Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Thursday, September 16, 2010

Light Trail dari tempat parking Look Out Point

Lebih kurang pukul 8 malam, kami turun dari Look Out Point, nak balik. Tapi sebelum balik, ambil gambar kereta yang lalu sepanjang jalan ni. Jalan ni menghubungkan Hulu Langat dengan Ampang. Dan kawasan bukit ini yang memisahkan Hulu Langat dan Kuala Lumpur. Di sini lah terletaknya Look Out Point, tempat yang paling sesuai untuk meninjau Kuala Lumpur dari tempat ting...

Pemandangan matahari terbenam di Look Out Point

Memang sengaja aku datang ke Look Out Point hari ni pada pukul 6.30 petang untuk menunggu waktu matahari terbenam di Kuala Lumpur.Bini aku dan anak aku yang sedang makan kek sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di Kuala Lumpur.Mungkin hasil fotografi aku ni kurang memuaskan. Maklum saja la aku belum mahir lagi menggunakan DS...

Pemandangan di Look Out Point

Hari ni merupakan Hari Malaysia sempena penubuhan Malaysia. Bermula tahun ni, hari ini diumumkan sebagai cuti umum. Tapi aku sememangnya cuti kerana masih lagi cuti beraya. Dan kebetulan aku berada di Hulu Langat, lepak kat rumah aku di Hulu Langat. Sekejap je kat sini. Alang-alang dah berada kat sini, aku ke Look Out Point. Saje nak tengok Kuala Lumpur dari situ. Sememangnya tempat ni adalah tempat yang best untuk melihat Kuala Lumpur samada siang atau pun malam. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi bawa bini aku ke sini. Dan rasanya dia pun tak...

Tuesday, September 14, 2010

Light trail depan Taman Manis

Taman Manis di Parit Raja berada di belakang Taman Sri Indah. Dan Taman Sri Indah yang berada berdekatan dengan jalan besar, bukan Taman Manis. Hehehe... Dan gambar-gambar ini aku ambil di tepi jalan besar di Parit Raja. Menggunakan Shutter-Priority Mode dan set shutter speed kepada 20 atau 30 saat. Jangan lupa untuk menggunakan tripod atau apa-apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan kamera dan memastikan kamera tidak bergerak atau bergegar. Boleh juga letakkan kamera di atas kereta atau apa-apa objek yang dirasakan sesuai...

Saturday, September 11, 2010

Ni gambar betul, bukan edit ok

Sambil jalan-jalan beraya, tak lupa juga dengan kamera aku. Beraya pun beraya juga. Disebabkan kami bergerak beramai-ramai, termasuk dari yang kanak-kanak sehingga ke veteran. Jadi setiap kali singgah menziarah tu memang la lama. Yang buat lagi lama sebab lama sangat berbual. Ye la...... biasanya sebab lama sangat tak jumpa. Tak pe la... Ini la gunanya hari raya.Tapi bagi yang veteran ni kalau berbual, memang terlampau lama. Sementara tu, boleh la bermain-main dengan kamera. Ni la gunanya aku bawa kamera. Pulak tu kat kampung-kampung ni senang...

Friday, September 10, 2010

Motion blur di pagi raya

Hari ni merupakan hari pertama Aidilfitri tahun ni. Kami sembahyang raya di masjid Kampung Parit Kuari. Lepas sembahyang raya, kami menziarah kubur. Walaupun hari biasa pun kami ziarah kubur, tapi menziarah kubur di pagi raya bagaikan satu amalan bagi orang melayu. Tapi kami tak dapat lama di kubur sebab tak lama lepas tu hujan lebat. Hujan pulak di pagi raya ni. Lama juga hujannya.Bila hujan dah reda, ramai la yang mulakan aktiviti menziarah rumah ke rumah. Beraya laaa..... Apa lagi... Sementara menunggu diorang bersiap, aku belek-belek kamera....

Saturday, September 4, 2010

Tangkapan paling besar hari ni

Hari ni seawal jam 8 pagi lagi Wilson datang rumah aku. Semalam lagi dah bagitau nak datang. Katanya nak join ambil gambar burung kat area taman aku. Aku ok je. Selepas setup kamera kitorang dengan apa yang patut, aktiviti memburu burung pun dimulakan. Aku bersama dengan D5000 aku yang dilengkapi dengan lensa 55-200mm VR manakala Wilson pula dengan D90 yang dilengkapi dengan lensa 18-105mm VR.Untuk aktiviti memburu burung pagi ni, sudah tentu la kelengkapan aku memberikan kelebihan. Walaupun aku hanya menggunakan D5000 berbanding Wilson dengan...