Memandu kereta sepatutnya merupakan sesuatu yang menyeronokkan. Dengan memandu , kita dapat ke mana-mana tempat yang kita mahu pergi biarpun jaraknya beratus-ratus kilometer. Kenderaan yang biasa digunakan adalah kereta.
Terdapat pelbagai bentuk dan jenis kereta yang dibuat untuk kegunaan kita. Perbezaan bentuk dan jenis kereta ini menyebabkan perbezaan karektor sesebuah kereta itu berbanding kereta yang lain. Ada yang mudah dikawal dan ada jugayang susah dikawal. Memandu kereta boleh diibaratkan juga seperti menjinakkan seekor kuda. Ia bukanlah sesuatu yang mudah. Itu sebabnya anda perlukan lesen memandu sebagai kebenaran yang mengesahkan bahawa anda layak dan diiktiraf untuk memandu. Tetapi ia juga bukanlah sesuatu yang sukar apabila kita mengetahuinya.
Dengan mengenal karektor kereta yang dipandu akan memudahkan lagi kita memandu lebih-lebih lagi pada keadaan yang kritikal seperti di jalan yang licin, curam atau sebagainya. Secara asasnya karektor kereta dipengaruhi oleh :
-kuasa enjin
-drivetrain layout
Seterusnya gaya pemanduan akan membuatkan pemanduan itu lebih selesa dan selamat. Dengan gaya dan teknik yang betul, pemanduan anda bukan sahaja lebih selesa malah boleh menjimatkan. Secara asasnya kita memandu dengan memastikan kereta yang dipandu terus kekal dengan cengkaman tayar pada permukaan jalan yang dilalui. Gaya pemanduan ini juga dikenali sebagai Grip Driving. Malah pemandu F1 juga mengamalkan gaya pemanduan ini tetapi pada tahap yang lebih professional.
Pada masa kini, dunia permotoran mula didedahkan dengan aksi drift. Aksi ini dilakukan dengan gaya pemanduan yang berbeza dengan pemanduan biasa dimana kereta dipandu dengan membiarkan kereta berada di luar cengkaman antara tayar dan permukaan jalan yang dilalui. Ia juga dikenali sebagai Drift Driving.
Bagi peminat sukan lumba, ada di antara mereka yang mula mempertikaikan gaya pemanduan mana yang lebih pantas ketika melalui selekoh. Grip driving atau drift driving. Ada satu perkara yang mungkin tidak disedari oleh peminat sukan drift. Drift mempunyai dua jenis iaitu show drift dan fast drift. Drift yang seronok ditonton dan disukai ramai adalah show drift kerana sudut kereta yang sedang drift adalah begitu ketara. Satu perkara lagi yang mungkin tidak disedari mengenai drift adalah orang ramai hanya menganggap power over drift sahaja sebagai aksi drift. Sekiranya teknik drift yang lain dilakukan, ianya tidak dianggap sebagai drift.
Walau apa pun, grip driving merupakan perkara yang penting untuk diberi perhatian. Ini kerana dalam kehidupan seharian, ia merupakan gaya pemanduan yang lazim. Sudah tentu anda akan mengamalkan grip driving semasa membawa keluarga anda bersiar-siar, bukannya dengan drift driving. Anda juga sudah tentu mahukan penumpang anda menikmati perjalanan yang lancar dan selesa tanpa rasa mabuk atau mual akibat pergerakan kereta yang kasar. Anda juga tentu mahukan penggunaan petrol kereta anda lebih efisyen dengan memastikan setiap liter petrol tersebut digunakan semaksimum mungkin.
Memandu merupakan satu ilmu dan kemahiran yang seronok untuk diterokai. Tidak kira kereta apa yang anda pandu, hargailah kereta anda. Ingatlah bahawa keselamatan dan nyawa anda bergantung pada keadaan kereta yang anda pandu. Kenalilah kereta anda dan jagalah ia sebaik mungkin.
Anda mungkin berminat untuk membaca post :
-Decal untuk Viva saya (edit guna Macromedia Firework)
-Carbon bonet Viva saya (edit guna Adobe Photoshop)
-Setelah 3 tahun bersama Viva
-Kereta apa yang boleh drift?
-Viva boleh drift ke.....
Episod : Tarbiah Diri
15 hours ago
0 comments
Post a Comment