Selepas 2 minggu menunggu, sampai juga barang yang aku order dari eBay.
Kalau nak membeli lense jenis ini memang mahal. Profesyen aku bukanlah sebagai jurugambar. Sekadar hobi je. Jadi aku rasa tak perlu aku beli lense yang sebenar. Guna converter dah cukup. Tunggu la kalau duit aku dah banyak sangat nanti. Hehehe...
Mula-mula aku test dulu masa aku tengah jaga kelas amali wiring.
Bila balik rumah, aku pun terus mencuba lagi. Tapi cuaca agak mendung pulak. Gerimis sekejap.
Yang ni pulak aku berdiri tepi kolej. Aku attach pada lens kit iaitu 18-55mm. Mula-mula aku set pada 35mm. Aku cuba buat perbandingan.
35mm tanpa fish-eye lens converter
35mm dengan fish-eye lens converter
Kemudian aku set pula lens pada 18mm.
18mm tanpa fish-eye lens converter
18mm dengan fish-eye lens converter
Tak sesuai rasanya converter ni kalau aku pasang pada lens 18-55mm dan diset pada 18mm.
Ini pula adalah 24mm dengan fish-eye converter
Daripada semua perbandingan ini, aku rasa converter ni kalau attach pada lens kit 18-55mm, hanya sesuai menjadi wide-angle lens. Tak sesuai untuk fish-eye.
2 comments
salam.. nak tanya, ramai orang kata converter ni image dia tak memuaskan n effect dia tak elok.. image yang dihasilkan pun akan tercrop.. n dia jugak akan distorb.. betul ke?? tp kelebihan dia juz save budget je la.... saya ingat nk try.. tu saya tanya.. tq..
salam... memang betul la macam yang orang kata tu. kalau nak kualiti dan gambar yang detail, memang tak memuaskan la hasilnya.
saya beli pun sebab nak try je dan nak buat perbandingan. kebetulan tengok kat ebay murah pulak.
Post a Comment