Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, November 23, 2008

Penuhnya akuarium aku

Kelmarin member aku tanya, nak tak dia punya elegance dan bubble. Dia kata dia nak letak coral lain pulak. Dia nak sikit je bubble dia. Apa lagi. Aku pun potong la. Hehe... Minta-minta hidup la. Ikutkan boleh hidup rasanya.

Setakat ni alhamdulillah, hidup lagi sampai arini. Lampu akuarium aku pun dah ok dah. Aku tak pakai dah choke elektronik. Pakai yang biasa punya. Aku pun dah tak ON air bubble dah. Pakai kalkwasser je pun dah ok. Jimat lektrik sikit ;-)

Tambah dengan coral yang member aku bagi, penuh dah akuarium aku. Cuba la korang tengok.


Aku ingat nak set lagi satu akuarium marin la. Sebab akuarium yang ada ni dah penuh dah. Nak buang sayang pulak. Huhu...


Tapak sulaiman ni dah lama menyorok. Baru ni la nampak. Tapi tak lama lagi hilang lagi la. Bukan hilang. Menyorok je. Suka benor dia menyorok kat celah-celah batu. Ye la. Dah habitat dia. Tu yang Patrick dalam cerita Spongebob tu duduk bawah batu.

0 comments