kereta anda akan bergerak. Walaubagaimanapun ia ada hadnya sehingga anda terpaksa menukar gear yang seterusnya.
Akan tetapi dalam julat operasi efektifnya, ada satu julat yang dipanggil sebagai power band. Pada julat power band inilah enjin kereta anda berada pada kuasa maksimumnya. Pada julat ini juga kereta anda mampu memecut dengan kekuatan maksimum.
Heel and toe shifting
Teknik ini merupakan seni menukar gear kepada gear yang lebih rendah seterusnya melakukan rev matching semasa membrek. Dengan gabungan brek dan menukar gear semasa memasuki selekoh, anda akan menjadi lebih pantas semasa membelok.
Ia dapat mengurangkan stress pada driveline, mengelakkan beban terpindah ke hadapan semasa menukar gear kepada gear yang lebih rendah dan dapat mengurangkan kebarangkalian roda kereta terkunci dalam keadaan yang ekstrem.
Understeer
Apabila anda sudah melampaui had cengkaman semasa membelok, dua fenomena mungkin berlaku iaitu understeer atau oversteer. Understeer berlaku apabila tayar depan mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman menyebabkan kereta anda terpaksa mengambil sudut yang lebih luas untuk melalui selekoh. Dengan kata lain, kereta akan terkeluar ke arah luar selekoh semasa membelok.
Oversteer
Oversteer berlaku seperti understeer juga dimana tayar mengalami lost traction mungkin disebabkan hilang cengkaman tetapi ianya berlaku pada tayar belakang. Ini menyebabkan kereta anda seolah-olah mahu berputar ke arah dari mana anda datang. Dengan kata lain, kereta akan termasuk ke arah dalam selekoh semasa membelok atau mungkin kereta akan berputar 180 darjah.
Ini adalah perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dalam asas grip driving seterusnya drift driving. Ada kaedah dan teknik bagi mengatasi atau mencapai perkara-perkara tersebut.
Grip driving sememangnya agak membosankan. Tetapi sebelum anda berdrift, adalah perlu untuk anda mahir dalam grip driving (dari Keiichi Tsuchiya a.k.a Drift King).
Sayap Ilusi
1 week ago
0 comments
Post a Comment