Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Thursday, August 26, 2010

Photogenic di Malam 17 Ramadhan

Selepas sembahyang terawih, aku rilek-rilek depan tv. Taufiq pulak sibuk-sibuk dengan kamera aku. Macam la dia reti nak guna. Hahaha..... Hmmm...best gak kalau ambil gambar malam-malam macam ni.

Aku tak pergi jauh-jauh. Kat depan rumah aku je. Mula-mula saje ambil gambar lorong rumah aku. Hehehe.....


Tiba-tiba ada pulak kereta lintas depan rumah aku. Tapi tak sempat nak ubah setting. Aiseh.....rugi betul. Ingat nak buat effect lampu kereta.


Dongak-dongak ke langit, terasa nak try ambil gambar langit. Tapi gelap. Bulan je la yang jadi mangsa. Hahaha.....

Terus aku tukar lense, nak fokus bulan. Ni la masanya untuk lense AF-S DX VR Zoom-Nikkor 55-200mm f/4-5.6G IF-ED beraksi. Memang sesuai untuk zoom jauh-jauh. Hahaha...





Bila tengok bulan penuh, baru aku teringat sesuatu. Malam ni malam 17 Ramadhan, Nuzul Quran.

0 comments