Malam tadi aku tengok temperature digital aku kat akuarium tu adalah dekat 32 darjah celsius. Perghhh… Aku tengok ikan-ikan aku macam dah tak tentu arah. Stress… Aku yang tengok pun leh jadi stress… Tapi ikan ni kalau stress boleh membawa kematian. Bukan je ikan. Malah segala hidupan dalam akuarium aku ni. Aiseh…
Aku pun terpaksa la uat langkah emergency. Tukar air la tengah-tengah malam tu. Tukar air dalam 30%. Siap letak kipas angin lagi. Bini aku siap kata “Ai…orang tak pakai kipas, ikan lak yang pakai kipas”. Bini aku bising-bising pun tapi kadang dia leka gak tengok akuarium aku ni. Siap dia lak yang bakar aku suruh tambah lagi makhluk dalam akuarium aku. Bini aku kata lawa. Tenang kalo nengok akuarium ni. Kadang aku peluk anak aku duduk ngadap depan akuarium. Apa lagi… Nengok telatah Nemo, Dory ngan kengkawan dia yang lain yang aku tak tau nak bagi nama apa. Tambah lak ada lagi coral yang berwarna-warni. Nengok memang tenang la.
Tapi kalo dah suhu dia jejak 32 darjah celsius nak tenang apa nyer. Mati kang semua ni. Udah aku tukar air ngan letak kipas tu, ada la turun sikit. Ada la 30 darjah celsius. Pagi tadi aku bangun, nengok ada la 29 darjah celsius. Agak lega la. Buat sementara waktu je tu.
Aku rasa tiba lah masanye untuk aku meletakkan chiller untuk akuarium air laut aku ni. Masa awal-awal dulu, pakai kipas je pun leh dapat sampai 26 darjah celsius. Mungkin sebab komuniti dalam akuarium aku yang dah semakin berkembang menyebabkan suhu global akuarium aku meningkat kot. Lagipun mana tak nyer. Sekarang jumlah watt lampu-lampu yang aku pasang kat akuarium tu ada la dalam 120 watt. Bukan apa. Coral-coral tu kan memerlukan cahaya bagi menjalankan fotosintesis (lebih kurang cmtu la tapi ikutkan ada istilah lain. fotosintesis untuk tumbuhan). Huhuhu... Tengok-tengok bajet ni nak angkat chiller untuk akuarium aku. Kang mati tak pasal lak hidupan akuarium aku ni.
Sayap Ilusi
1 week ago
0 comments
Post a Comment