Visitor


Contact Me


Email : be_baby_face@yahoo.com

Followers

Samsung Galaxy Tab

Samsung Galaxy Tab.

Tuesday, August 31, 2010

Sementara menunggu waktu berbuka

Hari ni merupakan cuti umum sempena kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Sememangnya aku berbangga dan bersyukur kerana lahir sebagai anak Malaysia yang merdeka. Dapatlah menikmati hidup yang aman damai tanpa peperangan dan sebagainya. Dengan keadaan aman harmoni inilah maka aku dapat meluangkan masa menikmati suasana sekeliling bersama dengan D5000.Dah lama aku tergerak untuk mengambil gambar matahari terbit dan matahari terbenam. Paling best kalau dapat ke tepi laut. Syok tengok matahari terbit dan terbenam di kaki langit. Atau pun orang sebut horizon....

Sunday, August 29, 2010

Sunlight effect

Aku belum lagi mempunyai peluang untuk mengambil gambar matahari terbit dan matahari terbenam. Kalau matahari dah terpacak tu selalu la. Hahaha..... Tapi kalau kena gayanya, lawa juga gambarnya nanti.Apa pun, aku belum pandai lagi nak menggayakan gambar, angle pun tak reti lagi nak cari. Main hentam je.Aku sememangnya bercita-cita untuk mengambil gambar sinaran matahari yang best punya lawa . Tapi aku tak tau nak buat macam mana. Masih mencuba lagi sehingga hari ni. Aku masih lagi belum puas hati dengan hasil photoshoot aku ni. Huhuhu.....

Shoot burung di depan rumah

Alhamdulillah cuaca hari ni cerah berbanding semalam. Mulanya aku belum tau nak buat apa hari ni. Rilek-rilek sambil online. Kebetulan tengah aku online, ternampak burung kat depan rumah. Terdetik pula nak shoot burung-burung ni.Maka tidak aku lepaskan peluang yang ada. Dengan segera aku keluarkan D5000. Aku terus tukar lensa. Target aku adalah objek yang agak jauh yang perlu zoom. Biasanya aku attach D5000 aku dengan lensa AF-S DX NIKKOR 18-55mm f/3.5-5.6G VR (3.0x). Untuk indoor ok la tu. Atau pun landscape ke... Untuk aktiviti shoot burung pagi...

Saturday, August 28, 2010

Pagi selepas hujan lebat

Hujan lebat sejak malam tadi. Sampai kereta aku yang aku park di porch boleh basah dari belakang sampai depan. Kuat betul angin tiup. Tapi dalam pukul 7 pagi, hujan mula reda. Aku turut bersimpati kepada penduduk sekitar Tawau kerana ada tempat-tempat tertentu yang dilanda banjir. Dengar khabar, ada juga yang rumahnya dimasuki air.Di kala pagi yang aku belum pasti lagi hendak bermula dengan aktiviti apa, terlintas untuk bermain dengan D5000.Walaupun hujan, kereta yang lalu depan rumah aku tetap melintas macam biasa, dan juga kelajuan yang biasa....

Thursday, August 26, 2010

Photogenic di Malam 17 Ramadhan

Selepas sembahyang terawih, aku rilek-rilek depan tv. Taufiq pulak sibuk-sibuk dengan kamera aku. Macam la dia reti nak guna. Hahaha..... Hmmm...best gak kalau ambil gambar malam-malam macam ni.Aku tak pergi jauh-jauh. Kat depan rumah aku je. Mula-mula saje ambil gambar lorong rumah aku. Hehehe.....Tiba-tiba ada pulak kereta lintas depan rumah aku. Tapi tak sempat nak ubah setting. Aiseh.....rugi betul. Ingat nak buat effect lampu kereta.Dongak-dongak ke langit, terasa nak try ambil gambar langit. Tapi gelap. Bulan je la yang jadi mangsa. Hahaha.....Terus...