Malam tadi ada member aku buat Majlis Bertahnik atau dengan kata lainnya, Majlis Potong Jambul ;-) Untuk anak bujang dia. Akhirnyaaa...dapat gak dia alak laki. Sebelum ni 2 orang anak dia pompuan. Dia jemput la ramai kengkawan dia datang beserta keluarga bagi yang dah berkeluarga. Aku ngan bini aku ngan anak bujang aku yang baru nak masuk 4 bulan ni pun gi la.
Macam biasa, selawat sambil potong jambul, baca doa pastu makan. Menu dia best. Tapi jangan ler espect macam kat hotel. Tapi standard restoran la ;-) Yang paling penting ada satay. Huahaha... Satay ni mana-mana majlis makan yang aku pegi, tetap akan jadi sasaran utama. Tapi aku tak la makan puas-puas sangat. Dapat rasa dan alas perut dah la. Maklum la. Ada anak kecik ni, kalau pegi majlis makan-makan bawa keluarga, kene paham-paham la. Shift tu kene tau-tau la. Hehe.. Aku dah abis makan, giliran aku lak yang pegang anak aku. Bagi peluang lak bini aku makan. Tambah lak bini aku tak berapa sihat. Dah 3 hari hujan je kat sini. Kesian lak dia. Udah ler anak aku dah makin berat. Hehehe...
Kot ye pun dah pegang anak, takkan la aku cuma nak berdiri ke duduk je sambil pegang anak ye tak. Aktiviti lepak-lepak dan berborak-borak diselangi kutuk-mengutuk member tetap dapat dijalankan ;-) Hehehe... Tapi banyak bual-bual kongsi pengalaman je la. Makan pun sudah, bual-bual pun sudah. Bini masing-masing mula ajak balik. Aku rilek dulu sebab aku tengok bini aku masih lagi bual-bua dengan kawan dia. Yang nak balik ni macam biasa la, salam dulu. Tak lupa gak suruh anak diorang salam walaupun yang masih berdukung. Aku yang tengah dukung anak aku pun salam gak la.
Nak dijadikan cerita, tengah salam-salam tu, anak aku jerit-jerit. Tapi bila aku dengar, aku perhati anak aku ni, dia bukan jerit meragam. Jerit macam suka. Mulut menjerit sambil mengomel cakap apa ntah. Muka senyum-senyum ketawa. Tangan dia lurus macam tengah tunjuk sesuatu. Mata dia pun macam tertumpu kat benda yang dia tunjuk. Aku pun tengok la apa yang menarik perhatian dia. Laaa...rupanya dia tunjuk kat satu cewek ni (anak perempuan member aku yang umurnya ada la setahun kot) yang sedang didukung maknya. Cewek ni baru je cium anak aku. Maknye gak la yang tolong ciumkan. Huhuhu... Tu la...sape suruh uat camtu.
Pergh...anak aku ni pun satu. Umur baru nak masuk 3 bulan setengah. Pandai lak dia respon cenggitu. Dah member-member aku yang ada kat situ pun mula la. Seronok tengok gelagat anak aku. Kecik-kecik lagi dah pandai tengok cewek. Huahaha...
Bila tengok respon anak aku camtu, teringat aku masa bini aku ngandungkan anak aku ni. Bila uat checkup je, kalau nurse ke doktor pompuan lawa-lawa yang check, mula la anak aku kat dalam perut (masa tu la) bergerak ligat. Aktif la katakan. Nurse pun puji la. Makin puji makin ligat. Kene pulak nurse tu pegang-pegang nak periksa, lagi la ligat anak aku dalam perut tu. Tiap kali pegi check, mesti bini aku cerita. Pastu apa lagi. Bini aku kata la anak aku ni gatal. Katanya ikut bapa dia.
Huhuhu...kalau tak gatal tak kawen la ek. Nak gatal takpe asalkan bertempat. Ingat batas-batas yang sepatutnya. Hehehe...
Sayap Ilusi
1 week ago
0 comments
Post a Comment