Hari ni merupakan cuti umum sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sememangnya aku berbangga dan bersyukur kerana lahir sebagai anak Malaysia yang merdeka. Dapatlah menikmati hidup yang aman damai tanpa peperangan dan sebagainya. Dengan keadaan aman harmoni inilah maka aku dapat meluangkan masa menikmati suasana sekeliling bersama dengan D5000.
Dah lama aku tergerak untuk mengambil gambar matahari terbit dan matahari terbenam. Paling best kalau dapat ke tepi laut. Syok tengok matahari terbit dan terbenam di kaki langit. Atau pun orang sebut horizon. Tapi masanya kurang sesuai untuk aku. Yang paling kritikal tu waktu matahari terbenam. Kan waktu Maghrib tu. Huhuhu.....
Tapi kalau dari depan rumah je takde masalah la kan... Cuma kurang menarik la. Hehehe...
Dan pada waktu ni seluruh umat Islam di Tawau sedang berbuka dan bersedia untuk menunaikan solat Maghrib.
0 comments
Post a Comment