Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Wednesday, December 26, 2012

Pertikaian Banjir Besar Nabi Nuh a.s.

Majoriti manusia yang hidup hari ini begitu juga dengan manusia yang hidup beribu-ribu tahun sebelum ini juga mengetahui akan berlakunya peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh a.s. Peristiwa ini bukan sahaja diakui oleh penganut agama Islam malah ia juga turut diakui oleh penganut agama lain seperti Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu dan lain-lain agama lagi yang wujud di muka bumi. Mereka ini percaya bahawa pernah berlaku kejadian banjir besar yang menenggelamkan satu dunia. Yang berbeza mungkin pada sebutan nama nakhoda (captain) kapal yang selamat dalam...

Friday, December 7, 2012

Siapa Yang Setuju Dengan Teori Evolusi Darwin

Kalau tak silap saya, sewaktu masih sekolah rendah dulu biasa juga mendengar tentang Teori Darwin yang mana ia mengatakan bahawa kita manusia adalah evolusi daripada beruk. Cuma disebabkan kita sebagai umat Islam percaya bahawa kita merupakan cucu cicit nabi Adam A.S. yang mana Allah jadikan kemudian diturunkan ke muka bumi ini untuk dijadikan khalifah. Mungkin disebabkan itu Teori Evolusi dari Darwin ini sememangnya tidak diterima oleh masyarakat Islam. Kita mempunyai Al-Quran dan Hadith sebagai panduan dan rujukan sekiranya berlaku sebarang kemusykilan...

Wednesday, December 5, 2012

Kelahiran Bulan - Birth of the Moon

Bulan sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita seharian samada kita sedar atau tidak. Bulan juga dijadikan rujukan bagi tarikh Hijriyah. Sebagai contoh tarikh permulaan Puasa dan Hari Raya Puasa ditentukan oleh anak bulan. Begitu juga Raya Haji. Bulan juga sebenarnya banyak membantu dalam menerangi bumi di waktu malam. Bulan juga sebenarnya mempengaruhi nelayan-nelayan dan pelaut-pelaut. Ini kerana bulan mempengaruhi pasang surutnya air di laut. Fenomena pasang surut air ini menjadi faktor kedudukan ikan di laut, dan juga boleh mempengaruhi...

Monday, December 3, 2012

Cerita Manusia Ke Bulan Tu Betul Ke Hoax

Sejak kecil lagi, kalau tak silap masa sekolah rendah pun memang ada pun diajar di sekolah, dalam subjek Alam & Manusia kalau tak silap berkenaan Orang Pertama Menjejakkan Kaki Di Bulan. Waktu itu semua pun tau, semua pun kata yang Neil Armstrong merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di permukaan bulan. Waktu itu dalam lingkungan tahun 1980an dan 1990an. Tapi semakin saya membesar dan hingga kini, fakta tersebut mula disangkal. Semakin lama semakin ramai yang mengatakan yang sebaliknya. Ia dikatakan hanya lakonan pihak Amerika sahaja...

Saturday, August 11, 2012

Taufiq Tak Puasa Ye.....

"Haaa...Taufiq tak puasa yeeeee....." Sepanjang Ramadhan kali ini, semakin kerap Taufiq ditegur orang dengan ayat di atas, termasuklah mak dan abah Taufiq. Hehehe... Kalau dia memang tak puasa, nanti Taufiq akan tersipu-sipu malu. Tapi kalau dia puasa, dengan yakin dia jawab "Taufiq kuasa"... Hahaha... Puasa disebutnya 'kuasa'. Apa-apa je lah ye Taufiq. Yang penting belajar gak puasa. Bila waktu berbuka tinggal beberapa minit, sibuk dah dia panggil-panggil abahnya untuk baca doa. Siap tarikkan kerusi lagi. Tak nak ketinggalan. Malam pulak, dia...

Friday, July 20, 2012

Terawih Pertama Taufiq

Alhamdulillah, sekali lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kelima di Tawau. Tapi belum pernah lagi saya berpuasa di Tawau tanpa isteri dan anak-anak. Alhamdulillah..... Taufiq pun dah semakin besar. Baru-baru ni genap sudah umurnya 4 tahun. Malam ni merupakan pertama kali Taufiq ikut berterawih di masjid. Sebelum-sebelum ni Taufiq cuma mengacau mak abah dia masa sembahyang terawih. Berkat mengacau, akhirnya pandai gak dia sembahyang. Hihihi... Balik je dari masjid, dengan bangganya dia...

Sunday, June 24, 2012

Tayar untuk RC Drift

Langkah paling mudah untuk membolehkan kereta RC anda drift adalah menggunakan tayar yang sesuai. Sekiranya anda membeli kereta RC yang standard, biasanya ia dilengkapkan dengan tayar getah yang mempunyai grip. Sangat sesuai untuk touring. Ini merupakan contoh tayar untuk touring Tayar ini mempunyai daya cengkaman yang tinggi yang mana agak kurang sesuai untuk mendrift. kereta RC anda. Sekiranya anda menggunakan tayar seperti ini, bukan kereta anda tidak dapat drift cuma ia agak sukar. Bukan sahaja sukar untuk mendrift,...

Thursday, May 24, 2012

Chiller Untuk Akuarium Air Laut

Inilah dia chiller yang akan digunakan untuk menyejukkan air laut dalam akuarium saya. Ambil second-hand punya. Ada la kene repair sikit sebab ada leaking. Kalau air tawar boleh tahan la tapi kalau air laut, melekit-lekit nanti. Lepas balik kerja, saya repair mana-mana bahagian yang leaking. Lepas tu apa lagi, sesi test-run lah... Alhamdulillah selepas semalaman saya biar air running, takde masalah.  Sebelum ni saya menggunakan peti sejuk untuk menyejukkan air dalam akuarium air laut saya. Sedikit pengubahsuaian...

Tuesday, May 15, 2012

Happy Belated Birthday vs Belated Happy Birthday

Sudah menjadi amalan kita untuk saling mengucapkan Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Kelahiran, Happy Birthday dan seumpama dengannya yang membawa maksud yang sama. Tambahan pula sejak zaman facebook, terdapat notification yang akan memberitahu sekiranya terdapat mana-mana rakan yang menyambut ulang tahun kelahiran. Walaubagaimanapun adakalanya terlambat untuk mengucapkannya. Mungkin kerana terlupa atau terlambat membuka facebook. Sekiranya ini berlaku, biasanya mereka akan mengucapkan "happy belated birthday", menandakan ucapan tersebut lewat...

Saturday, May 12, 2012

Patrick Star In Aquarium

Kenal dengan Patrick Star? Salah satu watak dalam siri animasi Spongebob Squarepant iaitu seekor tapak sulaiman berwarna merah jambu, kawan baik kepada Spongebob. Dalam akuarium marin saya juga mempunyai tapak sulaiman. Nak tengok tapak sulaiman bergerak? Saya sengaja meletakkan tapak sulaiman tersebut dalam keadaan terbalik. Sekiranya anda melihat video ini dengan sabar sehingga tamat, anda boleh lihat tapak sulaiman tersebut bergerak membetulkan semula posisinya kemudian bergerak ke tempat yang dia mahu pergi. ...