Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Sunday, October 26, 2008

Doctor Fish

Arini aku buatkan makanan untuk ikan-ikan dan juga coral-coral aku. Resepi dia sempoi je. Amik je apa-apa ikan, udang dan kalau ada kerang ke lagi bagus (yang beli kat pasar tu, yang mentah). Pastu masukkan semua benda tu dalam blender, letak la air sikit je. Supaya mudah nak blend. Memang sengaja nak buat pekat-pekat. Kalau boleh tak payah bubuh air pun boleh. Hehehe... Pastu apa lagi. Amik la agak satu sudu bahan-bahan yang dah blend tadi, tuang je dalam akuarium. Kalau rajin, bekukan dia. Kalau boleh uat dalam bentuk dadu. Jadi tiap kali nak...

Dah pandai menggatal ke apa anak aku ni...

Malam tadi ada member aku buat Majlis Bertahnik atau dengan kata lainnya, Majlis Potong Jambul ;-) Untuk anak bujang dia. Akhirnyaaa...dapat gak dia alak laki. Sebelum ni 2 orang anak dia pompuan. Dia jemput la ramai kengkawan dia datang beserta keluarga bagi yang dah berkeluarga. Aku ngan bini aku ngan anak bujang aku yang baru nak masuk 4 bulan ni pun gi la.Macam biasa, selawat sambil potong jambul, baca doa pastu makan. Menu dia best. Tapi jangan ler espect macam kat hotel. Tapi standard restoran la ;-) Yang paling penting ada satay. Huahaha......

Friday, October 24, 2008

Aku rasa Nobita ngan Doraemon tak datang Tawau la lepas ni...

Ada teka-teki mudah ni. Agak-agak korang, nape Nobita dengan Doraemon takut nak datang Tawau lepas ni......Hehe...jawapannya adalah kerana di Tawau sudah ada Giant sekarang. Tapi aku rasa Nobita dengan Doraemon dah salah sangka. Yang ada kat Tawau ni bukanlah Giant yang gedempol tu. Tapi pasaraya Giant daaaaa..... Hehehe...Semalam, tanggal 23 Oktober 2008 merupakan hari pembukaan Giant. Memang dahsyat la penangan Giant ni. Dah la semalan satu hari hujan. Tapi orang tak henti-henti datang Giant. Start pukul 7 pagi lagi dah jem jalan. Ramai orang...

25 degree...

Arini memang sejuk. Sejak semalam sejuk. Semalam hujan satu hari tanpa henti. Nasib baik tak banjir. Ngam-ngam aku nak balik keje, ujan benti. Tapi suasana kedinginan masih berterusan.Kedinginan cuaca ini turut dirasai oleh hidupan-hidupan akuarium aku terutama akuarium marin aku ni. Aku bangun pagi tadi, bila aku tengok-tengok termometer akuarium, suhu mencecah 25 darjah celsius. Suhu akuarium aku berjaya diturunkan. Harap-harap suhu akuarium aku dapat dikekalkan dalam julat sebegini.Setakat ni aku masih guna kipas PC lagi. Aku nak tengok dulu...

Wednesday, October 22, 2008

"Bini aku kena bakar. Dan terbakar juga akhirnya....."

Malam tadi aku main-main dengan anak aku sampai terlelap sama dengan anak aku. Macam biasa anak aku selalu bangun awal. Nak sembayang subuh agaknye. Alhamdulillah... Hehe... Anak aku ni kalau dah terjaga, dia minta orang layan dia. Kalau malas nak pegang dia, layan je dia mengomel. Tu pun tengok mood dia la. Tapi tengok mood aku gak.Hehehe... Pagi tadi lepas aku layan anak aku mengomel, aku dukung anak aku dengan gaya menghadap depan (Konon-konon anak aku berdiri la, dia suka kene dukung camtu. Agaknye berangan nak berdiri, nak berjalan kot). Sambil...

Tuesday, October 21, 2008

Yesss... Hari untuk aku clearkan cek aku ni...

Arini tanggal 21/10/2008 merupakan hari untuk aku clearkan cek yang aku dapat ni. Awal lagi aku dah dapat cek ni. Hari apa aku tak pasti sebab cek ni sampai kat opis aku. Time tu aku cuti raya 2 minggu. Dalam sampul surat tu ada 2 keping cek RM500. Apa yang aku perlu buat adalah clearkan cek tu mengikut tarikh yang tertera pada cek yang dilampirkan. Cek yang aku dapat aritu bertarikh 21/10/2008 dan sekeping lagi bertarikh 21/11/2008. Dua-dua cek RM500. Jadi, yang sekeping lagi tu tunggu bulan depan la baru aku clearkan.Apa hal lak aku dapat cek...

Monday, October 20, 2008

Gembira dalam sedih...

Tengahari tadi aku sms bini aku tanya camne akuarium aku. Bini aku bagitau yang dia tak nampak satu ikan pun. Rupa-rupanya makin bertambah ikan aku yang mati. Sensitif betul la ikan laut ni. Aku baru mula nak belajar jaga akuarium air laut ni. Dan yang aku tau, kos dia memang tinggi. Aku ni pulak bukan berduit sangat. Tapi minat punye pasal, aku bela gak.Macam biasa aku balik rumah untuk makan tengahari, walaupun dah pukul 3 petang. Arini kelas amali wiring. Tu pun kira awal abis la. Aku suruh budak-budak sambung minggu depan. Risau diorang takut...

Kesan pemanasan dan stress...

Apa yang aku khuatirkan akhirnya berlaku. Seekor ikan aku mati petang semalam. Dia sama spesis dengan nemo cuma warna dia oren kehitaman dan berekor kuning. Dory masih lagi dalam pemerhatian. Mungkin mati mungkin tidak. Sebab Dory ni selalu macam tu. Dah berkali-kali aku ingatkan dia dah mati sejak aku bela dia. Tapi rupanya dia buat-buat mati. memang tabiat dia. Jadi agak sukar untuk aku mengenalpaasti samada Dory ni hidup lagi atau dah mati. Aku tengok dia diam je kat celah-celah batu. Dory ni suka menyorok celah-celah batu terutama waktu malam....

Sunday, October 19, 2008

Ikan aku stress…

Malam tadi aku tengok temperature digital aku kat akuarium tu adalah dekat 32 darjah celsius. Perghhh… Aku tengok ikan-ikan aku macam dah tak tentu arah. Stress… Aku yang tengok pun leh jadi stress… Tapi ikan ni kalau stress boleh membawa kematian. Bukan je ikan. Malah segala hidupan dalam akuarium aku ni. Aiseh…Aku pun terpaksa la uat langkah emergency. Tukar air la tengah-tengah malam tu. Tukar air dalam 30%. Siap letak kipas angin lagi. Bini aku siap kata “Ai…orang tak pakai kipas, ikan lak yang pakai kipas”. Bini aku bising-bising pun tapi...

Anak bujang aku

Ni la dia anak bujang aku merangkap anak sulung aku. Aku panggil dia Taufiq. Kengkadang panggil je Topiq. Hehehe… Umur dia baru je 3 bulan setengah. Tapi lom pandai lagi nak meniarap. Ada la baru nak belajar teknik mengiring badan kiri dan kanan dengan gaya angkat punggung. Aritu timbang ada la 5.9kg. Berat sikit je dari kampit beras yang 5kg tu. Hehehe…Aku ngan bini aku baru nak ngajar anak aku ni makan nestum. Anak aku ni eksen sikit. Dah tau susu mak dia lemak berkhasiat dan berkrim, tak nak lak dia minum benda yang lain. Air kosong pun tak...