Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Sunday, November 16, 2008

Macam dah makin ok je

Dah ada test kit baru la boleh tau macam mana kualiti air akuarium ni. Huhu... Dah macam Jabatan Alam Sekitar pulak. Leh kata tiap hari aku amik sampel air akuarium untuk diuji. Hasilnya alhamdulillah. Memuaskan... Daripada pemerhatian aku, kelihatan coral-coral aku dah makin kurang segan untuk mengembang.

Dan tak kurang penting juga, aku bagi coral-coral ni makan. Ikutkan dia boleh buat makanan sendiri. Macam pokok la, ala-ala fotosintesis. Tu yang kene letak lampu terang-terang. Memandangkan air dalam akuarium aku ni ada la lebih kurang 20 gelen (dah tolak isipadu batu besar, batu halus dan pasir), maka aku kene pastikan cahaya yang menerangi akuarium aku ni adalah tidak kurang dari 80 watt. Buat masa ni aku guna lampu pendaflour je. Huhu... Spesifikasi pencahayaan yang aku guna setakat ni adalah :

2 batang lampu blue-marine bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt)
2 batang lampu putih bersaiz 2 kaki (20 x 2 watt) - T10
1 batang lampu putih (lampu akuarium) bersaiz 2.5 kaki (25 watt)

So... total semua ada la 105 watt. Takde la aku ON 24 jam. Kang bengong pulak ikan tu. Kene la buat seolah-0lah ada siang dan malam. Konon macam real la. Ikan tu pun nak gak tido. Hehehe... Aku pakai timer. Urutan lampu aku lebih kurang macam ni la :

6 pagi - Lampu biru dihidupkan
7 pagi - Lampu putih dihidupkan
6 petang - Lampu putih dimatikan
7 malam - Lampu biru dimatikan

* keadaan ini adalah mengikut waktu di sabah. huhuhu...

elegance coral nampak kembang. tapi belum berapa kembang tu

0 comments