Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Friday, October 24, 2008

Aku rasa Nobita ngan Doraemon tak datang Tawau la lepas ni...

Ada teka-teki mudah ni. Agak-agak korang, nape Nobita dengan Doraemon takut nak datang Tawau lepas ni......

Hehe...jawapannya adalah kerana di Tawau sudah ada Giant sekarang. Tapi aku rasa Nobita dengan Doraemon dah salah sangka. Yang ada kat Tawau ni bukanlah Giant yang gedempol tu. Tapi pasaraya Giant daaaaa..... Hehehe...

Semalam, tanggal 23 Oktober 2008 merupakan hari pembukaan Giant. Memang dahsyat la penangan Giant ni. Dah la semalan satu hari hujan. Tapi orang tak henti-henti datang Giant. Start pukul 7 pagi lagi dah jem jalan. Ramai orang nak gi Giant. Aku nak gi keje pun payah. Giant tu belakang kolej aku je, tempat aku ngajar. Sampai kan depan kolej aku pun penuh kereta, orang nak gi Giant. Mana taknye orang datang menderu macam tu. Banyak barang offer. Megi 10sen, banyak lagi yang 10sen. Huhuhu...





Keadaan sesak ni berlarutan sehingga la malam tadi. Minggu lepas, sebelum Giant dibuka, aku berangan gak la nak ajak bini aku gi Giant masa Giant buka. Tapi tengok keadaan macam ni memang dengan serta merta aku membatalkan niat aku tu. Tapi bini aku nak gi gak. Aku pun bawa la bini aku gi tengok. Dari jauh lagi kitorang dah tersangkut dalam jem. Bini aku baru percaya nape aku kata tak yah le gi Giant. Kalau nak pegi pun hari lain la. Bini aku pun ajak la patah balik, balik rumah je la. Hehehe...bini aku cuma dapat signboard Giant je dari jauh. Signboard yang kat atas bangunan Giant tu.



Alhamdulillah pagi ni aku pegi keje, jalan dah reda macam biasa. Sebab Giant lom buka lagi. Jadi mungkin lambat sikit la jalan sesak ;-) hehehe...

0 comments