Arini memang sejuk. Sejak semalam sejuk. Semalam hujan satu hari tanpa henti. Nasib baik tak banjir. Ngam-ngam aku nak balik keje, ujan benti. Tapi suasana kedinginan masih berterusan.
Kedinginan cuaca ini turut dirasai oleh hidupan-hidupan akuarium aku terutama akuarium marin aku ni. Aku bangun pagi tadi, bila aku tengok-tengok termometer akuarium, suhu mencecah 25 darjah celsius. Suhu akuarium aku berjaya diturunkan. Harap-harap suhu akuarium aku dapat dikekalkan dalam julat sebegini.
Setakat ni aku masih guna kipas PC lagi. Aku nak tengok dulu macam mana. Sambil-sambil kumpul bajet. Aku masih belum buat keputusan muktamad samada nak beli chiller untuk akuarium aku ni atau pun tak.
Ai...dah kul berapa ni... Gi keje la. Huhuhu...
Sayap Ilusi
1 week ago
0 comments
Post a Comment