Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Saturday, August 28, 2010

Pagi selepas hujan lebat

Hujan lebat sejak malam tadi. Sampai kereta aku yang aku park di porch boleh basah dari belakang sampai depan. Kuat betul angin tiup. Tapi dalam pukul 7 pagi, hujan mula reda. Aku turut bersimpati kepada penduduk sekitar Tawau kerana ada tempat-tempat tertentu yang dilanda banjir. Dengar khabar, ada juga yang rumahnya dimasuki air.

Di kala pagi yang aku belum pasti lagi hendak bermula dengan aktiviti apa, terlintas untuk bermain dengan D5000.


Walaupun hujan, kereta yang lalu depan rumah aku tetap melintas macam biasa, dan juga kelajuan yang biasa. Hehehe..... Sesungguhnya lori yang sedang parking di bawah pokok itu bukanlah lori aku tetapi milik jiran aku.



Mungkin disebabkan hujan yang semakin reda, burung semakin banyak kelihatan. Aku masih belum pandai shoot objek jauh yang bergerak laju seperti burung yang sedang terbang pantas. Tak sempat nak fokus, dah hilang dah. Huhuhu... Burung yang tengah bertenggek atas kabel letrik je la yang boleh aku shoot.



Belajar-belajar shoot benda pantas yang jauh. Air yang menitis dari kain yang basah masih kelihatan kabur.

0 comments