Satu persoalan yang mungkin timbul bagi peminat drift dan juga bagi mereka yang berminat untuk mencuba berdrift. Kalau ada sesiapa yang bertanya kepada saya, saya akan terus mengatakan bahawa semua kereta boleh drift. Bukan kerana saya seorang drifter atau pakar drift atau professional racer. Tetapi kerana pelumba-pelumba terkenal yang veteran seperti Keiichi Tsuchiya (a.k.a Drift King), Tiff Needell, Russ Swift dan ramai lagi mengatakan begitu. Mereka juga berkata "have fun with your car" sambil mereka berdrift dengan kereta sembarangan.
Akan tetapi teknik drift yang digunakan perlu sesuai dengan kereta yang dipandu. Ciri utama yang perlu diambil perhatian adalah layout kereta tersebut.
Pacu Depan (FF atau FWD)
Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kedua-dua belah tayar hadapan sahaja. Kebanyakan kereta masa kini yang dikeluarkan adalah jenis ini. Kereta layout jenis ini juga lebih murah berbanding layout jenis yang lain. Contoh kereta jenis ini adalah Proton Saga, Iswara, Wira, Perdana, Waja, Kancil, Kelisa, Viva, Myvi, Alza, Honda Jazz, Vios dan banyak lagi. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah
- E-Brake Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift
Teknik yang lain tidak sesuai kerana sifat kereta itu sendiri. Untuk memulakan drift, tayar belakang kereta perlu mengalami lost traction. Sedangkan kuasa enjin bagi kereta ini disalurkan kepada tayar hadapan.
Memang tidak dinafikan kereta jenis ini begitu terhad untuk berdrift. Kelajuan kereta juga akan menjadi lebih perlahan berbanding jenis kereta lain ketika berdrift.
Pacu Belakang (FR atau RWD)
Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kedua-dua belah tayar belakang sahaja. Kebanyakan kereta keluaran sebelum tahun 80-an yang dikeluarkan adalah jenis ini. Walaubagaimanapun kereta jenis ini semakin kurang di Malaysia. Harganya juga agak mahal ketika ini. Contoh kereta jenis ini adalah Toyota Supra, Mazda RX7, Nissan Silvia, Ford Mustang, BMW M5 dan lain-lain. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah
- Power Over Drift
- E-Brake Drift
- Clutch Kick Drift
- Shift Lock Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift
- Kansei Drift (Inertia Drift)
- Long Side Drift
Kereta jenis ini yang paling sesuai untuk berdrift kerana semua teknik drift yang ada boleh digunakan. Kereta jenis ini juga mampu mengekalkan kelajuan semasa berdrift. Ia sangat sesuai untuk tujuan berdrift sehinggakan sesiapa yang ingin menceburi arena ini akan memilih untuk memiliki kereta dari jenis ini.
Pacuan Empat Roda (4WD atau AWD)
Kereta jenis ini mempunyai kedudukan enjin di hadapan kereta dan kuasa enjin disalurkan kepada kesemua tayar iaitu depan dan juga belakang. Kereta jenis ini agak jarang boleh dijumpai di Malaysia. Harganya juga lebih mahal. Contoh kereta jenis ini adalah GT-R, Lancer Evolution, Subaru Impreza dan lain-lain. Untuk kereta jenis ini, teknik drift yang sesuai digunakan adalah
- Power Over Drift
- E-Brake Drift
- Clutch Kick Drift
- Shift Lock Drift
- Dirt Drop Drift
- Feint Drift
- Jump Drift
- Braking Drift
- Kansei Drift (Inertia Drift)
- Long Side Drift
Kereta jenis ini juga sesuai untuk berdrift kerana mempunyai sifat seperti kereta FWD dan juga kereta RWD.
Sayap Ilusi
1 week ago
4 comments
Kereta saya proton perdana. Macan mana nak buat rwd
Kereta saya proton perdana. Macan mana nak buat rwd
Cabuk enjin letok dalae bonet pahtu buat penyambungan sepatutnya
Sebagai permulaan, Proton Saga 2019 kini dilengkapi dengan cakera brek depan yang lebih besar (1 inci) yang diambil dari Iriz dan Persona.
Post a Comment