Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Saturday, January 31, 2009

Main Forex lagi

Sebelum ni aku main forex guna akaun demo je. Kalau untung pun bukan untung betul-betul la. Sebab guna duit virtual je. Huhuhu... Nak guna duit betul-betul tak berani lagi. Tapi takpe la. Sekadar nak amik pengalaman je. Walaupun guna duit virtual. tapi betul-betul ikut pasaran realiti. Cuma duitnya bukan duit betul la sebab modal pun bukan guna duit betul. Kalau guna duit betul, untung besar dah. Huhuhu...Tapi baru-baru ni baru try guna duit betul. Tapi modal kecik je la. Alhamdulillah setakat ni untung 3% setiap minggu. Sebulan ada 4 minggu, jadi...

Saturday, January 24, 2009

Jom makan KFC

Ini merupakan petikan dari emel yang aku dapat.---------------------salam semua...tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC. dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC. ko dok bunuh orang palestin".... dah banyak sms yang saya dapat... daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik Kulim (M)Bhd. Kulim ini pula adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari...

Friday, January 23, 2009

duokino Forex

Bagi sesiapa yang berminat untuk sama-sama berkongsi keuntungan Forex, bolehlah singgah ke duokino ForexBoleh la kita sama-sama berkongsi modal, kongsi keuntungan, dan juga berkongsi kerugian ;-)Tapi takde sapa yang nak rugi. Jadi sebarang kerugian adalah sangat-sangat cuba dielakk...

Thursday, January 22, 2009

Cyclop-Eeze

Yesss...akhirnya sampai juga plankton yang aku order dari Singapore. Harganya termasuk kos penghantaran adalah sama dengan harga kalau beli kat KL. Ok la tu. Tak perlu la aku nak tunggu member aku balik KL untuk nak kirim. Hehehe...Puas la ikan-ikan dan coral-coral aku makan lepas ni. Beli dalam bentuk kering. Kira plankton kering la ;-) Bila tuang je dalam akuarium, laju je ikan-ikan semua kejar berebut-rebut. Sedap kot. Huhuhu... Benda ni kena bancuh dalam air. Air laut la sebab nak tuang dalam akuarium air laut. Aku beli 30g je. Tak banyak....

Wednesday, January 21, 2009

Penatnya ke hari ni ek

Biasanya petang-petang lepas balik kerja, aku dengan Taufiq akan lepak depan TV sambil tengok Spongebob ;-) Sambil-sambil tu tengok akuarium. Tengok gelagat ikan-ikan berenang-renang bermain-main. Biasanya Taufiq baring sendiri depan TV sambil tengok TV. Dan aku pulak lepak atas sofa sambil tengok TV dengan Taufiq. Tapi arini napa entah Taufiq nak aku peluk dia.Saje je kot nak manja-manja dengan abah dia. Aku pun peluk la Taufiq, duduk atas sofa sambil sama-sama tengok TV. Bini aku macam biasa, kat dapur buat apa-apa yang patut. Sediakan apa yang...

Sunday, January 18, 2009

Dah panjang rambutnya

Rambut Taufiq ni kalau pendek, nampak lurus. Tapi bila panjang, mula la menggulung-gulung. Rambut ala-ala curley-hair. Ikut abah dia. Hehehe... Cuma mungkin sebab Taufiq ni budak kecik lagi, jadi rambutnya halus. Kalau panjang, memang orang selalu ingat dia perempuan. Apa lagi? Maka dengan itu, tibalah masanya untuk potong rambut Taufiq. Huahaha...Nasib baik Taufiq ni nakal, main dengan robot. Kalau tak memang leh ingat budak perempuan. Dah la pakai baju warna pink :-PAgak-agak petang sebelum Taufiq nak mandi, aku pun mulakan operasi menggunting...

Sunday, January 11, 2009

Drift Driving

Drift merupakan satu perkara yang mula mendapat sambutan di kalangan peminat-peminat sukan motor. Ia merupakan sukan yang menyeronokkan. Seronok bagi yang memandu dan seronok juga bagi yang menonton. Untuk berdrift, pertama sekali anda perlu memulakan drfit tersebut atau seretan atau mungkin juga disebut lost traction. Kemudian anda hanya perlu mengawal drift tersebut. Ada beberapa teknik yang digunakan untuk memulakan drift (to initiate the drift).Power Over DriftDrift dihasilkan dengan menekan throttle ketika memasuki selekoh menghasilkan oversteer...

Friday, January 9, 2009

My poor laptop...

Macam biasa aku kat opis buat kerja-kerja pengkeranian menggunakan laptop aku. Walaupun ada gak PC kat bilik aku dalam makmal aku tu. Tapi sunyi kalau duduk dalam bilik tu. Sorang-sorang je. Tapi kadang-kadang ada gak waktu-waktu nak mendapatkan ketenangan bersendirian ataupun nakkan privasi. Nak rilek-rilek buat kerja sambil dengar lagu ke. Kalau aku buat macam tu kat meja aku dalam bilik staf, kesian pulak kat orang lain. Mengganggu ketenteraman orang pulak.Minggu ni takde la banyak mana kerja-kerja pengkeranian aku. Cuma sekadar buat jadual...

Thursday, January 8, 2009

My pH meter just arrived...

Masa cuti semester aritu aku survey-survey kat eBay, cari pH meter untuk akuarium. Survey punye survey, akhirnya aku pun beli la satu. Dari Hong Kong. Macam biasa la. Lepas 2 minggu baru la sampai. Tu kira cepat la tu.Maka sekarang ni senang la aku nak test pH air auarium aku ni. Bila-bila masa je, hanya perlu celup ;-) Akuarium aku ni walaupun dah nampak macam ok, tapi belum stabil lagi.Ni la dia pH meter aku. Ada la macam test pen. Cuma gemuk. Hehehe...

Saturday, January 3, 2009

Taufiq makan durian

Arini aku keluar gi pasar kat bandar. Sebenarnya saja je pegi bandar tengok-tengok untuk nak beli apa yang patut. Beli la ikan ke apa ke untuk nak makan. Bini aku ingat aku keluar pegi ofis. Aku pusing-pusing, ternampak lak durian. Teringat masa bini aku mengandungkan Taufiq, dia mengidam durian. Pulak tu bini aku ni hantu durian. Tak main makan seulas dua. Mesti nak makan sebiji sekurang-kurangnya. Tapi mana la boleh. Kan ke mengandung masa tu. Kepanasan kang tak pasal pulak.Bila Taufiq dah lahir, tengok air liur dia asik meleleh je, orang kata...

Alat Makmal Akuarium ku...

Kalau air biasa, sempoi je. Takde apa sangat. Kalau air laut ni banyak benda nak kene maintain. Perkara pertama adalah kepekatan garam dalam air. Terlebih tak boleh. Terkurang pun tak boleh.Masa mula-mula aku bela akuarium air laut ni, aku guna alat ni untuk sukat berat air. Hydrometer. Untuk nak tau kepekatan garam dalam air.Sekarang aku guna juga alat ni untuk nak sukat berat air akuarium. Refractometer. Alat ni lebih tepat. Tapi lebih mahal la banding hydrometer. Aku beli ni pun dari eBay.Ni pulak test kit untuk nak uji pH air. Ni beli kat kedai...